Friday, June 03, 2011

Popular? Datang Sendiri.

Teringat kat iklan ombak jahat.hahaha


Siapa tak mahu dikenali?

Ok depends pada orang juga. Tak semua gilakan kemsyuran sebabnya kemasyuran boleh membunuh.

Ini berkaitan dengan dunia berblogging. Aku sudah berblog hampir tiga tahun. Macam-macam karenah blogger aku jumpa, not personally in real life, tapi menerusi style penulisan, cara pemikiran, interaksi dengan pembaca dan lain-lain. Mana sempat, aku senaraikan:

1) Aku Ikut Engkau, Engkau Ikut Aku
Style ini yang paling ramai dalam dunia berblogging. In fact, masa aku mula-mula berblog dulu pun, aku terpengaruh dengan action timbal balas ni. Nota kaki: Setakat ni, tak pernah paksa orang lagi nak follow blog sendiri. Kita kena sedar. Semua orang ada hak nak follow blog mana yang dirasakan suka. Ada tu kadang-kadang tak sampai setahun blogging, followers dah jejak ribu. Serius, aku sangat kagum. Tapi dalam ribu-ribu tu, siapa saja yang benar-benar membaca blog kita? Yang ambil tahu apa yang kita tulis? Berapa ramai? Jangan follow, sekadar follow. Tapi ikutilah perkembangan. Teliti isi blog dan followlah kalau berminat. Itu lebih baik. Kuantiti followers tak penting, yang penting kualiti entry kita. Dah tu tujuan berblogging sebenarnya untuk apa? Nak kumpul followers ter-ramai ke?

2) Blog Aku, Aku Punya Sukalah
Pesen tak ambil peduli. Ambil gambar terkangkang ka, entry tak sesuai ke, penulis jenis ini tak peduli. Itu style dia. Laman blog dia adalah jajahan dia. Kau orang semua tak boleh masuk campur.

3) Bermaklumat
Jenis blog berinformasi. Kita dapat banyak maklumat dengan membaca blog ni.Jarang update, tapi bila sekali update memang entrynya gempak, bermanfaat, menghiburkan dan jarang menghampakan

4) Kaki Update
Pesen update selang tiga puluh minit. Sekejap sekejap kang update. Selalunya update tentang isu yang bakal keluar bulletin utama malam karang ataupun isu yang mungkin berkait dengan diri sendiri. Babe, kalau ya pun nak dapatkan page rank tinggi, tulislah entry bermaruah. Yang kau rasa proud untuk disiarkan. Aku pernah suka dengan satu page blog ni. Tapi disebabkan beliau kerap update. (Selang sejam sekali), momentum bacaan makin lama makin jatuh, plus beliau selalu pusing ganti isu yang sama. Writer’s block la tu.

5) Satu Hala
Jenis tak membalas komen. Actually ada banyak faktor seperti komen terlalu banyak (tak larat agaknya nak balas satu-satu..errr tapi kalau kau hargai pembaca kau, kau akan balas. At least ada komunikasi dua hala.Jadi pembaca taklah anggap sombong atau mereka sendiri merasa alienated) Ataupun memang penulis membiarkan pembacanya berkomen atas pemikiran depa sendiri. It depends.

Sebenarnya banyak lagi. Ada jenis yang berbulan-bulan tak update. Yang yang ‘hilang’ tetiba sebab mood berblogging dah tak ada. Et Cetera

Bagi aku, berblogging menuntut komitmen. Kena sentiasa ingat nawaitu sebenar berblogging. Blog bukan Facebook yang ‘orang ada blog, aku pun nak jugaklah’ Populariti? Ia akan menyusul kemudian. Kalau hensem, cantik senanglah nak famous. Tu kira bonus lah. Sentaiasalah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik buat pembaca. Hey, ada silent readers di luar sana yang mungkin sedang stalk kita sekarang.

PS1: Pernah dikomen oleh seorang blogger ketika menulis entry emo mengenai pengomen yang terdiri dari orang yang sama, setahun yang lepas. Komennya berbunyi ‘Ini first time saya datang sini dan apabila saya membaca entry ini, saya tak pasti samada saya nak follow atau tak blog kamu’. Depends sayang! Saya tak memaksa

PS2: Ini kali ke dua aku buang shoutbox disebabkan banyak spam dan iklan iklan perniagaan yang membuatkan aku geleng kepala. Ada juga tulis ‘I Follow You, You Follow Me’. Maaflah sangat-sangat kalau saya tak singgah dan follow blog kamu sebabnya kamu sendiri tak datang ke blog saya, komen entry saya. Sekali pun cukuplah. Aku bukan kemaruk komentator, tapi aku mahukan komunikasi. Ada respon atas apa yang aku tulis. Bukan semua yang aku tulis, kalian bersetuju kan?

PS3: Minta maaflah kalau ada blogger yang terasa dengan entry ini. Ini adalah observasi aku selama hampir tiga tahun berblogging. Selamat berjumaat!

Layan..


13 comments:

Unknown said...

Moning Faizal:
Betoi..mcm2 perangai blogger laa ni...yg agk pelik laa ni blog dh cm x exclusive dh laa..la ni bdk skolah pon ade blog..rs cm len jee...patik penah p skolah jd fasi..5/10 dri depa ade blog ok...adussss...janggal rasanye...x cm dlu dh...

Muhamad Zaki Zafir said...

haha,no 5 ada kat aku.mmg silap aku la.tp wlpn kdg2 reply kdg2 x, bnda wajib kita kena buat ialah bls balik dgn pergi blog org tu,baca entry dia n komen. :)

tengkorakemas said...

bro, kalau aku balas komen, bro tau dari mana?emel ke or revisited blog?

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)---> morning pojie.

tulah.skunk ni semua dah ada blog. semua dah keepup with technology.hehehehehe

dah ada persaingan:)

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir--->betul tu bro.kita singgah balik blog tu. at least show some appreciation.

Faizal Sulaiman said...

W. Hidney--->betul tu bro.aku sokong. kita tulis style kita sendiri. insyaAllah ada pengikut tersendiri

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->aku tau bila bukan dashboard.thanks bro.ko rajin komen weh!

epol said...

ya betol brooo..sokong sangat setiap point tu..haha yang penting pengisian..suka2 pon pengisian jugak (walopon aku selalu mengabaikan pengisian lol) :D

**mana yang best je aku follow&komen balik..yang jenis i follow u u follow me tu tak terbaca sgt..lalala

Faizal Sulaiman said...

epol --->betul tu weh,yg penting setiap bacaan perlulah ada isi.takdelah kosong je.but sekali sekala letak yg ringan ringan rasanya takde masalah kut

eqbalzack said...

dikenali buat abg eq dok rumah je...hehe

Faizal Sulaiman said...

eqbalzack ---> kadang2 mesti rimas kan bag eq?ke hulu ke hilir orang akan perhati:)

keep on writing!

ghost said...

ada alasan yang tak semestinya dinyatakan.mungkin ada yang membiarkan terlebih dahulu untuk menyelesaikan komitment yang lain.

Faizal Sulaiman said...

ghost writer--->yup.betul tu bro.ada komitmen lain tu:) no worries, aku rajin datang jengah blog ko weh:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED