Showing posts with label campus life. Show all posts
Showing posts with label campus life. Show all posts

Thursday, June 05, 2014

Dari Wanita Bertanduk Dua (Review: Maleficent)




Hampir putus asa kerana kecewa di tempat tinggal sekarang agak sukar untuk mendapatkan panggung wayang. Namun rasa keputusasaan itu diubati dengan panggung King’s Tioplex yang terletak di Bandar Sibu yang turut menayangkan filem dark fantasy ini.

  

Maleficent adalah figura ikonik untuk karakter jahat Disney maka pemilihan Angelina Jolie sebagai titular role watak itu adalah sangat tepat. Jangan cakap dari segi visual kerana bersesuaian dengan genre dark fantasy, dunia Maleficent kelihatan sempurna.

Ini adalah persembahan terbaru Angelina Jolie selepas filem terakhirnya Changeling, yang menominasikan Best Actress dalam Oscar, namun tewas di tangan Kate Winslet menerusi The Reader. Maleficent is all about Angelina Jolie. Transisi watak baik Maleficent kepada sisi hitamnya terserlah. Boleh aku kata yang Angelina Jolie mampu dicalon dalam mana-mana anugerah nanti?

 

Ada dua momen tragis dalam filem ini.

1   1 Ketika sayap Maleficent dicuri. Tangisannya meruntun seolah mahkotanya hilang. Kesedihannya dirasa
2
      2. Ketika babak Maleficent duduk ditepi katil memandang Aurora yang disumpah “sleeping like a death.” This is a heart wrenching scene.

Ketidakseimbangan Maleficent adalah menerusi perkembangan wataknya. Namun ianya tidaklah gagal seperti persembahan Rupert Sanders’ Snow White and a Huntsman beberapa tahun dulu ketika watak Queen Ravenna hampir menutupi charming Snow White (while we all know how Kristen Stewert act)
 

4 stars out of 5. Dazzling visuals effects, powerhouse performance by Angelina Jolie and quite a beautiful script written.

Another Disney live action adaptation

1.       Cinderella (2015) Directed by Kenneth Branagh. Cinderella will be play by Lilly James and evil stepmother, Lady Tremaine will be play by Oscar Winner Cate Blanchett

2.       Beauty and the Beast. It will be directed by Bill Condon with Emma Watson will play the titular role as Bella.

Thursday, September 15, 2011

Kegemaran Dahulu. Sekarang Tak Tahu Lagi

Salam Syawal.

Ok tajuk tak komersil sebab taip dan publish on spot:D

Semasa belajar degree beberapa tahun lalu, selain gemar menulis, aku gemar juga menghasilkan klip-klip pendek ataupun short films (digital)

Alatan? Mudah. Kamera, jalan cerita dan komputer. Limited.

Jom aku kongsi beberapa short films yang dah buat sepanjang aku belajar dulu.


Projek pertama.Tahun 2008. Buat short film ni sebab tension dengan lecturer (ironinya aku seorang pengajar sekarang) sebabnya lecturer tu tak berapa nak evaluate hasil kerja kumpulan aku. hahahaha. Kamera yang digunakan adalah kamera SonyErricson K450i.Lokasi dekat sekitar rumah sewa Seksyen 7 baru,belakang UiTM


Juga menggunakan kamera SonyErricson K450i dan lokasi sekitar kawasan rumah aku. Tajuk pun My Home. Actually film ni dibuat dengan tujuan 'melepas rindu pada rumah' sebab cuti yang diperuntukkan hanyalah 12 hari saja.


Short film ini khas dibuat untuk presentation Public Speaking, English semasa semester 2 degree. Nak tambah markah, kenalah jadi kreatif sikit.hehehe. Lokasi sekitar rumah dan menggunakan adik aku sendiri sebagai kanak-kanak dyslexic. Mujur dia boleh beri kerjasama yang baik, jadi proses pengambaran hanya mengambil masa dua hari saja. Masa ni umur dia 7 tahun. Menggunakan dua jenis kamera iaitu kamera still jenis Nikon (pesen lama punya) dan SonyErricson K450i


Dibuat khas juga untuk presentation subjek Tourism ketika menuntut di semester 3 degree. Kali pertama shooting dengan kawan-kawan kumpulan. At first mereka agak kabur dengan hasil yang bakal disiapkan walaupun di dalam skrip dan lakon layar sudah disediakan. Bila dah siap hasilnya, diorang pula gian nak shoot untuk next projek.hahahahaha. Oh. Menerusi 'Shadows' juga aku baru tahu bahawa membikin filem ini bukanlah suatu kerja mudah. Aku ambil projek sendiri sudah. Satu scene terpaksa re-shoot untuk dua hingga empat kali! Hujan terpaksa batal. 'Shadows' juga mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dengan dua fasa berbeza termasuk editing.Lokasi sekitar Paya Indah Wetland Putrajaya dan Shah Alam


Ok.Projek ni tak jadi.hahahaha..Kekangan masa yang sangat banyak.Lokasi sekitar UiTM Puncak Alam. Short filem ni actually untuk dihantar pada pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh Rummz yang membawakan koleksi filem 15 Malaysia

Thursday, February 24, 2011

Erti Sejati


Salam

Kebelakangan ni fikiran kusut memikirkan draf kertas soalan yang perlu disiapkan. Biarlah buat awal-awal pun. Nanti senang.

Malam tadi selepas Maghrib, aku menonton siri kegemaran Desperate Housewives musim ke tujuh. Mungkin dah tak reliable, bila muncul siri-siri baru yang lebih segar macam remake Hawaian Five-O , Vampire Diares ataupun Glee.

Episode malam tadi ditunjukkan tentang seorang sahabat yang sekian lama menyukai salah sorang housewive ni, semasa zaman high school mereka, datang untuk mendermakan organ buah pinggang kepadanya.

Disambut dengan rasa teruja, suri rumah tu menerima tanpa ragu yang akhirnya membawa kepada pembongkaran yang doner tu memang sayangkan dia sebagai kawan. (yang akhirnya bertukar sayang, lebih pada kawan--->ignore part ni, ok.Tak penting)

Truth yang jarang kita jumpa dalam tahun mendatang seperti sekarang.

Ramai diantaranya lebih suka mengambil kesempatan. Kita mungkin ramai kawan, tapi berapa kerat yang sanggup bersama susah dan senang?

Adakala terma ‘close friend’ tu kedengara agak bullshit, sebabnya jarang di aplikasikan jika situasi genting berlaku.

A few questions always look up on my mind:
1) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau aku sudah tak ada duit?
2) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau muka aku sudah hodoh?
3) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau kaki aku sudah cacat?
4) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau aku gemuk dari asalnya kurus?

Masa kita sunyi, masa kita memerlukan seseorang, masa kita perlukan bahu untuk menangis sama…

…..berapa orang yang willing to hear our problems?.....

Ada jenis pula suka bertanya khabar, call untuk berbual mahupun chat bila adanya masa terluang.

Jika ini terjadi, kau tolonglah jaga hati kawan tu. Paling tidak pun balas mesejnya ke atau kau sendiri yang memulakan langkah untuk berbual, tak payah nak tunggu dia yang asyik-asyik bertanyakan khabar.

Selalulah give and take pada kawan yang betul-betul hargai hidup kita.

Walau apapun, buat teman-teman yang pernah hadir dalam hidup, memberi bantuan tak kira waktu, sokongan, kewangan, keceriaan dan kegembiraan, aku hargai jasa kau orang semua.

FaizalSulaiman:--->Ah sudah!! Writer's Block lagi..Kena cepat-cepat overcome neh!

Thursday, January 20, 2011

Social Network dan Kepentingannya Dalam Pemasaran

Semalam tanya entire class, u all tau Koala Bear ni icon untuk negara mana?


Salam.

Selamat bercuti dan Selamat menyambut Hari Thaipusam, bagi mereka yang meraikannya.

Entry harini ilmiah sikit, tapi macam biasalah aku cuba rileks mengulasnya.

Semua orang tahu apa itu terma ‘social network’. Aplikasi jaringan social yang mempertemukan atau meperkenalkan kita kepada strangers dengan tujuan mencari kenalan ataupun networking yang baru.

Yang menjadi trend sekarang adalah aplikasi Facebook, selain Twitter, Formspring, Blogspot, Friendster, MySpace, Plurk dan beberapa lagi.

Semak di kamus wiki dan kita akan temui berpuluh lagi social network yang mempunyai tujuan yang sama.

Harini aku nak ulas dua sahaja. Sekadar perkongsian. Facebook-Twitter. These two have their own differences, pros and cons

FACEBOOK
1) Its like ‘talk of the town’. Takde facebook buat orang sekeliling jadik pelik. For me myself, ada pun OK, tak ada pun OK. We have the rights to minimizing our private life kan, so sometimes mengepos status yang terlalu peribadi dalam FB boleh mengundang rasa annoying some of us.

2) How does it relates to Marketing? Dengan aplikasi ‘taging’. We’ve seen a lot. Dari tag baju, tudung, kuih bahulu, kek, malah foot detox! For me myself, this is good. Mengurangkan kos promosi. Salah satu marketing mix adalah promotion, so by having FB account, ushawan-usahawan kecil di luar sana tak perlu bersusah payah nak buat pamphlet, advert mahal-mahal semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan.

3) However, this tagging concept might cause some anger for some of us. Wall jadik semak dan peniaga yang menambah kawan (add as friend) cumalah mahu memprosmosi produk tanpa ada sebarang two way communication as other friends do. (Nasihat aku, wujudkan page lain untuk perniagaan.Kalau promosi sikit-sikit tak apalah).

FAKTA: Jangan tag aku dengan duit berkoyan, sebab aku tak suka. Apa produknya yang bleh dapat duit berkepuk-kepuk tu? Takkan sebab sign in je bleh dapat duit??


TWITTER
1) Short instant messages yang boleh menghantar instant updates kepada sender. Its like SMS,dengan limitasi 140 aksara saja.

2) Twitter lebih practical buat mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas dan cepat. Kalau nak lebih private, Twitter juga menawarkan aplikasi ‘direct message’ seperti PM di FB. Contohnya, kau orang boleh post di Twitter ‘Kek Lapis Sarawak Dengan Harga Murah’, for sure, people with same interest akan reply tweet kau tu. Mungkin dia tanya harga atau bagaimana nak mendapatkan kek tu. Twitter ni seolah mencipta satu curiosity dan disinlah ‘the art of flowery words’ perlu digunakan. hehehehe

3) Namun, aplikasi ni agak menjengkelkan terutamanya bila feed dah overload selain susah nak tahu member yang online.

FAKTA: Aku ada Twitter. Lama dulu, twits pun suda banyak..seronok apply twitter neh

Cukuplah dua saja. Banyak banyak kang ada yang tak terbaca:)

Konsep campuran pemasaran terdapat empat yang paling asas: Product, Price, Promotion and Place. Semakin meningkat tahun, empat ini boleh menjadi enam, malah boleh bertukar lapan.

Aplikasi social hanyalah sebagai pemangkin yang mempercepatkan proses mempromosi dan jual beli. Teknologi sudah ada depan mata, so why not we use it for our own good, kan?

However, peniaga atau marketers janganlah pulak menetapkan satu promotion yang sounds so promising sebab bila promising tu does not meet customer expectation, consumer will get upset.

Betul kan?

Ambil contoh filem ‘Dua Alam’ dan applykan dalm konsep ini:)


Aku suka lagu ni. Dengar 'S' yang disebut. Shaya dengar dia shebut macam Sheila Majid. Hahaha

Tuesday, January 18, 2011

Tips: Presentation- Jangan Memperbodoh, Jauh Sekali Membunuh

Modul yang aku jadi fasilitator semester lepas:)



Salam

Bergelar pelajar suatu ketika dahulu telah banyak mengajar diri ini untuk menjadi lebih yakin selain berketerampilan, ditambah kursus yang diambil semasa di Universiti dulu.

Sekarang sudah jadi tenaga pengajar, sedikit sebanyak ilmu-ilmu diturunkan pada pelajar.

Salah satunya adalah teknik presentation atau persembahan yang baik.

Kenapa ianya penting?

Ia membina keyakinan sekaligus memberanikan diri kita untuk bersemuka dengan dunia pekerjaan yang umum mengetahui sangatlah predatory!

Sorry, lima baris ayat yang sangat skema batu, lagaknya!

Aku cuba kasual mengulasnya:)

Presentation ketika belajar, boleh dikatakan sebagai satu titik kemuncak sesuatu subjek yang dah dipelajari. Betul tak? Memula lecturer akan bagi tugasan dan diakhirnya, selepas korang menulis laporan, satu pembentangan akan dijalankan. Lecturer bukan nak aniaya pun. Just wanna get a clear picture about what are you getting on your field study.

Mungkin ada pembaca blog aku ni masih belajar, jadi aku bolehlah kongsi beberapa tips ketika korang menghadapi presentation.

1) Semua orang ada darah gemuruh. Kau pergilah tanya Dato Siti sekalipun. Neves dia tetap ada. Itu normal. Bagaimana nak elak? Just a little deep breath. Tarik nafas dalam-dalam dan present dalam keadaan biasa saja. DON’T EVER SHOW YOUR WEAKNESS IN FRONT OF YOUR AUDIENCE. Sebabnya, depa akan dapat detect kau orang dalam keadaan tak selesa waktu tu.

2) Elakkan dari memegang kertas ketika present. Itu KELEMAHAN PALING BESAR. You see, bila kita gugup, our body shaking. Termasuklah dengan tangan-tangan kau sekali. Kertas yang dipegang menggeletar, and gotcha! Jangan terkejut audien lebih berminat dengan ‘getaran’ kertas kau, berbanding isi kau orang tu!

3) Gunakan cue card. Catat a few points penting dalam cue card. JANGAN MEMBACA KETIKA MEMBUAT PEMBENTANGAN. Itu adalah satu SILAP besar! Fungsi utama cue card adalah memberi signal kepada otak kita untuk menerang pernyataan dengan lebih lanjut. Presentation adalah cara orang yang tak faham menjadi faham dengan penerangan kau. Dengan membaca, ia takkan membantu apa-apa pun selain pensyarah akan jadi beranglah:))

4) Gunakan visual aid ketika present. Gunakan carta bar atau pie untuk menunjukkan figures. Presentation yang baik adalah dengan menunjukkan figures tertentu seperti statistic, jumlah penurunan, graf atau sebagainya. Ia menjadikan presentation korang nampak professional dan lebih accurate berbanding membebel tak tentu hala.

5) Curi tumpuan audien dengan introduction yang memikat. Bukan kata kau kena menari Thai Girl Show cuit-cuit tiang kat depan tu. Takkkk Okay:) Gunakan Intro yang menarik macam dialog dari movies, bertanyakan soalan kepada audiens, atau penayangan video semata-mata mahu grab audiens attention.

6) Lantangkan suara. Jelaskan sebutan ketika present. Jangan present macam siri bercakap dalam kelambu. LOL

7) Jika berlakunya lag ketika membentang (seperti aaaaa…errr…) langkah terbaik adalah ‘pause’ sekejap presentation itu sebelum melihat sekilas cue card korang. Sekilas aje. Jangan tenung lama-lama. Terlalu lama mendiamkan diri, akan mendedahkan lagi kelemahan presentation kita.

8) Kalau gugup nak pandang audien, kau orang boleh pandang pada dahi atau bahu para audien. Eye contact is VERY IMPORTANT. Audien akan rasa dihargai jika dipandang oleh presenter. Buat aksi positif macam mengangguk (nodding) ataupun senyum.

9) Sebelum presentation, eloklah kau orang berlatih depan cermin. Hafal beberapa perkataan atau keyword penting. Cuba lenggokkan bacaan..jangan senada aje. Kang ada kena sound ..."ni manusia ke robot?”

Fuhh..cukuplah 9. Kau orang bukan nak baca pun kalau aku taip berpuluh puluh pun:)

Cuba amalkan, InsyaAllah mujareb! hehehe

Yang penting kena yakin ketika membuat presentation. Yakin itu penting walaupun adakalanya data kita tak accurate. Pesan aku pada budak degree lah ya, kau orang kena yakin dengan findings yang dah kau buat, terutama ketika present thesis akhir semester. Usah gentar kalau judges tu buat muka ketat.

Dia nak test kau orang je tu.

Paling penting jangan nampak 'bodoh' bila buat presentation sebabnya ianya akan membunuh presentation kita itu sendiri. Boleh aje melawak ketika present, tapi jangan sampai terlalu kerap sebabnya ia akan bertukar jengkel.

Anyway, goodluck, selamat mencoba!:)


Layan Krisya kejap.Tatau la zaman korang ni pernah dengar lagu dia ni atau tak:)

Cintamu ku julang
Kasihmu ku Junjung
Tiada percintaan
Yang seagung cintamu

cewahh...

Thursday, January 13, 2011

Aku, Muzik, Kamu

Lapaq McD plak pagi2 nih..


Salam

Maaf Faizal Tahir, aku pinjam tajuk album kau yang femes tu. Namaku Faizal juga. Tapi entahlah, aku tak suka sungguh orang menambah perkataan Tahir dihujung nama aku.

Oh aku pernah menulis dulu. Nama aku memang banyak digunakan. Bezanya namaku lengkap dengan Muhamad dengan satu ‘M’. Jadi, aku memang sudah pesan pada pelajar..

“Kalau nak bubuh nama saya, satu ‘M’ saja dan tolong jangan gatal nak ubah nama belakang tu. Saya potong markah nanti”

Yes. Sensitif sungguh dengan nama ni.
Haish! Melalut dah nak cerita pasal muzik, ter-cerita pasal nama. Lohiriah pendidik katanya. Mesti kena ada mukodimah dulu! he he he

Harini nak cerita pasal music. Aku memang sukakan music. Believe me, aku boleh mendengar all kinds of genre, asalnya soothing dan boleh diterima telinga

Music bagi aku satu terapi yang boleh menenangkan, juga boleh membawa kecelaruan, sepertinya ketika aku memandu di jalan raya sewaktu nak ke tempat kerja. Ada ketika, music tu memekakkan telinga. Seriously!

Bertahun dulu, ketika masih meneruskan pengajian diploma, aku teruja dengan music 80’s-90’s especially English song. Bagi aku lagu-lagu itu malar segar orang kata. Bila dengar je, terkenang orang jauh.he he he

Most of 80’s-90’s songs yang aku dengar biasanya lagu-lagu cinta. Cinta tak semestinya jiwang,tapi orang jiwang memang sedang bercinta.he he he

Meh aku senaraikan top 20 songs pilihan aku termasuk list tahun 00

1. Careless Wishper: George Micheal
2. Hard to Say I’m Sorry: AzYet
3. Back at One: Brian McKnight
4. Have You Ever: Brandy
5. My All: Mariah Carey
6. There You’ll Be: Faith Hill
7. I Don’t Wanna Miss A Thing: Aerosmith
8. I Swear: All 4 One
9. The Day We Find Love: 911
10. Kiss From A Rose: Seal
11. No More: A1
12. Purest of Pain: Son By Four
13. All Rise: Blue
14. Last Flight Out: Plus One
15. If You Come Back To My Life: Blue
16. Nobody Wants To Be Lonely: C.Aguilera ft Ricky Martin
17. My Baby You: Marc Anthony
18. All or Nothing: OTown
19. This I Promise You: N Sync
20. Soledad: Westlife

Mungkinlah ada dalam list ni yang korang tak pernah dengar.

Take time.Listen it:) Maklumlah..lagu orang tua=)

Haaa, hat lagu bawah ni memang sungguh aku terkenang orang jauh-macamlah-dia-baca.

See?macam aku cakap, aku leh dengar macam-macam genre..



Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, ini pula hati orang.....mengapa dikenang

Thursday, January 06, 2011

Cool Di Minggu Pertama

Salam

Aku tahu mungkin ada beberapa bloggers mahupun readers yang masih bergelar students sedang sibuk hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Standard la kan. Mula-mula minggu pertama mesti kacau bilau.

Hendak-hendak yang pertama kali mendaftar.

Itu nak urus , ini nak urus.
Tengok jadual plak, satu haram tatau bilik kuliah kat mana. Tambah plak, jadual tu pack gila babang punya!

Masa nilah emosi terganggu.
Perasaan tak stabil malah paling memburukkan adalah ia secara tak langsung mempengaruhi mood kita—hendak hendak yang dah lama tak menghadap buku.

Pesan aku satulah.

Kuatkan semangat.
Kentalkan perasaan.
Pedulikan egois yang emosi.

Nak berjaya bukannya senang. Mental dan fizikal kena bersedia secukupnya.

Aku pernah menghadapi perasaan yang sama setelah setahun tak buka buku, semasa pengajian tahun pertama Ijazah, awal 2007.

Masa tu dok study satu subjek ni, namanya ‘Hospitality Service Management’

Ni baru modulnya. Memang menjerut leher..


Truly, aku hampir give-up bila membaca, satu pun tak masuk dalam kepala. Aku tension. Dan bila aku tension, Dunhill mula memanggil-maggil. Sepam asap dua aku ambil, kemudian memikirkan kemungkinan nak berhenti dari mengaji.

Teruji sungguh. Mujur aku ingat wajah ayah di kampung.
Penat ayah sekolahkan aku.

Jadi dengan pemikiran sebegitu, aku trus tersedar.

Nak tak nak, aku kena baca.
Biar muntah darah sekalipun, aku kena cuba.
What the heck menyerah saja tanpa usaha, kan?
Jangan give up.

Aku cuba baca. Mata mengantuk macam haram, tapi aku gagahkan juga.

Alhamdulilah, aku skor dengan baik paper tu.

Sebenarnya, ia terletak pada usaha dan tawakkal kita. Berat manapun dugaan, tentanginya dengan perasaan tenang.

Allah ada. Mintalah bantuan Nya selalu:)

The truth is, jangan mudah mengalah. Bila sudah ambil selangkah kehadapan, jangan menoleh lagi kebelakang. Teruskan saja. Tidak ada benda yang senang di dunia ini.

Selagi boleh berjalan, mengapa tak terus sahaja berlari?

Monday, May 31, 2010

KONVO: BERAKHIR SEBUAH PERJALANAN-MUNGKIN BAHAGIAN SETERUSNYA MUNCUL?


Salam;

Sidang konvo aku sudah berakhir semalam. To be exact yg ke 17, lastly. Nak sedapkan hati, aku akan kata-save best for the last-

Takpelah last sekali pun.
Bunga aku dapat harga murah! LOOL!

Tiada kata lain yang aku nak kata melainakan aku sangat happy dengan majlis ni. Ok semua yg involve akan rasa happy. Tapi tersangkak sikit sebab a few things yang tak sepatutnya jadi, terjadi di hari kejadian.

Aku cuba ulas dengan rationale, positif dan tanpa menyakiti sesiapa. Aku cuba ya.

1- Aku tak sempat ambil gambar dengan family. Ini yg aku sangat ralat. Seriously! Sebabnya: Abang saya dah call berkali-kali suruh cepat. Cepat..cepat dan cepat. Dalam kepala otak aku takde lain dah..cepat bermakna “mungkin dah penat nak balik JB agaknya”. So aku terus pulang jubah, amik transkrip dan jumpa family without robe yg sepatutnya aku pakai.
2- Disebabkan cepat juga, aku tak berpeluang nak mengambil gambar dengan rakan2 lain. Dahla jumpa pun masa itu saja. Lepas ni bila lagi nak jumpa? Honestly, deeply aku minta maaf sangat2.
3- Lain2 takde. Flow sangat-sangat bagus!

Konvo ini mungkin akan jadi yang terakhir jika perjalanan aku berakhir disini sebagai pelajar. Tetapi keinginan hendak belajar ke peringkat seterusnya masih ada, dan InsyaAllah jika diizinkan akan menjadi kenyataan.

Seriously, aku masih ada passion untuk ke arah itu. Prinsip aku senang. Pedulikan apa yang orang kata. Aku takkan ambil peduli orang cakap pasal umur jika melibatkan soal pelajaran. Kita berhak untuk mendapatkan “SELF ESTEEM” untuk diri kita sendiri bukan?

Orang boleh cakap. Ya ia sekadar cakap. Hidup pula punyai pilihan. Kalau nak ikot cakap oranglah..kau takkan maju sampai bila2.

Ingat, selagi kau mampu, kau capai apa yang kau kehendaki. Jangan jadikan “orang cakap” sebagai batu penghalang. People may say, but the decision’s all yours!

FaizalSulaiman:--)Jumpa lagi kawan2. Damn rindu gilak dengan korang, tahu?

Tuesday, November 17, 2009

SAYONARA PUNCAK


Final semester ku sudah berakhir. Jujur aku katakan yang aku merasa yang masa ni benar2 cepat berlalu. Lebih2 lagi nak meninggalkan kampus Puncak Alam.

pemandangan dari bilik saya..



Ya!. Memang dulu aku marah dan geram bila tetiba kena transfer di kampus "hujung dunia" nih. Tapi lama2 kan, seyesh aku dah jatuh cinta ngan tempat ni. Environment tak tercemar. Bangun pagi je dah nampak bukit bukau kaler2 hijau yang jarang sekali ada di Shah Alam.

Kat kampus ni jugakla aku bertemu @ berinteraksi secara langsung dengan a few followers spt Ferdaus Ferdy Buthaks, Beedle The Bard & Azam Alias selain Cik Kedondong. Ntah bila la kita jumpa lagi kan?Ahaks~~

To my classmate, 2tahun kita degree ni memang macam2 yang kita tempuhi. Semua rasa ada lah!hehehe. Pasni korang keje, contact2 la aku okeh!.

Alam baru dan pekerjaan?. Aku sangat teruja menantinya...

NotaKakiFaizal--)Entry last di Puncak Alam.Blog will be freeze for a few moment. To a new followers and anyone who click my nuffnag, Thank You Very Much!!. sekali lagi ya.., terima kasih daun keladi. Looking foward to use broadband asap!

Thursday, October 15, 2009

SIBOKNYA SAYA

Entry ni ditaip dalam kepalaku penuh ngan segala esaimen dan data entry yg perlu ku key in dalam software SPSS & Excell utk thesis final semester aku.


Sbenarnya byk benda nak citer. Dah tepu sangat mungkin, so tatau nak citer mana dulu. Hahaha.

Ngan isu birokrasi yg tak sudah2, internet yg slow nak mampos plus with last minute backup assignments that need to complete n submit next week. Ada lebey kurang 3 ass-ments yg lecturer ku bagi last2 minit.Nak wat backup markah kot.

Blog novel plak da seminggu tak update.Hadoiyaiii..Sorry ye guys!. Kawe sibuk sungguh ni. InsyaAllah, mlm ni kalau connection intenet tidak lembab dan lampi, kawe update okay. Post schedule lagi!

O..ye..this coming friday ada dinner last year students for my faculty.Nak gi ke tak ekkk??

Indera:--)Nak magic potion sbb dah boost up energy.hahahaha

Saturday, October 03, 2009

ADRENALIN TINGKAT TINGGI


Salam.

Memula entry bulan seploh dah emo bagai. Maybe semua ni nak menguji tahap kesabaran ku.

Sabar..sabar..

Dah nak exam cam biasala pressure sana..tertekan sini. Adat ye tak?.

Banyak2 benda yang membuatkan ku hangin adalah Internet Connection.

Dia buat lagi dah!

Ok la maybe disebabkan gempa bumi bebaru ni mempengaruhi tahap ke"moist”-an connection tersebut. Kita takle nak salahkan act of God kalau perkara2 seperti ini terjadi. Ia semulajadi.

Tapi beragak la weh. Satu block aku plak tu takleh connect internet. Peciter ni bhai?.(emo nih..emo nih). Masuk ni dah dua kali perkara sama berulang. Yang pelik bin ajaib tu,blok2 lain tak kena plak. Haih! Sungguh menakjubkan kepala otak beta memikirkannya. Hmmm…ada puaka kot?

Kalau report pon, maybe the connection will recover for about 1 week!. Kira penat aku tertonggang tonggeng turun naik tangga gi report tu disifatkan berbaloi la. Hadeh!. Takble bla tol!

Sekarang ni semua assignment yang memerlukan carian tambahan di internet terpaksa ditangguhkan dulu. On the other side, lappy aku leh la “goyang kaki” tak bekerja untuk tuannya.hoho.

Takpe, aku bagi kau rehat okay!. Tolak cuti tahun ar! LOL!

Indera:--) Insan di post “Akan Tiba” sudah perlahan-lahan ku lupakan. Buat apa tunggu sesuatu yang tak pasti?.Ibarat tunggu buah tak jatuh. Walau hati perit, lupakan saja tentang rasa itu kerana ia takkan bersatu di bumi nyata…(Embun, 2002)

Monday, August 10, 2009

PERIHAL GENTLEMEN

Isnin tu permulaan hari
Cam biasalah pagi Isnin, aku ada kelas pagi. Bersiap awal bagai sebab aim aku satu je.

Aku tak nak berebut-rebut masa naik lif ke tingkat 8, bilik kuliah aku tuh. Sampai2, lebih kurang 8.05 am dan seperti yang aku agak, nampakla berebut students nak naik lift.

Kat tepi dinding lift tu adala tulis...

"Pelajar tingkat 1,2,3 digalakkan menggunakan tangga"

Tapi aku tertanya-tanya..berapa orang students yang kesah pasai arahan tu?. Tak ramai wa cakap lu. Ada yang sanggup tunggu lift nih semata2 nak naik tingkat 3. Ada pulak yang "bijak pandai", tunggu kat mana2 tingkat, pastu masuk lift (tak kirala lift tu nak naik@turun).
Tau2 je, nampakla beberapa orang kat groundfloor bila lift tu sampai bawah. Sakit hati seh!



Tu belum kira nak bagi laluan kat students2 pompuan yg berebut-rebut camla kelas diorang lari ke Bidor nuh!. Honestly, ada gak a few girls yang baik. Tunggu turn and masuk dlm lift tu ngan well behave. Tapi most of them mang ganas tak hengat kalu bab2 berebut-rebut ni.

Aku masih leh ingat pagi tadi masa sorg budak pompuan dengan selambanya melanggar bahu aku (not even say sorry@ekskius me ke), wat derk je potong line nak masuk lift tu. Last2 aku gak geget jari tak dapat masuk.

Satu aku nak tanya, bergunakah lagi phrase "Ladies first" @ "Men should be gentlemen" diguna pakai kalau org lelaki sendiri selalu je terkena time2 rebut camni? (cthnya bus rapid KL atau lift). Korang rasa camne?

Indera:--)Aku selalu tak bagi muka kalu ada girls yg kena berdiri atas bus. Lebih2 lagi yg berwajah cun2 nih. Ketepikan soal gentlemen sbb aku rasa kebanyakan girls yg aku jumpa berdiri tuh, sihat2 walafiat belaka! Tak tua mahupun mengandung:-)

Sunday, July 12, 2009

THINKING ABOUT MY ASS


Dekat seminggu duduk di Puncak Alam, aku masih belum berkesempatan mengambil beberapa gambar2 untuk di upload di blog aku ni. Nanti la kalau ada masa.

1st week ni memang tak banyak perkara yang perlu di buat. Tapi,suprisingly unlike my previous semesters, awal2 lagi lecturer minor aku sudah berikan 3 ass.

Itu belom termasuk 1 paper major dan paper thesis wajib aku.

Sampai skunk, aku masih belum jumpa tajuk yang sesuai lagi owh. Kalau boleh I wanna find some current issues and challenges relating to my field of study. Aku tak mahu pilih tajuk dengan semberono sebab aku tak mahu susah dikemudian hari.

Esok lepak jap kat kafe kolej cari beberapa tajuk yang dirasakan sesuai.

Dengan beberapa applications yang diblock sana sini membuatkan aku nak meroyan kejap.
Adesss!!!.

Hopefully I'll get one...

p/s--)ass is assignment. Got it from blogger aliph j.thanks a lot aliph.cute dow ass!

Indera:--)My classmate complaining that my entries did not thrilling as the previous. Maybe I should think the solutions.hehehe

Friday, July 10, 2009

BILIK KU ADA...

Ok rileks..rileks..

Benda menyeramkan tidak terlibat dalam entry ini.(klik risalah untuk pembesaran)


Aku baru perasan yang bilik aku ada Charlie a.k.a Roove Beetle!. Pergh siot tol la aku leh jumpa lagi dengan benda Allah ni. Dulu masa aku duduk di UiTM Penang, serangga ni sangatla bermaharaja tak hengat okay. Siap kena gigit sekali dengan bisa2 bagai. Tak cukup ngan tu, wujud pulak parut komeng kat muka. Gila ganas seh serangga ni.

Setau aku, serangga jalur kuning hitam ni hanya menyerang kawasan sawah padi jer dan kawasan UiTM Penang dulu betol2 situated in front of paddy field. Mang cari nahas laaa...

Sekarang, di Kampus Puncak Alam tak sangka plak binatang tu ada!!!. Tak sangka aku jumpa balik ngan musuh ketat aku tuh!. Nampak ekor melentiknya cam nak melastik bisanya kat kitorang. Adesss!!

Kenapala kau ada kat sini?!

Seruis doe, pengalaman lampau kena bisa Charlie ni masih segar dlm kepala otak aku. Takut seh!!!. Rasa pedihnya, melepuh kulit2, pastu dengan parut hodoh plak!. Kalu kena kat tempat sensitif, tak ke meroyan?!

Harusla aku kena beli jeli gamat siap2. Dan bersiap sedia dengan muka yg tak berapa nak hensem ni ditoreh oleh si Charlie!.

Indera:--)Bisa Charlie setanding dengan bisa ular!. Buat followers2 ku yg stay di Puncak Alam, berhati2 yer...

Wednesday, July 08, 2009

1ST DAY

Hi peeps. Whatever you doing, please do not shock. Parental Guidance is advised!. Just joking lol!


Today I'll start my minor class at Shah Alam-the main campus which means I need to go here (Puncak Alam) and there to fulfill my course needs. Luckily my minor lecturer know about us and really appreciate that she understand what we face right now.

So guys, wait for the updates coz I need to wait a bus at 7am, something that I never did in my whole life when it come across with class attending!.But I guess it'll be a great experience though.
Furthermore, I didn't want to stand up in the bus and once you've been standing, u never get a seat.

Dahla jauh dowh!.

So, thats all for today and really hope that God will help me to get through my first week.
Cherio!!!

Indera:---) Que sera..sera...whatever will be..will be...

Tuesday, July 07, 2009

ILHAM DI PAGI HARI

Pagi ni aku takde kelas. Kelas minor aku bermula petang ni, tapi disebabkan perkhidmatan bus UiTM akan hanya bermula pada hari esok, so aku kena skip kelas petang ni.

So dengan internet yg dibekalkan, banyak juga benda yang nak dicari terutama journal untuk tajuk Independent Study aku dan beberapa rujukan termasuk dengan proses pendaftaran kursus.

Biasalah.., bila dapat internet provides by university, we need to use it wisely coz diorang tak mao kita menghabiskan internet bandwith yg dibekalkan. Walaupun separuh hati tak rela dan terasa sangat membosankan (sebab tak bole nak download @ tgk tv guna web--)sebab tv yg diprovide sgt la "hidup segan, mati tak mahu") kita terpaksa belajar menerima kenyataan itu.
Mungkin sebelom ni dah biasa duduk rumah sewa, jadi bila duduk hostel, jadi kekok plak.

Aku yakin, tak lama lagi beberapa applications akan di dibanned. Tak caye..korang tunggu lah nanti.hehehehe(gelak jahat)

Bercerita tentang page blog aku, aku dahpun remove beberapa widegts antaranya poll ngan blog's song. Ada gak bahagian yg tak habis load, membuatkan aku sangatlah kreatif menconteng beberapa parts. So enjoy la ilham di pagi hari nih yer.huhuhu

Contengan Merah Bulat2 Ilham Leoardo da Vinci--)Patot ada corak2 situ, tapi bila aku bukak pagi tadi takde. Connection slow kot...

Garisan2 indah Piccaso--) garisan merah kiri-kanan ni pon antara page yg tak habes download. takde widgets digunakan cuma layout blog saja. Another slow internet connection.

Mesmerizing Frida Kahlo paint spray--)Poll undian layout blog. Smalam takde, pagi tadi aku check, kuar plak restricted area bagai..so aku tengok sangatla semak, I decided to remove it!



Indera:--)Hati yang ikhlas akan memandu kita ke jalan yang benar:-) So Indera apalagi?! betolkan niat!!!

Monday, June 29, 2009

SORTING OUT


Minggu last di rumah sewa. Baru aku rasa banyak nak mampos barang2 aku sepanjang 1 tahun setengah duduk di Shah Alam ni. Rasa cam nak bawak semua plak weiii!!!. Sayang seh nak buang buku2 lama ngan nota2 bagai tuh!. Nak taknak, aku kena sorting out dulu mana nak pakai dan rasa perlu untuk di bawa ke Puncak Alam.

Kerja nak menyisih bebarang ni pon asyik tertangguh jer. Petang nanti, tunda jadi esok, esok jadi lusa, lusa jadi tulat!. Walaweiii, cergas Indera, cergas!. Pantas2 buat kerja!!! (buat self motivation utk diri sendri dowh.hahaha).

Silap2 utk barang aku jer, kena sewa lori la gamaknyer!. LOL!!!

Indera:--)To my housemate Fitri Hafizan a.k.a PakDa, semoga kita berjumpa lagi. Pergh habis da ko ekk. Jangan lupa kawen nanti jemput aku naa!.

Tuesday, June 02, 2009

KERANAMU IS


Hahaha..gay nyer bunyik!. K la seblom korang buat beberapa konklusi berbaur fitnah lagi mendatangkan dosa, biar aku terangkan perkara sebenar siapa IS ni. Sebenarnya sekarang ni masih lagi mood cuti. Almaklumlah ada 1 bulan lagi sebelum masuk semester baru. Memandangkan semester depan merupakan final semester, aku diwajibkan membuat thesis a.k.a Independent Study (IS). Masa2 senggang sebelum makan malam tadi, sorang member aku pon mesej:-)

Biar aku gelarkannya Miss X.

Miss X:- Salam. Camne nak cakap penjagaan food kat school canteen?. Camni ker..Food Awareness at School?

Aku garu kepala. Last2 dek kerana tak mahu menghampakan Miss X, aku pon jawab

"Lebih kurang camtulah. Ko kena specefic skola apa, rendah ke menengah"

Firasat aku kuat mengatakan yang Miss X sedang ber-yok-yok-an mencari tajuk thesis untuk topik IS nyer sedangkan aku masih lagi relek2 pisang, wat dono jer. Malas lagi nak cari tajuk. Supervisor aku pon tak bertanya khabar disebabkan dia sendiri pon tatau sapa students IS dia!. Gong-Geng sungguh! World Class University katanya...

Kesimpulan...

Indera Baik--) Cari2 la tajuk. Takla ko kelam kabut nanti, ngok!
Indera Jahat--) Ala releks la bro!. Buat2 supervisor tuh nak guna primary data, tak naya aku?. Dahla dia takmao jumpa aku. Huhuhu..Cuti panjang lagi maa..
Indera Baik--)...

Monday, May 11, 2009

THE BEST THING THAT COULD’VE HAPPEN

Banyak benda dah berlaku sepanjang semester 5 aku di UiTM nih. So before I start with a new chapter, meh selongkar benda2 best & tak best semester 5 aku…

1) FOOLING AROUND
Sepanjang sem 5 ni, aku banyak berjalan dari belajar. Seyesh doe. Ada yang jalan saja2 (nak reduce stress, katanya) & ada yang pergi semata2 nak buat assignment. Ongkosnya??? Aduh..banyak sih!. Agaga..



Masa Kejadian

Januari

Sungai Gabai
Motip--)Reduce stress sanbil bakar2 ayam dan menikmati panorama ciptaan Tuhan (haha, xbley bla reason aku)

Bombay Spice,MidValley
Motip--)Temankan member buat assignment diorang sambil cuci2 mata.


Februari

Bukit Cahaya, Shah Alam
Motip--)Jalan2 sambil buat assignment about Bukit Cahaya’s Organization matters. Masa tuh musim sejuk tak abes lagi. Besh..

March

Paya Indah Wetlands & Putrajaya
Motip--)Buat assignment kat PIW. Cuma ada kat PIW dlm 1 jam setengah and the rest of time, kitorang gi meronggeng di Putrajaya. Muhahaha..

Bukit Tinggi, Pahang
Motip--)One day trip for my Park & Recreation Management subject. Dapatla rasa camne idop di perkampungan Perancis & Jepun. (click here for more)



2) SNATCHER
Ni pengalaman paling tak best berlaku kat aku. Lappy kesayangan aku hampir2 dirogol, eh..eh.. diragut!. Bahaha.. Thank God it didn’t happened!. Sialan punyer peragut. Nak ragut, lu gi ragut rumput la ngok!. Nasib lutut aku je luka dan nasib juga aku tak mengalami kesan trauma yg serius spt kebanyakan mangsa2 ragut yg lain.(tapi 2,3 hari pas kejadian, cuak gak nak kuar naik moto sorg2). Akibatnyer, lappy aku kena tuka hard disc n skrin baru. Naseb ada warranty lagi. Huhuhu..


Masa Kejadian yg Tak Best
Februari


3) BLOGGING
Ni part paling best bila bercakap tentang kecanggihan Internet. Tak lain tak bukan, berBlogging!!!. Sebenarnya aku start berBlogging dalam Ogos tahun lepas dan start aktif hujung Februari tahun ni bila rumah aku ngan jayanya memasang wiMAX P1!. Huhuhu..Dari follower yang seco-et, skunk dah jadi ramai. Alhamdulilah!. Keep viewing yer guys!!!. Sesaper nak follow, sudi2 kanlah yer. Tiada government tax@service charge dikenakan.bahahaha…





4) BIRTHDAY SURPRISE
Sem ni gak ada 2 birthday surprise yang betol2 mengujakan aku. Yang 1st tu tentula birthday aku & I don’t wanna talk about it coz aku dah citer dalam post April lepas. (click here for more). Ni nak citer pasal birthday housemate aku, BOB!. Walaupon dia cam dah tau kitorang nak pedajal dia, dia wat muka cool n siap pesan ngan aku."weh ni baju baru aku la, jangan ko lempar telur sudah” (xble bla siap pesan lagi). Tapi malangnya, ngan master planning kitorang, x dapat telur, tepong pon jadilah!!!. Ni surprise birthday yg paling besh dlm hidup aku sebab kitorang sumer bermandi tepung mlm tuh!

*yang korang tengok paling teraniaya tu adalah mangsa.kuikuikui


Masa Kejadian
May


5) TRANSFER
Sekali lagi aku nak citer pasal proses perpindahan!. Hijrah katanya. Kitorang akan berkongsi bangunan ngn budak OM?!. Apa ke hell…Terima jelah Labu…
Mula sem 6 adalah pd June 1, 2009.




6) RUSSIA

This is the latest news I’ve got from my father 2 weeks before my exam begin. Aku dapat offer further my master in Food Nutrition and Services somewhere in Russia. Dan, jawapan aku…maybe tak pergi kot coz aku dah muak tengok buku & vice versa!.hahaha. I know its sounds insane but I rather only have a degree coz I’m not ready for stepping into another level yet. Its time for me to work like crazy, earn some money, kumpul harta bebanyak, gi traveling selagi ada and plan for my future. Sambung belajar, nanti2 pon bole.

Indera--) Wrap of cycle 5!

Sunday, May 10, 2009

THE LITTLE THINGS WE DO TOGETHER



Finally!!!aku bleh buat lompat bintang!! Agaga.. Just wondering when this semester will be end and 2 hours before this entry posted, it happened. The intro may be a bit melodic but beside this unpleasantness; I found many juicy details inside. I may describe it as “so-called disaster year” kind of!. Huhuhu..


Eventhough my 5th sem was always jumped up and down, with all kinds of projects and assignments, I’ve tried my best to fulfill it successfully. I didn’t care bout the marks that I’ll get later but I believed that with qualities of work, I 'll deserve a good marks as a return. Ehehehe.. I’m easy person, sometimes. U gives me low marks, eventhough I’ve tried like a dem hell, I’ll accept it and always be optimistic.


This sem also taught me with who my frens really are. Some will show u kindness, others will present u with a nasty shock. Yes, people change!. Talking bout people, I always wondered why some people can’t except “the professional works & how it be operate?”. I’m very choosy when it comes to work quality especially in group. But, I’m not that kind of Miranda Priestly-Devil Wears Prada type Ok!. It just nice if u completed what I’ve given without me correcting so many stupid mistakes here and there. Not only wasting my time, but also it looks very ridiculous doe!. Yes, you’ve done wrong I’ll yell at you. But try to understand it deeply becoz I’m just correcting u sincerely and thus, it’s very useful when u‘re going to face perfectionist predators in the real world out there later!.. It just a learning process and the knowledge i have should be share to one another. Betol x?


Overall, I do hope that I’ll get a successful result, definitely with flying colors one lah. Hahaha..
Yes, I always look forward in getting Dean List in my examination. Hopefully it’ll be true:-


Indera--) Next sem, I ‘ll try to be an angel and reduce my devilish attitude towards people who can’t except me and my so called perfectionist work. Is it hipokrita? (My Spanish version of hypocrite. Bahaha)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED