Thursday, July 14, 2011

Experliarmus: Harry Potter # 7: Deathly Hallows dan Peperangan Hogwarts


Ini bukan rebiu filem terakhir, bahagian ke dua Harry Potter and the Deathly Hallows.

Ini adalah kesinambungan daripada bahagian pertama hingga ke tujuh alkisah magis nukilan JK Rowling yang menyentak satu dua, fenomenanya.

Versi novel dimulakan dengan penguasaan Dark Lord di dalam Malfoy Manor (Rumah Besar Keluarga Malfoy) dimana Dark Lord berbincang dengan beberapa Death Eaternya tentang waktu Harry Potter dibawa keluar dari rumah makciknya. FYI, Harry perlu tinggal di rumah makciknya sehingga dia berusia tujuh belas tahun disebabkan di rumah itulah kubu yang paling selamat untuk didiami. Malam dimana Harry bertukar menjadi tujuh individu serupa (penangan Polijuice Potion), dia diserang hendap oleh beberapa Death Eaters sehingga menyebabkan Professor Mad Eye Moody dan burung hantu kesayangannya Hedwig mati terbunuh.

Harry dipindahkan ke rumah keluarga Weasley dimana bakal berlangsungnya majlis perkahwinan Bill Weasley dengan Fluer Delacour. Sebelum kejadian, trio ini didatangai oleh Menteri Sihir yang baru bernama Rufus Scrimgoer mewakilkan mendiang Albus Dumbledore tentang wasiat pengetua itu kepada Harry-Ron-Hermione. Untuk Harry, beliau dibekalkan dengan Snitch (bola emas bersayap, hasil tangkapan Quiddictnya yang pertama), untuk Ron dibekalkan pula Deluminator, alat pemetik api yang mampu menyedut cahaya dan bagi Hermione dibekalkan dengan salinan asal Tales of Beedle the Bard, buku dongeng kanak-kanak sihir, dengan tulisan kuno, dimana di dalam buku itu terkandung tiga objek Deathly Hallows iaitu Invisibility Cloak, Ressuraction Stone dan Elder Wand.

Perkawinan Bill dan Fluer dicemari dengan serangan para Death Eaters sehingga trio ini terpaksa melarikan diri dari satu kawasan ke satu kawasan, memburu sisa Horcrux yang ditinggalkan demi membunuh Lord Voldermort keji itu. Di dalam installment ke tujuh, Horcrux pertama yang didapatkan adalah loket asal Salazar Slytherine yang disimpan oleh keluarga Black, dicuri dari Mundungus Fletcher dan diambil oleh Dolores Umbridge.

Horcrux itu berjaya dimusnakan Ron dengan menggunakan Pedang Godric Griffindor. Pedang itu kemudian dibawa ke rumah keluarga Malfoy akibat trio ini ditangkap ‘Snatcher’-geng sekutu Lord Voldermort. Trio disoalsiasat Bellatrix Lestrange dan menyeksa Hermione sebelum Dobby si elf rumah membawa trio ini ghaib ke Shell Cottage, rumah Bill dan Fleur.


Dobby terbunuh dalam usaha ini menjadikan trio Harry Ron Hermione semakin bersemangat untuk memburu baki Horcrux. Malas nak ulas panjang-panjang takut dedah banyak-banyak. Tapi senarai berikut merupakan saki baki Horcrux yang bakal korang jumpa dalam versi filem. Apa yang aku tulis ni berdasarkan novel yang dibaca.

Horcrux: Cawan Helga Hupplepuff
Dimusnahkan Oleh: Hermione Granger
Alatan: Taring Basiliks

Horcrux: Mahkota Rowena Ravenclaw
Dimusnahkan Oleh: Vincent Crabbe
Alatan: Mantera Findefyre

Horcrux: Nagini
Dimusnahkan Oleh: Neville Longbottom
Alatan: Pedang Godric Griffindor

Horcrux: Harry Potter
Dimusnahkan Oleh: Voldermort
Alatan: Sumpahan Avada Kedavra

PS: Apabila Warner Bross mengumumkan Harry Potter and the Deathly Hallows akan dibahagikan kepada dua bahagian, ramai peminat bersetuju memandangkan banyak babak penting perlu ditunjukkan.

PS 1: Watak-watak yang tiada di bahagian 1 dikatakan banyak ditunjukkan dalam filem Deathly Hallows ke dua ini seperti Minerva Mc Gonaggal, Horace Slughorn, Severus Snape, Narcissa Malfoy, Lucius Malfoy, Aberfoth Dumbledore, Grindlewald

PS 2: Antara babak yang bakal dinantikan penonton adalah pertarungan Molly Weasley dengan Bellatrix Lestrange, peperangan Hogwarts, pertarungan Harry Potter dengan Voldermort dan babak 19 tahun kemudian ketika Trio Harry, Ron dan Hermione menghantar anak-anak mereka ke stesen King Cross

Selamat menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 dipawagam berdekatan anda!

12 comments:

tengkorakemas said...

Fuh dah 7...mesti bro tak sabar utk 8, take note bro ms tengok hehe

mr.syazwan said...

perh pengikut setia ye

hebat!

shandye. said...

horcrux terakhir yang terhasil secara accidental dimusnahkan oleh pencipta horcrux sendiri.

ironik, bukan?

Hans said...

apa aku boleh cakap memang best dan anak harry potter comel gilaaaaa
hahahahaha

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

ghost writer said...

barangkali satu hari nanti aku akan menggunakan nama pena 'voldermort'.aku agak terancam dengan nama tuh.macam best lak nak guna..watak2 dowang semua hebat.

FaizalSulaiman said...

tengkorakemas--->dah takde dah yg lapan.aku rasa movie yg ke tujuh ni adalah a proper goodbye.tp kalau dia (Warner Bross) adapat Tales of Beedle the Bard pun ok gak:)

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan --->setia gila!ahahaha

FaizalSulaiman said...

shandye. --->sangat ironic. buat jahat kena kat muka sendiri.

FaizalSulaiman said...

Hans --->ini makin tak sabar nak tengok ni hans!!

FaizalSulaiman said...

ghost writer --->nama dia nampak mcm gah dan brilliantnya JK Rowling ni, dia susun nama I AM LORD VOLDERMORT tu dari nama TOM MARVOLO RIDDLE

tengkorakemas said...

@Faizal Sulaiman

oh silap2, maksud aku yang part 2 punya hehe..ada yg kata anak HP comel :)

♕ Mr.IX ♂ said...

aku duk kumpul siri filem harry potter ni..lepas kuar dvdrip bru tgk dr awal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR