Salam
Bergelar pelajar suatu ketika dahulu telah banyak mengajar diri ini untuk menjadi lebih yakin selain berketerampilan, ditambah kursus yang diambil semasa di Universiti dulu.
Sekarang sudah jadi tenaga pengajar, sedikit sebanyak ilmu-ilmu diturunkan pada pelajar.
Salah satunya adalah teknik presentation atau persembahan yang baik.
Kenapa ianya penting?
Ia membina keyakinan sekaligus memberanikan diri kita untuk bersemuka dengan dunia pekerjaan yang umum mengetahui sangatlah predatory!
Sorry, lima baris ayat yang sangat skema batu, lagaknya!
Aku cuba kasual mengulasnya:)
Presentation ketika belajar, boleh dikatakan sebagai satu titik kemuncak sesuatu subjek yang dah dipelajari. Betul tak? Memula lecturer akan bagi tugasan dan diakhirnya, selepas korang menulis laporan, satu pembentangan akan dijalankan. Lecturer bukan nak aniaya pun. Just wanna get a clear picture about what are you getting on your field study.
Mungkin ada pembaca blog aku ni masih belajar, jadi aku bolehlah kongsi beberapa tips ketika korang menghadapi presentation.
1) Semua orang ada darah gemuruh. Kau pergilah tanya Dato Siti sekalipun. Neves dia tetap ada. Itu normal. Bagaimana nak elak? Just a little deep breath. Tarik nafas dalam-dalam dan present dalam keadaan biasa saja. DON’T EVER SHOW YOUR WEAKNESS IN FRONT OF YOUR AUDIENCE. Sebabnya, depa akan dapat detect kau orang dalam keadaan tak selesa waktu tu.
2) Elakkan dari memegang kertas ketika present. Itu KELEMAHAN PALING BESAR. You see, bila kita gugup, our body shaking. Termasuklah dengan tangan-tangan kau sekali. Kertas yang dipegang menggeletar, and gotcha! Jangan terkejut audien lebih berminat dengan ‘getaran’ kertas kau, berbanding isi kau orang tu!
3) Gunakan cue card. Catat a few points penting dalam cue card. JANGAN MEMBACA KETIKA MEMBUAT PEMBENTANGAN. Itu adalah satu SILAP besar! Fungsi utama cue card adalah memberi signal kepada otak kita untuk menerang pernyataan dengan lebih lanjut. Presentation adalah cara orang yang tak faham menjadi faham dengan penerangan kau. Dengan membaca, ia takkan membantu apa-apa pun selain pensyarah akan jadi beranglah:))
4) Gunakan visual aid ketika present. Gunakan carta bar atau pie untuk menunjukkan figures. Presentation yang baik adalah dengan menunjukkan figures tertentu seperti statistic, jumlah penurunan, graf atau sebagainya. Ia menjadikan presentation korang nampak professional dan lebih accurate berbanding membebel tak tentu hala.
5) Curi tumpuan audien dengan introduction yang memikat. Bukan kata kau kena menari Thai Girl Show cuit-cuit tiang kat depan tu. Takkkk Okay:) Gunakan Intro yang menarik macam dialog dari movies, bertanyakan soalan kepada audiens, atau penayangan video semata-mata mahu grab audiens attention.
6) Lantangkan suara. Jelaskan sebutan ketika present. Jangan present macam siri bercakap dalam kelambu. LOL
7) Jika berlakunya lag ketika membentang (seperti aaaaa…errr…) langkah terbaik adalah ‘pause’ sekejap presentation itu sebelum melihat sekilas cue card korang. Sekilas aje. Jangan tenung lama-lama. Terlalu lama mendiamkan diri, akan mendedahkan lagi kelemahan presentation kita.
8) Kalau gugup nak pandang audien, kau orang boleh pandang pada dahi atau bahu para audien. Eye contact is VERY IMPORTANT. Audien akan rasa dihargai jika dipandang oleh presenter. Buat aksi positif macam mengangguk (nodding) ataupun senyum.
9) Sebelum presentation, eloklah kau orang berlatih depan cermin. Hafal beberapa perkataan atau keyword penting. Cuba lenggokkan bacaan..jangan senada aje. Kang ada kena sound ..."ni manusia ke robot?”
Fuhh..cukuplah 9. Kau orang bukan nak baca pun kalau aku taip berpuluh puluh pun:)
Cuba amalkan, InsyaAllah mujareb! hehehe
Yang penting kena yakin ketika membuat presentation. Yakin itu penting walaupun adakalanya data kita tak accurate. Pesan aku pada budak degree lah ya, kau orang kena yakin dengan findings yang dah kau buat, terutama ketika present thesis akhir semester. Usah gentar kalau judges tu buat muka ketat.
Dia nak test kau orang je tu.
Paling penting jangan nampak 'bodoh' bila buat presentation sebabnya ianya akan membunuh presentation kita itu sendiri. Boleh aje melawak ketika present, tapi jangan sampai terlalu kerap sebabnya ia akan bertukar jengkel.
Anyway, goodluck, selamat mencoba!:)
Anyway, goodluck, selamat mencoba!:)
Layan Krisya kejap.Tatau la zaman korang ni pernah dengar lagu dia ni atau tak:)
Cintamu ku julang
Kasihmu ku Junjung
Tiada percintaan
Yang seagung cintamu
cewahh...
Tweet
Cintamu ku julang
Kasihmu ku Junjung
Tiada percintaan
Yang seagung cintamu
cewahh...
24 comments:
pssttt...faizal dah dapat GA abg eq lom?
eqbalzack --->ouh sudah! dah tulis dalam entry blog lagi:)
tima kasih bang!
thanks bro tips! aku ade presentation kapitalis tu dgn teknoogi hybrid x lame lg.blh guna tips2 ni. :D
Muhamad Zaki Zafir--->boleh je weh.
aku share apa yg ada.
Yang penting, grab your audience attention!
petua no. 6 ngan 8 tu selalu aku buat. lagi satu, tarik perhatian audience dengan keunikan presentation kau. movie clips/stunning pics etc. kalau aku, aku tarik audience pakai authentic US accent aku..hahaha!
bro, mcm kena je dgn entri pembentangan aku he2..pada pendapat aku, banyak pembentang yg masih tak fhm konsep pembentangan, sebab mereka bukan membentang tapi baca nota atau slide,
bagus tips ni bro :)
TQ atas info!!!!!
thanks FS atas tip ni.. sem ni dan akan datang mmg banyak presentation.. akan cuba ikut tips2 ni..
avid gunner---->waaa authentic US dialect tu. mesti cakap mcm ni..
I've got somethin yo. I'm tellin you yo.hahaha
wowwww...kalau xleh buat tarian thai, bole buat chicky dance???muahahahahah
tengkorakemas--->aku tak suka kalau membaca waktu pezen tu weh.hehehe
suka topik ni.
teringat zaman degree dulu.
masa sem awal, takut nak buat presentation,
bila dah terbiasa...
rasa macam muka sendiri jer yg conquer.
apapun, kena yakin buat pembentangan, baru orang lain yakin untuk memasang telinga.
presentation byk membantu dlm
keyakinan dan kemantapan kita
rindu dengan presentation
=_=
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --->sesama fauzi.goodluck viba nanti ok!
mR.sYaH--->sama-sama syah! Goodluck ok!
cik bebel sentiasa --->bleh bleh..tp accompany dengan banana boat sekali lah.hehehe
dandelion kiss --->thanks ian. betul tu..kita kena yakin.yakin baru betul ada audien yg akan pay attention:)
mr.syazwan--->nak like 100 kali bleh, wan?hehehe
klu presentation aku suka 'intonasi' suara....ada ke ckp mcm aku nk jual produk..hahaa
masa nak mula presentation tu memang ketar tapi bila dah masuk intro gemuruh makin kurang
practice make perfect. dulu masa mula2 masuk U memang kurang yakin nak berdiri depan kelas inikan pula nak bercakap
Mr.IX --->perghh itu baru betul2 tu mal! ada gaya) yang penting tonasi suara tu ok:)
Seri --->masa memula memang seri.dah tengah2 pezen tu, dah ok dah:)
uh.cuak ah. minggu depan kene present. rasa inferior sgt!! huh.
kalau nak kasi presentation power point lebih class, pakai laser pointer yang leh navigate up-down dari jauh. aku ada beli kat sini memang best
Post a Comment