Friday, December 03, 2010

PAKAIAN BAWAH KENA SESUAI


Salam.
Hari Jumaat dan nak berkongsi pada sekian laki-laki pembaca blog ini.

Pakaian bawah?
Literary translate to underwear.
Translate budak tak sekolah punya.

Baca dengan fikiran terbuka, ya

Seperti kaum wanita yang sangat mementingkan keselesaan lingerine atau nightclothes atau pakaian dalam, lelaki juga begitu.

Maklumlah…kita sebagai lelaki mesti hendakkan keselesaan brother kita dalam keadaan tenang, damai, selesa dan aman. LOL.

Ini kerana pemilihan pakaian dalam yang terlalu ketat, material tak sesuai atau menyebabkan kerengsaan akan mengakibatkan ketidak selesaan kepada kulit , perjalanan darah tak lancar selain boleh mengganggu sistem pembiakan. Aku ada baca dalam majalah lelaki yang pemakaian dalam kita ni sedikit sebanyak mempengaruhi sistem sperms flow sorts of.

Di pasaran melambak pilihan untuk kita lelaki. Contohnya macam Spandex, Breifs, Boxer, Thongs mahupun Jockstrap. Tapi kebanyakan lelaki di negara kita selalunya memilih Spandex, Breif atau Boxer sebagai pilihan. Thongs dan Jockstrap agak fancy dan errr….memang fancy lah! Google sendiri.

Memilih pakaian dalam sama pentingnya macam memilih pakaian yang kita pakai. Cumanya itu adalah pakaian dalam. Orang tak nampak apa kau pakai. Tak bermakna nak semberono aje. Kalau boleh, jadikan habit, bila memilih pakaian dalam, korang perlu consider beberapa notifications:

1) Tengok jenis material. Elak memilih material yang membuatkan kulit kau orang sensitive, rashing ke atau gatal-gatal ke. Let say kalau sebelum ni dah terbiasa material cotton, pakai yang itu aje. Jangan nak menggatal pilih yang lain. Nanti kau juga tak selesa.

2) Kalau boleh padankan dengan warna seluar (luar) yang dipakai. Lebih-lebih lagi slack. Jeans tak risau sangat. Kalau pakai slack putih, elakkan memakai pakaian dalam yang berwarna corak corak. Buatnya kau pakai boxer Spongebob Squarepants, tak ke nampak ‘bayang-bayang’ sponge kuning besar bertepek kat punggung tu. Malu dowhhh

3) Saiz. Pastikan saiz tu muat pinggang korang. Kalau rasa bumper tu agak gedabak, pilih saiz/material yang boleh stretch. Senang nak duduk. Senang jugak nak bernafas.

Cukuplah tiga. Then, nak menjaga pun satu hal. Basuh elok-elok sebab selalunya material underwear ni a bit sensitive. Kalau underwear tu dah mula nampak benang tercabut, getah dah longgar, faham-faham lah ya. Ganti la dengan yang baru.

Haus dah benda tu kau kerjakan!

Memang ada antara kita memandang enteng benda remeh macam ni, but yet it is a fact. Walau orang tak nampak, kau kena jaga juga keselesaan yang kat bawah tu. Takdelah tergaruk-garuk sana sini.

Jangan malu-malu nak beli underwear.
Make sure ingat saiz kau orang ok!

Tapi kalau kat rumah, hentam kain pelekat sudah.
Bebas pun bebas..
hak hak hak

Dah dah..

28 comments:

Muhamad Zaki Zafir said...

masa tido, tak usah pakai langsung.pagi2 kan sejuk, sian brother tu.haha.. :D

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir --->miahahahaha..
bagi la dia resting kejap. LOLZ

Anonymous said...

baca pasal ni ,
ingat dulu abang sampai besar mak yang belikan .
Dia cakap tak tahu nak beli camne .
Nasib baik skang dah pandai tp tu pun boxer. hahaha

Faizal Sulaiman said...

T-Ch3R Mya--->hehehehe..lelaki tak particular macam perempuan and sometimes perasaan malu tu still menebal kalau nak beli benda2 underwear nih.hehehe..

Seri said...

beli yang free saiz senang. haha

Faizal Sulaiman said...

Seri---)hak hak hak..betul gak tuh.sarung je.hihihi

Anonymous said...

faizal, xnak buat entry ttg cara memilih ker..brand ker...siap contoh pun ok gak...muahhahahahahah...jahat!!!!

Faizal Sulaiman said...

ila haron --->hahahahaha..nampak gay sangat la pulak.muahahahahahaha

Unknown said...

time nk jalan2 jauh / tempat org ramai baru pakai underware.. kalu stakat main keliling kampung tu, jarang nak pakai..miahahahaha~

Faizal Sulaiman said...

shatooman --->ko jangan wehh nanti tanggal kain tu kang.hak hak hak

Anonymous said...

hahaha...giler shatooman nye statement..kalo kene kejor anjing x memasal kene gigit...muahahaha!

mr.syazwan said...

faizal saiz apa??? nak bagi hadiah ni

bagi la tau


(boleh x soalan ni keluar??)

haha

CI_ said...

wowowowo
apa ni?
apa ni?
saya bawah umur,
lari dahulu...

Faizal Sulaiman said...

julianasuparman --->perghh ko..cepat betul tangkapnya miahahahaha

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan --->tanya dalam inbox fb.hahaha

(bleh tak jawab camni)

Faizal Sulaiman said...

dandelion kiss --->hehehhe..tutup mata dan telinga:P

shahirahkhairudin said...

alamak terbaca la pulak.. *pekup mulut*

aaa.. tang pakai suar putih tu betul. bukan laki je, pompuan pun same.. pemilihan kaler tu kite kene sensitif skek..

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin--->ngeh ngeh ngeh tau takpe.kena pandai pilih2 yer:P

hiks

siti azizah Sang Pencinta said...

huhuw ijal.. tajuk ari nihh tajuk ble bawak ke tengah.. :) ini yg selalu laki terutama suami tak ambik kesah pun.. dia tau isteri je sediakan.. hehehhe

Paan Ovrtd said...

Sangat selesa hanya ber-boxer dan tidak berbaju ketika di kamar tidur. :D

Faizal Sulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta --->sudah beristeri, jadi isteri la sediakan, kak.hehehehehehe

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd --->aku leh bayang keadaan ko, paan.miahahahahahahaha

PMOfficial said...

xleh bla perkataan aman damai...hahaha

Faizal Sulaiman said...

PMOfficial --->aman la kan.sangaat aman.miahahahaha

MR. SYAH said...

nice entry FS!
mmg penting sgt2..

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH--->thanks syah!
tulah..keselesaan yang pentingnya:)

tengkorakemas said...

"yeay!sudah bebas!"

kata si 'brother' di saat boxer digantikan dgn kain pelekat...XD

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas ---> ha ha ha...jangan sampai terlepas, ok!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED