Monday, July 04, 2011

Alohamora: Harry Potter # 2: Dobby Yang Cute, Darah Tulen dan Bilik Rahsia


Bersambung dari bahagian pertama minggu lepas.

Trio protagonist ciptaan JK Rowling ini meneruskan kembara mereka di tahun ke dua Hogwarts, dimana menerusi filem dan novelnya penuh dengan cabaran (Pengarah Chris Columbus mengekalkan 90 peratus jalan cerita mahupun lakon layar)

Dimulakan di rumah pakciknya, Harry terasa tertekan disebabkan tidak memperolehi surat-surat dari dua kawan baiknya, Ron dan Hermione. Tensionlah sebab selain mereka berdua, Harry dah menganggap Hogwarts seperti rumahnya. Memang ada plan dia nak lari, tapi Hagrid (penjaga mergastua Hogwarts, yang baik dengan trio ini) selalu berpesan supaya tidak berbuat demikian.

Sehinggalah kehadiran seekor House Elf bernama Dobby yang datang hormat dan memberi amaran ‘Harry Potter Must Not Come Back To Hogwarts’. Rupanya semua surat dah disimpan Dobby. Malah surat Hogwarts pun disorokkan juga. Sehinggalah Harry dengan tak sengaja (actually memang kerja Dobby pun) menumpahkan kek di atas kepala client Pakciknya, Vernon pada satu majlis makan malam. Kecewa dan malu, Vernon mengurung Harry di dalam biliknya sehinggalah kehadiran kereta terbang milik keluarga Weasley untuk menyelamatkan Harry.

Installment ke dua ini memfokuskan kepada darah keturunan magic dimana pada asalnya magic hanya layak dipelajari oleh golongan Darah Tulen (Pure Blood) sahaja dan bukan Campur (salah seorang ibu bapa rakyat biasa) ataupun Darah Lumpur (Mud Blood- merujuk kepada rakyat biasa). Prinsip ini datangnya dari Salazar Slytherine, pengasas rumah pasukan Slytherine.

Kebolehan Harry bercakap dalam bahasa Parsletounge (bahasa Ular) bukanlah satu anugerah yang boleh dibanggakan. Bahasa ini hanyalah layak dipertuturkan oleh darah tulen, berketurunan Salazar Slytherine sahaja. Ia adalah satu dark magic. Walaubagaimanapun, kebolehan ini akhirnya merungkai misteri beberapa pelajar yang ditemui kaku dan kelibat ular gergasi yang menghantui Hogwarts.

Ular gergasi bernama Basiliks ini adalah raksasa kebangaaan Salazar Slytherine yang disembunyikan di Chamber of Secret dimana hanya keturunannya sahaja yang boleh membuka Chamber itu (dibuka dengan kemahiran berbahasa Parsletounge). Installment ke dua ini turut membongkar salah satu Horcrux Voldermort iaitu Diari Tom Marvollo Riddle. Diari ini diselinapkan oleh Lucious Malfoy (ayah kepada Draco Malfoy) ke dalam barang sekolah Ginny Weasley (adik kepada Ron)

Diari itu dimusnahkan dengan taring Basiliks dan bayangan remaja Voldermort hilang buat seketika.

Ada dua versi filem yang berbeza untuk installment ke dua ini iaitu ketika pemburuan keluarga Weasley memusnahkan Gnome (haiwan perosak laman rumah-berbentuk seperti sebiji kentang) dan ketika Trio ini menyiasat kewujudan raksasa kuno, Basiliks di Chamber of Secret

Bersambung ke Bahagian 3: Kisah Black, Patronus dan Pengkhianatan

13 comments:

mr.syazwan said...

wan bukan la peminat herry poter

dan tak pernah tgk pun

huhu

insyALLAH mana tau filem akan dtg ni konon2 nak tgk ke kan..

hehe

apa2 pun nice review

=_=

MR. SYAH said...

suka harry porter.. dari nombor 1 sampailah 7.. yg bru nipun nak tgk juga nanti.. heheh.. syah dah abis dah baca novel dia..

'AQILAH said...

thanks faizal buat aku makin berkobar nak tengok..:)

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan--->Takwa wan.mungkin minat belum datang.mana tau nanti2 eh tengok:)

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH --->novel dia fenomena kan, syah:)

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH --->yippe! meh serbu panggung sama-sama

tengkorakemas said...

eh bagusla bro..baru aku faham semuanya, (er utk yg no 2 nila he) teruskan bro, aku harap boleh baca semuanya

shandye. said...

secara jujurnya pada awalnya saya kurang berminat dengan siri harry potter di awal kemunculan filemnya.

namun konsistensi (betul tak saya eja? hehehe...) kualiti dan kebagusan filemnya memanggil saya untuk meminjam tiga naskhah awal siri tersebut dan membacanya.

sudahnya saya khatam membaca ketujuh-tujuh novel itu dalam setahun (ya, saya pembaca perlahan) sebelum filem kelima terbit dan kini saya tidak lagi segan mengaku yang saya memang meminati filem mahupun siri novel kanak-kanak tersebut.

ritma kisah harry dan rakan-rakannya yang beransur-ansur menjadi lebih serius dan matang seiring dengan usia watak tersebut memang berketepatan.

sayang apabila dua watak kegemaran saya (sirius dan dobbie) dimatikan.

sedikit kecewa. sedikit.

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->tak de hal.aku sebagai yg tegar ni berkongsi apa yang aku tahu tentang HP:)

Faizal Sulaiman said...

shandye.--->cerita ini diakhirnya sangat epik:)

ghost said...

kau cukup hafal perjalanan kisah harpot nih ek..aku cuma menonton semua sequel filem nih.yang part II belum lagi.

Faizal Sulaiman said...

ghost writer --->hehehe kipas susah mati bro.nak buat macam ne?muahahahaha

M@M@ SH@RIDZ said...

menarik.... tapi MS belum sempat tengok lagi

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED