Wednesday, December 22, 2010

AMET AMET

Salam

Frasa penuhnya: “Amet-Amet..Jembem-baik..ocho kaget”

Jangan risau kalau tak faham. Itu hanya frasa jawa yang berkaitan dengan entry harini.

Semasa kecil, masa arwah mak masih ada, aku dan adik beradik lain dibesarkan dengan suasana jawa yang cukup kuat. Makan sambal pedas (common food untuk orang jawa) selain pantang larang yang perlu diikut kami adik beradik.

Salah satunya adalah tentang mitos Malam Jumaat Keliwon

Aku tak berapa ingat tentang penjelasan Malam Jumaat Keliwon ni but elders said ia berlaku setiap bulan di malam yang ke lima belas, probably di malam bulan mengambang (ok la nak tambah setting seram)

Nah..malam ni lah..hantu syaitan akan kuar..especially hantu lagenda Sundel Bolong.

Tau tak Sundel Bolong?

Sejenis hantu perempuan yang dikatakan di rogol kemudian dibunuh. Belakang tubuh si hantu dikatakan mempunyai lubang (bolong) yang boleh dilihat usus dan daging si hantu.

Oh..oooo

So masa kecik ni, aku dan adik beradik, mostly my brother sangat takut denga term Malam Jumaat Keliwon, especially masa Hantu Purdah Hisap Darah Naik Kereta Kancil tengah hot diperkatakan umum lewat tahun 90 an dulu.

Kalian yang pernah dengar, tolong angkat tangan. ha ha ha

Balik dari mengaji, aku dengan along memang pecut seratus meter, langsung tak pandang belakang..tetiba teringat babak ratu seram Indonesia-Suzanna dalam filem Sundel Bolong zaman 80 an dulu. Dalam filem yang turut dibintangi hunky Barry Prima tu, lakonan Suzanna sangat menakutkan.

Masih teringat matanya yang membeliak besar ngan hilaian dia yang serem! Merinding sih bulu romaku! ghahahahahaha

Tinggal dengan arwah emak, walau tak lama, meninggalkan memori yang cukup kuat. Budaya jawanya cukup tebal walaupun emak cuba berfikiran liberal kadang-kadang. Mungkinlah dia sedar bila zaman berubah, manusia MUNGKIN dah tak percaya tahyul mahyul segala.

But it happens nowadays kan?

Dizaman telefon kecil macam tapak tangan.
Dizaman video dan komputer, masih ada lagi mereka yang mengamalkan kepercayaan tidak sihat itu—seperti meminta bantuan syaitan untuk terus hidup, meminta bantuan si laknatullah untuk membalas dendam, menumpang badan and all sorts of things.

Percaya ‘benda’ itu wujud, sudah semestinya.
‘Dia’ juga makhluk Allah.

Asalkan kita jangan terpedaya, ok!

Frasa jawa di atas literary memberi makna “selisih malaikat 44” macam tu. Aku tak tahu exact meaning of the phrase but literary itulah maknanya.

Oh sebelum berakhir, musim penganugerahan Golden Globe kembali (sebelum ke majlis besar Oskar tahun depan). Untuk part one harini, aku nak kongsikan pencalonan “Best Actress in Drama dan Musical/Comedy)


Dua dari lima calon ini pernah memenangi Oscar. Kidman menerusi The Hours dan Berry menerusi Monster’s Ball. However, dua nominees Oscar, Portman ( Portman memenangi Best Supporting Actress di Golden Globe menerusi filem Closer) dan Williams (Brockback Mountain) usah dipandang ringan. Portman contohnya memberi persembahan hebat sebagai penari ballet dalam psychological thriller Black Swan. Calon underdog Lawrence juga dilihat memberi saingan dalam filem thriller keluarga, Winter’s Bone.

Hathaway dan Moore pernah dicalonkan menerusi katergori yang sama iaitu menerusi filem Rachel Getting Married dan The Hours menerusi Oscar. Berlainan dengan Jolie yang pernah menggondol Best Supporting Actress menerusi filem Girl, Interrupted pada anugerah yang sama. Walaubagaimanapun, Bening yang memenangi Best Actress Comedy/Musical pada Golden Globe menerusi American Beauty dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang katergori ni. Emma Stone pula dilihat berjaya membawakan wataknya dalam filem teen chick flick yang dilihat jarang dinominasi dalam Golden Globe (yang selalunya memilih muzikal atau drama berat)

PS: Lepas aje emak meninggal, budaya jawa makin susut sebab ayah aku berbangsa banjar:) But I love both culture! Macam majlis kebudayaan bila dua budaya ni bertembung satu masa dulu:)

43 comments:

cik bebel sentiasa said...

hidup JAWA!!!....

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa ---> yeahhh!!! saya tau cik bebel mesti jawa jugak kan?miuahahahaha

kabare?

cik bebel sentiasa said...

yaaa...im johorian....
n semestinya JAWA TOTOK...

Paan Ovrtd said...

Malam ke-15 atau malam ke-13? Tak silap, masa nengok cerita hantu Sundel Bolong kecik2 dulu dia kata malam jumaat ke-13 baru Keliwon.

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa ---> kan..ketotokkan itu sangat pekat ye:P

FaizalSulaiman said...

Paan Ovrtd---> ouh mungkin terover heard agaknya:) thanks betulkan paan.

sundel bolong yg sangat serem

cik bebel sentiasa said...

im proud to be JAWArians...

u tau x FS, i pernah dgr seorg pakcik ni ckp dgn anak dia...kalau kawin cari org jawa...wpun garang, tp ada 1 sikap yg lain dari yg lain...


nak tau apa????

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa --->HAHAHAHA..
expert neh..apadia cik bebel??

cik bebel sentiasa said...

jangan published komen ni..takut megundang kemarahan...ngeeeee


kata pakcik tu, org jawa ni bagus dari segi layanan...is it 18sx?? hahaha.. i mean layanan sbgi seorg isteri lah kan..ikut cakap suami, mjaga maruah suami..pandai jaga anak2...dll...but maybe itu pandangan pakcik tu utk wanita2 sezaman dengan dia kan

coz mostly wanita skrg ni xmcm wanita2 dulu...u faham maksud cik bbel..bkn nak jatuhkan maruah kaum wanita...tp kalau dulu, sebelum kahwin, anak2 dara di jaga betul2..xkuar dari rumah pun..

nak meminang pun dok sembunyi2.org masuk meminang, g nyorok dalam perigi.....xdek nak bcinta2 cam skrg ni..even cik bebel pun gitu kan.xsalahkan org lain lah..

maybe sikap2 yg pakcik tu cuba cerita kat anak dia pun based on pengalaman dulu2...neway bini pakcik tu jawa..hahahahaha

mr.syazwan said...

opkos mahukan

kakak angelina n nicole

menang!

hehe

avid gunner said...

malam keliwon ke, malam raya ke, bapak aku peduli apa aku balik mengaji jalan sorang2 200 meter! haha

buat aku jadi lagi berani la kot tujuan dia

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa --->really?hehe

quite surprise la kalau camtu but apa yg pakcik tu cuba cakap ada betulnya. zaman dah berubah jadi mungkinlah ramai individu eps wanita dah berubah mengikut kehendak zaman:)

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan ---> faizal pilih Halle Berry. Bole?haha

FaizalSulaiman said...

avid gunner--->yes! that exactly what elders taught us=)

cik bebel sentiasa said...

zaman dah berubah...dunia dah maju...

skrg ni xdapat isteri jawa pun xper..yg penting amek maid jawa INDON..kompem layanan bagus...opsss..ini bukan 18sx..ahhahahaha

siti azizah Sang Pencinta said...

:) pembetulan: amet-amet jabang baek, ojo kaget.... perghhh jawa sehh.. tp sebutan utk huruf 'j' kena ditekankan supaya kedengaran jawanya lebih..

mR.sYaH said...

xpernh dgr ttg hantu purdah tu.. klu dulu time mengaji selalu teringat hantu kopek terus lari laju2..

azlin hashim said...

masa kecik2 selalu kena takutkan dgn citer hantu, dah besor betul2 ikut perangai hantu... hehe... itu org len punyer citer la... aku ni baik sket...haha

shatooman said...

wahh..bro rupanya darah jawa mixed banjar... sundel bolong?? pernah tgk dulu criter dia,,seram wooo~

dandelion kiss said...

hahahaa,
dulu kecik2 selalu sebut.
bila dah besar dah tak pandai.
hahaha

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa --->jangan sebarang amek maid ok.kena siasat dulu:) hehe

FaizalSulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta --->sebutannya tak kuat neh kak.hahahahahaha

FaizalSulaiman said...

mR.sYaH --->hahahha..hantu kopek,,,tetiba teringat hantu kak limah..

hantu kopek labuh..warghhh

FaizalSulaiman said...

azlin hashim--->jangan ikot prangai hantu.bahayo..hahaha

FaizalSulaiman said...

shatooman --->haha..

masa kecik kalau tgk seram.zaman skunk ni kalau tgk balik confirm sakit perut sebab gelak.haha

tp indonesean punya horror movie memang seram tahap gaban la, kan?

FaizalSulaiman said...

dandelion kiss--->hehe

ni mesti da lupa diri neh:PP

cik bebel sentiasa said...

xmampu nak pakai maid lagi...ngeeee

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa---> keje kuat2 dulu,,pastu pasang maid kemas umah.hehehehe

cik bebel sentiasa said...

xmau pasang maid...cik bebel kan org jowo..kenalah layan suami molek2..

k, sape nak ngorat cik bebel??????

FaizalSulaiman said...

cik bebel sentiasa--->hahahaha..ni kena iklan dln FB ni:P

tengkorakemas said...

Easy A tercalon? memang betul yg ko ckp tu bro, selalunya muzikal atau drama berat je, tapi Easy A tu aku cuma baru tgk thriller,
hm..bro, minat filem ko cukup tinggi jugakan..dan ada yg aku tak tau,
inilah aku cari, peminat filem dari satu genre yg lari dari kebiasaan..

tau Scream 2010 bro?filem Green Lantern menang anugerah filem paling ditunggu 2011.

kes hantu purdah tu memang gempar dulu..pantang nampak kancil aku dgn adik2 lari haha

p/s:aku dok sorang2 ni..nasib baik dah baca entri ni awal2 petang tadi..cuma komen baru sempat bg malam..he

Muhamad Zaki Zafir said...

aku bab hantu ni naif betul kecik2 dulu.masa raya aku takut, sebab hantu raya mesti byk masa raya.haha. :D

Ali ridha said...

Baca entri seorang diri.
pasti naik seram.pasal hantu ni aku tak berapa tahu.

soffea said...

seram eh baca.. ada mention pasal hantu.

haha.

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas---> kan..filem tu chick teen flick je.tp lakonan beliau tu yg mantap.

hah,scream 2010 tau2.hyden penetteire kan yg berlakon? camne ntah eja nama minah neh.

green lantern blum tengok lagi trailernya.mcm epik je judulnya.ko da tgk filem aftershock? arahan pengarah thE Banquet.

FaizalSulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir --->kan..kita mesti fikir hantu raya kuar masa raya.hahaha

FaizalSulaiman said...

Ali ridha--->haha..baik takya tau dowh:P

FaizalSulaiman said...

soffea --->masuk selimut sembunyik:PP

tengkorakemas said...

@FaizalSulaiman

oh ada typo dalam komen aku hehe trailer not thriller,

oh bro, memang Hayden berlakon tapi bukan scream 4 yg aku maksudkan hehe scream 2010 tu majlis award mcm oscar gak, cuma kategori award mcm best villain, best comic, holy s*** scene, mcm tula, dan green lantern menang award filem paling ditunggu...ni cite superhero he2

oh lum lagi, tapi aku tgk trailer dia memang gempak, dah tgk ke?movie ni boleh lwn tsunami hundae,

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas--->ouh takpa2:)

ouh anuegerah scream ka?

hehe

tatau ada anugerah ni.serius.

aku baru tgk trailer green lantern tu semalam. ryan renolds berlakon kan?quite shock actually sebab dr pembacaan aku tu, figura hero dia actually kulit hitam=)

Shaleh said...

saya orang yemen-indo, tingal di indonesia, east java..

yang betol:
amit amit jabang bayi bayi,, hahahaha xpelah, dah betol tu

Shaleh said...

ocho kaget = ojok kaget = jangan terkejut

FaizalSulaiman said...

shaleh:--> terima kasih shaleh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR