Salam.
Gedebak gedebuk, sudah Khamis.
Dah nak masuk second week of December.
Entry harini ikhlas.
Aku nak menulis terus dari hati=)
Nak tahu bagaimana aku mula-mula blogging dulu?
Ia bermula dari seorang kawan. Kawan sekelas aku nama bloggingnya Cik Kedondong. Dia adalah insan yang banyak ajar aku pasal blogging. Dulu aku guna networked blog. Tapi kejap saja sebab masa tu aku tak ramai followers.
Ya.
Aku faham perasaan blogger-blogger baru (baru nak bermula) bagaimana payahnya nak dapat readers. Aku pernah juga jadi macam kau orang sana.
Mungkin ada sesetengah blogger yang baru tak kisah pasal commenting, tapi bagi aku commenting entries tu adalah tindak balas readers pada entry yang ditulis. Respon pembaca pada apa yang dibacanya.
Ia boleh diungkapkan sebagai salah satu cabang komunikasi—walaupun bukan secara orally—
Dulu masa memula tulis entry, aku banyak menjadikan zaman student sebagai subjek utama dalam penulisan. Dunia kampus dan sedikit perbezaan gender antara lelaki dan perempuan selain perkara sekeliling yang hendak dikupas.
Tapi lama kelamaan, apabila follower bertambah naik bilangannya, aku bercakap pada diri sendiri…
Sampai bila aku nak tulis sesuatu yang ringan?
Bila masanya aku nak menulis sesuatu yang berat dan memerlukan minda kita berfikir?
Bila masanya aku nak menulis sesuatu yang berat dan memerlukan minda kita berfikir?
Yalah.
Mungkin aku tak menulis pasal Peperangan Teluk, Adolf Hitler, Makro dan Mikro Ekonomi, GDP, Susutnilai, Harga Minyak atau apa-apa saja yang serasakan berat.
Kita tak semestinya terkenal dengan penulisan rigid penuh fakta macam baca buku sejarah. Kita boleh jadikan entry kita tu sebagai something yang readable, fun, witty selain ada sense of humor dan pengajaran.
Hargailah pembaca, sebab they put a lot of effort nak baca entry kau orang and suddenly bila buka blog korang and it ended up with entry merapu, terus dia tak jadi komen atau mungkin tak baca lagi next time.
(Ya Paan Ovrtd, kamu dah explain benda ni, dan aku nak mention lagi)
Dulu aku pernah guna rules, U Follow Me, I Follow You Back. Konon-konon nak dapat followers berjuta, tapi ended up with jumlah komen yang sangat sedikit. Ok aku tak minta korang untuk komen entry ini atau entry entry sebelumnya, tapi perlu ada sedikit rasa tanggungjawab bila kau orang follow blog orang tu. Komen entry nya bila dah membaca.
Show some appreciation pada writer (melainkan kalau tulisannya memang hampas bersampah-sampah). Jangan jadi silent follower. “I-tetap-support-you-walaupun-tak-drop-comments-adalah-sangat-tahi-seladang-“. Ya orang bleh buat blog, tapi tak ramai yang leh keep on track pada blog yang dia buat.
Terus tetaplah menulis dengan gaya kau orang. Jangan terlalu terikut ikut gaya penulis lain. Kita perlu ada perbezaan dan perbezaan itulah yang membuatkan kita istimewa di mata orang lain.
Kita tak perlu jadi blogger plagiat. Kalau kau ambil sumbernya di mana, mention nama sumber tu, melainkan memang kau sendiri berusaha mencarinya.
Ambil iktibar mana yang perlu.
Mana yang kata “blog-aku-aku-punya-sukalah-nak-cerita-apa”,terima kasih kerana membaca!:)
ps 1: Sekarang ni aku masih pakai lagu rules U Follow me, I Follow you back –hanya pada follower yg follow blog aku je. Aku jenis tak suka nak paksa orang follow aku balik lepas aku follow sesuatu blog tu. So bila aku follow blog korang, tak perlu rasa serba salah nak follow semula---berapa banyak follow daa---
ps 2: Illie Hanani: Jilbab dan Cendawan? ha ha ha..seriously hilarious!!!! ROFL!! Faizal nak buat spoof bleh? Terima kasih banyak-banyak sebab baca episode terakhir Jilbab dan Chendana
ps 3: Apa-apa pun ikhlaslah ketika menulis. Writers block tu biasa. JK Rowling pun pernah hadapi benda yang sama. Go out. Take some fresh air..mesti korang akan dapat idea-idea baru bila nak menulis nanti. Bawa note book yang kecik tu. Buat a few catatan kalau idea tetiba pop up dalam kepala
PSP: Masih dok memikirkan synopsis untuk penulisan akhir Write Cup hujung tahun ni. Aku memikirkan tentang sindrom Folie A Deux…
27 comments:
bila aku tgk traffic blog aku, ramai je yg bukak, tp komen pun kurang pula.takpelah, mungkin ada sumthing wrong dgn writing aku.xde isi sgt, skdr lps ckp je ke.
apa2 pn masing2 ada kelebihan tersendiri.kita tulislah mengikut bidang pengalaman kita.mungkin boleh diselang-selikan entry2 umum dengan entry2 peribadi.
*ada certain2 blog pula aku minat nak baca,tp widget2nya byk sgt,kejung firefox aku.mls nk bace dh.moralnya, jgn beratkn blog,nnti pembaca lari jgk.
memang betul la faizal...memula nak starting tu memang terpaksa berhempas pulas...maklumlah baru nak kenal dunia menulis nii...tp, reader nak comment pun mungkin depends on entry yg depa minat kot..
Muhamad Zaki Zafir---> Pendapat yang bawah tu aku setuju!hehehehe...
kadang2 page load berat susah nak comment pun menyumbang pada jumlah commentators:)
W. Hidney---> Yes and its true!
cik_sue ---> Betul tu cik su. Jangan mengalah untuk menulis ye=)
Eh? Apa mention2 namew titew nie? Titew takdew wat papew pown eh...
:p
Paan Ovrtd---> Yaw!! LMAO..Gewdix sangat.hahahaha
terus menulis.. sbb 1) blog antara yang best dan 'wajib' buka hari-hari
2) nak dpt pandangan penulis secara semuka mmg payah jd di sini kita mengenali sesama kita 3) sbb ko kwn akak hehehheh
siti azizah Sang Pencinta---> Yang no 3 tu saya tak setuju kak.hehe..honestly..akak baca blog saya bukan sebab saya kawan, tapi memang kerana nak baca, ok=)
ada cerita baru ke bro? kalu ada bg info cepat2.. ^^
shatooman---> Whoooshh belum lagi bah.ehehehe..nanti apa2 aku promo dlm blog, ok!
normal pembaca ratusan cecah ribuan, tapi komen nan ado..
redha sajalah...sejak ian-tell-u dah macam tu. sekarang tulis, diorang nak komen, komenlah. tak nak komen yer sudah!
dandelion kiss---> betul tu ian.Kena ikut kehendak kita, kan=)
dh speechless baca entry smpai tak tahu nak komen nape....
Mr.Ix ---> he he he..ni ko komen juga=)
errr, btw...
lupa nak tanya...
psssttt, gambar seiring sejalan tu dengan sape? ekekeke...
dandelion kiss --->ha ha ha ..nakal soalan:)
tu dengan kawan classmate masa buat degree, jalan2 di Taman Pertanian Bukit Cahaya:)
Reaksi pembaca tu memang penting bg aku..tula motivasi aku untuk tulis entri, :D
teruskan menulis bro, ada juga cerita untuk aku baca, aku dah jarang beli novel, sebab asyik dvd je, novel boleh baca kat sini mwahaha
tengkorakemas---> he he he..itulah kadang2 ianya bertindak sbg motivation kita kan..
hehehe..ada masa ko baca la weh..aku ok je:)hehe
WAN tak terasa sbb wan on the track
haha
insyALLAH wan akan setia ku disini
ceewahhh laug ziana zain sgt
mr.syazwan --->Faizal juga setia membaca:) hihihi
FS.. blog saya ok x? cuma nk tahu jer..
lebih suka byk komen dri followers.. kdg2 rasa bersalah gak sbb follow byk blog sgt.. heheh.. tp jarang nk menapak..
tp blog FS best.. tmbh2 dpt baca cerpen...
alamakkk..pegi masukkan kat entri plak pasal cendawan tu..hehe..but seriously, i like your writing..bila nak tulis novel pula ni??
kawe dulu. lecturer hok ajar kawe main blog ni! kawe ingat lagi entry demo dulu dulu, demo tulis pasal kategori kategori blogger kalu tak silap kawe. kawe rasa demo ada bakat nulis, sebab reti nulis novel!
kawe ni, takdok benda hok molek tulis, melainkan semata mata ngarut. kawe tok reti nok tulis pasal harga minyak.kahkah.
p/s: kawe lama dah nak tanya, bakpo demo papar sebutir jah entry untuk first page? lenguh boh nak older older ni.
Kuwe ---> Entry demo ok la We. Kawe bace ok je.
ps: ooooo sebab kawe tok seh bubuh banyok2. srabut.hehehehe..demo pi tengok kat belah kanan atas, deh. buke gapo, boh..nanti page load berat.hehe
@FaizalSulaiman
bro..just nak cakap, aku dah khatam laki-laki berpanji..sangat menyentuh hati..
tengkorakemas---> Terima kasih bro! sangat2 berterima kasih. memula nak tulis tu susah sebab isu yg diminta utk dikupas tu agak berat
Post a Comment