Salam
Tajuk..Jadah!
Pulak tu semua huruf besar. (Sebahagian lirik dari lagu Di Sudut Gelap Mentari)
Setiap hujung tahun, selalunya aku nak sentuh kontroversi. Bukan gilakan publisiti semata, tapi nak berkongsi sedikit percanggahan dengan sedikit diskusi.
Apa-apapun syura’ itu penting kan?
Kita dikejutkan dengan pengakuan seorang Melayu, Muslim bahawasanya dia seorang gay. Ya..aku tahu, isu ini dah basi. Mungkin ada sesetengah jelak. Teruskan bacaan. Belum sampai pun ke point klimaks yang mampu mencipta bunyi ‘aaah’ kepuasan (terpulang pada definisi liar kalian—aku serahkannya sebulat sepetak)
Isu itu akan reda kalau dia bukan Muslim dan bukan Melayu.
The fact that he’s Muslim sangat memeranjatkan ramai pihak, apatah lagi dia dengan selambanya mengaku orientasi seksual songsangnya itu kepada umum. Tindakannya diselar banyak pihak. Blogger sepicisan aku pun turun ‘padang’ ingin tahu pasal isu panas ni.
Walau apapun tindakan berani nya mengaku pada umum membuatkan aku bercakap sendirian ‘This guy's really brave’ sebab dia buat perkara itu seolah macam tidak berfikir kemungkinan yang bakal dia hadapi (seperti kontroversi ciptaannya sekarang)
Kita kembali kepada ajaran Islam.
Islam tidak melarang untuk kita berkasih sayang sesama manusia. Bukan takat manusia, tapi kepada haiwan pun sama. Namun, ianya haruslah disalurkan kepada saluran yang sebaik-baiknya. Yang sebetulnya. Sudah ditunjukkan sejak zaman Nabi Luth diterbalikkan dunianya, masyarakat Pompeii yang dikakukan ketika lahar gunung berapi ‘menyapu bersih’ perkampungan seks itu. (Yang sekarang dijadikan Tapak Warisan Dunia, kawasan tarikan pelancongan itu di Italy)
Suara nakal berkata, apalah gunanya berpura-pura pada diri sendiri. Terus terang kan lebih baik?
Ambilah contoh lelaki A dan B. Dua-dua gay. Si A mengaku, selagi ada orang dia nak cakap dia gay—minat kaum sejenis—tak boleh blah dengan perempuan—dan hanya lelaki memahami lelaki. Si B plak gay sembunyi-sembunyi. Hanya kawan yang betul-betul rapat dengan dia tahu bahawa dia memang gay.
Si A kata, jadilah diri sendiri. Berani meluahkan seksualiti disebabkan masyarakat liberal yang kita punyai sekarang (kononnya). Masyarakat hujung jari yang katanya sudah boleh terima semua.
Harus di ingat..keberanian adakalanya bakal menjerat diri. Kelantangan bakal membuatkan kita bisu. Itu gunanya akal ketika hendak bercakap.
Berpura dengan diri sendiri adalah lebih elok, sebab dosa kita sendiri yang menanggungnya.
Being honest tidaklah menjadi salah.
Namun, jika terlalu jujur dalam hal yang terang sah haram disisi Islam, apatah lagi ianya hanya mahu menunjukkan rasa bangga dan riak, jatuh sudah satu dosa besar. Dosa orang Fasik, kerana membangga-bangga selain menggalakkan yang lain melakukan perkara yang sama. Mungkin lepas ni, ada 2,3 lagi gay-gay pemalu diluar sana meluahkan perkara yang sama. (Tiba-tiba aku teringat filem Milk, kisah gay struggler Harvey Milk dari Amerika. Amerika ye, bukan Malaysia)
Gay, seperti yang aku lihat dan faham, kebanyakannya lelaki gagah, berpenampilan kemas selain mudah mendapat tempat pekerjaan tanpa sebarang diskriminasi jika hendak dibandingkan dengan pondan atau mak nyah yang lebih struggling untuk mendapat kerja.
Tak boleh ke diam-diam kalau ada antara kita ni gay? Sorang-sorang tahu, sudahlah.
Walau apapun, kalau kita nak tegur atau nasihat, tegurlah dengan cara berhemah. Mana tahu, mereka boleh kembali ke pangkal jalan?
Actually banyak lagi isu yang sepatutnya kita kecahkan selain dari isu gay ni. (Selain populasi ini akan bertambah dengan bilangan lelaki Muslim semakin membimbangkan). Aku makin tertanya tanya tentang masalah kemiskinan yang tak kunjung padam. Jurang kaya dan miskin yang semakin berjarak jauh, pembangunan pendidikan, masalah pengangguran, peratusan masalah sosial yang semakin meningkat dari hari ke hari, isu politik yang agak memualkan, kenaikan harga minyak dan gula (selaras dengan kempen kurangkan gula dalam makanan, tambahakan gula dalam senyuman.Lame!)
Apa boleh buat, benda kecil dibesar, benda besar di sorok!
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Senyum..tak perlu kata apa-apa..
Semoga tahun baru 2011 dilimpahi sinar kegemilangan (tiada unsur illuminati iklan raya TV3)
ps: Tahniah pasukan Malaysia, Piala Suzuki berjaya dibawa pulang!
25 comments:
he's a muslim, tp itulah kata2nya byk logik akal je.cikgu agama pun dia nafikan.kita doakan dia kembali ke pangkal jalan lah hendaknya. :)
Muhamad Zaki Zafir --->kerjanya baik, gajinya pun mesti lumayan..tp sayang dia memilih begitu.semoga dia boleh berubah.takpelah kalau lama pun, cos perubahan memang memerlukan masa..
Brani atas benda saloh pun nak gegey kokre. lepas ni, dia akan jadi idola kepada gay gay diluar sana.
gay hok slama keni duduk senyap senyap, pakat dok tubik habis doh la wehh.
Kuwe --->gegey tak keno tempat tuh, weh.
dunia makin maju....pemikiran manusia pun "makin maju"
menghalalkan yg haram macam trend pulak kan?? bukan isu gay-lesbian jer...macam2..isu tudung, isu pemakaian, isu pergaulan..kan??kan??kan??
kekdg cik bebel pun terkhilaf....
salam
selamat pagi
sedih dengan bangsa kita yang beragama islam :(
cik bebel sentiasa --->banyak benda cik bebel kadang2 kita ter-over see. apa2 kembalilah ke pangkal jalan, itu lebih baik!
syira aka sepatu hijau---> harap dia kembalilah ke pangkal jalan:)
tulh masalah dia yg dok canang satu dunia benda yg terang2 salah.. patutnya dia berusaha tuk pulang kepangkal jln... mcm2!
mR.sYaH ---> doa kita bersama..harap dia pulang ke jalan yang benar:)
sedoang dok fikir,
sapelah jadi pasangan gay dia!
hahaha dunia2...
eh, FS...awat perenggan ke-4 cam pelik je bunyinya. hahah hahah
dandelion kiss --->hahaha..terpulang pada pembaca utk menafsirkannya:P
aku x tgk habis video org tu....
Mr.IX -->gi tgk kat youtube, mal. shocking announcement..
dia gay dia ok...gay happy agaknye
epol-->gay kan..literary means..'happy'.hahahaha
apala nk jadi skang ni..dia org ni rilek je mengaku..pi tgk blog mazidul..dia kupas pasal masalah golongan terlarang nih..disebabkan org mcm nilah Allah turunkan bala dan org yang tak bersalah mcm kita pon turut kna dgn musibah ni..
Pencacai Alim --->bila Allah turun kan bala, dia tak kirala ada tak orang buat salah, semua kena plak tu..
boleh lak bangga dengan dosa. habis bagi tahu semua
Seri ---> bangga dengan dosa, pastu encourage orang buat benda sama mcm dia,(bangga2), satu dosa besar tu
mcm gitu lah cara terbaik tegur atleast kita sudha menjlnkan t/jwb
=_=
bebas tak bermakna boleh melakukan sesuka hati..hope dia berubah satu hari nanti..
bro, dah tgk video yg counter video tu?
http://insecretlovewedrown.blogspot.com/2010/12/video-saya-tak-gay-saya-ok.html
mr.syazwan --->tegur dengan cara baik dulu, wan.kalau tak jalan, baru cara tegas:)
tengkorakemas --->Ada ek? Nanti aku tgk, k:)thanks bro!
hurmmmmm
Post a Comment