Wednesday, January 05, 2011

Bukan Melacur, Tapi Melancong: Bahagian Dua


Salam

Bahagian Dua dah muncul

Ok mungkinlah tak kena sebab dah masuk tahun baru, and some more, most of the bloggers yang bergelar students, dah masuk mengaji balik.

Ngaji elok-elok naa.
Buat abang-abang macam I yang keje skunk ni, jangan tuang kerja plak:P

Ni nak sambung bahagian dua tentang melancong dari bahagian pertama, entry yang lepas. Melancong tak semestinya kena menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang and so forth sebab definisi melancong bagi aku adalah: menikmati value added dari nature environment atau historical site yang dipakejkan di tempat tu. Ni persepsi akulah. Jangan guna dalam carian academician korang okay.

Dalam pelancongan, ia terbahagi kepada beberapa bentuk @ form of tourism. Kita ambil contoh negara kita, Malaysia. Di Malaysia, bentuk pelancongan pilihan termasuklah Pelancongan Kebudayaan dan Warisan, EcoTourism, Pelancongan Sukan dan tak terkecuali Pelancongan Sejarah.

Ok.Korang dah bosan. Tu..ada yang menguap tu??!!
Aku leh baca dahh:))


Dalam apa-apa pun, korang kena fikirkan beberapa barrier ketika melancong. Salah satunya kos. Savings adalah jalan penyelesaian. Melancong bukan takat nak beli all the souvenir, tapi nak menikmati……(seperti yang aku katakan di atas) ditambah bukan saja dengan ambil gambar syok sendiri, ya!

Ada beberapa tempat sudah diwartakan sebagai zon ‘carrying capacity’. Apa tu carrying capacity? Sat gi cek habaq mai noo.

Ni nak habaq tentang kelonggaran yang sudah diamalkan di beberapa tempat, sehingga hilangnya ke-ekslusif-an tempat tersebut.

Contoh paling nyata adalah Taman Negara, Pahang.

Disitu adalah kawasan eco tourism yang sangat memikat. Hijau. Hidupan liar, dan trails yang cukup mengagumkan. Bila diwartakan kerajaan back years 90’s, sistem ‘carrying capacity’ (CC) diperkenalkan. CC ni merujuk kepada limitasi jumlah pelancong yang boleh memasuki kawasan tersebut.

Sekarang ni sistem CC sudah agak jarang diaplikasikan di Taman Negara. Laluan keluar masuk bot-feri ke pulau-pulau (Tioman, misalnya) juga jarang dikawal oleh pihak berwajib which is for me, very sad.

Tourists come and go, akan menyebabkan corals di dasar laut akan musnah, kandungan air laut bercampur dengan minyak dan lebih banyak hidupan laut bakal mati, eksiden terlanggar bot atau feri.

Fun isn’t? But that’s the truth.


Kita tak akan melihatnya dalam tempoh setahun dua. Tapi mungkin dua puluh tiga puluh tahun mendatang? Siapa Tahu, bukan?

Banyak lagi tempat yang hendak dibebelkan, but kita tahu-tahu sendirilah ya. Bila pergi melancong tu, janganlah berlagak macam anak raja, walau kau itu duduk suite sekalipun. Sampah tetap kau kena buang dalam tongnya. Even a plastic bag.

Tak ke naya memonyet ni pi sarung ke muka, terus mati tak dapat nafas?

That’s why la kita tak digalakkan bawak makanan berplastic ke dalam hutan, especially macam Taman Negara. Kalau nak bawa, please, makan sorang-sorang. Sampah, simpan dalam beg. Jangan nak jadi keji dengan LITTERING.

Potong tangan nanti baru tahu!

OST Hikayat Merong Mahawangsa dah kuar wehh:) Nice vocal Anuar Zain! Capiche!


12 comments:

mR.sYaH said...

wah nk melancong.. dh pergi taman negara tahun lps.. mmg byk khazanah alamnya..

cik bebel sentiasa said...

jimatkan kos....penginapan bukan yg plg penting...sebab selalunya kalau melancong, pagi2 dah kuar bilik...malam baru balik n tido...

Pencacai Alim said...

part main dgn ikan kelah kt tmn negara best oo..

mr.syazwan said...

kalau jumpe POTONG jeee

hehe

best kan lagu ni wan suka kot

ngeee

=_=

FaizalSulaiman said...

mR.sYaH--->taman negara memang jangan cakaplah. hijaunya buat kita jatuh cinta

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa--->yup tu betul! penginapan doesn't matter sangat nak2 kalau percutian bajet

FaizalSulaiman said...

Pencacai Alim --->ok .ko da menjeleskan aku.hahahaha

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan --->ya..jangan tak potong wan, potong saja!!!

NUke_Rude said...

taman negara banyak pacat tak?

tengkorakemas said...

baru aku tau istilah CC tu bro, itu maksudnya he2

hm aku kalau boleh nakkan pelancongan sukan, kalau pergi pantai pun aku nak juga main bola sepak pantai :)

FaizalSulaiman said...

NUke_Rude --->banyak..ready kena hisap bro.

hisap darah.

hehehe

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas --->tu best tu, kan! sukan pantai.leh buat kat sekitar pantai terengganu:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR