Monday, December 06, 2010

SAMPAH: KOLAR PUTIH DAN BIRU

Fokus aku pada tong hijau yang berkulat, berulat tu


Salam

Semalam sebelum menghabiskan masa-masa terluang, aku singgah di pekan sekejap nak membayar bil broadband juga bil-bil yang lain.

Pagi-pagi lagi, seperti di pekan-pekan kecil yang lain, pekerja bandaraya akan sibuk mengumpulkan sampah untuk dilupuskan.

Sesungguhnya, aku sangat kagum dengan semangat waja orang asing ---juga terdapat sebahagian orang kita---yang bekerja dalam lapangan pembuangan sampah.

Sementalah menunggu bas ke Larkin, (tujuan mahu kutip tiket yang dah di book), aku nampak seorang pekerja pembersihan sampah ni sangat tekun membuat kerjanya. Orang lain pandang-pandang dengan mimik muka tak senang sebab busuk sampah, dia dengan selambanya membuang sampah sarap tu mengikut etika kerjanya.

Aku angkat topi betul dengan abang tu!

Tanyalah berapa banyak orang kita, termasuk aku sendiri yang sanggup berdampingan dengan bau busuk masam sampah bertan-tan apabila dikumpulkan di dalam lori hijau sampah tu.

Tanyalah berapa banyak dari kita yang kepit hidung bila kereta atau motor kita berada di belakang lori sampah.

Tanyalah berapa banyak kenderaan menjarakkan kenderaan, memandang sinis lori hijau itu (macamla lori hijau tu maki hamum kat kau), seolah-olah lori sampah tu melakukan satu kesalahan maha besar.

Dalam dunia ni, walau adakala kita menafikan sistem kasta, ada satu lagi jurang beza yang mungkin kita tak sedar.

Si Kolar Putih dan Si Kolar Biru

Kolar Putih kerjanya lebih ekslusif. Di dalam ofis selain melibatkan diri dalam dokumen, pendek kata dalam ruang lingkup pejabat. Manakala si Kolar Biru pula lebih kepada co worker dalam industri atau field. Kuli atau mungkin si pengais pagi makan pagi, petang makan petang.

Skeptikal memandang hina pekerja pengutip sampah sangat tipikal dalam masyarakat kita. Macam aku bagi contoh atas tadi lah.

Tapi bagaimana kalau ‘sampah’ itu sendiri dilakukan oleh mereka yang berkolar putih?
Busuknya tidak berbau
Tetapi tetap disanjung.

Ini mengingatkan aku pada filem arahan sutradara prolific Datin Paduka Shuhaimi Baba, Ringgit Kassorga. Watak Datuk yang dimainkan oleh Zaidi Omar dipandang mulia orang sekeliling, walaupun banyak dah “perkara-perkara” lain yang dah dilakukan.

Pangkat dah makin tinggi kadang-kadang membuatkan manusia buta…

Berbalik pada cerita sampah.
Ini mungkinlah satu habit masyarakat kita.

Minum air tin, tin nya usahkan di buang ke dalam tong, diletak aje kat sebelah tepi tempat dia duduk.
Makan kuih-kuih/keropok lekor, selamba saja buang plastic bungkus tu kat atas tanah!

WTF!

Apsal la pengotor sangat?
Yes, memang la ada pekerja bandaraya tu. Tapi tak boleh ke kau bangun, gerakkan punggung keras kau tu, buang sampah ke dalam tong.

Tak susah kan?

Sivik la sikit. Taulah ada pekerja bandaraya. Tanggungjawab!

Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Sudah pasang azam baru?

23 comments:

Seri said...

masyarakat yang membuang sampah merata-rata itu jauh lebih pengotor dan menjijikkan

Pencacai Alim said...

buang sampah merata minda kelas ketiga..

pakai streamyxla wei..hahahaha

Unknown said...

antara 2 darjat...

Muhamad Zaki Zafir said...

prnh aku kt 1 traffic light ni,kete dpn aku turunkn tingkap, lps tu buang tin air dia.rasa nk hon je,tp kete mhl+tinted glp kot.mak aku kate kete2 mcm ni jgn sbrg2 hon.

siti azizah Sang Pencinta said...

salam, betul apa yang ijal tulis, ada seorang kenalan akak siap menjuihkan bibir bila nampak org SW angkat sampah, entahle..kalau akak terasa malu plak bila tengok mrk yg kerja angkat sampah krn kita nih sepatutnya lupuskan sendiri brg buangan. Jadikan amalan kumpul buang sendiri sampah2 anda.

Faizal Sulaiman said...

Seri --->betul! cuba google berapa tan sampah kita dah buang kat negara ni.

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---> hahahahaha.
kan? kalau ya nak buang, jangan merata-rata.buat sampah, pandai2 buang

Faizal Sulaiman said...

shatooman---> he he he..darjat yang masih dipraktikkan zaman skunk

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir---> itulah..depa ingat depa kaya, ada pangkat leh suka-suka je nak buat apa2..

Faizal Sulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta ---> Tau takpa kak.pandai buat sampah, pandai la buang.

Anonymous said...

pernah ada pengalaman cam Zaki Zafir...keta depan buang sampah n paaaappppp kena kat keta kita..geram3....



quote hari ini
Busuknya tidak berbau
Tetapi tetap disanjung.

Faizal Sulaiman said...

ila haron ----> keji sungguh kan perangai orang camtu.mcm la takle nak letak dlm kete kejap sampah dia..

Paan Ovrtd said...

Sadisnya Nasib Alam Sekitarku by Young And Dangerous.mp3 (real song)

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd---->alam sekitar dh semakin sakit..

Anonymous said...

aku sgt2 tak snggup okeyh!
adyeh!!!

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini---> haha..ko jgn buang merata2 ok!:)

mr.syazwan said...

tu kat luar

kalau kat uma dia sendiri x tau la

tingkah laku mencerminkan keperibadian diri sendiri

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---> betul tu wan! juga menggambarkan fikiran kita.

MR. SYAH said...

teringat kata2 seseorg.. klu kita buang smph nnt.. dorg xbuat kerjalah.. mkn gaji buta...

aku senyum jer...


skurg2 kita buang smph sendirikn..

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH---> Yup! betul tu syah.kita buat, kitalah yang tanggung sendiri!

tengkorakemas said...

asalkan rezeki yg dicari itu halal, maka seseorg itu layak dipandang mulia walau apa kerjanya..

masa aku singgah RnR Dengkil, ada seorg pekerja yg nak kutip semua sampah2 dan pinggan2 kotor..

aku ada minum air tin..dan aku rasa dia nak tin tu..utk dijual kitar semula..

dan aku hiburkan dia dgn trick legenda aku..

http://tengkorakemas.blogspot.com/2010/10/tengkorak-emas-buat-eksperimen.html

tengkorakemas said...

oh Salam Maal Hijrah bro :D

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->haaaa trick lagenda tin senget tu kan? hehehehehe

hebat la ko, bro!

oh ya, selamat tahun baru hijrah juga!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED