Abaikan tajuk entry yang macam akhbar tabloid nak cari publisiti murahan.
Siapa tak nak melancong? Meh habaq kat cek, mai!
Melancong buatkan kita reduce stress. Sangat kot. (melainkan poket kau turut sama ‘rabak’ sebab kena pau itu ini). That’s why la kena menyimpan sikit kalau berangan nak travel satu Malaysia. Lupakan satu dunia kejap, sebab kat Malaysia banyak lagi tempat-tempat menarik yang patut kita kunjungi.
Dah macam V.O untuk Tourism Malaysia.
Definisi kasar WTO ( World Travel Organization) memberi takrifan pelancongan: melancong adalah satu aktiviti luar dari kebiasaan individu dan dalam masa yang sama melakukan aktviti senggang disebalik masa lapang yang ada, dan tinggal di kawasan tersebut tidak lebih dari satu tahun berturut.
Beza dengan excursionist yang mana individu excursionist ini melancong/menggembara ke satu tempat dengan tidak lebih dari satu hari. Orang melayu kita kata, balik hari.
Ter-slip kuliah Prinsip Pelancongan kat korang plak:P
Melancong menjadikan aku relaks. Aku tak adalah kemaruk nak beli barang-barang, walupun hakikatnya aku memang gilakan souvenir! Ni aku nak kongsikan tips melancong, kot2 la mana tau nak menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki? hehehe..
Petua aku tak banyak. Kita sharing-sharing ilmu.
1) Bawak minyak angin atau bahan2 masam (asam) yang cukup kalau nak travel ke pulau, especially ke chalet yang dibina di Pulau-Pulau. Aku bagi contoh Chalet di Pulau Tioman (Trip tahun 2008). First time naik bot, jakun agaknya, terus mabuk—pening-pening. Ubat-ubat dan asam inilah penyelamatnya. FAKTA: Aku tak suka asam. Nak buat lah satu topic battle of the sexes: ‘Kenapa budak pompuan suka nyonyot* asam?”
2) Travel jauh-jauh, pastikan cukup makan. Paling tak dua jam sebelum naik bus atau kereta. Pastikan dalam kereta ada minuman bertenaga macam 100 Plus atau bahan kunyahan yang lain. Pemanduan kena fokus. Penat sekejap, ambik masa untuk tidur. Lambat sampai takapa. Janji selamat.
3) Bawak air yang mencukupi kalau berhajat nak jungle trekking atau nak mendaki bukit atau gunung. Don’t ever feeling-feeling beauty, tak bawak air ok. (Gagahlah macam aku masa daki Bukit Broga, dua minggu lepas. Konon hero lah tak bawak air.pftttthhh). Satu lagi, don’t ever and ever LITTERING. Jangan buang sampah merata. Hutan tu kena jaga. Haiwan very curious dengan sampah sarap ni. Silap2 depa mati tercekik kalau termakan sampah korang tu.
Itu ajelah setakat tiga. Tapi kalau melancong style aku, aku gemarkan back packing. Baju dua tiga, laptop mesti dengan bekalan2 lain dirasakan sesuai. Tak payah kendong beg AF kalau nak gi melancong. Stress tengok beg banyak-banyak.
Melancong ni tujuannya nak hilangkan stress. Naikkan mood, kembalikan energy selain cheerkan emosi.
Setuju kan?
Banyak lagi nak cerita, antaranya constrain ketika melancong dan kekangan di beberapa tempat. Ishh takdelah eksklusif sangat..apa yang aku ada, aku kongsi, Ok!
Nyonyot* tatau la bahasa Johor atau negeri lain gak guna bahasa ni. Maknanya kemam atau hisap.
InsyaAllah, aku sambung:)
27 comments:
kawe kalu melancong bowok cokelat. lagi lagi kalu kena drive. cokelat ni pembawa tenaga ore kata.
pompuan kuat makan masam sebab mudah hilang kalsium
kajian mengatakan makan benda masam akan menambah kan kalsium dlm bdn..
tu pasal org mengandung makan asam..bleyh kawal loya skali kn
oh aku memang wajib bwk air mase travel ni.naik bas ke,kete ke, ketapi ke.aku cpt dahaga.
tp probnye mase naik bas.die brenti skali je.nk terkench, mslh negara sungguh!
tips memanfaatkan pelancongan gua: kurangkan masa bergambo tak tentu hala dan gunakan masa tu untuk pelajari sejarah dan budaya tempatan.
cik bebl xsuka makan asam..but depends..ritu naik bus dari perlis ke kelantan...mabuk siapmuntah2 kuar segala isi usus...so, org suggest mkn asam...much better...
minyak angin utama sebab cik bebel jenis berangin..duduk salah pun bole masuk angin..selain minyak angin, cik bebel bawak eno halia..hahahah
Kuwe--->betul2.coklat bekalkan tenaga.bagus deme. coklat ni gula2 kan?hehehe
cik kedondong --->ouhh..fakta neh..pttla orang mual2 makan asam je memanjang..
Muhamad Zaki Zafir --->hahahahahahaha
tahan..tahan..dah jumpa rnr baru turun.hehehehehe
avid gunner---> yang ni aku suka! pelajari sesuatu dari sejarah, bukan sekadar datang hu ha hu ha
cik bebel sentiasa--->hehehe..bawakla asam.
lega sikit:)
W. Hidney ---> wah jauh tu bro! heheheh melancong dalam bilik tido sedap.mimpi2 gi mana2 free:P
hahaha
tajuk memang ala2 metro nih
ekekekekee
aku suka melancong weih
duit jer tak ada
P/S : Laksa Sarawak Versi Alor Setar Memang Sedap
hans --->kan..so daripada skunk kumpul duit:P
nak sgt melancong.. tapi xde kesempatan.. kena kumpul duit byk2 dulu..
mR.sYaH --->hehhee..ya kumpul duit bebanyk dulu syah:) sesekali melancong sonok juga:)
air kosong memang kena selalu bawa, kalau nak advance sikit memang 100 plus..er sprite boleh tak bro?hehe
hm..bab haiwan tu memang satu hal..yg 'makhluk lain' pun kena fikir juga..tak pasal2 sebab buang merata, 'benda' tu marah,
aku suka backpack travel....hehe
kalo aku yg drive, salunya akan ade sesei menyinggah di stesen minyak, utk membeli 'plum pikin'. aku xtau la ko tau ke tak.. tapi, benda tu bole la dkategorikan sbg asam.
dan juga, sebagai persediaan pjalanan jauh, CD2 lagu yg di-burn sendiri haruslah dibawa bsama. cewah.
suka words last tu
N
Y
O
N
Y
O
T
stim lak dgr
haahha
=_=
haha nyonyot..jom2 kita g melancong mana2..
tengkorakemas --->benda-benda camtu memang wujud kan? sebab tu bila masuk hutan ke mana2 tempat sunyi2 ni, mulut kena jaga..
Mr.IX --->Backpack travel ni best sket.convenient plus takya nak fikir susah2 pasal staying at luxurious hotels:)
NUke_Rude --->ooo tu aku tahu. keluarga asam gak, tp tak berapa masam sangat.aku pakai thumbdrive je. cucuk guna device yg ada tu:)
mr.syazwan --->lucahh..larikkkkkk
hahahaha
iyllienaz--->haaa illie mesti tau sebab johorean kan?wahh jom2:)
ok, baru tersinggah sini...melancong bawa beg AF tuh, hehehe... Eh, ada nyonyot lah...hahaha!
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment