Friday, September 21, 2018

Review: Tiada Tolok Banding, Tidak Terkira #AntaPermana



September 21, 2018, penyanyi tersohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbaharu beliau berjudul Anta Permana

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan Anta Permana membawa maksud "Tidak terkira"

Komposisi yang disusun Hael Husaini dan Ezra Kong ini kedengaran segar. Malahan elemen pop tradisional ( a little bit pengaruh Hajat ada kat dalam ni) yang disuntik menerusi lirik-lirik yang puitis menjadikan Anta Permana sebuah karya yang mesra telinga.

Anta Permana secara subtle membawa harapan Siti kepada peminat setianya agar tidak melupakan beliau sekiranya beliau tidak lagi menyanyi selain Siti yakin kesetiaan dan kasih sayang peminatnya tidak ada tolok bandingnya. Liriknya sedih sebenarnya.

"Andai bintang kan tak lagi berseri,
Janji kasih yang takkan terkhianati,
Andai habis nafasku yang terakhir,
Masih ku cinta,
Kerna ku pasti kau tiada pengganti."

Anta Permana sudah boleh dilanggan di medium seperti Spotify dan Apple Music.


SCORE: 5/5

PS: Mengharapkan agar Tokti hasilkan irama pop tradisional yang segar seperti adunan Anta Permana ni pada satu hari nanti.



Wednesday, September 12, 2018

Review: #Munafik2 dan #OneTwoJaga : Antara Rasukan Jin dan Kuasa Manusia

So, ada 2 filem tempatan aku tonton pada bulan 8 dan 9 ni. Let's check it out.



Percaturan Syamsul Yusof membikin sekuel kepada filem pertamanya aku kirakan sebagai berbaloi. Berbaloi dari segi pulangan, maksud aku. Munafik 2 setakat ini sudah mengutip RM35 juta dalam masa 10 hari tayangan. Satu pencapaian besar dalam industri filem tempatan. Tahniah.



Munafik 2 menelusuri konflik Ustaz Adam (Syamsul Yusof) dalam usahanya membantu orang dan tragedi silam yang meragut nyawa Maria (Munafik 1). Dia diketemukan dengan ibu tunggal miskin  bernama Sakinah (Maya Karin) yang bergelut dengan sihir dan ajaran ilmu sesat Abuja (Nasir Bilal Khan) serta pengikutnya.

Sebagai sebuah filem seram-islamik / seram-keagamaan, filem ini berjaya dalam genre nya. Jumpscare pocong paling menakutkan. Jumpscare telaga juga buat aku tak senang duduk. Malah adegan rasukan dengan butir bicara arab juga dibikin dengan baik.

Namun, filem ini bermasalah dari segi plot dan logik serta susur masa yang banyak lohong serta skor muzik yang membingitkan. Syamsul sebagai pengarah meletakkan tata muzik sebagai kayu ukur ketakutan penonton. Penggunaan muzik yang berlebihan ini menjadikan Munafik 2 bingit. Sinematografinya indah di beberapa tempat (aku masih cringe dengan syot atas dan speedboat membelah sungai, lagaknya seperti sebuah filem rom-com-heist hollywood) namun terganggu pada babak rasukan Sakinah. 



Munafik 2 walaubagaimanapun diselamatkan dengan dialog keagamaan dan lakonan berkesan Maya Karin (saingan Umie Aida untuk FFM akan datang) juga Nasir Bilal Khan. Fauzi Nawawi juga menyerlah, manakala Mawi adalah permata yang bersinar di dalam filem ini.

 


Masih diputarkan, Munafik 2 mempunyai adegan seram yang tidak keterlaluan namun perilaku ganas yang perlu dipantau oleh ibu bapa jika menontonnya bersama anak-anak. 

SCORE 4/5



***

Wow!

Perkataan pertama terbit selesai menonton One Two Jaga (OTJ) hasil karya Nam Ron ini. Aku pernah melihat mock up trailer filem ini (yang digunakan produser untuk mencari dana) di YouTube. Ketika itu dilakonkan oleh Nam Ron sendiri, Sofea Jane, Beto Khusyairi dan Zaidi Omar. Hasil ikutan aku di twitter Bront selaku Produser, filem ini banyak ranjaunya. 


Hasilnya, filem ini amat berbaloi untuk ditonton.

Filem ini menyelami jiwa-jiwa yang mungkin kita pernah lihat di sekeliling. Polis korup yang terdesak. Anggota baru yang terperangkap dengan falsafah kerja dan dominasi rasuah disekelilingnya. Kasih abang pada si adik. Amarah orang biasa apabila kerap ditindas. 




Semua pelakon mempamer mutu persembahan yang mengagumkan. Watak Joko anak kepada Sugiman (Ario Bayu) juga meyakinkan. Jangkaan aku untuk Zahiril Adzim tercalon untuk Watak Utama, Rosdeen Subuh, Ameerul Effendi dan Vanida Imran selaku watak pembantu di Festival Filem Malaysia akan datang. Color grading, editing yang kemas dan kerja kamera yang baik menjadikan OTJ sebagai sebuah gritty-slow burn filem tempatan terbaik pada tahun ini.



Justeru, aku menyeru untuk semua menonton filem OTJ ini. It was a good material, man. Filem ini straight forward. Cuma perlukan fokus kau sahaja ketika menontonnya. Sayang kalau korang tak pergi menntonnya. 

SCORE: 5/5


PS 1: Kali pertama menontonya di GSC Midvalley, penonton tidak sampai 10 orang walaupun pembukaannya sama dengan filem seram The Nun. Pendapat aku lah, kalau kita betul-betul penggemar filem tempatan, kita pun boleh cari info tentang filem-filem yang sedang berputar di panggung. Sedangkan  bahan lucah dan gosip artis pun kita boleh cari, takkan filem tak boleh dapat? Betul kan?

PS 2: Menunggu tarikh tayangan filem thriller MOTIF lakonan Sharifah Amani, Rosyam Nor dan Iedilputra.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED