Thursday, June 30, 2011

Karat # 1: Mukadimah Karat


Salam semua!

Gua diberi kepercayaan oleh pemilik blog untuk ambil alih slot Karat. Gua tak banyak hal, beb. Menulis ni dah macam makanan gua. Semalam gua enterfreme, sial punya Tuan Blog. Paksa gua masuk kejap slot dia. Tulis dua tiga baris perkataan suruh intro tentang Karat. (Jilaka! Gua ter-typo Karat sebagai Karak)

Banyak sebenarnya perkara baik bertukar busuk menghempap jiwa gua. Campur sikit angin kentut utara timur barat, gua rasa gas busuk sana sini bercampur ,menyebabkan jiwa gua karat dengan perkara-perkara longkang. Hidup gua bercampur orang keliling kadangkala membuatkan gua rasa nak sangat suruh bumi terbelah dua, telan saja manusia-manusia ni.

Ini walaupun mukadimah, gua rasa paling sengkek, gua nak gebang satu perkara. Perkara yang gua rasa korang pernah hadapi.

Manusia kedekut bin berkira

Gua jenis manusia tak banyak kira. Tapi gua pelik dengan manusia jenis berkira. Pedih ulu hati bila member yang gua anggap sehidup semati sanggup bazir air liur ungkit benda-benda yang gua rasa era mesolitik! Kalau paleolitik dia boleh ingat, gua rasa zaman Nabi Adam punya hal pun dia nak kopek satu-satu.

Op! Kopek disini bermaksud kupas. Otak gua kuning juga.

Gua tension tahap ubi bila asyik-asyik nak berkira, sikit-sikit nak mengungkit. Gua anggap ungkit ni macam satu bentuk ugutan melampau paling halus bangsatnya supaya gua tunduk dengan apa yang dia minta.

Macam sampah!

Banyak lagi yang gua rasa gua patut tulis sebab jiwa karat gua ni dah perhati macam-macam. Gua akan tulis satu persatu dan korang yang membaca boleh la fikir. Gua assume semua dah sunat kan ? Kah kah kah.

Tuan blog limitkan gua tulis satu muka surat. Gua tau satu hari gua bakal famous sebab tu tuan blog tak kasik gua tulis macam karangan! Gua takde FB. Twitter pun gua takde. Gua hidup simple, mimple tapi tak ada pimple. Tapi MV P.I.M.P, gua suka!

Jumpa gua minggu depan! Gua nak gebang pasal Cakap Lebat. Ini satu lagi perangai haramjadah paling gua tak berkenan. Gua rasa bengang tahap ubi! Macam sampah! Kay pun kadang-kadang cakap lebat! Habuk tarak.

11 comments:

tengkorakemas said...

org tu mahu perbuatan dia dikira org, lain kali lu bagi sempoa sama dia bro

'AQILAH said...

aku pantang sikit kalau orang berkira pasal makan..haha

hanaahmad said...

oh, aku ade kwn yg jenis cmni. nk2 pasal mknn. mknn org die nak. mknn die mak ai kedek nak mam. bknlah kte nak sgt, tp klo xnk share mknn jgn lak dok perabis mknn org. adoi...bengang der. hahaha

MR. SYAH said...

??????????

AL said...

tengkorakemas

Gua asal macam nak baling mangkuk jugak la.Tapi cadangan lu ni bagus jugak!

AL said...

'AQILAH

Lain kali lu toksah bagi dia join lu makan sekali, sis. Bapak nyusahkan orang betul!

AL said...

hanaahmad

Perghh tu tahap cipanzi! Gua ada sekor.Makan simpan dalam almari. Kita punya dia nak. Jilaka!

AL said...

MR. SYAH

tanda soal banyak-banyak ni, gua yakin lu mesti faham

Unknown said...

kalau dh kedekut bin berkira siap laaa kalau patik...mau babai jee laa org cm tu..

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)---> thanks baca pojie! AL tak sempat membalas agaknya neh.

faizal rasa pun mcm tu. jangan dipedulikan sangatlah, kan?

ghost said...

jawabnyer kalau jumpa orang macam tuh,diboooo layan jer.kena balas dengan berkira jugak ngan dia.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED