Monday, March 23, 2009

SEMUA LELAKI SAMA JE???

Sebelum nak memulakan topic panas nih, trimas bebanyak kat followers yang sudi menjenguk-jenguk blog aku nih. Sorry la guys kalau aku tak sempat menerjah blog korang. Busy gila sampai beberapa updates aku terpaksa siapkan awal2. But, itu tak jadi hal la. So aku nak tanya korang, especially yang lelaki la, pernah dengar tak quote nih diluahkan oleh perempuan?. Apa perasaan korang?. Kalau aku, for sure la bengang gila. Tapi takda la sampai nak marah perempuan tu. Fitrah manusia memang begitu. Sudah jadi semacam sinonim yang kaum Adam ni mempunyai sikap yang adakalanya mejengkelkan kaum Hawa. Lebih2 lagi kalau soal perhubungan dan percintaan. Kita semua tahu yang kaum perempuan adalah ciptaan makhluk Tuhan yang sangat cantik dan satu kurniaan besar Pencipta kepada kaum lelaki. Lelaki pulak mempunyai dimensi pandangan yang sangat visualize dan tidak begitu concern tentang angle2 lain kalau melihat seorang perempuan (melainkan jikalau perempuan itu mempunyai daya tarikan menawan, dan bagi pendapat aku semua perempuan dalam dunia ni, MENAWAN dan SEDAP MATA MEMANDANG). Berbeza dengan lelaki, wanita lebih suka memikirkan perkara yang lebih detail dalam satu2 perhubungan. Sebab tu jikalau seorang lelaki sudah berpunya, jangan dirisaukan tentang makan pakainya kerana wanita yang akan mengambil berat tentang semua itu
Yang menjadi isu dialog cite P RAMLEE ini kembali diulang zaman sekarang adalah kerana wanita masih berfikir yang semua lelaki yang wujud di muka bumi ni sama jer. Mungkin berdasarkan pengalaman lalu, itu aku tak tahu la. Ok la let’s me be clear, pendapat aku lebih mengatakan bahawa di zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun perempuan, semua nya sama sahaja. Kalau dulu, mungkin releven mengatakan yang wanita kerap menjadi mangsa lelaki. Mungkin fakta itu masih ada lagi sekarang, tetapi kalau korang meneliti balik, ada juga wanita yang mempergunakan lelaki cuma ceritanya kurang di dengar dan mungkin fitrah kaum lelaki yang lebih suka menyimpan dari menghebahkan. Tambahan pulak, mungkin wanita yang mengatakan yang semua lelaki itu sama, mungkin satu masa dulu pernah menjadi mangsa dan aku tak salahkan mereka kerana wanita antara golongan yang cepat trauma atau erti kata lain serik. Suatu cabaran buat lelaki di luar sana yang ingin memikat wanita jenis ini. Aku sendiri tidak berapa setuju dengan kenyataan semua lelaki tu sama. Memangla aku lelaki, tapi sifat lelaki berubah mengikut zaman sama seperti wanita. Yes, maybe sifat kebuduak-budakkan dan selfishnya lelaki itu masih ada. Tetapi nak heran apa, sebab nature lelaki memang macam tu. Sebab tu perlunya wanita yang umum mengetahui lemah lembut, sopan santun, etc. So terpulang pada korang bagaimana nak adapt post kali ini. Aku tak provoke mana2 pihak dan komen korang amatlah dihargai. Cam biasa satu POLL dijalankan based on the topic!

Indera:-) Setiap kejayaan seorang lelaki, wanita adalah tulang belakangnya…

25 comments:

Mr. BLB said...

tidak semua lelaki cmtu:]

Anonymous said...

betol tuh.betol..betol..betol

farida tarmize said...

hmmm..ni kisah smbungan dari kisah ahad ari tu ye?
pendapat aku

lelaki x semua sama
perempuan pun xsemua sama
ade baek buruk
ada cantik hodoh

rezeki masing2 nak dapat pasangan yg baik atau tidak

dalam setandan pisang, tak semua cantik, tak semua busuk.
ada akal berfikir
kalo malas fikir, xyah nak fikir

btol kan?

Faizal Sulaiman said...

betol tu cik kedondong.aku sokong!

Anonymous said...

x de manusia dlm dunia nie yg same...tuhan da menciptakn setiap manusia berbeza-beza, baik kaum Adam mahupun Hawa, mgkin andaian sume lelaki sama hanya dibuat berdasarkn pd satu aspek shj dan tidak melihat pd aspek2 yg lain, setiap yg baik pasti ade buruknye dan setiap yg buruk pasti ade kebaikannya...cume terpulang pd individu utk menilai tahap baik buruk pasangan masing2

-yg baik datang dari Allah dan yg buruk dtg dr kita sendiri...sama2 lah memperbaiki setiap kelemahan yg ade pd diri sendiri-

Anonymous said...

ungkapan ni slalu kita dgr dari mulut pempuan.senang benar mereka menilai lelaki.mereka membuat andaian secara melulu.padahal x semua lelaki itu sama.mgkn mereka2 ini bercakap kerana mereka penah menjadi mangsa2 lelaki penipu.bab kata pepatah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.x gtu..
Skang ini,adalah amat payah utk menilai seseorg samada lelaki maupun pempuan.sebabnya adalah kerana pada ketika ini terdapat ramai manusia yg hipokrit berbanding yg bnar2 jujur.
so,marila kita sama2 merenung dan menilai diri sendiri dlu sebelum kita menilai org lain.adakah kita bnar2 baik utk mengatakan yg org lain jahat??
pasti kita akan mendapat jawapannya..
p/s: Kita tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan pertolongan dari Allah.

Faizal Sulaiman said...

betol tuh. kdg2 bila dengar org pompuan cakap 'lelaki ni sume same jer',panas gak telinga dengar. mungkin org pompuan zaman skunk ni dah serik kot ngan lelaki. hehehehe. pandangan aku laaa

Anonymous said...

hmm.. may b btol lelaki x sume same..tp...ntah r.. skrg ni ssh nk jmpa lelaki yang btol2jujur, ikhlas.. kebanyakannye sume hipokrit.. lelaki..sume mulut manis..huhu.. org kate,pempuan yg baik tuk lelaki yang baik.. lelaki yang baik lak tuk pempuan yang baik.. tp kenapa pempuan yg baik dipertemukan ngan lelaki yg jahat n pempuan yg jahat dipertemukan ngan lelaki yg baik?..sehingga berlakunye kekecewaan n serik tuk bercinta lg..

Anonymous said...

dlm soal nie...kaum laki mmg suke wat kaum hawa serik dgn diorg...da ape y ak tgk dr kawan2 ak...mostly..kwn2 ak menderita disebabkan kaum adam nie la..suke sgt nak main2 kan perasaan kaum hawa nie...kaum adam nie xtahu kot yang jiwa kaum hawa nie sensitif..perlu dibelai,perhatian n kasih sayang...tue kaum laki kena paham..nie x..keje nak menipu jer..kaum laki nie zaman skrg..samer jer!!!!

Anonymous said...

btul ker chocolatecake?kelihatannya anda seperti sudah tidak percaya dgn kaum lelaki lg tetapi pada hakikatnya saya mengetahui bahawasanya anda masih mempunyai kekasih yg juga merupakan seorng lelaki kan..?bukan pempuan atau pondan.adakah anda juga tidak percaya pada kekasih anda?

So,buat apa anda nk mempunyai kekasih lelaki sekiranya semua lelaki sama sahaja?mestilah kekasih anda juga sedang bermain kayu tiga di belakang anda sebagaimana yg selalu dilakukan oleh seorang LELAKI.apakah anda bercakap ini hanya ikut sedap mulut jer?

Faizal Sulaiman said...

esh banansplit bahan chochalatecake nih, mesti penah nampak balak chocolatecake ni main KAYU LAPAN kat belakang dia. hahahahahahahaha. Chocolatecake kena cek balak dia watper skunk!
kuikuikui....
nnt chocolatecake jadi biskut batang buruk.
jgn maraaaa

Anonymous said...

semua laki sama je?aku rasa x adil la org pompuan pikir mcm ni...abis tu korg x pikir laki pikir pompuan tu mcm mn...pompuan pun sama je...btul la ckp cik kedondong dlm setandan pisang x semua cantik dan x semua buruk...nasib la klu korg dapat pisang yg buruk...aku pun da tgk ramai jgk laki yg kena main dgn pompuan ni...mbr aku masa diploma dulu bercinta bagai nk gila...last2 dh grad kena tgl mcm tu je...klu pompuan kata laki ni suka menipu,pompuan plak pandai amik kesempatan lebih lg yg ada rupa...tu br cite psl bercinta...ni cite pasal bertunang plak...ada la mbr aku da bertunang,last2 putus tunang sbb pompuan tu kata mbr aku ni lbhkan mak dgn ayah dia,c'mon la,laki mstila la lbhkan mak dgn ayh dia dulu sbb klu da kawin pun laki tetap kena jg mereka,itukan tanggungjwb sorg lelaki...korg pandai2 la pikir sendiri...

farida tarmize said...

klaka btol la yg masih menyokong statement semua laki sama
ak nak tambah lagi

anggap la apa yang berlaku tu ada hikmahnya
korang lagi kenal sifat lelaki
korang lagi tau macam mana nak handle hati korang bler da jumpe laki yang bermasalah macam tuh
kadang2 pompuan je rase lelaki tu jahat, mungkin sbb laki tu xseswai ngan jiwa kite

tp x semua pompuan jahat[aku baek],xsemua laki tu jahat[indera xtau].hahah
cuma doa banyak2 supaya ditemukan ngan yang terbaik

Anonymous said...

ade sesetengah manusia sama dan ada yg berbeza, camne pun sama dan berbeza hanya pd aspek2 tertentu shj, bkn secara menyeluruh, sebenarnye laki ngan perempuan ni berkongsi satu persamaan yakni memasing ade baik dan buruknye, da nama pun manusia, sudah menjadi lumrah menilai seseorng berdasarkn luaran tanpa mengetahui hati budi insan tersebut, sikap sebegini seharusnya dielakkn, muhasabah diri adalah cara terbaik, seperti kata pijie...nilai diri sendiri seblum menilai org lain...

p/s:insyaallah, jika kta beranggapan positif terhadap org len...pasti org len pun akan beranggapan positif terhadap kta...

Anonymous said...

untuk bananasplit...mmg bf ak laki...xkan ak nak bercinta ngn kaum sejns kot...tue jiwa songsang tue..dlm soal nie..laki lebh cenderong untuk main2 kan perasaan org pom..mostly lelaki mcm tue..xckup satu..nak pasang spare part..konon2 leh berlaku adil la..dlm hal nie..ak xle percaya kaum laki 100%..even bf ak sndiri..nie mak ak yg pesan.."dont trust man"...even da jd suami pun...kaum hawa...kena berhati2...sbb penyakit "semua lelaki samer nie" susah untk diubati..

Anonymous said...

aku sokong jgk la ckp chocolatecake 2,ada btolnya..tp xsmua sama..mcm cik kedondong ckp,rzki msg2,tuah masing2.
pd y da penah kena 2 ht2 la pasni,jgn main tgkp muat je,slp hr blan merana.kdg2 laki ni nak guna kita bla dia ada prob je,bla sunyi...tp bla senang dia cabut la,,
tp ada gak pmpuan y wat perangai cm2,kira adil la..laki y baik utk pmpuan y baik,tp kdg2 kita y tersalah plh..yela cinta 2 kan buta..

Anonymous said...

ps indera...ble nak wat topic cinta suami org???wat la...xsabar ak nak komen

Anonymous said...

kesimpulan yg ble dibuat dari post kali ni adalah laki dan pompuan tu sama je...ada laki yg baik dan ada pompuan yg jahat dan sebaliknya...pandai2 la korg nk pilih mcm mn...jgn tersalah pilih sudah...

Anonymous said...

aku sokong chocolatecake..n kepada cendolpulut,walaupun de pempuan yg mainkan lelaki tp lg rmai lelaki yg mainkn pempuan..buktinyee..aku de 1 cite nk kongsi ngan korang sume..ni kisah kwan baik aku kot..huhu..camni r..aku namakan dia A(bukan nama sebenar)..si A ni x penah sygkan sorang laki selama ni..bg dia,lelaki sama je..suka main2kan prasaan pmpuan..1 hari,si A jmpa sorang laki ni..laki ni penah ubah perspeksi bahawa lelaki x sama..lelaki 2 penah ckp"lelaki x sama..jgan krana nila setitik,rosak susu sebelanga(cam pijie said..)akirnya laki 2 bejaya yakinkn bhawa lelaki x sama..tp pas 2 thun kwan, laki 2 jmpa sorang pmpuan ni.. aku namakan dia sebagai C..pas sminggu knal ngan C,si laki ni terlanjur ngan si C(ni bkan nk mengaibkan tau..tp sbagai smpadan)..then pastu, laki ni trus tinggalkan si A.. A pnah tya, knapa sggup bt dia camni..dia ni x ckup baik ke tuk laki 2..tp laki 2 ckp, dia dh ckup baik.. tp knape laki 2 plih si C gak..si laki 2 ckp bdk C 2 pnah tlanjur ngan orang len sbelum ni.. tp wlaucamnepn,dia ttap akan brkahwin ngan si C..bla dtanya n slidik,si C ni lbih cantik..si laki ni lbih mementingkan kcantikan luaran..pas sbulan, si laki ni bertunang..tp pastu, x tau r dia tul2 rasa besalah or sja nk minta simpati kt si A,dia ckp dia xkan bahagia.tp walaucamnepn,si laki ni tetap akan plih si C ni..alasannye lbih cantik kot..tp pas 2 minggu tunang, si laki ni still call si A ni nk mintak maaf n ajak tuk jadikan isteri kedua..dia ckp dia still sygkan si A..dia ckp, bg dia peluang tuk jd suami kpada 2 insan..lelaki..xpnah puas ngan 1..n klu x silap, ari ni 27hb,gnab r sebulan si laki 2 btunang ngan si C..so,,ape komen korang? lelaki yg penah ckp lelaki x sama, tp lelaki 2 sendiri bt gitu..so, betul r "LELAKI SAMA JE.."

Anonymous said...

TAK SEMUA LELAKI SAMA

ade yang cam gampang
poblem skang ialah
yg terbaik dah diambil dan mati dulu
yang tinggal cume sisa2 hampas yang blom tentu bleyh pakai untuk menjana ekonomi negara


kesimpulan aku disini ialah,
jangan bergantung pada orang
skang ni zaman dah maju
kalo takot kene hina sbb tak kahwin
live kat kl or other place
jgn dok kat kampung

kalo ak pon musti kene
hahaha

Faizal Sulaiman said...

betol la cik kedondong. kerana sisa dan hampas2 yang tak bole pakai nih, (lelaki)yang baik2 kena tempiasnya.zaman la ni,zaman globalisasi, so kalau korang (pompuan) kena spedo ngan bf korang, korang ajar la bf korang tuh.takkan nak kekalkan tredmark 'pompuan adalah insan yg lemah?'. stand for ur own!

farida tarmize said...

yes!!! sokong indera
jangan jadi pompuan lemah
make sure you learn and know everything

xsemua dapat sikit pon ok la
contohnye:karate[selamatkan dari nk kene ape2 ke]

kerumeru said...

kesimpulannye, lelaki xbleh dpercayai 100%..huhu

Anonymous said...

bwak mengucap kerumeru..
x elok jikakalau kta membuat ksimpulan krna seorg lelaki shja..
kmu seharusnya bersyukur kpd illahi, krna Dia lbih thu..
ada hikmahnya d sbalik smua ini..

mmg btul,lelaki yg baik d ktemukan ngan pmpuan yg bek..kmu ni boleh dkatakan bek, da awal2 tuhan tetapkan yg kmu xde jdoh ngan bf kmu..
atas dasar ape??sbb tuhan thu bf kmu xjujur...

bdk klate said...

kerumeru,hdup kta ibarat roda..
kjap bhagia,kjap derita..
jgn jdikan persinggahan yg derita itu sbgai pesinggahan terakhir kmu..

mencari biar lah pd yg sudi..jgn mendamba dr yg simpati..

ingat:jgn org laen makan nangka, kta yg kna getahnya..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED