Memula nak ucap terima kasih pada EqbalZack sebab bagi peluang diri ni menang Giveaway EqbalZack tempohari. Lupa nak say some gratitude. Thanks bang eq! Next GA, saya buat lagi terbaik!he he he
Well., Ahad kelmarin macam biasa, aku berkelentang kelentung di dapur. Tapi sejak Ogos lepas, aku dah jarang turun main perang-perang dengan blander dan pisau. Literary, memasak lah.
Kali ni nak kongsi satu resipi baik punya. Nak-nak bujang macam aku yang malas nak masak renyah-renyah.
Korang pun tahu buat. Pejam mata, pling! Dah siap!
Ok aku tipu.
Mana ada tutup mata, bleh siap? Agak-agak la kalau nak percaya pun!
Kobis Masak Bening*
½ Kobis. Dihiris ikut suka. Jangan nipis sangat
½ biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia, dihiris dua
6 tangkai cili padi. Kalau bleh 3 hijau, 3 merah** (Tujuan nak bagi pedas je)
Ikan bilis, dibersihkan
Aku terhiris macam nak buat coleslaw plak. Patutnya lebar lagi
Cecaranya:1.Masukkan air dalam periuk. Ni ikut suka. Dua cawan bleh. Kalau makan tu jenis kuah macam banjir, bubuhla 3-4-5 cawan.
2. Masukkan bawang-bawang, halia, cili padi dengan ikan bilis. Tunggu sampai didih
3. Bila dah mendidih, masukkan kobis yang dah dihiris tadi.
4. Bubuh garam dan serbuk perasa (kalau perlu).
Bam! Dah siap pun.
Bak kata Chef Wan, ko lebur je, Senah. Siap dah!
Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan, masyuk jugak neh!
* Bening= merujuk term jiran sebelah rumah untuk ‘masak air’. Siapa lagi guna term ni?
** Penggunaan warna dalam masakan adalah sangat penting. Salah satu faktor tarikan makanan adalah pemadanan warna@ penggunaan warna yang menarik, supaya menimbulkan selera untuk menjamu.
Selamat membaca final three Write Cup dan cerpen tulisan penulis, bergenre Thriller Psikologi: Suci Kasihnya. Selamat Membaca! Tweet
30 comments:
cerpen suci kasihnya memang mantap... hebat bro, dpt buat cerita mengenai illusi si bella.. ingatkan zafran tu yg bangang~silap rupannya.. ahaha
BENING, aku pun gune istilah tu..org jawe mmg ske masak bening kot..^^
shatooman --->tima kasih, bro! appreciate that so much:)
tima kasih skali lagi, k:)
zixol --->kan. mungkinla nak kata aku tatau, aku half jawa.ceh..mcm half blood prince sangat:P
BENING???? giler jawa...hahahha
xleh buat nama kobis masak air ka????hahahhahah...
besh makan ngn nasi panas...ada sambal TUTUK pun besh..ikan bilis goreng dengan lada n bawang ker??wowwwwww....craving...
waaa tahniah la menang!
hehe
F
U
U
U
Y
O
O
O
disamping pandai menulis cite
pandai masak jugak
perh!
masih lagimenggunakan terma bening.
kadang-kadang je panggil kobis masak air...
hehehe baguslah campak2, janji boleh makan dan kenyang.
kt rumah aku pun guna term bening ni.sedap dimakan bersama nasi dan sambal getuk klu tak silap nama smbl tu.. :D
dah lah menang..
pndai masak g..
hehehe..
hebat..
tahniah..
:)
cik bebel sentiasa--->WARGHHHHH sedap tu.lapa tengah2 hari neh:)
mr.syazwan --->hahahaha..takde apa2 pun wan.simple je neh:)
dandelion kiss --->panjang noo nama kobis masak air.hehehehe
Muhamad Zaki Zafir --->betul la bro! besh gila makan wehh
MiSzy DiaN --->haha..menang tu rezeki tu.masak takla bape pandai sgt pun:)
mudah je resepi ni. tak perlu nak tumis bagai
Seri --->senang.sedap pun sedaaappp
segerr kalau makan ni...:D hee
'AQILAH ---> segerrrrr
tahniah dpt GA tu...huhu..jels2.....
Mr.IX --->thanks Mal. tahniah ek dapat cek tu.jeles2:P
congrats menang
sedap nampak
malas2 pun janji sedap sudah
hohoho
P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
sedap nyer weh.. tapi lagi sedap kalo ko nak masakkan untuk aku..
anda kena tag join contest..hehheh
http://homosapiensz.blogspot.com/2011/01/pose-slumber-laptop-contest.html
serender aku dow..hakhakhak
hans --->kan,,janji kenyang:)
sHaH--->gahhh..upah upah.,hahahahaha
Mr.IX---> bereh mal. kang aku join:)
Pencacai Alim ---> eleh ko:P
bro, letak 11 cili (cukup 1 team bola) kasi kepedasan mengancam, bening tak bening pasti mantap,
tambah2 ada sambal belacan, masak telo dadar complete one set nasi bujang :D
tengkorakemas--->warghhh terbakar nanti.hehehehehe
fuhhh tu memang set wajib tu, bro!!hahahaha..makan ngan nasik panas,,besttt
Post a Comment