Thursday, June 23, 2011

Lelaki, Wallet dan Barulah Stylo


Siapa lagi nak tulis pasal lelaki, kalau bukan lelaki sendiri. Ahem !

Selalu dapat rungutan dari kaum lawan mengatakan lelaki itulah, lelaki inilah-kebanyakannya negatif. Ok itu hanya segelintir lelaki yang memang memalukan lelaki. Macam perempuan jugalah kan. Ada yang baik. Ada yang kontra.

Ok jangan bakar blog aku hanya kerana aku cakap pasal isu sensitif ini.

Lelaki, macam perempuan ada aksesorinya. Salah satu, wallet aka beg dompet.

Perempuan ada pelbagai jenis dari purse, clutch, beg kecik, beg super kecik hinggalah beg cenonet. Orang lelaki ada satu je merujuk kepada wallet.

Kebanyakan lelaki suka memilih dompet jenis wallet. Berukuran segi empat tepat biasanya didatangkan dalam pelbagai jenis. Macam aku sendiri, kalau pilih wallet, kriteria inilah yang aku tengok:
A) Compartment: Ini adalah bahagian paling penting. Mana nak bubuh duit syiling, mana nak bubuh duit kertas. Dua part yang paling penting aku rasa. In addition, duit syiling dan kertas JANGAN dicampurkan. Kalau boleh susun duit itu mengikut nilai. Not merah dengan merah.Hijau dengan hijau. Istilah organize untuk metroseksual, I think dah tak boleh pakai lagi. Itu belum tengok bahagian IC, Kad Bank, Kad Matrik juga kad-kad perniagaan lain. Gambar yang tersayang pun jangan lupa!
B) Ketahanan: Tengok tekstur wallet. Ada yang Leather tak kurang gunakan PVC. Hati-hati dengan tekstur PVC seperti Leather sebab ia cepat rosak
C) Brand: Demyuh! Ya! Brand bagi aku jatuh yang terakhir. Aku tak pandang brand sangat. Tapi kalau sesuatu brand itu bagus dipakai, why not spend on something expensive? Value buy kan?

Aku rasa cukuplah tiga. Lebihnya kepada penjagaan wallet itu sendiri. Wallet tend to have ‘bau kepam ya rabbi’ kalau kita tak jaga dengan betul. Part tu kena jaga-jaga. Baling kat sungai, mau mampus ikan-ikan. Jangan sampai wallet tu dah uzur baru nak diganti baru. Bahaya. Kut-kut la compartment syiling bocor, tak ke jadi rezeki orang lain ? Itu kalau syiling. Kalau not lima puluh?

Ce cek wallet masing-masing? Barai tak? Benyai tak? hahaha

ps: lelaki zaman sekarang pun ada pakai wallet jenis purse (memanjang). Nak isi not atau kad-kad mudah! Cuma tersangat hodoh kalau diletakkan dalam poket seluar. Gabak gila besarnya!!!

20 comments:

Unknown said...

x suke wallet letak kat blakang vontot...nanti x balance!!! if kuar ngn mmber pempuan tumpang jeee handbeg diorang...hehehe...

tengkorakemas said...

dompet harga 9.90 je..dah brand jatuh last sekali kan hehe

mr.syazwan said...

gitew si AFA ni...

very the laa haha

tpi yg wan selalu tgk wallet yg cumpang camping ni laa dlm dia menebal duit

yg branded2 ni nan ado sume kad kreadit je lebih..

hahaha

ghost said...

aku lebih sukakan ketahanan.dan untuk mendapat yang macam tuh perlu jenama yang dipercayai..tentu mahal sikit lar.takde lar berabis untuk wallet jer.kang wallet jer mahal tapi isinya apa kata orang sepanyol "NADA"!...

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->TAK BALANCE? mesti nampak sebelah besar.hahahahahahahaha

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->yang penting boleh isi duit.hahaha

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan --->kira luaran tak penting a wan?hehehe.yg penting, dalamnya berkepok k

Faizal Sulaiman said...

ghost writer--->mcm ko ckp la, brand je dalam kering..'NADA'.hahahaa

Hans Hanis said...

betul2
yang penting tahan lasak
hehehe
sebut pasal dompet dah lama aku xganti dompet aku
hahhahaha
nazak dah tu

Review Filem Rasuk

Orkid Edyliyne said...

biasanya kalau OE, nak nilai orang atau dalam katalainnya kaum adam nie kan...
OE tengok pada banyak orang... dan biasanya OE akan cakap pada diri sendiri yang kaum adam nie memang semuanya tak sama....
sama jugak macam kaun hawa kan...
banyak kerenahnya, banyak benda yang diremehkan...
betul tak...
(n_n)

epol said...

wallet salah satu eksesori wajib bagi lelaki..bab2 kopam tu normal kot even ade member letak pencungkil gigi dalam wallet gak..lol

tp skang da cam trend yg pakai purse..tgk cam pompuan la plak..haha

Faizal Sulaiman said...

Orkid Edyliyne @ OrkEd --->kan bagus kalau ramai wanita berfikiran seperti orkid:)

Faizal Sulaiman said...

Hans --->ganti bro! duit nuffnang ko kan berkepuk.hehehehe

Faizal Sulaiman said...

epol--->pencungkil gigi?seyesh??hahahahaha

kopam tak kopam laa

yup, trend beg duit lelaki mcm purse dah aku tgk masa aku diploma lagi.memula tentulah aku terkejut badak

Unknown said...

hahah..tengah barai ni..naseb bek awek ader hadiahkan..hehehe

Faizal Sulaiman said...

apik pehe--->warghh mujur ada gewe!hahahaha

cari kawe sore boh!

M@M@ SH@RIDZ said...

Husband MS tak pernah beli wallet sendiri selalu MS hadiahkan semasa birthday dia, so, 2 tahun sekali mesti dia dpt wallet baru. Kalau tak sampai bocor la gamaknyer....

shandye. said...

sudah lama tak bertukar wallet. malu hendak akui tapi aku masih lagi guna wallet yang ada velcro (jenama nike, harga dalam lingkungan rm69.90) yang aku dapat sebagai hadiah ketika aku di tingkatan tiga.

that is on the year 2000, 11 tahun yang lalu yek.

jun lepas, ketika aku ke krabi... terbukak hati nak beli wallet baru. buatan pvc gamaknya. tapi yang penting kemasannya cantik. sejajarlah dengan usia aku yg tambah muda ni. harga kalau tukar wang malaysia sekitar rm20. berbaloi sangat sebab cantik dan punya banyak kompartment...

Unknown said...

Cth jenama yg tahan kelasakan apa ye...? Saya ada survey jugak calvin klein...

Adi said...

Beli wallet cukup sekadar kat shopee aje. Harga tak sampai 30 kualiti lebih kurang jugak. Kalau yg mcm ni siap ade kotak lagi https://shp.ee/yzajzlf

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED