Salam
Ringkas je harini.
Mungkinlah nak tanya pendapat korang menerusi komen-komen balasan kat bawah nanti.
Kahwin cerai sekarang memang dah tak dipandang sebagai satu berita yang mengejutkan lagi kan? Macam perkara biasa pula.
Kahwin puluhan tahun, tapi alasan berpisah sebab...
“Tiada lagi rasa kasih dan sayang”
“Tak Sehaluan”
“Tiada kemesraan”
“Tak Sehaluan”
“Tiada kemesraan”
Susah nak faham manusia walaupun kita dah cuba gunakan teknik empathy.
Mungkinlah..tiba satu masa si suami bosan tengok muka isteri, si isteri bosan dengan suami.
Nauzubillah. Jangalah jadi pada kita, ya.
Siapa yang nak perkahwinan berantakan di tengah jalan?
Ini mengingatkan aku pada bait-bait lagu Kumpulan Freedom: Jauh Dirindu
“Mengapa kita kini saling mengasingkan diri”
“Kemesraan lalu dingin dan membeku”
“Kemesraan lalu dingin dan membeku”
Banyak benda bersarang dalam kepala kalau bercakap pasal isu ini. Tangan gatal nak menaip. Tapi, tak apalah, kau orang komen dulu.
Faizal Sulaiman--->Semoga kita dilindungi Ilahi…
ps: Isu ni pernah di tanya dalam formspring dan jawapan yang diberi pelbagai. Aku suka pola itu. Maaflah kalau segelintir Formspring-ers tak suka aku selalu tanya soalan. Kalau tak suka, kalian boleh remove. Aiman tak kisah:P Tweet
22 comments:
betul setuju!
mana pergi kasih syg yg selama nieyh ade?
kan?
Lelaki Ini ---)betul tu. aku kadang2 wonders sebab kahwin bertahun-tahun, lepas tu cerai..kesian kat anak-anak..
janganla jadik kat kita weh.sebab kahwin ni bukan sekejap.Lama tu.
skrg ni org kahwin ikut nafsu....bukan kahwin kerana Allah swt...bukan kerana syariat...bukan kerana ingin menambahkan umat Muhammad saw...
bila kahwin kerana nafsu, hubungan tu x berlandaskan agama, sebab tu berlakunya penceraian...
kesan??? pada anak2 lah...
mak pak leh kahwin lain..ada anak lain...anak2??
dlm relationship, kita akan sampai kat satu point dimana kita akan rasa 'honeymoon period' dah berlalu. graf hubungan, remember?
masa ni kalau pasangan tu x pandai cari perkara yg boleh spark balik cinta dorang...meh...bercerai. kalau jumpa, insyaallah berkekalan sampai maut memisahkan.
ila haron--->itu yang kadang2 menyedihkan.anak2 terbiar.sedih kadang2 tgk keadaan macam tu..
avid gunner --->aku suka pandangan kau, avid!seriously. kena cari balik sparks dlm perhubungan..
lain benor entry ni faizal...
salam n morning bro.faizal...jom breakfast! hehe
eqbalzack--->ngeh-ngeh-ngeh
salam pagi bang eq!hehehe suda bekfes makan nasi lemak..japgi mesti ngantok.hahaha
faizal, org sekarang ni kalau dah suke jer terus nak kawin...tpi, kalau dah benci tu terus je nak cerai.....tu la kalau iman tak diletakkan di tempat yg sepatutnye...dan agama dipandang enteng
Tak berapa setuju dengan Ila Haron. Why? Sebab whenever we started a relationship, nafsu mesti follow. Yang jadi salahnya bila kita tak pandai control.
I mean, sekadar memuji "mak aii!! Lawonye budak tu!" pun dah dikira sebagai cabang nafsu sebenarnya.
cik_sue--->Dan sesungguhnya kahwin cerai tu kadang2 dah jadi macami mainan.ada yg serius tetapi ramai yg ambil mudah..
Paan Ovrtd --->akal kena main peranan dalam mengawal nafsu, kan.
kena cari sesuatu yg boleh menghangatkan kembali hubungan,
mcm video nescafe creamer tu, dgn creamer je boleh buat hubungan dorg kembali mesra hehe
contoh lain kat sini
http://ladfeamir.com/2010/11/20/aku-akan-mendukungmu-setiap-pagi-sampai-kita-tua/
tengkorakemas--->betul tu bro.kena cari sesuatu untuk menghangatkan lagi hubungan agar tak terus dingin..
persefahaman dan tolak ansur amat perlu dalam rumah tangga
wah! tibebe je tau ni.. haha
tulh sbb dia bercinta bkn kerana Allah... hmm..
tp xtau jugakn... xprnh rasa..
susah nak memahami pemikiran manusia lain... dulu time mula2 bercinta, janji sehidup semati, lautan api akan direnangi.. bila dh jadi laki bini, penyepak, penampar hari2..
mr.syazwan--->betul ni, wan. kena ada give and take.kalu tak, relationship tu nampak dull aje..
mR.sYaH --->kadang2 syah, nak mempertahankan rumahtangga tu yang susuh.
shatooman---->ada yg berkata..cakap tu memang senang, kan? nak buatnya tu alamak haihhh..hehehe
best dengar lagu atilia n monoloque.....kekanda adinda, kalau kita leh buat dalam institusi keluarga confirm selamat......toleransi..
saya salah seorang mangsa..
kami berkahwin pada usia yg muda.. dan dikurniakan 4 org anak.. skang dlm proses cerai coz sang isteri kata dah bosan coz tak pernah senang... errmmm.. kesenangan rupanya yg dicari.. sapa yg tak nak senang, betul tak? tapi bukan tak pernah senang langsung, kami pernah senang.. tp sekali-skala TUhan bagi susah, takkan tak bleh terima?
skang ni, kami dok berasingan.. anak2 dibawah jagaan saya.. harap doa kalian agar kami terus kekal bersama ssebab saya masih sayangkan sang isteri..
Post a Comment