Sunday, March 15, 2009

JALAN DUNIA:-BUKIT TINGGI RESORT, PAHANG

Sabtu lepas (13 hb 3/2009) tercatit dalam sejarah aku sebagai student untuk pergi membuat satu tugasan berkaitan dengan pelancongan di Bukit Tinggi Resort Pahang. Memula banyak kengkawan aku sangka BUKIT TINGGI, KLANG KER?. Bukan yang tu lah. Ni kat PAHANG punya!. Kalau korang nak tau tiket kami masuk tuh bernilai +- RM 20.00 satu kepala!!. Tapi kitorang dapat ALL ACSESS TICKET dengan harga RM 10.00 untuk 4 tempat yang ditawarkan! (Cormar Village, Japanese Village, Botanical Garden & Rabbit Park). SYOK GILA! Banyak benda aku belajar kat tempat tuh. Bila
jejak kaki je kat tempat pertama iaitu Cormar Village , hati aku terus tertawan dengan seni binaan Perancis pada every inch bangunannya. Site yang keseluruhannya berkonsepkan perkampungan France memang menjadi tarikan utama Bukit Tinggi Resort. Siap ada side walk band menyanyi lagi. Selain persembahan sarkis dengan badut! Mang terasa macam kat France betol!. Lepas lebih kurang 2 jam berjalan melihat scenery yang sangat cantek,, kami bergegas ke Japanese Village. Dengan garden structure influenced by Shoka, perkampungan tu terletak agak tinggi dari perkampungan France tadi. Naik bukit pon bus jadi sempot. Bukit dia curam gila!.Masuk2 je dah rasa aura sejuk hutan menggigit tulang temulang kami. Mang sempoi gila Japanese Village tuh siap leh try pakai kimono. Aku tak try la coz tak cukup bajet!. Hehehehe walaupon member aku bebisik kata ‘try la…once in a lifetime!’. Dengan agak berat hati kitorang terus ke Botanical Garden yang terletak tak jauh dari Japanese Village tetapi agak malang ada beberapa professional photographer sedang mencari syot2 menarik untuk gambar flora dan fauna disitu. Lepas dari Japanese Village dan Botanical Garden, kami bertolak balik menaiki bus yang sediakan sebelum bergegas pantas menuju Rabbit Park, laman ternakan arnab yang sangat luas. Terletak agak jauh dengan dua perkampungan unik tadi, Rabbit Park menawarkan pengunjung untuk melihat dan membelai sendiri beberapa ekor arnab yang sudah besar dan yang masih baby. Chumel gila!. Arnab yang besar tu kalau korang tengok dah sama besar dengan kucing!.Ramai yang tak melepasakan peluang mendakap arnab2 chumel tuh!.
Sekitar jam 2.45 pm, kami bergegas pulang sebelum singgah ke Hentian Sempah untuk menjamu selera. Pada korang yang plan nak gi, jamulah mata dengan gambar2 ni, k. Ada masa karang korang pergilah pulak!.

Indera:-) Overall, OK la. Dah nama Park, what else I can expect?. Syukur boleh juga berjalan ke Pahang even only 1 day trip.

2 comments:

tujuh_tiga_mac said...

wahhh teringin nk pg sini bersama2 kwn. mcm seronok je.. amik gambar sana sini. dah mcm kat luar negara da

duniaku said...

sejak bila harga tiket naik RM20.00 sekepala? saya pergi 5 kali RM10.00 je ...

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED