Wednesday, June 22, 2011

Nasi Minyak Bergaris Lurus Dengan Kahwin

Apakejadah la tajuk entry.

Ok ini status FB kelmarin.


Serius tekak aku rasa nak makan nasi minyak selepas beberapa lama alergi dengan minyak ghee yang baunya mashaallah wanginyaa macam Giorgio Armani!! (tangan ke dada,mata pandang ke atas)

Kenapa kalau kahwin perlu sedia nasi minyak ye? Ada yang boleh tolong jawabkan? Kalau jamu biasa-biasa boleh kan?

Aku beritahu ayah tentang persiapan dan makanan untuk tetamu jika satu hari nanti dia bermenantu.
1) Makan: Nasi berlauk. Paling sempoi buat nasi lemak, kacang sikit, sambal ikan bilis, timun.Lauk bagilah variety.Ayam ke, daging ke, telur ke. Ikut selera tetamu
2) Air masak, tak perlu gula. Gula kan dah naik harga, jadi perlulah nak jimat, kan?
3) Makan beramai-ramai dalam dulang. (Menu nasi lemak tak sesuai. Kalau makanan jawa-Nasi Ambeng sangatlah sesuai)
4) Sanding tak payah. Nikah je terus.
5) Boleh tak kalau tak nak pakai songket? Rimas! Nak pakai baju melayu, bersongkok??

Ayah jawab dengan selamba.
‘Cincai nye kau ni’

Aku jawab
‘Alah..buat simple-simple je sudahlah’

Ayah pandang macam seolah berkata ‘kepala hotak kau berjambul’ .

Nak tergelak pun ada. Tapi dek kerana menjaga hati orang tua itu, aku diamkan aje sambil ayah bercerita detik perkahwinan dia dengan arwah emak. Dimana dia kena berarak berkompang dengan cermin mata hitam rayban dia. Kata ayah, masa tu hujan, mujur masa dia sanding hujan dah berhenti. Dia cerita lagi, menu makanan dia haritu adalah ‘Nasi Minyak’

Aku mengeluh sendiri..apasal lah nasi minyak. Nasi lain tak boleh?

Ayah kata itu tradisi orang Melayu. Nasi minyak , zaman dulu susah nak dapat, jadi Nasi Minyak ni dikira special selain pembuatannya yang agak renyah tu. Jadi dihidangkan di hari istimewa itu dikira satu yang sangat berbaloi ! Bersanding pun adat. Yang wajibnya, nikah.

Ayah sempoi. Dia pesan pada aku, ‘ikut kau lah nak buat macam mana. Yang pentingnya nikah. Agama tu didahulukan. Kau yang nak kahwin. Bukannya aku!’

Ok. Aku bayangkah ayah yang kahwin lagi. kah kah kah!

ps: Ayah kahwin masa usianya 22 tahun. Aku ? Ala rileks la. Zaman sekarang ni keluk perkahwinan dah macam bursa BSKL!. Nak citer ekonomi..sampai bulan puasa kang tak habis! Setuju tak?Kalau setuju, sile angkat tangan macham shayee!

15 comments:

'AQILAH said...

aku pun rasa nasi minyak tu special, jarang2 nak mkn nasi minyak saje2 kalau tak ada hari2 tertentu... telur pindang sekali ...fiuh sdap !

jamu dgn air masak..ibarat orang dtg beraya bagi air kosong..hehe

epol said...

a'ah..mmg tipikal masyarakat melayu nasi minyak dengan majlis kahwin..tapi ok je sebab tu mmg musim nasi minyak kan..kang kalo jamu dengan nasi lemak kang pelik plak..hahaha

siti azizah Sang Pencinta said...

semenjak dua menjak nih ijal asik citer pasal kawin.. ada apa-apa ke or ini 'hint' kpd kami semua hehehehe

Nazz@Purple said...

jadi la org pertama faizal wat nasi lemak..hehhee

tengkorakemas said...

bro, selalu aku p kenduri sekarang mesti ada option, satu nasi minyak, satu nasi putih, so aku amik nasi putih, lambat sikit nak kenyang hehe

FaizalSulaiman said...

'AQILAH--->itulah. hanya hari tertentu je yg ada jamuan makan nasi minyak ni.

dulu mang aku tak suka telur pindang ni, tp kalau makan ngan ns minyak, perghhh!!!

FaizalSulaiman said...

epol --->pelik dan tiadalah istimewanya.hehe

FaizalSulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta-->hehehe.. hat tu akak kena tunggu le.hehehe

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple --->mesti akan cakap, ish kedekutnya mamat ni.hahahaha

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas--->yup betul. sekarang dah jadi trend.ok la.bagi option buat aku yg tak makan nasi minyak.ehehehehehe

Lady Waleane said...

saye setuju pendapat anda tentang keluk perkahwinan. hehe...

FaizalSulaiman said...

Lady Waleane--->haaa tau takpa!

ghost writer said...

aku setuju jer bro...tempat aku tanpa nasi minyak pun tetap meriah perkahwinan.makan tetap makan.aku sendiri tak suka makan nasi minyak..

FaizalSulaiman said...

ghost writer ---> wohh ada geng.hahahaha

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

hehe... macam OE cakap dengan ibu OE je...
OE pun agak jgaklah alergi dengan nasi minyak nie... sebab tu kadang ibu OE ajak pergi kenduri orang, OE jarang nak ikut...
dan kalau datang kenduri orang pun, OE mesti pilih nasi putih instead of nasi minyak...
hehe..

pasal bersanding pulak, OE ada dengar yang bersanding tu tak boleh dan memang OE tak bercita-cita pun nak bersanding...
buat yang simple2 je kan boleh... kita bukannya artis...
tapi sekarang artis pun nak buat yang simple2 je....
tak payah nak belanja besar2 nanti takut lepas kahwin pulak jadi masalahnya...
kan kan kan...
(n_n)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR