Thursday, January 06, 2011

Cool Di Minggu Pertama

Salam

Aku tahu mungkin ada beberapa bloggers mahupun readers yang masih bergelar students sedang sibuk hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Standard la kan. Mula-mula minggu pertama mesti kacau bilau.

Hendak-hendak yang pertama kali mendaftar.

Itu nak urus , ini nak urus.
Tengok jadual plak, satu haram tatau bilik kuliah kat mana. Tambah plak, jadual tu pack gila babang punya!

Masa nilah emosi terganggu.
Perasaan tak stabil malah paling memburukkan adalah ia secara tak langsung mempengaruhi mood kita—hendak hendak yang dah lama tak menghadap buku.

Pesan aku satulah.

Kuatkan semangat.
Kentalkan perasaan.
Pedulikan egois yang emosi.

Nak berjaya bukannya senang. Mental dan fizikal kena bersedia secukupnya.

Aku pernah menghadapi perasaan yang sama setelah setahun tak buka buku, semasa pengajian tahun pertama Ijazah, awal 2007.

Masa tu dok study satu subjek ni, namanya ‘Hospitality Service Management’

Ni baru modulnya. Memang menjerut leher..


Truly, aku hampir give-up bila membaca, satu pun tak masuk dalam kepala. Aku tension. Dan bila aku tension, Dunhill mula memanggil-maggil. Sepam asap dua aku ambil, kemudian memikirkan kemungkinan nak berhenti dari mengaji.

Teruji sungguh. Mujur aku ingat wajah ayah di kampung.
Penat ayah sekolahkan aku.

Jadi dengan pemikiran sebegitu, aku trus tersedar.

Nak tak nak, aku kena baca.
Biar muntah darah sekalipun, aku kena cuba.
What the heck menyerah saja tanpa usaha, kan?
Jangan give up.

Aku cuba baca. Mata mengantuk macam haram, tapi aku gagahkan juga.

Alhamdulilah, aku skor dengan baik paper tu.

Sebenarnya, ia terletak pada usaha dan tawakkal kita. Berat manapun dugaan, tentanginya dengan perasaan tenang.

Allah ada. Mintalah bantuan Nya selalu:)

The truth is, jangan mudah mengalah. Bila sudah ambil selangkah kehadapan, jangan menoleh lagi kebelakang. Teruskan saja. Tidak ada benda yang senang di dunia ini.

Selagi boleh berjalan, mengapa tak terus sahaja berlari?

18 comments:

Anonymous said...

quote ayat arini : JANGAN MUDAH MENGALAH!!!!!


tp xtau sampai bila harus BERALAH...
=(

Unknown said...

tiba2 ku rasakan diri ini bertambah bersemangat lepas baca entry ni.. nice bro!!!

hanis aleeya aka gadis sepi said...

da terganggu emosi da.. sebab purse hilang hari kedua kuliah =.='' nak urus kuliah punya pasal la ni :((

Shamimi said...

True3...
Never give up...
The key of successful.

Pencacai Alim said...

bt time table plg leceh

Mr. BLB said...

good luck bro.. hehe

n@jwamz said...

Hebattt bro!! never ever give up!
Allah sentiasa membantu..:) Best of luck...:)

Seri said...

setiap sem minggu pertama mesti kalau-bilau terutamanya nak tukar seksyen. tapi ada juga yang ambil kesempatan ponteng kelas

zixol said...

pilihan ditangan kita..pilih la untk kebaikan..


p/s: anda mesti pileeyyyyyhhh

Faizal Sulaiman said...

cik bebel sentiasa --->kalau sentiasa beralah, memang menyakitkan hati. sesekali jadilah keras hati:)

Faizal Sulaiman said...

shatooman --->thanks! semoga semangat tak mudah luntur ye:) teruskan usaha! chayok2:)

Faizal Sulaiman said...

aleeya husnan--->la ya ka? dlm tu mesti ada ic kan? pi report k, takut orang salah guna

Faizal Sulaiman said...

Shamimi --->yup! strength!

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim --->yeah betul2.pening kepala weh!

Faizal Sulaiman said...

Mr. BLB --->sesama bro! wehh..lama ko tak update.tuka nama siap:P

Faizal Sulaiman said...

n@jwamz --->tengkiu2.sama juga pada students yg membaca entry ni:)

Faizal Sulaiman said...

Seri --->hahaha..itu sudah pastilah..memonteng:))

Faizal Sulaiman said...

zixol--->yay! pilihan itu sentiasa ada!!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED