Wednesday, March 18, 2009

KETERBUKAAN SINEMA MALAYSIA

Menyelak helaian KOSMO bertarikh 19 Mac 2009 (semalam), di muka surat 3, tertera satu laporan mengenai keterbukaan industri sinema kita apabila mengangkat subjek GAY dan LESBIAN di dalam penerbitan drama dan filem. Laporan bergambar itu menunjukkan babak dua pelakon Fizz Fairuz dan Roslan Shah untuk drama terbaru terbitan Shiela Rusly, Mabuk Estrogen. Drama yg ada sedikit unsur Gay ini akan ditayangkan di saluran Astro 17 April depan. Dan apa yang terbayang dalam kotak fikiran aku adalah, 'boleh ke drama ni lepas LPF?'.
Kita tinggalkan dulu isu Mabuk Estrogen dengan LPF nya sebab harini topik yang aku ingin ulas adalah mengenai sikap keterbukaan pengkarya2 filem tempatan dalam mengangkat 2 subjek ini ke layar lebar walaupun tahu benar ianya satu taboo yang sangat tidak diterima dalam kehidupan masyarakat bertamadun.

Subjek GAY dan LESBIAN dalam masyarakat kita sebenarnya sudah wujud lama dahulu. Cuma sedar tidak sedar kita sahaja. Dalam agama Islam sendiri, melarang perlakuan sesama jenis ini dan tentunya secara tidak langsung kewujudan komuniti ini di dalam masyarakat ditolak mentah2. Di dalam industri seni pula, sebenarnya banyak karya2 yang secara tidak disedari mengangkat isu GAY dan LESBIAN sebagai subject matter di dalam filem mahupun drama. Seingat aku, seawal filem ROZANA CINTA 87 lakonan hebat Erma Fatima selain drama CEMETI DI HATI lakonan Umie Aida dan Intan Azura. Selain itu drama arahan Bade Hj Azmi, NAWAITU lakonan Eja dan Hasnol Rahmat juga mengangkat sedikit tema ini. Paling latest adalah penerbitan filem pendek dari ASWARA berjudul COMOLOT (Cium Mulut) lakonan Remy Ishak, filem seram James Lee, HISTERIA dan penerbitan filem Raja Azmi, ANU DALAM BOTOL.

Bagi aku la, tak kira konsep apapun yang ingin di paparkan di dalam filem mahupun drama. Asalkan mesej yang ingin di samapaikan terus melekat di hati penonton. Itu saja. Harus di ingat bahawa para pengkarya harus bijak menetapkan parameter sendiri supaya filem @ drama yang memaparkan konsep sebegini tidak keterlaluan.
Filem yang baik tidak semestinya datang dengan bajet besar mahupun pelakon2 hebat tetapi cukup sekadar jalan cerita yang berkesan dan lakonan kuat dan cemerlang. Buat Yasmin Ahmad, Kabir Bhatia, Afdlin Shauki, Amir Muhammad, James Lee, Shuhaimi Baba, Mamat Khalid dan Bade Hj Azmi, tahniah atas filem2 berkesan anda. Teruskan membikin filem yang MENDIDIK, bukan MEMPERBODOHKAN audiens!
Komen korang?

Salam:-)

Indera:-) Filem adalah medium bercerita...

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED