Ok ini status FB kelmarin.

Serius tekak aku rasa nak makan nasi minyak selepas beberapa lama alergi dengan minyak ghee yang baunya mashaallah wanginyaa macam Giorgio Armani!! (tangan ke dada,mata pandang ke atas)
Kenapa kalau kahwin perlu sedia nasi minyak ye? Ada yang boleh tolong jawabkan? Kalau jamu biasa-biasa boleh kan?
Aku beritahu ayah tentang persiapan dan makanan untuk tetamu jika satu hari nanti dia bermenantu.
1) Makan: Nasi berlauk. Paling sempoi buat nasi lemak, kacang sikit, sambal ikan bilis, timun.Lauk bagilah variety.Ayam ke, daging ke, telur ke. Ikut selera tetamu
2) Air masak, tak perlu gula. Gula kan dah naik harga, jadi perlulah nak jimat, kan?
3) Makan beramai-ramai dalam dulang. (Menu nasi lemak tak sesuai. Kalau makanan jawa-Nasi Ambeng sangatlah sesuai)
4) Sanding tak payah. Nikah je terus.
5) Boleh tak kalau tak nak pakai songket? Rimas! Nak pakai baju melayu, bersongkok??
Ayah jawab dengan selamba.
‘Cincai nye kau ni’
Aku jawab
‘Alah..buat simple-simple je sudahlah’
Ayah pandang macam seolah berkata ‘kepala hotak kau berjambul’ .
Nak tergelak pun ada. Tapi dek kerana menjaga hati orang tua itu, aku diamkan aje sambil ayah bercerita detik perkahwinan dia dengan arwah emak. Dimana dia kena berarak berkompang dengan cermin mata hitam rayban dia. Kata ayah, masa tu hujan, mujur masa dia sanding hujan dah berhenti. Dia cerita lagi, menu makanan dia haritu adalah ‘Nasi Minyak’
Aku mengeluh sendiri..apasal lah nasi minyak. Nasi lain tak boleh?
Ayah kata itu tradisi orang Melayu. Nasi minyak , zaman dulu susah nak dapat, jadi Nasi Minyak ni dikira special selain pembuatannya yang agak renyah tu. Jadi dihidangkan di hari istimewa itu dikira satu yang sangat berbaloi ! Bersanding pun adat. Yang wajibnya, nikah.
Ayah sempoi. Dia pesan pada aku, ‘ikut kau lah nak buat macam mana. Yang pentingnya nikah. Agama tu didahulukan. Kau yang nak kahwin. Bukannya aku!’
Ok. Aku bayangkah ayah yang kahwin lagi. kah kah kah!
ps: Ayah kahwin masa usianya 22 tahun. Aku ? Ala rileks la. Zaman sekarang ni keluk perkahwinan dah macam bursa BSKL!. Nak citer ekonomi..sampai bulan puasa kang tak habis! Setuju tak?Kalau setuju, sile angkat tangan macham shayee!

















