Thursday, March 05, 2009

KING @ QUEEN CONTROL?!!

Ketika tangan aku lincah mengetuk papan computer aku yang baru ‘sembuh’ dari pelbagai penyakit ni, aku masih berlumba2 untuk menyiapkan suntingan akhir untuk post akan datang. Apa dia?..Korang tunggu jelah yer. K la bai, post kali ni aku nak mengupas topic yang tak kurang panasnya. Isu mengenai pasangan kaki CONTROL.Korang yang ada couple tuh penah kena CONTROL tak?. Cambest ke cam sh**?. Isu ni bagi aku macam dah berlapuk, tapi logically, zaman serba canggih terlampau ni, ropenye kisah pakwe control makwe @ makwe control pakwe makin banyak versi aku dengar. Yalah, dengan macam2 gadjet2 meletop zaman la ni. Kadang2 kesian jugak kat mangsa control tuh. Nak buat apa2 pon tak boleh. Sampaikan nak kemana2, mesti si dia call, tanya kat mana, buat apa, dengan sapa, macam tulah lebih kurang. Dengar je suara pompuan@laki lain, cepat2 dia tanya SAPA TUH????, dengan nada jengkel.

Ada yang kata KING @ QUEEN CONTROL ni bukti tandanya sayang dan caring. Iye ker??, tu aku tak tahu lah. Tapi kalau dah samapi kes nak buat discussion ngan orang lain pun tak boleh @ setiap kali dating, handphone mesti si dia pegang, itu masalah besar jugaklah namanya. Kalau belum kahwin pun dah CONTROL macam2, bayangkan kalau dah kahwin?.
Ini mungkin menjadi sebab utama mengapa banyak bangsa Melayu kita memilih bangsa asing untuk dijadikan pasangan hidup yang menurut mereka lebih gentlemen, open minded, intelligent, etc. Tak kira lelaki @ perempuan. Tapi menurut opinion aku kan, couple ngan local ke, foreigner ker, sama jer. Tak ada bezanya. Cinta kan buta?!. Sampai tak kenal botol susu dengan botol kicap!. Ahaks!!
Tak semua mangsa KING @ QUEEN CONTROL akan berdiam diri. Lama2 menjeruk,leh meletup jugak cik oii!!. Mungkin mereka memikirkan hubungan yang sudah lama terjalin dan perasaan sayang yang semakin sebati dengan jiwa. CONTROL pun CONTROL lah!.
Ini salah satu antara cebisan kisah kehidupan kita yang memang warna warni. Kadang2 nampak couple tuh bahagia gila, tup2 bergaduh besar and then putus camtu jer. Buat mereka2 yang pernah kena dump@masih single, jangan risau, masih banyak lagi peluang korang nak bercinta nih. Tunggu jer. Jodoh akan sampai. Tapi jangan korang tak mencari pulak. Jodoh takkan datang bergolek depan mata yer!. Kalau ada, mungkin si polan tuh ada niat disebaliknya. So kepada yang rajin2 komen, silalah komen post ni. Cam biasa, satu POLL undian dijalankan based on this topic.

Salam Ceria!

Faizal Sulaiman:-) Masa bercinta, tahi kucing pun rasa coklat!

2 comments:

Anonymous said...

ak x berapa paham sgt ler kenapa queen control ni boleh terjadi dalam kehidupan kita...
smuanya kerna kehidupan kita sudah jauh lari drp landasan2 Islam yg sebenar..
sepatutnya kita mengikut jer fitrah kejadian manusia yg mana lelaki menjadi ketua rumah dlm rumahtgga nescaya itu lebih baik dan di redhai Allah..
bg kaum laki plak...jgn ler salahgunakan kuasa yg diberi.kita harus menjaga amanah yg diberikan dgn sebaik mgkn.bkannya jaga dgn sepak terajang...kesian kat pompuan.huhuhu....
secara lazimnya lelaki dicipta utk menjaga dan mengawal pempuan.dayus la lelaki itu jika pmpuan yg mengawalnye...
bg pompuan plak,,x sayang ker korang dgn laki atau kekasih korang shingga sggup buat bnda yg memalukan mereka ni.dimana letaknya nilai seorng lelaki...huhuhu

Anonymous said...

control2 nie mmg perlu dlm kehidupan, tp control yg baik la, yela kalo x control mane la nk aman hidup...tp jenis yg over control nie spatut nye x berlaku...leh overshadow org len, sbg cth isteri over control suami...leh melenyapkan keupayaan si suami selaku ketua rumahtgga, selain itu leh menimbulkn kata2 fitnah sbb org len leh ckp yg si suami kena guna2 si isteri @ si suami takut bini...kalo suami over control lak...nnti org ckp si suami wat isteri jd kuli dan mcm2 lg...sbb 2 lah kalo leh jgn la ade overcontrol dlm kehidupan rmahtgga...biar seimbng dan samarata...kalo ade problem bwk berbincng, hidup mesti sepakat, bru la leh dpt berkat...

-kta tgk sejak akhir2 nie byk kes penceraian berlaku akibat dr kurng nye persefahaman antara suami isteri...da jd cam barat kawin 2,3 ari je pastu cerai-

p/s: belajar time couple nnti da kawin senang...hehehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED