Tuesday, March 29, 2011

Ikut Saja


Salam

Pertama-tamanya, terima kasih kalian sebab membaca cerpen yang disiarkan Ahad lepas. Mixed review. Lain padang lain belalang, bukan? Sudah disiarkan. Baik buruk kenalah terima:)

Minggu yang sibuk juga. Terkejar sana sini disebabkan majlis besar sekitar esok. Mula-mula mengeluh juga. Dengan demam dan sakit sendi yang datang bertimpa. Kemudian berfikir. Ujian ni. Allah tengah bagi test. Aku rileks tak dengan test Dia? Kemudian Allah datangkan dengan rezeki. Aku perlu redha.

Ar Rahman daripada Nya

Lumrah manusia kalau ditakdirkan A, boleh boleh dia mahukan B. Adatlah kita manusia yang fikirkan itulah yang terbaik buat kita. Tapi kalau itu (A) sudah takdir dari Nya, mampukah kita melawan?

Kebahagiaan boleh dicari.

Ya. Betul. Tepat sekali.

Tapi bagaimana pula dengan keredhaan?

Allah menentukan kita dengan jalan lain, ada sebab musababnya. Ada hikmah. Ia tak dijumpai kalau kita tak berani nak menempuhinya. Orang putih kata “Every cloud has a silver lining”

Jaluran perak tu takkan jumpa kalau kita tak tempuhinya sendiri. Lumrahla. Takkan terus je nampak dunia, dah temui bahagia? Berjaya? Sukses? Standartla kenal pahit maung dulu. Makan jadam dulu. Makan gambir dulu.

Macam manusia yang cuba melawan kematian. Dibelinya mesin awet muda untuk kekal cergas. Makan berpantang. Buat pembedahan supaya dia boleh lawan usia tua. Teringat pulak karakter Marsani (Pontianak Harum Sundal Malam) yang hidup segan mati tak mahu disebabkan hutang lama yang tak “dipulangkan”.

Manusia bukan bersifat immortal.

Dia akan mati. Tapi cepat lambat, Allah tentukan.

Takdir Allah itu pasti. Ya kita boleh mengubah. Tetapi hujungnya, redha Allah juga yang paling utama.

Friday, March 25, 2011

Pasal Duit

Lama tak mandikan si W ni. Badan berdaki dah. Sori la derr, aku sibuk dol! Hujung minggu ni aku mandikan kau dengan air Yasin ye. Harap2 perjalanan kita selamat sebab aku sangat takut dengan eksiden


Salam

Cakap saja pasal pengursan kewangan, aku antara manusia yang fa-kap bila berurusan dengannya.

Mujurlah sekarang sudah pandai sikit bagaimana hendak berjimat.

Aku pun bukanlah pakar sangat. Selalu juga over budget. Namun, dengan cara menulis segala perbelanjaan bulanan, kita dah boleh mengagak berapa banyak belanja pada bulan tersebut. Lebih-lebih lagi kalau ada tanggungan. Macam kenderaan. Mana nak bayar bulan-bulannya, duit minyak kereta, roadtax, insurans (mujur dua benda ni, aku bayar seprate. Parok kalau sekaligus).

Penting dalam pengurusan wang, selain menyimpan sedikit dalam bank. At least asingkan dalam bank lain. Kira duit tepi lah. Ditakuti berlaku apa-apa. Kenderaan pun kadang-kadang meragam. Minta ditukar itu ini. Apatah lagi kita manusia. Kalau sakit pening pun, adalah backup nya.

Plus, jangan lupa beli insurans untuk diri sendiri. Fikirlah kegunaanya dikemudian hari. At least, kita berjaga-jaga.

Its true. Sekarang ni semuanya duit. Tak ada duit, tak boleh hidup. You see, yang duit dah menjadi kuasa besar sekarang? Manusia boleh buta kerana duit. Boleh putus kawan sebab duit. Boleh berbunuhan kerana duit. Boleh selesa dengan duit. Boleh terkenal kerana duit.

By all means, siapa taknak duit, derr? Lagi-lagi duit free.

Janganlah kita dibutakan dengan duit. Dengan duit, kita tak boleh beli hati orang. Perasaan orang. Maruah orang. Semua tu, tinggi nilainya.

Selamat hari Jumaat!

ps: bila dapat gaji tiap-tiap bulan, separuh daripadanya diperuntukkan untuk perbelanjaan. Duit kereta, minyak, belanja rumah, bil broadband, bil astro, lengkapan dan lekapan, PTPTN, Simpanan, insurans, duit tepi servis encik W. Tu tak termasuk keraian, jimba-jimba tengok wayang.ha ha ha. Tau-tau tinggal sikit aje:))

Thursday, March 24, 2011

Bahasa Ayah, Kefahaman Aku dan Legasi Keluarga

Pemandangan di pekan Muar.Aku suka pekan ni. Koboi! Yihaaaa


Salam
Fuh tajuk

Sangat tak boleh belah! Skemalicious

Ketika entry ini ditaip, kepala aku di awang-awangan. Penat seharian di working field.

Semalam menulis entry tentang review filem Easy A. Tertulis satu perkataan banjar.

Ayah aku berdarah bangsa banjar. Ini kerana arwah nenek berasal dari Sumatera. Masih ingat cerita berharganya bila dia terpisah dengan adik perempuannya (ketika itu Sumatera dilanda Perang Dunia Ke Dua) dan nenek dibawa ke Tanah Semenanjung dengan menaiki Tongkang sebelum berkahwin dengan datuk, lalu lahirlah legasi banjar keluarga sebelah ayah aku.

Dulu masa kecil, ketika umur masih budak-budak, bila berjumpa nenek di kampung, ayah akan bertutur dalam bahasa banjar, which totally aku tak faham sepatah haram pun.

Budak-budak bising, nenek akan tegur.

a) ‘Kakanakkan ni uyak! Kadak tahuk ba-diam’

Tengok kita orang penat bermain-main kejar-kejar, nenek panggil suruh rehat.
b) ‘barabahan’

Banyak jugala terms yang aku dan adik beradik lain pelajari dulu. Cakap bukan penuh pun.

c) ‘E-sok bagawian, kah?’
d) ‘Apanya diulah, tu?’
e) ‘Penguler’
f) ‘Bungol’


See? Aku tahu beberapa terms saja. Apalah aku punya penguler nak belajar bahasa ni. In a meantime, tak ramai komuniti kampung dan desa masyarakat banjar menggunakan bahasa ni. Setahu aku masih ada di Johor, Perak dan sedikit di Selangor.

Rasa rugi tak belajar bahasa ni secara teraturnya. Tak serius tapi at least kalau jumpa kulaan, boleh tahu sikit-sikit.

He he he

Don’t worry guys, aku provide kan with translations ok!
Cuma aku fikir, siapa lagi dalam golongan famili aku yang boleh preserve bahasa ni, kalau bahasa ni langsung tak diketahui oleh anak-anak yang lain, kelak.

Ok. Big responsibility that I need to hold.

Susur galur kita, jangan dilupa:)

Translation
a) Budak budak ni bising! Tak tahu senyap
b) Baring

c) Esok kerja ke?
d) Buat apa tu?

e) Pemalas

f) Bodoh

g) Kulaan= saudara
/suku/kenalan

Wednesday, March 23, 2011

Persundalan Yang Disalahtafsir: Easy A Review


Judul entry macam terdesak sangat mahu rating tinggi.

Aku dah break rule. Minta maaf, kalian.

Aku sebenarnya bukanlah peminat genre chick flick seperti Mean Girls dan sengakatan dengannya. Tetapi Easy A berjaya memancing aku. Sebabnya:
1) Filem ni merupakan komedi teen chick flick yang berjaya meletakkan actress utama Emma Stone di baris Nominess for Golden Globe for Actress in Comedy and Musical. Aku eager.

2) Mengangkat teks adultery dalam nuansa komedi. Berat tetapi menghiburkan

Filem ni simple je penceritaanya. Menunjukkan bagaimana watak Emma yang tidak dikenali langsung disekolah menjadi femes selepas cerita seksnya tersebar disekolah. Emma sekadar mocking supaya kawannya Rhi (nama macam ala-ala Rihanna) tutup mulut dari tros bertanya 'how does it feels?'. 'was it good?'.. Cerita temberang ni terlepas ditelinga Ketua Budak Perempuan Skema lalu disebarkan satu sekolah. Dek kerana merasa fa-kap dengan mulut Rhi dan cerita palsu haram jadah, Emma mengambil keputusan untuk bertindak wild-ly konon-konon dialah perempuan paling slut di kolejnya. Nerdy boys ask her to pretend making love, in order enhancing their self esteem. Girls mengejinya disebabkan ke-slut-an nya itu.

Cerita ini benar menghiburkan. Watak Emma bergerak dari budak perempuan blur, menjadi hottest girl sangat menjadi. Aku rasa, every actress di Hollywood boleh aje bawak watak loser sebelum jadi hot macam pisang goreng panas. (Legally Blonde, Miss Congenielity, House of Bunny, Devils Wears Prada..just named a few).

Peranan supporting casts turut membantu. Paling tak dilupakan, watak Lisa Kudrow. Only brief scenes, karakternya sebagai counselor sekolah yang berantakan perkahwinannya dilihat cukup baik. Begitu juga Patricia Clarkson dan Stainley Tucci. Nama-nama besar ini menyumbang lakonan yang meyakinkan.

Moral value, tak perlulah percaya cerita bohong kalau dah seratus peratus tak sahih. Kalau tak ada bukti, main cakap mulut aje, siapa-siapapun boleh buat. Ye tak???

In addition, film ni turut menunjukkan betapa students di US sangat mementingkan self esteem. Kalau tak join students society yang besar-besar, kau lah pelajar paling fa-kap alias looser dalam kolej. Kalau tak bergaul dengan yang berpengaruh, hidup ni dah takde makna lagi. Takde kawan, tak boleh hidup. Tak dikenali, tak boleh hidup.

Bungol * namanya tuh!

Kita hidup dengan jalan kita sendiri, sudahlah. Tak perlu nak ikut-ikut orang. We have our own ways to sucsess kan? Orang lain? Biaq pi kat depa.

Bungol= Bahasa Banjar untuk ‘Bodoh’

Monday, March 21, 2011

Ubati Kerinduan-Entry Bergambar

Salam Isnin
Ya.
Memori Shah Alam datang semula.


Eh kat sini la..
Eh kat situ la..


Ni tempat lama aku..


Align Center












Miss those years..where friends are everything--sharing things and thoughts..

Hujan lebat sepanjang jalan-->I-City--> Cuba memanah--> Ke Baiduri makan tomyam-->Seksyen 7-->Bukit Cahaya-->Putrajaya-->Menara Arca yg sangatlah...-->Festival Belon Panas-->Hujan Lebat, beli payung rm 12-->Singgah di restoren jejantas makan mee kari ada daun ketumbar yang rasa macam KUMBANG.

Alhamdulilah..selamat pergi, selamat kembali. Selamat Hari Isnin!

Friday, March 18, 2011

690

Sarapan pagi malas.Scramble egg dengan secawan kopi.Aumm


Salam Jumaat

Big numbers for all entries. Banyak jugak aku tulis rupanya.

Leh buat buku terus ni! ha ha ha

Mereka mereka yang sudi mencurah idea, memberi kerjasama, rajin singgah, bagi komen..Love you guys!

Tak kisahla followers tak ramai. Asal ada reader, aku tak lebih dari sekadar gembira.

Semoga semangat menulis makin lama makin menebal. Semoga Allah terus memberi idea untuk berkongsi.

InysaAllah.

Semoga kalian mendapat sedikit manfaat ketika membaca.

ps: Menghilang selama dua hari bermula petang esok. Going to students trip at 2 places of interest at Shah Alam. Mari beramai-ramai serbu Walk of Snow di I-CITY Shah Alam. InsyaAllah nanti update sebab ter-uja dengan teknologi Korea yang dibawa ke sini. Few my friends saying, sekarang nak masuk dikira per head, RM 10. Betul ke? Tahun lepas aku pergi, dalam bulan 11 ia dikira per kereta, RM10. Janganlah dinaikkan lagi, derr.

ps2: Baru je menonton filem Angelina Jolie- Salt dan TheTourist. Ada masa kang nak tonton pulak Easy A dan True Grit. Oh! Thumbs up untuk lesbian-orientation film, The Kids Are Allright. Nanti aku rebiu:)

psp: Tolong bawakkan vakum ngan penyapu bulu ayam yek.Tolong kemaskan sikit blog aku ni. Nanti aku upah dua puluh sen.he he he. Yang laki-laki, jangan lupa pergi menunaikan solat Jumaat=)

Thursday, March 17, 2011

Definisi Dua M.Kau Boleh Buat?

Salam Khamis.

Pagi-pagi sudah terbaca blog-aku-boleh-gelarkannya-sasterawan. Seperti Kahlil Gibran, penulis ini sangat indah bahasanya. Quote2 nya selalu jadi inspirasi:)

Memaafkan dan melupakan adalah satu proses mustalil buat seorang manusia.

Hati dah bengkak. Dikhianati, Dikecewakan. Parut masih ada. Kau ingat senang nak lupakan?

Definisi dua M ini mudah saja diolah beliau.



1) Ada sesetengah mudah memaaf, tapi tak mudah melupakan. Sebabnya hati kita masih belum sedia nak melupakan. Mulut kata ‘ya’. Hati manusia…Siapa tahu, derr! Dikata lagi, proses memaaf dan melupakan ini biarlah datang dengan kerelaan sendiri. Ia membezakan kita dengan siapa kita di masa lalu selain memberi kebebasan kepada kita untuk melupakan perkara buruk yang pernah terjadi.

Betul juga. Buat apa nak kenang benda lepas. Bangun dan move on!

2) Kedua pula mengatakan, memaafkan dan melupakan sesuatu perkara buruk seperti dikhianati, buat salah adalah BENDA ALLAH YANG PALING SUSUH NAK DILAKUKAN. Ya! Itu diakui. Tetapi memaaf dan melupa merupakan hadiah paling istimewa yang sebenarnya sudah kita lakukan untuk diri sendiri. Zahirnya memang nampak orang itu macam menang, tetapi tidak ya! Sampai bila kita nak dibendung dengan kemarahan? Dengan dendam? Dengan perasaan-perasaan tak senang sepanjang hidup? Kenapa kita tak bebaskan nya? Ya, orang yang kita dendam/marah/benci tu dah memulakan hidup baru. Senang lenang bergembira. Takkan kita masih di takuk lama?

Aku suka quote atas tu.

Justice happens when that pain doesn’t affect you anymore and the powerful memory of days long gone don’t hang around too long.

Tetiba teringat pasal entry ni dan hubungkaitnya dengan entry hari ini.

Sekadar quoting kata-kata seorang space buddy:

Aku tambah sikit.

Dear Friend (s)

I will always be here
Waiting for anybody or anyone that feels that they need me
I will try to be there, as they need me.
If not
I am still the way I am


Dalam hidup, janganlah jadi substitute. Jadilah yang utama

Thanks Paulo Coelho. Your words..amaze me:)

Wednesday, March 16, 2011

PERAM: Hidup Ini Tidak Indah Seperti Fairytale Busuk


Salam

Seronok semenjak dua ini bertwitter dengan rakan maya. Lebih-lebih dengan beliau yang bercerita tentang entry blognya diciplak.

Blogger baru, nasihat untuk aku sekali, please don’t ever copy-the-hell-paste.
Jatuh maruah penulisan kita kalau kita meniru bulat-bulat entry orang.

Belajarlah meng-quote apa yang telah ditulis blogger lain. Bukan macam tu nak dapat traffic tinggi ya.

Ok back to the topic.

Kita selalu ditanya dalam hidup.

Ditanya mengenai tidak hendakkah kita untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan.

‘Bila kau nak beli kereta baru?’
‘Bila kau nak dapat anak?’
‘Bila kau nak kahwin?’

Manusia memang kebanyakan jenis tidak sabar. Diberinya A, dia nak sampai Z!

Cuba tanya diri kita.

Siapa tak nak hidup sempurna? Ada wang. Ada harta. Ada kerja best. Ada pendidikan. Ada suami/isteri. Ada anak-anak. Ada keluarga.

Siapa tak nak, memang dia tak center otaknya.

Ya. Hidup ini tidak indah, ye sayang-sayang semua. Kalau kau nak cari kesempurnaan dalam hidup, sumpah sampai mati kau takkan jumpa.

Boleh kau bayangkan perasaan orang yang ingin sangat perkara yang diidam idamkannya tapi tak dapat? Orang lain ada kerja baik, tapi dia masih cabuk. Kumpul duit sebulan pun belum tentu boleh jejak beribu riban hujung tahun.

Orang lain dah beranak pinak. Bahagia disamping pasangan. Tapi dia masih sendiri, keseorangan. Senyum saja tengok kebahagiaan orang lain, menanti masa bilalah tiba bahagianya pulak.

Orang lain berjaya dengan pendidikan tinggi. Nampak masa depan. Tapi nasib dia belum tahu. Sekolah tak tinggi. Banting tulang macam nak mati, gaji ciput hendak sara hidup yang makin lama makin meninggi.

Bergurindam pulak!

Rezeki manusia tak sama. Masing-masing ada bahagiannya. Allah dah tentukan. Hidup ini selain usaha, kita perlu berserah. Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok lusa siapa tahu.

Kita, yang lain—sudah menemui bahagia dan selesa hidup sendiri—janganlah pulak memandang kehidupan orang lain sebagai bahan jenaka. Jangan persoalkan kenapa orang tu masih macam tu je kerjanya, masih macam tu pendidikannya. Kenapa masih belum ada anak? Kenapa masih belum berkahwin? Apa salahnya doakan?

Itu urusan Allah.Ajal maut ditangan Tuhan. Dia Lebih Tahu.

Kita sebagai manusia, takpayahla nak memandai-mandai, ok!

Sekadar meluah pendapat dari beberapa buah fikiran tentang nasib hidup yang memang tidak indah macam fairytale busuk.

Tuesday, March 15, 2011

Pendidik Bererti Menghibur

Pleasure revenge selepas mengajar di hujung minggu.Berbaloi:)


Salam

Jujur aku katakan menjadi pendidik merupakan satu cabaran yang sangat sukar.

Walaupun terlibat dalam isntitusi pendidikan tinggi, cabaran ini aku galas dengan sangat berat. Delivering merupakan suatu teknik yang paling sukar ketika mengajar.

Ia menunjukkan bagaimana cara nak memahamkan pelajar.

Aku tak pernah mendapat pendidikan Pedagogy secara formal, tetapi asasnya aku tahu serba sedikit.

Tumpuan pelajar hanya bertahan selama lima belas minit dalam kelas. Lepas itu fokusnya perlahan-lahan akan hilang.

Lebih menakutkan bila ilmu yang diajar perlahan-lahan keluar masuk tanpa menyinggah sekejap dalam kepala otak.

Sedih sebenarnya bila ilmu yang kita deliver, tak sampai pada pelajar. Lebih menyedihkan bila tanya…

Tak faham semualah, encik!

Aduhai! Melalak aku sorang-sorang dalam hati.

Aku, walaubagaimanapun akan menerangkan sebanyak kali yang mungkin.

Seperti yang dikatakan di awal entry, ya…menjadi pendidik bererti menghibur.

Berdiri di tengah itu seumpama the center of attention! Semua pasang mata memandang kita Apa kita cakap. Pakai baju apa. Seluar apa. Kasut apa. Rambut style apa. Semua pandang, okay!

Bila bercakap, body language kena ada. Move dari satu point ke satu point. Look the entire class with glance of smile. Aku selalu lupa nak senyum. Kelat aje muka aku dalam kelas. Aku cuba elakkan.

Create some situation atau jokes untuk elakkan pelajar bosan. Suruh diorang stad up kalau perlu-especially ada afew of them mengantuk. Ask opinion in a funny way. Participate the entire class. Beri contoh sesama mereka. InsyaAllah it helps:)

Kalau rasa macam nak buat quiz, reward them. Alah sorang sebiji gula-gula pun jadiklah kan.

Mengantuk memang musuh utamanya. Kita pun pelajar jugak dulu, kan? Kita tahu bagaimana…

Monday, March 14, 2011

Epik Ketua Luar Suku: Hikayat Merong Mahawangsa Review


Salam

Akhirnya dapat menonton juga filem epik bajet termahal, arahan Yusry KRU.

Perkembangannya sudah diketahui sejak 2009 lagi.

Jadi kerana eager, filem ini ditonton dengan skala sedikit luarbiasa berbanding filem local yang lain. Berbanding epik Puteri Gunung Ledang, yang dihasilkan dengan bajet 20 juta, Hikayat Merong Mahawangsa hadir dengan konsep epik peperangan dengan semangat nasionalisme dan pertembungan budaya dua bangsa yang unik.

Dari sejarah dan dari web sejarah kegemaran aku, hikayat ini berjaya ditangani di layar perak dengan baik di tangan pengarah walaupun ada argue dari beberapa sejarawan seblom tu. Tetapi usaha penerbit dalam mengangkat sejarah yang jarang diketahui ini adalah sesuatu yang wajar dipuji:)

Mungkinlah ada beberapa kekurangan dari segi pencahayaan-sekejap-terang-sekejap-gelap, selain sound systems yang agak bising ditelinga, kejap-slow-kejap-kuat, pelik jugalah sebab filem mahal ini dilatari oleh muzikal Philharmonic Orchestra.

Sinematografi yang ditangani Mat Nor Kassim, yang sebelum ni sinonim dengan pengarah Kabir Bhatia, menunjukkan skill kamera yang baik, sedikit bergetar dan heroic, terutama ketika babak Merong pengsan semasa perang sewaktu air jatuh (hujan) dan pertempuran dengan geng Geroda. Syot perang adalah yang terbaik. Begitu juga kesan CGI. Darah terpercik tetapi sedikit kelam kabut selain-macam-ada-syot-yang-dipotong.

Lakonan? Hurmm..semuanya mantap. Paling terkesan watak Umie Aida, peranan kecil sebagai Lang yang kerap menghantui anaknya dengan gurindam indah petanda ketua suku yang bakal memerintah. Begitu juga sinar bintang Ummi Nazeera yang sangat menyerlah. Babaknya juga sedikit. Tetapi mengesankan. 'A' list actor seperti Datuk Rahim Razali, Khir Rahman Hassan dan Wan Hanafi Su juga langsung tidak mengecewakan. Peranan Stephen Rahman Hughes yang berjaya menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan sedikit Cina selain sikap komikal dan kasanova si Merong kelihatan memikat.

Eh, ada Maya Karin jugalah! Siapa perasan?he he he

Hikayat ini menceritakan tentang pertembungan dua bangsa Rom dan Cina melalui perkahwinan, mereka bakal menjadi kuat. Dibantu si pahlawan, pengembaran mereka diiringi dengan ketakutan dari kumpulan lanun Geroda, yang mengganas-merubah satu bangsa yang tiada ketua, mempunyai raja.

Damn! Ada unsur sedikit blue dalam citer ni. Melawak lucah la kononnya...he he he

Ada juga keraguan timbul dalam kepala sewaktu Merong mati dan diceritakan melalui echo background tentang Embok yang sudah hamil. I mean they get married before Merong turun berperang kan? Sebabnya Embok kelihatan sangat cold-tak-macam-pasangan-kekasih ketika Merong nak pergi belayar, walapun sudah di mention dalam echo background 'setiap raja ada permaisurinya'

In addition, berbanding PGL juga, filem ini indah dari segi dialog yang dituturkan.

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kaum berdua
Bila dua jasad menjadi satu
Hidup mati jadi bersama…


Nak bertanding di festuval luar negara pun tidaklah malu:) KRU, syabas!

Saturday, March 12, 2011

Bagaimana Caranya: Kepada TGV Tebrau City, Tebrau


Salam

Salam Sabtu, semua. Harap kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Harini aku bengkak hati. Sebabnya remeh saja. Nak tonton Hikayat Merong Mahawangsa esok dengan menggunakan phone reservation di panggung selesa, Tanjung Golden Village Cinemas, Jusco Tebrau City.

Aku dapati, kaedah begini sangat efisyen. Iayalah..,daripada kau beratur panjang, lebih baik buat penempahan tiket menerusi panggilan telefon. Mudah, senang tambahan sebab ia tekologi.

Kita gunalah.

Aku pernah tiga kali menggunakannya iaitu semasa menonton Harry Potter and The Deathly Hallows-Part 1, Magika dan paling latest, Rapunzel: The Tangled Tale.

Mudah. Kau call, operator yang bertugas bagi nombor. Simpan nombor elok-elok. Dah sampai di kaunter penempahan (semasa nak menonton), pergi ke kaunter Reservation (selalunya paling hujung), beritahu nombor, nah! Tiket dan tempat duduk sudah berada di tangan.

Mudah kan?

Tapi kenapa perkara macam ini terasa sangat susah?

Hari ini saja, sudah lebih tiga puluh panggilan dibuat. Dari pukul 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Hasilnya:
1) Panggilan sibuk
2) Panggilan tak berjawab
3) Operator mesin menjawab “Our operators are busy. Please hold on”.
4) Ada music macam projek LED Kemahiran Hidup
5) Operator mesin menjawab “Our operators are still busy. Please press star to hold on”
6) Panggilan masih tidak ada orang yang menjawab, kredit aku habis.

Teori aku:
a) Adakah staf di TGV Tebrau sangat sibuk? Mungkinlah, sebab hari Sabtu. Tak upaya nak bergerak capai telefon

b) Adakah tiada staf yang duduk di bahagian phone reservation? Eh tadi cek websitenya, ada perkhidmatan Phone Reservation!

c) Adakah stafnya bercuti? Eh..harini hari Sabtu.

d) Terlalu ramaikah pelanggan? Tapi takkanlah tak ada seorangpun yang mengangkat telefon, setelah 2 jam setengah menelefon seperti pelanggan bodoh, menanti panggilannya dijawab

Aku tak tahulah kalau aku seorang saja yang emosi. Kalau ada staf TGV Tebrau baca entry ini (ada ke??), janganlah marah ya. Aku sekadar meluahkan apa jadah yang tak puas hati. Telefon, kredit berjalan tu! Kalau free to the hell charge tak apa jugalah.

Sebabnya, masa aku call, talian sibuk. Bermakna, masih ada lagi pelanggan sama nasib dengan aku, dimana panggilannya tak dijawab oleh TGV. In addition, aku pernah call TGV Tebrau hari yang sama tetapi waktu dalam 6 petang. Tapi perkhidmatannya tak ada sebab hanya valid office hour sahaja.

Adakah kesan gempa bumi 8.9 skala Richter dan Tsunami di Jepun merosakkan line komunikasi? Manalah tahu kan?

Aku pelanggan. Aku belajar Tourism Marketing Management. Aku mengajar Tourism Marketing Management. Front Line adalah apart from Tourism and Hospitality Industry. Customers traffic sudah congested. What the hell you should do?

Ingat, service is intangibility! You need to experience it by yourself.

Friday, March 11, 2011

Buat Apa Satu? Bertiga Kan Lebih Baik?!: Giveaway 3 Sponsor

Klik gambar untuk ke contest

Salam

Nak join sekali lagi Giveaway dari blogger Eqbal Zack. Kelmarin dulu, rezeki lebih, dapatlah tuala Ikea dari organizer yang sama.

Masih tersimpan elok dalam almari. Ya aku tak guna. Hadiah menang ok. Shayang!

Manalah tahu boleh menang lagi kan? Yang nombor satu pun ok jugak apa. Cakap tanak kalah. Nak nombor satu aje!

Sikit je lagi aku nak berkreatif. Meh kita tengok syarat2 giveaway gabak ini:)

1) Jadi follower enjoylukis, mummy-who-bakes serta eqbalzack
2. Buat 1 entry ringkas dan kreatif (TIADA unsur kartun) bertajuk 'GIVEAWAY 3 SPONSOR'
3. Entry mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com
4. Pemilihan pemenang bukan berdasarkan random.org
5. Tag 1 (SATU) rakan blogger lain (pastikan mereka tahu)
6. Tinggalkan link anda pada entry ini

MULA:
3 March 2011 (KHAMIS) : 9.00 pagi

TAMAT:
11 March 2011 (JUMAAT) : 11.59 malam

(aku salin bulat-bulat dari blog beliau)

Ada apa dengan tiga ye? Let us see:)

1. Angka jawa bagi tiga adalah ‘telu’. Tetapi tak ada kena mengena dengan penyanyi Tilu, ok

2. Pantun juga menggunakan angka Tiga. Lihat pantun ‘Gunung Daik Bercabang Tiga’. Manakala Chabang Tiga adalah sebuah daerah di Kelantan, juga membawa maksud ‘simpang’

3. Tiga Malam merupakan lagu nyanyian semula Datuk Siti Nurhaliza dan 2by2.

4. Ber-Madu Tiga memang seronok. Isteri tua merajuk, balik ke rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin TIGA! Merupakan salah satu filem award-winning P Ramlee

5. Tiga (Three) juga merupakan filem seram kolaborasi antara pengarah Thailand (Nonzee Nimibutr), Korea (Kim Jee Won) dan Hong Kong (Peter Ho Sun Chan)

6. Angka yang kerap digunakan dalam mengira, especially masa nak ambil gambar atau nak berlari! hahaha
1, 2, 3, Cheese!
1, 2, 3 Go!!!


7. Peperiksaan PMR dijalankan semasa Tingkatan Tiga manakala Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (lamaaaaaaaaaa duluuuuuu—leh buat tahun lompat) dijalankan semasa darjah tiga!

8. Tiga juga dikaitkan dengan pelbagai definisi dari carian Internet. Dari stage name seorang DJ kelahiran Montreal (Tiga James Montag), games dari UK dan syarikat kejuruteraan dan grafik dari Texas (Texas Instrument Graphic Architechture). Di Malaysia, terdapat Tiga bangsa Majority iaitu Melayu, Cina dan India:)

9. Tiga di darabkan dengan Tiga, kalian akan mendapat jawapan seperti nombor point ini


Oh cukuplah.

Manalah tau kot-kot rezeki terpijak ke? Tak gitu Bang Eq? ha ha ha

Blogger yang nak aku nak dia join sama:))

Muhamad Zaki


Esaimen tambahan buat ko, bro!hehehehe. GoodLuck!

Baraqa Jumaat semua! Jangan lupa pi sembahyang Jumaat!

Thursday, March 10, 2011

Ayah dan Muziknya.Jaki Dahulukala


Salam.

Alhamdulilah idea datang.

Semalam berlangsungnya seminar blog. Kongsilah sedikit tips kepada para peserta bagaimana menguruskan blog. Sekadar berkongsi ilmu. Tak adalah pandai mana pun.

Harini nak bercerita tentang kegilaan ayahku pada muzik.
Justify Full
Directly kepada muzik Pop Yeh-Yeh.

Dulu masa kecil, masa kereta Proton Saga milik ayah masih silver warnanya, masih memberi perlindungan untuk ke sekolah, ayah kerap pasang dalam keretanya lagu-lagu retro ini.

Aku gelarkan lagu-lagu jaman Jaafar Tonggek.
Aku sangat jaki. Ya lah…bilamana remaja muda belia macam aku (waktu itu) eager dengan bandboy pop seperti BSB, Nsync atau Blue mahupun Bon Jovi, Holy Valance atau Destiny’s Child---yang lagunya konon up to the date—terpaksa menahan telinga mendengar lagu Jeffrydin, R Azmi, M Osman—sekadar menyebut beberapa lama.

Pernah sekali berkata: 'Ayah ni pasang lagu ni je (merujuk pada lagu Pop Yeh Yeh)

Ayah jawab: 'Biarkan je'

Mungkin plucking string gitar dia yang ayah aku minat agaknya. Itu belum masuk jaman-jaman aku darjah satu, dua yang akan mendengar lagu WOW- Engkaulah Yang Satu, Blackrose- Penantian, Visa-Untukmu Selamanya dan band fevret ayah, Iklim.

Nak-nak lagu Suci Dalam Debu tu. Seyesh dia minat gila-gila dengan Iklim.

Selalunya lagu-lagu ni akan menjadi peneman aku tatkala sedang membuat kerja rumah Pendidikan Seni seperti Kolaj, Mengayam kertas warna atau lukis pemandangan tipikal-ada gunung, matahari, burung bentuk M dan sawah siap dengan sungai (oooo aku tak suka pendidikan seni) hatta ketika membuat latihan matematik.

Disebabkan teknologi makin canggih sekarang, ayah dah tak guna kaset bila nak dengar lagu fevret dia. Dengar dalam CD pun kadang-kadang dengar dia humming juga. hehehehehe

Agaknya mungkin pasal tu juga aku minat muzik:)


Dulu-dulu, bila dengar lagu ni, sumpah aku takut gila. Macam dengar lagu cerita hantu!

Wednesday, March 09, 2011

Bila Datangnya Writer's Block. Morphing Seekor Angsa

Salam

Ya. Writers block. Sumpah kepala takde apa nak ditulis.

Jadi macam biasalah, takde benda sangat nak ditulis, kongsi kan video pun jadiklah kan?

Havva nice view! InsyaAllah, ada idea, tulislah balik:)



Love this scene: Transformation of a naive white swan kepada bloody revenge swan! Siap morph tumbuh kepak lagi, ok!

Natalie Portman has earned her first Oscar for Best Actress in a Leading Role. This is her second nominations after Supporting Role on a film 'Closer'

Sila like banyak-banyak:))

Monday, March 07, 2011

Rampas..Rampas dan Rampas


Salam

Mungkin ada yang akan merasa offended, penulis blog meminta maaf terlebih dahulu.

Semasa entry ini ditulis, aku sedang berjimbaan di Melaka.

Jadah la Jimba.

I’ve attending Tourism Management Seminar di Kolaj Yayasan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh. Satu perkongsian ilmu yang dirasakan sangat baik, aku rasa. Baik aku dengan para pelajar.

Malamnya ter-tonton TV lalu menyaksikan drama tipikal Melayu.

Orang kaya. Perfect family. Suami as a breadwinner. Charming as always. Diminati oleh pekerja wanita satu opis. Pekerja wanita flirt sampai jatuh maruah. They get married. Isteri first cool as ice. Anak-anak main peranan kata ayah mereka shelfish. Emak tetap sabo. Isteri kedua plak tanak bagi hubby balik rumah madu. Doploh pat jam kena tercongok depan mata.

Konflik

Konflik

dan

Konflik

Hubby dapat tahu, isteri kedua suda spedo dia. Kawen sebab nak duit.

Aku tak berapa ingat sebab all the way masa citer ditayangkan, aku gosok baju, layan FB, makan dan melayan internet lembab (walau baru bayar siang harinya)

Lupakan ke-tipikal-an drama Melayu itu.

Dalam cerita ni, digambarkan isteri ke dua selalu menjadik punca isteri pertama makan hati. Tak kasi balik, Lebihkan nombor satu, suami selalu kata yang nombor satu ni baik. Isteri kedua ni cengih. Kuat membebel. Kuat memintak-mintak. Rambut gerbang macam singa, gincu merah---menggambarkan watak jahat.

Kesalahan ini, aku letakkan di bahu dua-dua.

Lelaki, kalau boleh kahwin lagi satu, mampu zahir batin, they definitely will say no with this.

Perempuan pulak, pantang dengan terma ‘BERKONGSI’. Kau katalah nak kahwin satu, mau tak dibalingnya dengan periuk kuali. Diaorang sensitive.

Tapi ada juga yang lebih rela makan hati,

‘Abang kahwinlah. Saya rela’

Mulut saja kata lain. Hati siapa tahu?

But wait.

Sometimes, ada sesetengah isteri ke dua (merujuk kepada citer melayu yang aku ulas tuh) bertindak nak dapat semua. Apa isteri pertama dapat, dia nak, especially privillage bermalam atau spending times.

Janganlah lebih-lebih wahai isteri ke dua. Kamu wanita. Kamu faham hati wanita lain disakiti, bagaimana rasanya.

Jika kamu berkongsi kasih, kamu kena tahu caranya bagaimana. Jangan nak cop suami tu sorang kamu punya saja. Kesian isteri pertama.

Nama pun berkongsi. Mana letaknya sharing is caring kalau semuanya isteri ke dua nak conquer?

Ini merujuk kepada drama melayu yang aku tonton tu. But again, tentulah sudah terjadi dalam komuniti masyarakat kita. Mungkin dalam sepuluh lelaki, enam daripadanya dah mengamalkan kahwin lebih dari seorang.

The others will say, “Hah itulah, siapa suruh kahwin banyak?”

Kalau kahwin tu disebabkan bosan dengan isteri lama, nampak sangat kahwin kerana nafsu, bukan kerana tuntutan seorang Muslim.

Maaf sekali lagi kalau yang terasa pahit. Realiti memang kadang-kadang memahitkan..

Sunday, March 06, 2011

Keramat Lima-Terima Kasih dan Teruslah Memanchorr


Salam Ahad.

Petang-petang macam ni best kalau pekena kopi o panas dengan jemput-jemput ikan bilis!

Oh noo..

Proses pembuangan lelemak berlebihan kena buat juga. Yang penting hidup sihat. Jantung nak kena jaga sebab lately ni, as I told you earlier, jadual makan dan jadual senaman aku dah tak teratur. Dulu boleh dapat 2kali sehari, tapi sekarang ni, nak dapatkan satu sesi senaman, perfect 30 minutes pun susah.

Sibuknya kalah calon yang bertanding kat Kerdau nuuh!LOL

I think its about time management. Aku kena susun balik pengurusan masa aku tuh!

Berbalik kepada tajuk entry.

With arms wide open (ceh cam tajuk lagu pulak), aku nak ucapkan terima kasih kepada kalian, readers yang membaca slot lima episode Based on a True Story-Horror Event, Keramat Lima. Ni konon-konon nak buat post moterm/Trivia sikit-sikit

1) Projek asal Keramat Lima pada dasarnya bukanlah berdasarkan kisah benar, tetapi gabungan idea beberapa penulis berbakat menulis cerita seram. Judul asalnya adalah 'Tujuh'

2) Memandangkan mungkin ia akan mengambil masa, aku bercadang mahu memendekkan tempoh dengan membuat sedikit kelainan, iaitu berdasarkan kisah benar.

3) Kolaborasi kedua selepas siri seram Loro:Jilbab-Chendana tahun lalu bersama penulis El Zaffril.

4) Blogger pertama yang diajak berkolaborasi adalah Nuke Rude. Disusuli oleh Zaki Zafir dan Shahira Khairudin.

5) Turut ditawarkan kepada dua blogger lain, tetapi bimbang tidak dapat memberi sepenuh komitmen, keduanya terpaksa menolak. Aku fikir, betul juga. But I love to have another colab, kalau diizinkan dengan kalian berdua, next time, okey?!:) Kekosongan tersebut kemudiannya diisi oleh blogger Faz Nandra dan Syahrafi Aziz.

6) This is the halfway dalam usaha penulis untuk membikin satu cerpen, berdasarkan kisah benar cause I see it much different dan sangat sukar.

7) Keramat Lima dihasilkan sepenuhnya dengan bantuan sinopsis yang diberi oleh para blogger yang terlibat. Cabaran paling sukar? Tentulah part pengolahan cerita selain perkembangan watak.

8) Pelangui (Faz Nandra) merupakan cerita paling panjang ditulis (8 helai) disusuli dengan Potret (Syahrafi Azizi) iaitu 7 helai. Perkongsian terbanyak di facebook button share adalah cerpen Figura (Shahira Khairudin) iaitu sebanyak 26 perkongsian. Komen terbanyak pula (termasuk komen penulis) adalah cerpen Sick Bay (Nuke Rude) sebanyak 15 respons manakala cerpen pertama ditulis adalah Korin (Zaki Zafir) pada 27 Februari 2011.

9) Blogger paling konsisten komennya tentulah Bro Tengkorak Emas (4 komen) diikuti Bro Shatooman (3 komen). Terima kasih banyak-banyak bro!!!

10) Siri ini, keseluruhannya mempunya 29 muka surat.


Versi sendiri Cinta Kristal. Ni sebab terpengaruh dengan hantu kak limah la nehh Sorry ye kalau suara tak sedap:)

Terlepas membaca. Klik je link 'Keramat Lima' di button atas tu, ok:)

Saturday, March 05, 2011

Keramat Lima: Potret


Potret

Dari Pengalaman Sebenar: Syahrafi Aziz


Ah, masak!


Perut memulas macam ususnya dipintal-pintal.

Jahanam betul! Time-time nak pergi kelas macam ni lah dia buat hal

Hatinya membentak geram. Perutnya meragam pada ketika dia sudah bersedia hendak ke sekolah. Rakan se-dormnya sudah berdedai-dedai menuju ke ruang utama sekolah untuk perhimpunan.

Enggan untuk terus memikirkan, dia berlari pantas menuju ke ruang tangga asrama bloknya. Dan pabila sudah sampai ke bangunan tersergam itu, kisah bilik misteri berkunci tiba-tiba datang menerpa tak diundang dalam kepala.

Kisah sebuah bilik stor, sederhana besar luasnya telah dikunci rapat, kerana dikatakan telah berlaku satu kejadian aneh lagi mengerikan beberapa tahun dulu.

Masa ginilah kepala hendak melayan cerita hantu, bisiknya marah. Perut yang memulas semakin sakit hendak melabur. Makin di tahan, makin seksa dirasakan.

Pedulilah. Hantu ke apa, aku tetap nak buang hajat! Lagipun siang-siang gini mana ada hantu, selorohnya lagi dalam hati.

Yang menjadi masalahnya adalah kedudukan bilik stor itu. Bilik itu terletak sebaris dengan dorm nya dan jika mahu masuk ke dalam tandas dormnya, dia terpaksa melintas di hadapan bilik berpuaka itu.

Kata hati menerjah. Kau redah saja! Kau kan anak jantan. Nak takut apa! Ayah kau polis. Kau nak bimbang apa?

Kata akal menimbang tara. Buatnya masa kau melabur ‘benda tu’ terjengul depan pintu, kau nak buat apa? Lari? Fikir dulu. Buang ajelah dekat sekolah!

Kata hati berteriak. Leceh! Masalahnya aku dah tak tahan! Kang melepas kat sini, siapa nak tanggungjawab?

Kusut seraya malas hendak berperang antara akal dan hati, dia percepatkan langkah menuju ke dorm. Semakin hampir juga dengan bilik stor berkunci yang misteri itu.

Kalau benda itu muncul tiba-tiba, memang aku buka langkah seribu, putusnya mematikan perbalahan akal dan hati.

Bilik stor yang selama ini berkunci dari luar, dengan ketul mangga yang besar, dilintasi juga.

Anehnya…

Pintu bilik stor yang bertahun berkunci itu…

…terbuka dengan sendirinya.

Mendedahkan isi dalamnya yang berhabuk, dengan kotak-kotak lusuh dan dinding yang sudah bersawang selain rona pencahayaan yang sangat suram dan bau kusam yang menyesakkan pernafasan.

Langkahnya terhenti seketika.

Niat hendak melabur, termati sekejap.

Diperhatikan keseluruan isi stor sebelum matanya terpandangkan satu lukisan di dinding dari contengan watercolor. Lukisan yang nampak kusam dengan dinding yang sedikit berkulat memperlihatkan potret seorang gadis sedang tersenyum, dengan rambut ikal ditocang dua, bergaun separa labuh sekolah. Di dada potret itu, terpampang tag nama yang kurang jelas dipenglihatan.

Siapa dia??

Perutnya meragam lagi!

Ah! Bedebah. Yang aku duduk tercongok depan bilik stor ni buat apa? Bukan aku nak melabur ke tadi?, pekiknya dalam hati, mempedulikan pintu bilik yang terkangkang luas itu, berlari kecil menuju dormnya sebelum merembat tuala putih sebelum tercicit-cicit menuju ke dalam tandas, melepaskan hajat yang terbuku sekian lama.

Sambil mencangkung, dia berfikir tentang sebab mengapa pintu bilik stor yang selama ini berkunci terbuka dengan sendirinya. Takkan ada yang saja-saja nak bukak? Semua orang cakap bilik tu berhantu. Sejak kali pertama dia menjejakkan kaki di sekolah berasrama penuh itu, cerita pertama yang tersinggah di cuping telinganya adalah mengenai cerita-cerita aneh stor puaka itu.

“Kadang-kadang dengar suara orang menangis”

“Andaikata kita terdengar pintu itu seperti digoncangkan, pedulikan bunyi itu. Bimbang dia ikut kita dari belakang”

“Kalau bilik tu terbuka, habislah sekolah kita”

Lampu tandas tiba-tiba berkelap kelip malap. Angin dari luar tiba-tiba menerobos bertiup kencang.

Alamak! Kenapa pulak ni? Jangan-jangan...

Dia bergegas. Bimbang dia pula kena kacau kalau tinggal lama di dalam tandas. Selesai menyuci diri, dia keluar dengan bertuala ditambah sedikit perasaan lega.

Ditolehnya ke kiri.

Dilihatnya pintu stor yang terbuka luas tadi, terkunci rapat. Malah mangga besar gadang yang terlekat di grillnya juga masih utuh di situ.

Fikirannya keliru.

Eh…bukankah tadi??…

Lamunannya tersentap akibat satu suara parau memekik lantang. Diburu rasa terkejut, kepalanya dijengulkan sedikit memerhatikan satu sosok sedang berdetak detak kejung terbaring di hadapan bilik stor itu.

“Dia..aku punya!!!! Dia..aku punya!!! Jangan sesiapa ambil dia!”

Kelihatan seorang pelajar memekik dengan uniform sekolahnya yang sudah kotor akibat habuk di lantai. Dia memandang tegar. Sosok itu sahabatnya, Ayie!!

Dia berlari pantas. Menyentuh tubuh Ayie yang dirasakan sangat panas!

“Kau kenapa, Ayie?”

Sosok Ayie berpaling. Matanya buntang memerhatikan dia yang tercengang ketakutan.

“Tiada sesiapa yang boleh pisahkan aku dengan manusia ini!”, pekiknya garang. Bibirnya kemudian mengukir senyuman sinis.

“Kau budak mentah! Baik kau berambus dari sini!”, sambungnya terus terusan berguling di atas koridor di hadapan stor puaka itu.

Dia bingkas bangun. Mempedulikan kain tuala yang membaluti pinggang hingga ke lutut, dia lekas menuju ke bilik warden aspura, yang salah satunya merupakan seorang ustaz. Satu per satu perkara dijelaskan. Sesekali tampak si Ustaz hendak menyampuk, membangkang itu ini, tetapi atas kesedaran salah seorang pelajar kelihatan seperti di rasuk, Ustaz tidak berfikir untuk bertanya lanjut.

Ayie kelihatan semakin menakutkan untuk ditegur. Apatah lagi renungannya semakin mengerikan. Sekilas dilihat pada mata hitam sahabatnya itu, kelihatan satu pancaran hijau menyala dengan satu tompok hitam menyelubungi bawah matanya yang bundar.

“Marilah ke mari kalau kau berani, wahai manusia lemah!”, deramnya kasar. Dua warden yang berdiri tegak, memandang tubuh Ayie yang meliuk lentok dengan tenang. Beberapa pelajar masih berkerumun, ingin tahu perkara sebenar.

“Kau keluar dari tubuh manusia ini! Sebelum aku paksa engkau”, tegas Ustaz sambil menghela nafas dalam. Ayie memerhatikan Ustaz dengan senyuman sinis.

“Kalau kau berani, kau cubalah!”, duga rasukan Ayie sebelum bingkas bangun, lalu berlari menuju ke dalam sebuah bilik, bersebelahan dormnya, masuk ke dalam bilik itu.

Dua warden itu saling berpandangan sesama sendiri. Tiada pilihan, mereka berlari lekas menuju masuk ke dalam, sebelum menguncinya.

Seminit kemudian, terdengar jerkahan yang amat dahsyat sebelum pintu yang terkunci dibuka dengan pantas.

Kelihatan Ustaz memapah Ayie yang tidak sedarkan diri sebelum meletakkan budak lelaki itu ke dalam dormnya.

Pelajar yang berpusu saling tertanya-tanya. Musibah apakah yang menimpa Ayie? Begitu juga halnya dengan dia. Sebagai rakan se-dorm, dia perlu tahu masalah yang menimpa budak lelaki itu.

Adakah diebabkan bilik stor yang berkunci itu, menjadikan Ayie disampuk?
Ayie nampak juga lukisan potret di dinding buruk itu?
Tapi…kenapa lepas aku keluar tandas, bilik tu berkunci?

Fikirannya kusut memikirkan perkara itu lantas, dia perlu bertanyakan hal sebenar kepada salah seorang seniornya, Abang Khaidir beberapa hari kemudian.

“Abang tahu apa-apa tak pasal bilik stor yang berkunci, satu baris dengan dorm kita ni?”

Khaidir sedikit tersentak. Tetapi mengambil pendekatan berdiam diri. Sebagai senior, dia enggan bercerita tentang sesuatu yang tidak pasti. Lebih-lebih tentang kisah itu!

“Buat apa kau nak tahu? Tak ada kena mengena dengan kau pun, Syah!”

Khaidir bertukar jengkel. Dia yang turut berada semasa kejadian Ayie di rasuk beberapa hari lepas, mengunci mulut apabila beberapa rakan sekelasnya bertanyakan tentang kejadian budak dirasuk di hadapan stor puaka.

“Cerita saja, bang. Di hari kejadian Ayie kena rasuk tu, saya ke tandas dan sebelum masuk ke tandas, pintu bilik stor tu terbuka dengan sendirinya. Saya jengahlah konon-konon berani. Ada…ada…potret budak perempuan kat dalam tu. Wajahnya tersenyum..”

Khaidir mengerling ke arahnya.

Buat seketika, dia dapat merasakan yang Khaidir akan terpekik-pekik marah dan mahu melaporkan perkara itu kepada guru disiplin.

Budak lelaki itu menarik nafas panjang.

“Dulu sekolah ada kes. Kes dimana seorang gadis dirogol oleh pengawal sekolah. Dia tertekan, lalu membunuh diri di dalam bilik stor tu”

“Dan sejak kejadian itu, bilik stor dikunci rapat mengelakkan gangguan terutama kepada pelajar perempuan”

Dia menelan kata itu bulat-bulat dan bayangan samar-samar potret di dinding itu tiba-tiba menjelma dalam kepalanya. Itukah punca sahabatnya, Ayie diganggu?

Dia tidak perlu menunggu lama untuk bertanyakan persoalan itu. Selang tiga hari, Ayie pulih sepenuhnya. Walaupun masih takut-takut, dia cuba mengagahkan diri bertanya budak lelaki itu.

Dan jawapan yang diterima, sangatlah mengejutkan.

“Aku diwarisi saka yang aku sendiri enggan mengambilnya. Ia kepunyaan datuk aku”, jelas Ayie sayu. “Aku mahu benda itu keluar dari mendampingi aku!”, ujarnya lagi. Dia mengeluh lega.

Nyata, Ayie bukan diganggu oleh puaka stor itu.

Tapi apa yang menghairankan, mengapa bilik itu terbuka dengan sendirinya?
Bilik yang selama ini berkunci?

Penyelesaian kepada persoalan itu rupanya datang seminggu kemudian.

Ramai pelajar perempuan diserang histeria, malah ada yang lebih teruk mahu membunuh diri! Adakalanya terpekik-pekik ketakutan tatkala sesi pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan.

Adakah puaka stor atau lebih tepat potret gadis itu mahu menuntut dendam atas apa yang terjadi kepadanya???

Adakah pintu bilik stor yang berkunci itu, petanda gadis itu mahu bergentayangan mengganggu manusia tak berdosa yang lain???

Wallahualam…

PESANAN: Adakah kamu merasakan bulu tengkuk kamu dihembus seseorang, sekarang?

Kerana Kasih, Aku Turutkan: Review The Fighter


Menonton filem drama sukan ‘ The Fighter’ menjadikan diri lebih bermotivasi.

Dalam filem ini dperlihatkan bagaiman Mickey Ward, peninju terkenal tertekan dengan sikap abangnya yang selalu high stone crack cocaine (persembahan mengagumkan Christian Bale). Sebagai former boxing yang sangat talented dan dianggap legend oleh adik tiri sendiri, Dick Ecklund meyanyangi Mickey Ward with all open heart walaupun dia selalu ditangkap high in cocaine.

The Fighter mempamer keseimbangan antara kisah benar keluarga Ward dan pemahaman tentang sukan boxing dengan lebih dalam. Kisah bagaimana Mickey terpaksa mengikut telunjuk ibunya, Alice Ward dan follow dalam segala hal. Persaingan dengan 7 orang adik beradik perempuan dan abang-yang merangkap jurulatih yang selalu lalok menjadikan dia tension.

Tertekan, dia bertemu dengan seorang bartender cun Charleen (Amy Adams) dan berhasrat untuk melupakan sukan tinju, lebih-lebih lagi kekalahan dengan peninju yang bertubuh besar daripadanya.

Rules dalam tinju selalunya mengambil kira berat salah seorang pihak lawan dan ianya tidak boleh melebihi berat lawannya yang satu lagi. Ia akan mewujudkan satu situasi tidak adil dalam perlawanan.

David O Russel menghasilkan karya ini mengikut acuannya yang tersendiri. Filem ini biopic. Seperti menonton other True Story yang lain, Russel bijak mengadunnya dan menjadikan karya ini cukup ramuan komersil dan nilai historic yang melengkapkapkannya. Apapun, kekalahan filem ni di Oscar (yang turut mengupas satu lagi kisah benar) dianggap bermaruah.

Dari segi lakonan, all actors superb!

Selain Christian Bale, Melissa Leo (Alice Ward) turut mempamer lakonan yang sangat-sangat berkesan. Aku agak menyampah dengan sifat control dan tegas si Alice. Semua benda dia nak kawal. Anak dia buat apa, lawan dengan siapa, apa yang perlu dicakapkan dalam interview TV.

But, despite of that, dia manager kepada anaknya. Dia melihat potensi anaknya untuk cemerlang dalam sukan tinju. That’s why she’s very protective. Membesarkan 7 anak perempuan dan 2 lelaki menjadikan Alice Ward seolah predetor kepada dua anak lelakinya tu. Hey, suaminya pun dia buli kaw-kaw. Mungkin hidup dalam female dominated community, feminisme Alice kelihatan sangat kuat.

Lebih-lebih lagi bila dia tau anak lelakinya kuar dating dengan pelayan bar yang baginya tak tahu selok belok sukan tinju.

Ko terlepas cakap F*ck dalam Akedmi Award kan, Leo? Takpalah, lakonan ko memang bagus dalam citer ni.muahahahahaha. KLIK SINI

Amy Adams macam biasa. Terbaik. Dari peranan remaja bermasalah dalam Junebug, puteri raja fantasi dalam Enchanted mahupun biarawati penuh rahsia dalam Doubt, Adams sentiasa mencari kelainan dalam setiap lakonan.

Peranan Charleen dilihat cemerlang di tangan Adams. Dia bartender. Survival hidup dalam tangan. Tapi tak sekali-kali nak gadai body untuk permintaan customer. Ada catfight between dia dengan Alice Ward. Siap bertumbuk bagai! Apa yang dimahukan hanya yang terbaik untuk Mickey

Apapun, The Fighter menjanjikan info yang bagus tentang sukan boxing selain relationship keluarga Ward yang penuh liku.

Trivia: Filem ni merupakan filem kedua yang memenangi kedua-dua Pelakon Terbaik dalam katergori Pembantu Lelaki dan Wanita selepas Hanna and Her Sister pada tahun 1986

Ps: Terima kasih kerana membaca Keramat Lima. Terlepas baca Klik kat link bawah ni ye:)

Figura

Korin

Pelangui

Sick Bay


Dan jangan lupa malam ini siri terakhir Keramat Lima: Potret

Up next baru The King's Speech. Ada juga a few yang seronok dikongsi macam The Kids Are Allright dan I am Number Four.

Friday, March 04, 2011

Keramat Lima: Figura


Figura

Dari Pengalaman Sebenar: Shahira Khairudin



Hening

Malam yang memanjat tua dalam gigitan sejuk menghambat tulang temulang.

Tiga gadis yang masih berjaga. Raja, Milatul dan Hanum masih menyiapkan tugasan Human Resource yang diajar Professor Aminah.

Dengan pengajian kes yang berlambak-lambak, tidak hairanlah kalau mereka terpaksa berjaga malam—demi menyudahkan tugasan selain tidak mahu mendengar bebelan Professor Aminah tentang erti tanggungjawab.

Mukaddimahnya saja sudah berjela macam khutbah Jumaat!

Angin dari tingkap bertiup sesepoi, menambah rasa sejuk di balik malam yang sunyi. Ketiga gadis menuju ke ruang bilik mandi, menghadap sinki yang sedikit berkarat tetapi masih utuh berdiri megah. Cermin yang menampakkan rona buruk, tetap mempamer figura, sosok setiap inci pemerhatinya.

“Kak Raja tertinggal sabun aprikot! You all tunggu kejap boleh?”, Raja yang lebih senior, bertubuh lampai mempamer senyuman kelat. Milatul dan Hanum saling berpandangan mengerti. Kak Raja memang pelupa. Nyayuknya sudah ditahap kritikal. Sudah tahu hendak membasuh muka, mengada pulak ditinggal sabunnya merata.

Bayang Raja lesap ditelan ketuaan malam.

Milatul mengenakan dua pam Neutrogina Cleansing Deep Face pada wajah mulusnya. Pes itu terkeluar sedikit dari pek sebelum dilumurnya disekitar wajah. Membasuh setiap inci liang dengan berhati-hati. Hanum pula meletkkan sedikit pes Darlie ke atas berus gigi warna oren terangnya sambil berkumur sekejap. Gigi digosok perlahan.

Dua gadis itu bungkam kesenyapan sambil melakukan kerja masing-masing dengan tertib. Milatul mula terbongkok-bongkok membilas sambil Hanum memberus gigi belakangnya dengan penuh hati-hati.

“Mila ke toilet kejap. Nak buang air”, jerit Mila sesudah membasuh wajahnya. Hanum mengangguk tidak betah sambil melihat bayangan Mila menghilang ke dalam kiub tandas di belakangnya.

Hanum memberus sambil berkumur perlahan. Wajahnya ditundukkan, membuang sisa kumur berbuih Darlie ke dalam sinki sambil mengangkat wajah, memerhati cermin buruk dihadapannya.

Kelihatan sesuatu di balik bayangan memantul cermin itu

Sesuatu berwarna putih dengan rambut hitam berjurai, melintas memasuki kiub tandas dibelakangnya.

Hanum tersentak. Berus gigi yang dipegang hampir terlepas dari tangan.

Mila..

Hanum berpaling dan dengan lagak separuh berani, dia menuju ke pintu tandas dibelakangnya. Pintu itu tertutup rapat. Berkunci dari dalam.

Nafasnya turun naik menahan resah.

“Mila..Oo Mila”, jeritnya dari luar.

Cemas.

Ikutkan hati, pintu tandas bagai mahu ditendangnya saja.
Mila pula senyap tidak menjawab.

“Mila! Kau ada ke dekat dalam?”
‘Ya! Aku ada”, sahutnya perlahan, tetapi bergema. Hanum membuah lega. Dia berpaling sebelum melihat Raja berdiri tercangak dihadapan pintu masuk sambil merenung Hanum.

Gadis itu tersentak.

“Akak! Kalau ya pun, jangan berdiri macam tu”, bengkeng Hanum sambil melihat Raja tersenyum geli hati. Sukalah dapat kenakan aku malam-malam buta macam ni!

“Kau dah kenapa ni?”, soalnya sambil memerhatikan rona Hanum yang sudah pucat lesi. Malas hendak melayan, Raja berdiri dihadapan cermin sambil membasahkan tangan dan mengenakan sedikit sabun oren aprikotnya.

“Kau orang nak tunggu akak ke, nak balik dulu?”, soal Raja selamba. Hanum mengerling ke arah Mila yang baru keluar tandas dan dengan pantas pantas mengambil set toileterries miliknya sebelum berlalu selamba meninggalkan Raja lalu menuju ke biliknya.

“Saya pergi dululah, kak”, pinta Hanum sebelum membuntuti Mila jauh di kekelaman malam. Kelihatan Raja seperti hendak bersuara, tetapi Hanum langsung tidak mengendahkan.

Pintu bilik dikuak perlahan.

“Eh..apasal tak berkunci pulak?”, soalnya dalam hati. Seingatnya, Mila sangat menekankan aspek keselamatan walaupun baru lima minit meninggalkan bilik. Tinggalkan bilik kejap, pintunya sudah di lock dari dalam.

Dia meletakkan set toileterries di bawah katil sambil dia duduk melunjur di atas katil membisu mengenangkan perkara sebentar tadi.

Jelmaan apa yang berdiri, melintas dibelakang aku tadi?
Kenapa dia masuk ke dalam tandas Mila?

Hanum menghela nafas. Hendak ditanya pada Mila, kelibat gadis itu entah mana hilangnya. Baru sesaat lambat mengekorinya dari belakang, lesap pula dia entah kemana.

Pintu tak berkunci! Hish..kalaulah ada pelajar yang mencuri! Tak ke sia-sia?, ketakutannya bertukar amarah sebelum perlahan-lahan telinganya menangkap bunyi seretan selipar dari koridor luar.

Dia menanti dengan penuh sabar dan debar.

Mungkinkah itu Mila??

Pintu yang tidak berkunci, terkuak sedikit menampakkan sosok Raja disertai Mila dibelakangnya!!!!

Ya! Milatul!
Gadis yang keluar beberapa minit awal dari tandas.
Gadis yang diekorinya masuk ke dalam bilik.
Gadis yang diingaitnya sudah berada dalam bilik!

“Kau kenapa, Hanum? Tegang semacam muka, kau?”

Hanum mengambil masa untuk menelan kata-kata Mila. Matanya terkebil-kebil memerhati dua figura yang jelas berdiri, memandangnya dengan pelik.

“Kau kemana? Bukan ke kau dah masuk ke dalam tadi? Dengan pintu tak berkunci?!”, jawab Hanum, tetapi masih dengan riak separa beraninya. Kelihatan dua gadis itu saling berpandangan sesama sendiri. Mila kemudiannya menjawab tegar.

“Bila masanya aku balik bilik? Aku balik dengan Kak Raja lah. Masa aku keluar dari toilet tadi, aku tengok kau dah tak ada. Tinggal Kak Raja sorang”, ujarnya selamba sebelum melompat ke atas katil, membiarkan Hanum melayan perasaan gundah gulananya itu.

Hanun menelan kata-kata itu seperti jadam pahit yang menyesakkan kerongkong.

Patutlah Kak Raja macam hendak menegah aku dari balik ke bilik…Rupanya….

Siapa gadis yang aku ikut tu???

PESANAN: Jika kamu duduk di atas kerusi, jangan perhatikan apa yang ada di bawah meja. Mungkin ada yang turut sama menanti kamu membacakan kisah ini kepadanya…

Hectic-Neraka Week

Salam

Opss minta maaf kalau ada yang terasa offended. Sekadar meminjam status seorang rakan baik di FB.

Entry harini bukan post schedule sebab malam tadi, lepas saja sampai ke rumah dari Melaka, konon nak online sekejap, post link Keramat Lima di wall-wall FB.

Internet plak macam #$@%^^%$$##@!

Carut la tu konok-kononnya..hahahaha

Ya..Minggu bulan Mac ni merupakan bulan yang paling sibuk, aku rasalah. Sebab nya perlu membanting tulang pada hari Sabtu on a few weeks juga. Tak kisahlah. Enjoy sudahhh. Tak elok nak merungut pada punca rezeki. Suka tak suka, kena buat. InsyaAllah akan datang keikhlasan.

Planner aku penuh sampai 30 Mac ni.Masakk.Sabtu plak penuh (hujung sebelah kanan)
Kesian students aku punya trip ke Shah Alam. Dari 12 hb3 terpaksa ditunda pada 2nd April.



Eh eh..

Semalam tengok result kontes blog ini

Aku menanglah!!hahahaha.. Thanks Zaki:) Dapat itik!!!! Mana ek nak bubuh???

Layan lagu lama gak ko ye, Zaki=)hehehehehe. Kena nyanyi live! Oh tidakkkk


ps: Sudah menonton Filem Terbaik Oscar edisi 83, The King's Speech dan filem The Fighter. Hmmm..mana satu nak review dulu yek..

ps 2: Klik tajuk untuk membaca edisi Keramat Lima

Korin


Pelangui

Sick Bay

Thursday, March 03, 2011

Keramat Lima: Korin


Korin

Dari Pengalaman Sebenar: Zaki Zafir

Enam pagi!

Ah! Masak aku bangun lambat lagi. Mampus kalau hari-hari macam ni.

Dia bangun seperti biasa, duduk melunjur kaki di atas katil sambil meliuk-liuk kepalanya ke kiri kanan. Sengal. Dibiarkan rasa sakit itu berlalu. Matanya makin terpejam, melawan rasa kantuk yang kian menebal. Teringatkan pula latihan Matematik yang disiapkan lewat malam tadi bersama Alep, rakan sebiliknya. Bila teringatkan Alep, segera mindanya berputar pada pesanan cikgu disiplin petang semalam tentang rambut Alep yang semakin menutupi mata.

Entah fesyen apa dia ikut, aku tak tahu! Asal budak itu baik dengan aku, aku okey saja.

Dia melangkah malas membawa tuala putih dan beberapa peralatan toiletteris ke kamar mandi. Matanya yang kantuk masih enggan membuka luas. Siaplah kau, mata. Terjirus air sejuk, buntanglah nanti, sumpahnya dalam hati.

Berjalan tanpa melihat lebih-lebih lagi ke kawasan bilik mandi tidak langsung menjadi masalah kepadanya. Dia sudah hafal jalan lurus beloknya bagaimana.

Pintu bilik mandi ditutup dari dalam. Suasana hening di luar, menambah keyakinan bahawa masih ramai pelajar sedang diulit mimpi. Tubuh lekas dijirus air sejuk dari pili yang memuntahkan air bersih. Segar merajai diri. Mata yang kantuk tidak lagi dirasa, hatta dia dapat merasakan hari ini sudah tentunya lebih elok dari semalam.

Gigi digosok perlahan, sambil meratakan air bugar keseluruh tubuh.

Mandi biar basah!

Sepuluh minit membersih diri, dia terus keluar dengan tuala membalut dari pinggang ke lutut sambil matanya memandang sosok Alep yang sudah berdiri terpacak di hadapan cermin bersinki. Rambutnya yang panjang disikat, jurai semakin menutup mata.
Jadah la kau, Alep. Cikgu baru pesan semalam suruh gunting. Kau masih nak berfesyen ke apa?, sungut hatinya semakin tidak senang dengan penampilan Alep yang tak ubah seperti samseng. Boleh hidup pulak tu dengan dua biji mata tertutup dengan rambut!

“Kau masih tak mahu potong rambut tu?”, soal nya dengan nada prihatin.
Alep masih kelihatan tunduk lalu menyikat rambut lebatnya. Tiada balasan bersahut.

“Kan cikgu dah pesan semalam. Nanti apa-apa jadi pada kau, aku tak tanggung!”, balasnya lagi lebih selamba. Rambut yang basah, cuba di kirai-kiraikan supaya lekas kering.

Alep masih tak membalas. Makin rancak pula dia menyikat rambutnya yang kelihatan ikal itu

Bisu ke apa budak ni! Cakap sepatah, haram tak dijawabnya! Tak ada mood, agaknya!

Dalam sangsi penuh amarah itu, dia cuba menyedapkan hati. Makin dilayan si Alep, makin lagha Subuhnya telat. Mujur wudhu’ sudah diambil awal.

Dia melangkah keluar, membiarkan Alep melayan gelodak rasanya. Haih! Takkan buat kerja Math sampai larut malam, pagi-pagi dah kena PMS kot?

Hatinya masih gulana.

Kedengaran pelajar-pelajar lain berdedai dedai keluar dari bilik mandi, bersiap-siap hendak ke perhimpunan sekolah pagi itu.
Fuh! Nasib aku dah mandi. Kalau tak, terpaksa berebut-rebut.

Pintu biliknya dibuka lalu ditutupinya semula.

Pandangan bilik yang gelap tadi, mulai menampakkan sinar suram gemilang mentari yang perlahan-lahan menerobos masuk ke jendela kaca. Barang toiletteries nya diletakkan di dalam almari sambil berpusing melihat katilnya yang separa tidak kemas.

Dan…

Kelihatan seseorang masih berbungkus, sedang terlena di atas katil, sebelah tempat tidurnya.

Entah-entah si Rahmat agaknya!

Suka sangat jadikan bilik aku ni tempat singgah dia sebelum ke bilik air. Tengok aje katil si Alep ni kosong, terus landing tak sedar! Dia ingat ni RnR ke apa?

Tertekan, dia lekas menepuk bahu Rahmat dengan sedikit goncangan.

“Oi! Bangun la..Kau tak pergi sekolah ke?”, tegurnya keras sebelum selubung yang membaluti tubuh itu terselak.

Kelihatan sahabatnya Alep, dengan rambut kusut masai, terkedip-kedip mata memerhatikannya dengan pandangan serba bingung!

Dia…tergamam!

“Sekarang pukul berapa?”

Pertanyaan itu dibiar tidak berjawab lalu tanpa rasa bersalah pada tikar sejadah yang dibiar terbentang di atas lantai, dia memberanikan diri untuk pergi semula ke kamar mandi, menunggu ‘bayang Alep’ yang diperhatikannya lewat sudah mandinya tadi.

Kalau bukan Alep, siapa? Siapa yang menyamar jadi Alep? Menyamar..atau…

Bahunya tiba-tiba terasa digoncang kuat, lantas dia berpaling dengan wajah yang sangat terkejut.

Alep yang kelihatan sudah bertuala menyeringai ke arahnya.

“Kau jumpa hantu ke, bro?”, selorohnya celupar. Dia tidak membalas malah berlalu pergi membiarkan Alep tersengih lucu. Luculah dapat sergah aku pagi-pagi buta! Hantu kau, Alep!

Sepanjang perjalan menuju ke kamarnya semula, membentang kembali sejadah di atas lantai, mindanya berputar ligat mengenangkan Alep yang ditegurnya pagi tadi.

Siapa budak lelaki yang menyerupai Alep, itu?

PESANAN: Jangan pusing ke belakang ketika membaca. Mungkin ada yang tumpang membaca sekali…

Wednesday, March 02, 2011

Keramat Lima: Pelangui


Pelangui

Dari Pengalaman Sebenar: Faz Nandra



“Kamu dah makan, Misah?”

Soalan dari Ibu Minah menerjah ke gegendang telinga wanita bernama Misah itu. Misah tersenyum nipis. Pesanan ibunya, Jaleha terngiang dikepala.

Kamu jangan layan sangat Ibu Minah.

Bila diasak tanya, emaknya hanya menggeleng malas hendak mengulas. Entah apa yang disembunyikan emak, dia sendiri kurang periksa. Baginya, Ibu Minah merupakan perempuan baik, yang selalu menolong orang dalam kesusahan.

Yalah, mungkin gelaran janda yang dimiliki perempuan itu, membuatkan ramai perlu berhati-hati.

“Misah..Misah?”

Suara Ibu Minah membunuh ingatan, menyebabkan dia tersedar seketika. Sekali lagi Misah tersenyum nipis.

“Nah la..ambil amplang ni. Kirim salam sama emak kamu, ya”, desak Ibu Minah sambil tersenyum penuh makna, lalu menghulurkan bungkusan keropok putih, bulat-bulat kecil kepada Misah sebelum meninggalkannya.

Misah menerima dengan paksa.

Aduh! Apa aku nak kata dengan emak ni!

Pasar tani yang disinggahinya sepuluh minit tadi, ditinggalkan segera. Bimbang mulut emak berkicau tak tentu hala.

Rumah papan, separa buluh menjadi tempat berteduh Misah, emaknya Jaleha dan dua orang adik perempuannya, Kamilah dan Hasanah. Emak pantang benar kalau anak-anak dara tak menolongnya di dapur, jadi tidak hairanlah kalau bayangan dua adik perempuannya itu hanya duduk di dapur saja.

“Masa bila Kak Misah balik ni?”, soal Kamilah sebaik saja Misah menjegulkan wajahnya di dapur. Hasanah yang leka mengupas bawang enggan menyertai perbualan kakak-kakaknya itu, malah dia lebih selesa membantu Jaleha mengacau nasi yang semakin mendidih.

“Baru aja”
“Ada bawak ole-ole dari pasar?”
“Kakak pergi beli sayur, bukan membeli belah”

Sindiran Misah, disertai tawa kecil Hasanah. Kamilah mencebik masam, pura-pura merajuk sambil matanya tetap melingas memerhati bungkusan kecil di tangan kiri Misah.

Bungkusan keropok ikan, berketul bulat, berwarna putih.

“Eh! Amplang! Tengok la tu. Tipu! Kata tak ada ole-ole!”, Kamilah masih tak berpuas hati, lekas merampas plastik kecil berisi amplang itu, sebelum memandangnya kecur.

Misah tersentak, lekas menegah
“Ish! jangan, Milah!”
Kamilah yang terasa ditipu, enggan mendengar larangan itu.
“Apa salahnya pulak?”

Misah serba salah. Tapi kenyataan harus diberitahu!

“Ibu Minah beri kakak, masa di pasar tani tadi!”

Kamilah memandang plastik itu dengan mata terkebil-kebil sebelum ekor matanya memerhati ibunya yang turut tercengang dan adik perempuannya yang merenung tajam bungkusan itu.

“Ada sesuatu yang Misah tak tahu, ke?”

Jaleha mengambil bekas plastik amplang itu, lalu melemparkannya ke tanah. Tak cukup dengan itu, dia mengambil cangkul yang disimpan di bawah rumah, mengheretnya kasar, lalu menghancurkan bekas plastic itu dengan tegar.

Amplang di dalamnya hancur berkecai seperti debu.

Ya Allah! Apa semua ni?

“Emak tak mau kamu terserempak lagi dengan Ibu Minah lagi! Faham?”

Keras. Tanpa mempedulikan riak Misah, Jaleha naik semula di atas rumah, mengacau semula nasi di dalam periuknya perlahan-lahan.

Baik Misah, Kamilah dan Hasanah, masing-masing membisu.

“Kamu dah bersuami, Misah. Jaga anak-anak. Jaga suami. Kadang-kadang kejahatan ni tak nampak dengan mata kasar saja”, kias Jaleha sambil mengacau perlahan butir nasi yang semakin mengembang.

Ketiga-tiga anaknya diam, langsung tak menjawab.

“Misah, kamu pernah dengar ‘pelangui’?”

Tidak hanya Misah. Kamilah dan Hasanah turut memberi perhatian.

“Emak kata, benda itu cuma dongengan?”

Soalan Misah dibalas dengan senyuman Jaleha. Dia mengurangkan sedikit kayu api yang memanaskan periuk nasinya. Nasi yang ditanak, semakin masak. Aroma lazatnya menyinggah rongga. Perempuan itu duduk berteleku dihadapan anak-anaknya

“Dongengan yang pada asalnya adalah sebuah kenyataan. Mungkin tak mahu membiarkan kanak-kanak dihantui, maka ceritanya ditukar menjadi dongeng”

Ketiga-tiga anaknya mengangguk.

“Pelangui merupakan campuran manusia dengan syaitan. Mereka ini dirasuk untuk hidup dan menunggu saja jika ada kematian atau wanita yang hamil, menanti mayat atau janinnya untuk dimakan”

“Pelangui ni macam belaan ke, mak?”, Kamilah bertanya dengan wajah sedikit cemas.
Jaleha mengangguk lalu menyambung.
“Sesetengah kata ia dituntut demi melindungi keluarga dan waris. Lain mengatakan, ia boleh diturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan dan yang terakhir melalui makanan”

“Makanan?”
Misah dan Hasanah bertanya serentak. Jaleha mengangguk sekali lagi.
“Melalui perkongsian makanan..lebih-lebih lagi garam”.
Ketiga-tiga gadis itu berpaling sesama sendiri sebelum melihat amplang yang lebur di tanah.

“Sebab itulah emak..buang..amplang..tu?”

“Kita perlu berhati-hati. Ada waktunya kita perlu berjaga-jaga”

Misah dan dua saudaranya lagi memegang kata-kata ibunya dengan penuh hemat.

Bila pagi berganti petang, suasana kampung semakin suram sebelum kelihatan suami Misah pulang dengan motor cabuknya lalu diparkirkan di tepi rumah. Misah menyambut suaminya dengan senyuman manis.

“Isteri abang macam mana harini?”
Misah membalas dengan senyuman lawa. Mata sepetnya dikerdip berkali-kali.
“Baik-baik saja, bang”, jawab Misah sebelum menyambut beg dari suaminya.

Seketika, dia bagai terperasankan susuk seseorang sedang berdiri tidak jauh dari laman rumahnya. Susuk yang kelihatan sangat kurus, rambut sedikit kusut dengan senyuman sinis terukir di bibir.

“Misah apa kabar?”

Susuk itu bertanya sebelum suami Misah berpaling lalu tersenyum hormat.

Kelihatan Ibu Minah tampak tak bermaya, tetapi mengagahkan diri berjalan berdikit menghampiri pasangan suami isteri itu.

“Misah baik-baik saja. Ada apa datang ni, Ibu?”, soal suaminya prihatin sambil memerhati suasana alam yang semakin kelam menuju senja.

Ibu Minah membalas senyuman. Matanya sedikit membesar apabila memerhatikan bonjolan perut Misah yang tampak sedikit membuncit.

“Kandungan Misah dah sampai lima bulan, ya?”

Misah memandang suaminya ketakutan. Tercengang. Macam mana Ibu Minah boleh tahu???

“Kamu mengandungkan anak perempuan, kan?”

Kali ini bukan Misah saja yang dihimpit rasa cuak, suaminya turut memandang aneh perilaku Ibu Minah yang dirasakan meracau tidak tentu hala.

“Misah, ajak suami kamu naik. Sudah senja ni. Tak baik duduk lama-lama di laman”, perintah Jaleha yang terjengul muka di balik tingkap, memerhatikan perilaku Ibu Minah yang sangat mencurigakannya.

“Kamu pergi balik, Minah. Ada yang menanti kamu, disana”

Ibu Minah memandang hampa Misah yang sudah naik ke atas rumah sebelum melemparkan jelingan tajam kepada Jaleha.

Suatu hari nanti, Misah akan jadi kepunyaanku!

Ibu Minah berlalu sambil kepalanya didongakkan di langit sebelum berjalan meninggalkan laman rumah keluarga Jaleha.

“Kita perlu lindungi Misah! Kita perlu lindungi dia!”

Misah buntu. Dipandang suaminya yang turut mengangguk bersetuju dengan cadangan ibunya sendiri.

Perlindungan apa? Daripada siapa?

“Apa yang emak cakapkan ni?”

Jaleha menarik nafas dalam-dalam. Wajah cemas Misah ditenungnya betul-betul.

“Kalau kamu sayangkan anak kamu, keluarlah dari kampung ini. Pergilah tempat yang lebih selamat”

“Mak! Misah tak faham!”

“Ibu Minah inginkan anak kamu! Dia mahukan anak kamu demi Pelangui yang merasuki dirinya tu!”
“Pelangui yang mak bualkan pagi tadi?”

Jaleha mengangguk.

“Kamu perlu berpindah. Pindah sebelum Pelagui kepunyaan Ibu Minah mengganas”

Suami Misah bergelodak nafas, saling memerhati isteri dan ibu mertuanya silih berganti.

“Tak ada cara lain untuk menghapuskan Pelangui tu?”

Jaleha resah. Mindanya kemudian berputar terkenangkan Tok Guhara, pawang terkenal kampung yang berkemungkinan berupaya menghapuskan pelagui bedebah itu.

“Biasanya si Pelagui-Manusia ini akan diberi minum air tembakau. Selepas itu, ia akan muntah kuning dengan sangat banyak sebelum memuntahkan seekor burung pipit. Jika masih anak, Pelagui dikira masih belum cukup matang dan sebaliknya. Sesudah memuntahkan burung pipit, burung tersebut perlulah di tanam dengan segera! Emak rasa, tak tahulah sempat atau tidak kalau nak mengubati Ibu Minah!”

Misah semakin resah.
“Kalau tak, kenapa mak?”

Jaleha menjawab perlahan. “Kalau tidak diubati, Pelagui akan sanggup menggali kubur semata-mata mahu memakan jasad yang sudah mati dan paling menakutkan, di akhir kitar Pelagui, ia akan bertukar menjadi balan-balan!”

“Kamu berdua tinggal satu malam disini. Esok baru pindah. Emak bimbangkan keselamatan kamu berdua”, cadang Jaleha dan tanpa membantah, kedua suami isteri itu menurut demi keselamatan mereka.

Malam semakin larut.
Pungguk berbunyi dalam sayu yang sukar dimengerti.

Misah masih terbaring di atas katil, dengan si suami yang sudah terlena lama.

Fikirannya masih berkecamuk menerima tentang keanehan Ibu Minah dan kaitannya dengan Pelangui. Ibu Minah sangat baik, tetapi kenapa sampai dirasuk begitu?

Misahhh…
Misahhh..

Aku datang…

Seperti sayup bisikan, satu suara halus menerjah gegendang telinga. Misah jadi tak tentu hala. Matanya segera dipejamkan.

Kedengaran bunyi berdenting di atas bumbung sebelum disertai hilai tawa yang menyeramkan…

Misah menutup matanya rapat-rapat

Ya Allah, Jauhilah aku dari Syaitan yang direjam…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR