Sekarang ni macam musim orang sakit.
Sana sini orang batuk, kemudian selsema dan seterusnya demam.
Macam musim buah pulak, kalau sekali berbuah, berkoyan-koyan akan turut sama.
Kawan pejabat juga ada beberapa orang yang sudah bertukar suara seksi-serak-serak-basah. Tonsil mula sakit. Nak bercakap pun serupa mumbling saja.
Luckily, Alhamdulilah, Allah memberi kekuatan pada diri untuk bertahan dengan segala macam penyakit.
Balik rumah pulak, nampak si Faris sudah terkangkang depan TV dengan saluran ‘untuk kita-kita aje’ sudah terpasang. Tepi-kiri-kanan-sudah tetampal koyok cap kaki tiga.
Memang otai la ko dik. Buah mata kucing yang ayah beli dah tinggal separuh, tapi gagah lagi tu dok menguyah.
Ini terus mengingatkan aku masa aku demam waktu kecik-kecik dulu.
Tak adalah kecik sangatpun. Masa tu dalam lingkungan darjah empat, I guess. Aku jarang ponteng sekolah. Aku tak suka ponteng sekolah sebab aku jenis suka pergi sekolah (memang skema batu agaknya). Pulak tu, esoknya ada eksperimen Sains tentang keasidan dan kealkalian yang diuji atas kertas litmus.
Ya. Aku masih ingat. Dan-dan nak pi sekolah, badan panas. Mandi pagi-pagi, dah start pakai uniform..badan makin panas.
Mengadulah dengan arwah mak. Along aku mengerling macam kata ‘hah! pancing tanak sekolah lah tu. Entah-entah kerja rumah tak siap’.
Aku pedulik kan.
Memang sohih aku demam masa tu.
Aku ‘diberi’ cuti oleh mem besar.ha ha ha. Despite of that evil laugh, memang demam aku sangat teruk. Aku langsung tak boleh bangun. Lidah dah tukar kaler putih and everything yang masuk mulut ended up with vomit atau aku sendiri tak mahu makan. Keinginan macam-macam. Waktu tu ayah aku manalah mampu nak belikan ayam KFC ke, bubur ayam McD ke, Chic Mc Deluxe ke. Bapak I belikan I oren bodoh saja:)
Aku tak tahulah kenapa dipanggil oren bodoh, tapi this oren bodoh memang mujarab membantu lidah aku merasa makanan seperti biasa.
Bila malam, waktu yang paling menakutkan!
Aku merasakan rumah macam nak terbalik, dengan seperti merasakan ada orang siram pasir dekat atas bumbung rumah. Aku rasa dizzy gilababeng punya sampai rasa nak terjatuh. Kemudian tak berapa lama, telinga aku menangkap bunyi seperti keramaian-orang-bergotong-royong-macam-nak-buat-kenduri-kendara.
Itu memang waktu demam aku yang paling teruk dalam sejarah hidup. Makan hari jugaklah nak sembuh.
Macam sekarang ni, bila tubuh aku beri signal panas yang tak tentu hala, petua ayah yang pertama kali muncul dalam kepala otak. Meh aku share ngan korang:-
1) Air Asam: Ambil asam jawa dekat dapur. Bancuh dengan air. Sudah tu, suh orang demam ni baring, Alaskan dikepalanya dengan kain. Kemudian, basahkan tangan kita dengan bancuhan air asam jawa ni, lalu disapukan di rambut, ubun-ubun, dahi dengan urutan sedikit. Lakukan perkara sama di leher, celah ketiak, kedua-dua lengan, celah kelengkang, peha dan betis. InsyaAllah, air asam jawa akan menurunkan suhu badan kalian/orang yang demam tu. Teknik ni aku dah cuba banyak kali and it really works.
Apa-apa pun, di musim penyakit macam ni, jagalah diri masing-masing. Bila nak bersin, jauh-jauh sikit dengan orang. Kang tak pasal-pasal si polan tu berjangkit dengan kita!
Allah turunkan penyakit tu ada sebabnya.Dia nak uji kita aje tu:) Banyakkan sabar ya!
Choc Moist Cake yang dibeli lepas balik kerja semalam. Buatan orang kampung. Mak aihh sedap tak ingat dowh. Santapan malam tadi sambil semak-semak proposal.
30 comments:
morning bro!
aku pelik ngan orang sekarang. asal demam pening sikit nak berpanadol. padahal placebo je pun.
petua mak aku bila family aku demam: minum 100 plus banyak2. mujarab. sebab apa? sama sebab panadol sembuhkan demam. placebo effect.
tapi aku tak pasti la pulak pasal air asam ni. tak pernah try. keh keh.
avid gunner--->morning also!!
ko da bekfes?hehehe
Hebat gak petua family ko, guna 100 plus ok jugak tu.
ko try la mana tahu suhu badan naik, gunakan air asam tu.dia seolah menyejukkan badan:)
aku pulak...
bila demam memg aku tak peduli..
biaq jaaa!
NAK TAU PASAL PERKEMBANGAN PEGUAM YANG HINA AZAN??? FELDA TERUS MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN??? JOM TENGOK ... http://jantankeparatii.blogspot.com/
morning FS...
cik bebel pernah kena demam camni...malam raya pulak tu...dengan klinik xbukak..jalan kuar jammed semacam..ddk area muar, cari klinik sampai tongkang pecah...hebattt???
tapi terseksa....hahhahahahahha
mak nazz pun pakai petua tu mase ktorng demam kecik2 dulu..=)
kalo demam x mampu dah nak cari2 tips..tido n selubung dengan selimut je..hehe
ingatkan gambar last tu resipi air asam awk..hee tp siyess nampak sedap..
*thumbsup
oh ibu OE pun guna air asam juga kalau demam...
tapi waktu kecik2 jelah...
dah besar, demam, kena jaga diri sendiri... ibu jauh... huhu...
air asam pun sedap jugak... hehehe...
(tak ada kerja...)
(n_n)
choc moist yg BEST!!!
Lelaki Ini --->hehehe..ni kes demam teruk neh.hehehe
ok bro, kang aku pi tgk:)
cik bebel sentiasa--->perghhh jauh gila sampai ke tongkang! memang supa women la neh
Nazz@Purple --->bleh sejukkan badan, kan Nazz?:)
epol --->perghh seyeshly aku takle nah buat lagu tu owhh:))
s a r a rusydin --->choc cake yang sangatlah sedap!!
Orkid Edyliyne @ OrkEd--->menambah kelunakan suara.
lunak ke masalahnya sore faizal neh:)
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->sedap fauzi..seyesh sedap:)
tp orang kata yang kat masjid jamek punya choc cake memang terbaekk
biasa tu sakit2. musim hujan.
1001 penawar penyakit --->musim hujan kan..biasala
wan pun suka g sek
sampaikan dapat anugerah kedatangan paling penuh
hahaha
air asam jawa sgt baik
air daun bunga raya pun ok gak
=_=
mr.syazwan--->air daun bunga rayaa??
wahhhhh
bila sakit demam tu ujian, tapi tak demam pun ujian juga..hidup ini ujian
bro, aku jarang demam, asal nak demam je mesti tak jadi, tapi kalau jadi demam..memang gila2 punya teruk..
klu demam xmakan ubat pun.. biar jer sampai sembuh.. tapi nak tggu sembuh tulah azab sket... tapi klu mulut tawar atau rasa xsedap.. buah limau mmg membantu sgt2..
tengkorakemas --->samala ngan aku bro.demam terus memang masaklah..sekali dengan berat badan aku bleh turun..
mR.sYaH --->bleh jugak cuba petua Syah neh:0
hehe..skang ni musim panas sejuk panas sejuk la boh..apik pon da seram sejok gak ni..hehe
ingatkan asam jawa tadi tu, rupanya aduanan kek lak...hehehhe
apik pehe--->pekaba boh?harap deme sihatla hendaknya.
meme skunk ni musim,dok?Alhamdulilah kawe dak kene lagi.
jago diri deh, apik:)
sissyira--->sedap gila plak tu,kek tu:)
faizal,
kek tu beli kat medan kan?
memang sodappppp
cik_sue -->bukan kak.dekat sg mas..tempat org jual kek tu.singgit je satu.gila sedap laa
Post a Comment