Salam Isnin
Mood kembali berblogging selepas masalah diri sudah reda.
Alhamdulilah
Semalam, masih tangan mengemas-ngemas ruang buku yang bersepah di bilik, aku menangkap bunyi sorakan di TV.
Bola ke? Rasanya Malaysia dah menang semalam, melawan Vietnam
Jengah di balik langsir, rupanya, kanak-kanak dok menyanyi hu ha hu ha disertai sorakan peminat.
Aku pelik lah.
Tak cukup orang besar, budak-budak kecil dijadikan taruhan untuk menjadi penyanyi?
Budak-budak suka aje disorak. Dipakaikan cantik. Disolek. Diajar cara menjadi bintang. Jadi glamour! Aku cuba memandang rancangan berkonsepkan hiburan ini sebagai equal. Tak mahu berat sebelah dengan mana-mana stesen TV
Mungkin ada pro and cons nya.
Budak-budak leh reduce stress. Leh explore bakat menyanyi disamping recording company leh cungkil bakat dorang untuk jadi artis-lah-katanya- di masa akan datang menggantikan legasi Dato Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hujan, Yuna, (sekadar menyebut beberapa nama)
Tapi aku lebih memandang kepada negative side.
Kalian boleh fikirkannya sendiri.
Apa yang aku kesalkan, tidak banyak program kanak-kanak berunsurkan pendidikan macam sesetengah negara. Paling dekat Singapura.
Dulu, aku suka menonton rancangan ‘Singapore Brightest Kid’, mengumpulkan sepuluh kanak-kanak terpintar Singapura sebelum diuji dengan pelbagai soalan seperti Math, English, Sains juga Sejarah dan Pengetahuan Am.
Pernah satu ketika, kanak-kanak berbangsa Melayu muncul juara rancangan tersebut mengalahkan dua kanak-kanak berbangsa Cina.
Itu sangat membanggakan. Aku menumpang sekali.
Adakah Malaysia kita terlalu berhiburan?
Terlalu hedonistic dengan nilai melalaikan?
Kinja-kinja lalu dijadikan bahan sorakan, kebangaan, keistimewaan?
Cukuplah dengan rancangan hiburan, especially untuk kanak-kanak.
Popular mereka tak ke mana kalau takde pendidikan yang sempurna.
Paling jelas aku nampak mereka ini dikomoditikan seperti rancangan hiburan dewasa (pertaruhan SMS dijadikan sandaran undi)
Dalam hal ini, aku sangat merindui rancangan Along (penampilan cukup best Siti Sifir sambil baca sifir, pakai spek mata besar) atau rancangan Di Mana Joe Jambul yang menunjukkan peta di akhir rancangan untuk menjejak geng-geng Joe Jambul.
Itu bagi aku, ilmu.
Jadi berhibur dengan ilmu. Bukan berhibur sambil betulkan pitching, betulkan gerak tari, betulkan ekspresi muka, tingkatkan mutu vokal, yada-yada-yada.. They are too young for that!
Yang tak setuju, aku minta maaflah ya.
Tapi bagi aku, totally memang tak bersetuju.
Status FB semalam:
Honestly, aku muak dengan program nyanyian kanak-kanak di TV. For the sake of mencari bintang cilik?? Kenapa tak adakan rancangan kanak-kanak terpintar? Education base show?Dari kecik sampai yang dah besar, sumer berlumba-lumba nak jadi penyanyi.Haihhh
Honestly, aku muak dengan program nyanyian kanak-kanak di TV. For the sake of mencari bintang cilik?? Kenapa tak adakan rancangan kanak-kanak terpintar? Education base show?Dari kecik sampai yang dah besar, sumer berlumba-lumba nak jadi penyanyi.Haihhh
Faizal Sulaiman:--->Usaha NST membikin rancangan Spell It Right menerujakan aku. Aku yang besar gadang ni pun tetap tonton demi nak dapatkan ilmu!
ps: Lama betul aku tak menulis di Blogbuster...Sorry ye Paan. InsyaAllah dalam minggu ni kembali mengepos entry:)
26 comments:
sokong sgt dgn FS..
rancangan joe jambul tu mmg best.. heheh...
bdk kecik pun suara xpecah lg..
mak ayah menghantar anak2 ke program realiti hiburan,memberi sokongan kepada anak2 supaya menyanyi.
bila mak ayah dah tiada nanti, anak2 di dunia terkinja2 di atas pentas membuka aurat, teruk mak ayah dipalu di dalam kubur tu.
mR.sYaH--->kan..
bebudak sore tak pecah besh kalau buat berzanji ke, belajar tarannum ke..besh sore dorang ni
faizal lebih suka kalau dorang habiskan masa kecil dengan enjoyment. terlalu awal dengan perlip bintang neh..
Muhamad Zaki Zafir---> tu yg bimbang kalau terjadi. didikan masa kecil kena betul.nak membentuk tu..payah
aku setuju. hiburan yang sekarang untuk kanak-kanak mendedahkan impak yang negatif.
artis muda di amerika ramai yang hancur identiti.
macam mana artis kita nanti, gelojoh dengan arus pembangunan, terkorban mereka dalam mengejar2 dunia yang tipu itu.
MATAHARI ---> kadang-kadang dunia artis, seni tu mcm dunia-dunia lain yg normal dan bersih.tp org sekeliling yg membuatkan dunia tu nampak plastic..
artis malaysia sendiri pon dah ramai hancur identiti.
mak ayah dah bangga dah kalau anak glemer dedah aurat peluk cium bukan mahram.
kata tu menunjukkan kasih sayang.
tak pe la pejal, nnt kite buat rncangan sendri la.
akademi al quran pon dah lama xde..heheh
same pendapat ngn ko!
banyk buruk dr baeknya!
betull apa yg awk tulis tuhh.. semakin byk hiburan sebenarnya melalaikan.. walaupun niat murni mereka kononnya utk memberi ilmu tetapi yang untung sebenarnya si kapitalis yang menangguk di air keruh.. lihat shj akedemi alquran sedikit shj penontonnya.. walhal di malaysia ini yang muslimnya sahaja hampir 99%. Jika kita nak ubah kita kena ada share dan media kita pegang itu sahaja caranya.
cik kedondong---> itula.aku teringin nak buat program pendidikan..yg mendidik.takdela skema pun.kalau mcm dimana joe jambul tu, ok la
Lelaki Ini--->kan! kecik2 da diajar menyanyi..
siti azizah Sang Pencinta --->saya sokongla, kak!
kalau kau sedar, skang ada show baru kat channel 552. setanding joe jambul i should say.
terima kasih, Tuhan
avid gunner--->yaka? ok beb.kang aku tgk. :) thanks!
Inilah antara sebab kenapa industri muzik kita dihentam teruk oleh individu-individu yang lebih pakar. I mean, look at me for an example. Pergi kelas muzik, main piano, gitar bergred2, tapi ditenggelamkan dek mak ayah yang tak paham macam mana nak membentuk anak-anak. Music is not just for glam and shits like that, for good's sakes!
Paan Ovrtd ---> this is the truth paan.kalau kamu nak sukses, kamu kena gerak dalam indie. mcm ana rafali ke, yuna ke sebab all talent show cuma menyanyi. bukan camne nak faham music(not-not ke) sort of. faizal pernah belajar how to sing quite sometimes, susah sebenarnya nak nyanyi ni. kena guna otak bukan main nyanyi je..
bro, aku suka kalau budak2 ni masuk rancangan sains ke, buat trick berpandukan sains..ni agaknya dorg tau ke tak buat trick legend aku haha..
tengkorakemas ---> yeahhh trick tin senget!!!
program hiburan dan nyanyian
untuk anak-anak kecil:
"ibarat kain putih dicorakkan hitam"-petikan Majalah Muslimah.
dandelion kiss--->itu faizal sangat setuju:)
Program ni rasanya tak mebantu langsung ... nak jadi penynyi kononnya? tapi lepas habis je program terus hilang...baik tengok program Adik2ku di tv1..banyak teladan yng bleh kita ambik..
Pa'ah Mohd Isdris ---> tau takpa.kalau wat program pendidikan lagi baik.lagi bagus
setuju sangat. kalau nyanyi lagu patriotik, lagu rakyat, irama asli masih boleh diterima
betol tu bro.. sokong apa yg bro kata. skrg mak bapak sendiri suka anak2 jadi artis, dok nyanyi, gedik2 dari memberikan ilmu kepada anak2..
Seri---> budak2 zaman skunk pun tau lagu mana top mana tak top.hahahaha
shatooman ---> Itulah..ilmu yg penting sebenarnya..Terlalu muda budak2 ni nak didedahkan dengan zaman2 glamer..
Post a Comment