Saturday, February 22, 2020

Hollywood Siri 1: Disebalik Tabir Anugerah Akademi #Oscars


Umum mengetahui bahawa kemenangan sesebuah filem di Anugerah Akademi atau Oscars tidak hanya menjadikan sesebuah bintang itu terkenal tetapi juga mampu membanggakan sesebuah negara. Malaysia secara amnya pernah menghantar Puteri Gunung Ledang dan Redha sebagai calon awal Filem Bahasa Asing Terbaik manakala Upin Ipin Keris Siamang Tunggal sebagai calon awal Filem Animasi Terbaik, namun tidak berjaya lolos sebagai Top 5.


Namun disebalik jerih perih kemenangan Parasite yang dijulang Filem Terbaik baru-baru ini (selain dari peruntukan wang untuk sasaran pemasaran yang tinggi), tahukan korang  bagaimana sesebuah filem itu dinobatkan sebagai filem terbaik Anugerah Akademi? 


Di dalam sejarah 90 tahun penganjuran Oscars, pemilihan Filem Terbaik berubah dengan sangat drastik Tahun 1970 an, filem-filem bercorak jenayah dan gangsterime mendominasi seperti The French Connection (1970) atau The Godfather (1972). Di tahun 1980 an pula filem-filem epik period menjadi pilihan Ahli Akademi seperti Platoon (1986) dan Out of Africa 1985.


Namun di penghujung dekad ini, pemilihan Filem Terbaik telah mengalami satu trend dan evolusi baharu yang drastik lagi menyeronokkan. Kumpulan filem –filem ini perlu menyertai Festival Filem terkenal sebelum beradu di gelanggang Oscars. Untuk 10 tahun yang lalu, kebanyakan filem-filem yang memenangi Oscars pernah sekurang-kurangnya sekali telah menyertai beberapa Festival Filem terkenal seantero dunia. Amour (2012) dan The Artist (2011) misalnya di Pesta Filem Cannes atau 12 Years a Slave (2013) dan Moonlight (2016) di Pesta Filem Telluride.

 
 


Penganjuran Festival Filem adalah sesuatu yang unik dimana di majlis inilah para Ahli Akademi, Pengkritik Filem dan Bintang Hollywood akan hadir memeriahkan filem-filem yang dipertontonkan. Oleh kerana penganjuran Festival Filem ini terlalu banyak seluruh dunia (like seriously banyak giler!), maka fokus kita hanyalah kepada 5 Festival Filem sahaja. 


Kenapa 5? Sebab ini yang paling menyerlah dan mendapat liputan. 


Pertama, Pesta Filem Sundance. Di majlis ini, filem-filem yang berpotensi besar untuk menang akan mencari studio pembeli yang tentunya tertarik dengan filem tersebut. Filem-filem yang berpotensi disini kerap mendapat jolokan  The True Indie Darlings. Filem-filem seperti Whiplash (2014) dan Call Me By Your Name (2017) pernah dipertontonkan di sini dan disanjung pengkritik filem ketika digelanggang penganugerahan.
 

Kedua, Pesta Filem Cannes.  Eksklusif, bergaya dan mungkin over the top. Korang takkan tahu bagaimana reaksi penonton samada dimalukan dengan sorakan boo mahupun tepukan gemuruh para penggemar. Filem-filem seperti The Artist (2011) dan terbaharu Parasite  dan Rocketman (2019) diterima sangat baik di pesta ini. 


Lajukan sedikit ke minggu-minggu terakhir musim panas kerana filem-filem berpotensi Oscars akan menyertai 3 Pesta Filem  terulung yang memberi impak yang sangat besar.  Venice, Telluride dan Toronto.


Pesta Filem Antarabangsa Venice yang merupakan pesta filem tertua di dunia dan kerap menjadi pilihan kerana selain memberi pulangan box office, filem-filem tersebut juga mendapat pujian melangit pengkritik. La La Land (2016), Birdman (2018) dan terbaharu The Favourite (2018) pernah ditayang perdana di sini. Menerusi La La Land, Emma Stone memenangi Volpi Cup untuk Best Actress manakala melalui The Favourite, Olivia Colman memenangi anugerah yang sama. Kedua-duanya lolos menggenggam trofi Aktres Terbaik Oscar pada tahun kemenangan mereka.


Seterusnya, Pesta Filem Telluride. Kebanyakan filem yang berpotensi dan ditayangkan di sini kerap dipanggil sebagai ‘ the quiet contenders’. Filem-filem seperti Room (2015), Lady Bird, The Shape of Water dan Darkest Hour (2017) dipuji pengkritik seterusnya menjadi calon filem terbaik Oscar pada tahun tersebut.


 
 

Terakhir sekali adalah Pesta Filem Antarabangsa Toronto (TIFF). Uniknya di TIFF , penganjur membuka luas penyertaan kepada  pembikin filem dan pengguna filem seluruh pelusuk dunia. Pada 2016 sahaja lebih 480 ribu penyertaan disahkan di TIFF. Lebih besar festival, lebih besar impaknya. Betul tak? So, dengan menyertai semua festival ni maka impian untuk menggenggam trofi emas Oscars akan menjadi lebih mudah, kan?


Aha! Korang salah!


Ada satu lagi laluan rahsia yang sering dilihat oleh penggemar, pengkritik malahan Ahli Akademi sendiri sebagai saingan kepada calon-calon yang menyertai pesta-pesta filem yang disebutkan tadi. Filem-filem ini ditayangkan beberapa bulan sebelum Majlis Oscars berlangsung (sekitar Oktober hingga Disember) dimana filem-filem ini bukan sahaja dibikin dengan sangat baik malah terdapat mesej-mesej penting yang tersembunyi di sebaliknya. Sebagai contoh filem seperti Get Out (2017) memberi mesej yang sangat jelas tentang colored people. Filem Mad Max Fury Road  (2015) pula pernah digelar sebagai ‘The Feminist Picture of the Year’ dan yeah, Titanic (1997). 

 



Filem-filem yang ditayangkan pada waktu ini akan dipastikan oleh pihak studio penerbitan agar filem mereka akan sentiasa menjadi bualan penggemar dan pengkritik seperti temubual meja bulat dengan The Hollywood Reporter selain melalui hebahan pemasaran secara besar-besaran. Terdapat 2 fasa penting di dalam hebahan ini. 

Fasa Pertama. Menjadi calon.  Seperti kempen-kempen lain, penggunaan perkataan atau slogan yang tepat, stretegik selain dari pengiklanan yang tertera ‘for your consideration’ di majalah, papan iklan mahupun stesen tv sekaligus merayu Ahli Akdemi  bagi memastikan filem tersebut diingati dan diundi sebagai calon.  


Teknik pemasaran juga sangat-sangat penting. Pemasaran secara besar-besaran ini pernah dilakukan oleh The King Speech (2010) dengan menggunakan tagline ‘Find your Voice’ atau menawarkan tayangan eksklusif untuk selebriti bertaraf A List terutama untuk Ahli Akademi seperti yang dilakukan oleh The Artist (2011) dimana tayangan itu dianjurkan sendiri oleh 2 orang cucu Charlie Chaplin. 


Fasa 2? Go for Gold! Filem-filem yang berpotensi tadi perlu mendapatkan babak keduanya yang lebih boom dan meletopz. Sebagai contoh filem Lion (2016) yang mengisahkan perjalanan seorang kanak-kanak yang mencari zaman silamnya.Setelah filem itu mendapat pencalonan Filem Terbaik, studio dimotivasikani dengan gerakan anti imigran oleh President Trump dan mengubah logline yang lebih segar iaitu kisah imigran yang berhak untuk mendapatkan suatu kehidupan yang baru. Mesej  yang jelas disini menunjukkan bahawa, 1 undi Ahli Akdemi untuk Lion bermakna  mereka menyokong para pendatang untuk memulakan kehidupan baru yang lebih baik dan terjamin. 


Namun, disebalik semua ini, terdapat 1 badan penting yang sudah disebutkan berkali-kali di sini. Yup! Ahli Akademi. 8000 orang kesemuanya.






Ahli Akdemi terbahagi kepada 17 cabang.  Setiap satunya mempunyai syarat tertentu untuk menjadi Ahli. Sebagai contoh seorang pengarah filem perlu sekurang-kurangnya 2 filem yang telah diarahkan, dimana 1 daripadanya adalah dari filem arahan dekad yang terakhir.  You get the picture. 


Terdapat 5-10 slot untuk calon-calon Filem Terbaik.  Selepas filem itu dicalonkan, penentuan pemenang akan menjadi lebih sukar. Tidak seperti kategori-kategori lain, jika kategori tersebut mendapat undian tertinggi maka akan diisytiharkan sebagai pemenang. Namun, perkara itu tidak berlaku untuk penentuan pemenang Filem Terbaik.


Penentuan pemenang akan ditentukan dengan menggunakan sistem yang dipanggil ‘Preferential Balloting’. Sekiranya terdapat 10 calon filem terbaik, Ahli Akademi akan  mengundi kedudukan calon filem itu dengan meletakkan skor 1 hingga 10 di atas kertas ballot. 1 untuk paling digemari manakala 10 tidak digemari. 


Jika ada calon filem yang tidak mencapai piawaian 50%, Pihak Akademi akan menyingkirkan filem itu dan undi filem itu akan diberikan kepada filem ke dua yang tertera dalam kertas  ballot. Penentuan akan diteruskan sehingga terdapat calon filem yang melepasi 50%  dan yeah, Filem Terbaik Oscars telah ditentukan!

Thursday, February 20, 2020

Review: #TujuhNasihat dengan Sisi Melayu Yang Utuh. #7Nasihat


Datuk Sri Siti Nurhaliza (DSN) kembali dengan buah tangan terbaharu beliau yang segar hasil kolaborasi dengan anak muda berbakat besar iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta (yang sebelum ini terkenal dengan intrepretasi nuansa jawa dalam Gong Neraka).


Di dalam gubahan Tujuh Nasihat ini, DSN tidak hanya memfokuskan kepada gabungan moden (yang diwakili Kmy Kmo dan Luca Sickta) dengan lunak lenggok tradisi melayu (dari DSN sendiri sebagai orang yang lebih lama makan garam pengalaman) 


Tetapi, lebih menarik dari itu DSN tidak hanya menghasilkan Tujuh Nasihat ini buat Siti Afiyah, anaknya tetapi juga khas untuk generasi muda zaman sekarang yang membesar sebelum Afiyah mahupun yang sezaman dengannya. Nuansa penuh didikan ini dihasilkan cukup rasa puitis lirik-liriknya namun tajam kesannya dan dilontar penuh kelembutan. 


Penyampaian DSN dengan lenggok kemelayuan juga umpama satu bentuk teguran 'berlapik', sesuai dengan konsep orang Melayu yang lahiriahnya penuh dengan adab sopan dan santun. Tahniah team SNP kerana memberikan sesuatu yang istimewa di tahun 2020 ini. Tak sabar pula nak tunggu album penuh Tokti nanti.

Tujuh Nasihat sudah tersedia di semua steaming music seperti Apple, Kbox, Deezer, Joox dan Spotify. 

Hargailah karya anak tempatan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED