Salam
Tentu sebahagian dari kalian ada menyaksikan berita utama malam tadi dimana 25 pelancong Thailand, 2 rakyat tempatan mati dalam kemalangan bas dua tingkat ngeri di KM 15,Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai jam 11.40 pagi semalam
Ini membuatkan aku semakin lama semakin takut hendak menaiki bas.
Keselamatan semakin tidak terjamin. Kalian boleh lihat sendiri di highway. Bas lah kenderaan yang paling laju sekali.
Itu petanda tidak selamat bagi pengguna jalan raya yang lain. Seriously!
Kita boleh mengimbas kejadian bas menghempap kereta pada 10.10.10 haritu.
Ngeri. Sungguh Ngeri
Dalam hal ini, kebanyakan dari kita akan menyalahkan pemandu, for sure. Bawak laju di jalan raya. Mungkin terlelap semasa memandu (this is very dangerous) disamping maintenance bas yang cukup sadis menyedihkan.
Ok, since aku berkecimpung dalam Tourism field sejak zaman belajar dulu, antara kelemahan bus tour, especially di Malaysia adalah…
Bayaran kepada pemandu bas, kebanyakannya berdasarkan jumlah trip. Semakin banyak trip si pemandu bas, semakin banyaklah dia dapat sebagai imbuhan nya
Isu ini muncul selepas kadar pembantu rumah di Malaysia diberi penetapan sebanyak RM 300-RM600 sebulan.[SINI]
Berbanding dengan pemandu bas, mereka dibayar mengikut jumlah trip (ada basic, tp jumlah yang sedikit), which is I can conclude very pathetic.
Pemandu bas pun manusia. Tahu penat. Tahu letih. Nak rehat. Bukan robot.
Dalam hal ni, company bus kena main peranan yang sangat penting. Adakan sistem jadual bertugas yang baik. Sistem penyelenggaraan yang baik. Juga sistem dua pemandu yang bergilir membawa bas.
Sebenarnya cadangan ni dah lama kan? Mungkin ada sesetengah dah memasukkannya di dalam karangan Bahasa Melayu Kertas 2 dulu. Tapi tetap tak dipatuhi.
Zaman sekarang semua duit. So whatever rezeki depan mata, ramai yang grab walau adakala membunuh nyawa manusia.
Tragedi itu meragut nyawa banyak manusia. Ramainya bangsa asing. Jadi terdengar juga suara nakal mengatakan “nasib baik bukan orang kita”
Jujurnya aku katakan, tidak eloklah bercakap begitu. Tidak kiralah dia bangsa apa pun, kalau dah melibatkan nyawa, we should consider. Show some respect! Letakkan diri kau orang dalam kasut orang yang mati tu. What do you feel? Empathy la sikit..
Klik sini untuk paparan nama penumpang dan gambar-gambar
Gambar di bawah pula diambil ketika menonton TV malam tadi..
20 comments:
setuju dengan pandangan anda tu. aku pun jadi takut nak naik bas neh. huhu
Lady Waleane--->makin lama makin takut weh..
dah ler cik bebel dok kat perlis....gila jauh nak balik johor...xde choice, kena naik pengangkutan awam...huhuhuhuhuh
cik bebel sentiasa--->kesian cik bebel.dulu belajar kat penang.samala kita.mengulang tu.risau..
salam faizal...
terasa cam kekok plak nak menulis di cni.mklum la dh lama tak komen :D
akak stju ngn pandangan faizal...akak skrg pun takut nak naik bas apalagi akak skrg kt gemencheh,ngri 9.kena naik bus turun melaka.kdg2 tu bila naik bus ada jugak fikiran2 jahat yg cuba menakutkan diri.fikir perkara yg bukan2 tp nak tak nak akak memang kena naik bus jgak.apa yg boleh akak buat TAWAKAL dan DOA je...
bakal meredah perjalanan jauh dengan double decker 28hb nanti...huhu
Masalahnya faizal, sape je yang nak bawak bas lagi skang? I mean, at my own home town here in Negeri 9, sistem bas yang tersedia sangat2lah bullshit. Bila diaju kepada pemaju bas, tahu apa jawapan diorang?
"Lu cali la pemandu bas 3-4 olang. Bas manyak sikit la olang mau bawak."
OMG.
god's way to control human population
NY---> nak kemana kak 28 hb ni?
entahlah..nak naik bas salah, tak naik susah plak. tersepit dengan keadaan yg tak secure..
Paan Ovrtd --->kurang orang bawak bas? wagrhhh i think la kan, sebab banyak sangat tragedi ni, pemandu pun takut nak bawak bus..
avid gunner--> sad..but its true, anyway..
salam..
sangat sedih atas kemalangan yang berlaku..
follow ur blog
"nasib baik bukan org kita"
pergh..sape yg cakap tu..tahukah pemandu bas dan pemandu pelancong tu warga negara kita? jadi serba salah dibuatnya sebab warga negara kita adalah di kalangan yg bertanggungjawab memastikan pelancong tu selamat..
aku baca dalam akhbar katanya baru 3 bulan kendali bas..dan bas itu ada 3 rekod saman..
sekamar rindu --->Terima Kasih.
itulah.tadi baru baca paper, lepas balik kerja tergamam tgk keadaan bas..
tengkorakemas --->Penyataan terakhir itu sangat menakutkan.
3 rekod saman?
tergamam sekejap.
setuju2.....dulu aku biasa naik bas balik asrama...huhu
@FaizalSulaiman
tapi itu yg dinyatakan dalam akhbar bro..punca sebenar masih disiasat..kalau baca kesalahan 3 saman tu memang kita akan tersangka buruk punya..
memang membimbangkan bro..macam daku ni, sentiasa ulang-alik KL-Klantan naik bas.. nak naik flight x mampu..huhuhu
Mr.Ix---> Kita dah boleh consider bus ni as pengangkutan awam, jadi memang selalu guna, kan? nak taknak kena juga,,
tengkorakemas---> Bahaya sugguh ni weh..haihh..tak pasal dah membunuh ramai orang..
shatooman---> Tawakkal aje bro.dulu aku masa belajar, ulang alik gak dr JB-Butterwrth. pergi malam, selalu aku tido dlm bus. kalaula jadi apa2 masa tu..
Post a Comment