Monday, June 20, 2011

Emo! Bukan Band Emo!

Gambar lama: Nak berjaya kena daki sampai puncak!


Lepas sarapan pagi, terus lupa nak tulis fasal apa.

Padahal masa menyuap nasi dalam mulut tadi, membuak-buak idea sampai boleh tulis entry Justify Fulluntuk seminggu panjangnya. ha ha ha

Oh ya. Emo. Ya ! Emo . Emo yang selalu kita kaitkan dengan ‘berangin’ tak tentu hala. Cakap sikit nak emo. Tegur sikit nak emo. Faham ya?

Emo ni, semua manusia ada. Tak kira lelaki perempuan, bertubuh kekar, slim, tinggi rendah semua ada perasaan ini. Orang putih kata emotionally unstable. Tapi, emotionally unstable ini selalunya dikaitkan dengan satu lagi terma yang dipanggil ‘nervous breakdown’ which means seseorang individu itu gagal mengawal permasalahan hidup lalu mengalami tekanan perasaan yang maha teruk.

Emo pula adalah pecahan kecil daripada ketidakseimbangan emosi.

Panjangnya intro aku!

Emo terjadi bila kita ‘tersentap’ dengan satu satu perkara. Tak kira perbuatan waima percakapan. Selalunya percakapan lah. Kita manusia ni selalunya tak sedar butir kata kita itu dah menggores hati individu lain. Implikasinya individu itu akan menunjukkan melalui perbuatan balas samada :

a) Muka masam.Tajam saja jelingan dia kat kita. Benci sangatlah tengok muka kita ni. Ini termasuklah ‘kemunculan’ muncung dibibir.LOL
b) Buat kerja tak ikhlas. Kalau boleh semua benda dia nak hentak supaya nak tunjukkan betapa emonya dia itu
c) Buat-buat tak layan kita. Manusia yang sedar diri akan segera minta maaf kalau dia sedar kesalahan dia. Jenis pura-pura tak layan ni konon-konon nak tunggulah sampai bila kita tahan bila dia buat macam tu.
d) Tak bertegur sapa. Paling parah kalau orang itu emo diam-diam, tahu tahu esok lusa dah masam kelat dengan kita. Paling menakutkan, kita sendiri tak tahu salah kita apa sebenarnya.

These are the things based on my experience. Kalian yang membaca, aku tak tahula bagaimana.

But new things has been invented sekarang kalau katalah kalian berhadapan dengan manusia-manusia emo ni. Nak tahu caranya. Begini:

a) Keluarkan kata-kata paling sopan yang pernah anda keluarkan. Orang emo, kita jangan layan emo. Sampai bila nak selesai, kan? Jadi kita cakapkan perkara paling elok untuk ‘pengamal emo-ist’ ini
b) Dah cakap tu (make sure dengan senyuman manis), tangan di dada
c) Mata pandang ke atas

Contohnya begini:
Jijah sentap dengan Tonah sebab Tonah cakap Beg Luis Voitton kepunyaan Jijah beli dekat Padang Besar. Dekat dua hari Jijah taknak tegur Tonah sebab emo. Kebetulan Tonah membaca entry ini selain menonton rancangan Sentap yang dikendalikan oleh Prof Sentap Hati Mak Nak dan mengamalkannya.

Tonah: (senyum) ‘Aku sebenarnya cemburu dengan beg LV kau ni, Jijah! Cemburu sampai aku nak beli pat belas bijik dekat Petaling Street tu’ (tangan ke dada, mata pandang ke atas)

Kah kah kah

AMARAN KERAS: Ini bukanlah penyelesaian. Silap haribulan dibako nye si Tonah nanti. Hanya sekadar hiburan. Carilah solusi yang paling terbaik !

ps : Anyways, Sentap by Afdlin Shauki ni banyak juga benda yang boleh apply dalam kehidupan.hahahahahaha

13 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

part ats tu mmg nk touching laa..tp part bawh tu cm nk gelak plk..hahaha....
*baru nk feeling2 seday~~

'AQILAH said...

hahaha makin tarik muncung la jijah tu.

kadang2 aku panggil orang yg sikit2 nak emo ni sensetif.

fikri FAUZI said...

aku paling tak suka budak lelaki sentap..gedik nk mintak pujuk..macam bdoh.haha

ghost writer said...

aku tengah fikir solusi lain bila berhadapan dengan emo-ist nanti..

kalau dok senyap jer tuh dah biasa buat kot..tapi biasanya diam jer lar.

tengkorakemas said...

kenapa bibir mesti muncung sekali ye?

boleh tak buat muka masam tanpa muncung bibir?he

tapi lebih elok bila muka manis je :)

FaizalSulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)--->lively up pojie.jangan sedih2 k:)

FaizalSulaiman said...

'AQILAH--->senstip sangat bahaya.kita lak yang susa nak pujuk

FaizalSulaiman said...

fikri FAUZI --->ada kan yg macam tu.over sensitive namanya.sikit2 cukuplah:)

FaizalSulaiman said...

ghost writer--->diam takde mende its okay.tp kalau diam tak bertegur tu bahaya tuu

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas --->nak bagi sedap ayat je ni, bro,hehehehhee

Hans said...

aku kalau emo bahaya
sebab aku akan jadi jenis D tu
:-)

FaizalSulaiman said...

Hans --->mesti ko akan buat dengan penuh perasaan.hehehehe

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

kalau OE, OE biarkan je dulu..
biar tengok berapa lama dia bolah nak berkeadaan macam tu dengan kita...
lama2 mesti orang tu sendiri yang tak tahan dengan kelakuan dia...
tapi OE sendiri pun tak tahulah orang yang mudah sangat nak sentap nie kenapa dengan diri diorang...
tapi setiap manusia memang ada masalah diorang masing2 kan...
tak boleh nak salahkan jugak..

tapi OE, kalau OE sentap, OE tak makan masa yang lama dan takkan emo lelama.... dalam 5 minit dah ok balik....
hehe...
(n_n)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR