Thursday, July 07, 2011

Karat # 2: Cakap Lebat


Ada rindu carutan gua tak? (Gua siapkan seminggu awal tulisan ni)

Macam biasa limit gua sehelai muka surat, gua cuba manfaatkan.

Harini gua nak gebang pasal satu lagi perangai ubi jilaka pada marhaen yang suka cakap lebat, dalam erti kata lain ‘cakap besar’

Gua tahu mereka-mereka ni saja nak up diri sendiri. Nak tunjuk konon-konon hebat. Apa orang ada, lu pun nak ada. Arghh macam jilaka lu tau tak, meng-ada-adakan benda yang takda. Gua rasa marhaen jenis ni memang tahap loser gila, layak kita jolok dengan mop lantai berbulu dreadlocks tu!

Gua ada kawan jenis ni. Ah sial lah. Bukan kawan gua pun. Kawan si Kay. Asal datang tumpang tidur rumah gua, tak bawak ubat ketiak. Ubat ketiak si Kay jugak dirembat. Padan muka lu Kay. Kalau dia cuba pinjam gua punya, gua sumbat dulu mulut dia dengan ubat gegat sebelum gua humban dia dari tingkat tiga rumah gua. Gua anggap kawan Kay tu macam liability yang langsung tak bagi hasil! Sengal la lu. Kata lu kaya sangat. Ubat ketiak pun nak subsidi?

Bila bercakap, tak nak kalah! Abang dia ada bisnes dalam kapal dagang di Selatan tanah air. Kalau melancong nak ke over the hell sea saja. Tak main local! Gua malas nak tanya lebih-lebih. Gua tengok Kay nampak macam berminat. Gua rasa, Kay terpaksa layan kawan dia yang nampak excited tiapkali Kay tanya abang dia kerja apa.

Peliknya, tiap-tiap bulan bila tabung kerajaan dah habis, gua tak pernah nampak mamat cakap lebat tu belanja si Kay. Kay tuang-tuang megi goreng stok kat rumah lagi adalah. Gua kadang nak sound tepek jugak. ‘Aik kata lu kaya. Stail borak nak U, I tapi megi pun lu kongsi?’

Satu lagi gua heran dengan Kay. Macam dah tak ada orang lain nak dibuat kawan. Mamat cakap lebat tu jugak diusungnya kesana sini. Gua takdelah kata gua ni baik gilabiawak tapi kalau kita dah tahu satu benda tu dah busuk, buat apa lu simpan? Lu gali tanah. Lu kambus.

Jangan baik sangat kalau ada orang yang dah buat taik dengan lu. Lu marhaen sama macam gua. Masing-masing ada perasaan. Kalau lu rasa cakap lebat dia dah keterlaluan, suruh dia tunjuk bukti.Tepek dekat dahi.

Gua kalau selagi tak jumpa bukti cakap lebat dia tu, sampai mampus gua tak percaya!

Gua rasa kalau korang nak buat ulasan sikit pasal perkara ni diblog korang, gua galakkan. Tinggalkan link sebab gua nak tengok jugak pandangan korang. Kalau korang rajinlah, gua tak paksa.

Minggu Depan: Gua nak ulas marhaen yang kuat label kata budak cikai macam gua yang ada sijil kemahiran, belajar tak pandai tak boleh berjaya dalam hidup. Yang boleh berjaya cuma budak-budak universiti. Sial apa kenyataan ni?! Gua menyirap bandung, lu tau?! Sapa tentukan kejayaan seseorang? Hah! Jawab la!! !!

9 comments:

tengkorakemas said...

soalan simple tu, tapi tak ramai renung jawapan sebab ego dan hasad sangat,

usaha dan ketentuan Allah menentukan kejayaan seseorang

epol said...

wohoooo..cakap lebat punya isu..mmg takkan abes..ade gak spesis camni..cakap nak menang tak leh bangkang..pung pang san pung pang sini last2 habuk pon tarak..tak leh pakai punya orang..solusinya : dengar boleh, layan boleh, percaya dan balas cakap jangan..sebab kita takkan menang..hoho

ghost said...

gua tergelak besar2 bila sampai part 'gua menyirap bandung'..haha!(eh besar ker gua gelak-lu tanya opismate lu lar..).

nih yang orang kata kena 'ah chong' hidup2 nih..memang kacang lar jawabnyer.

Seri said...

kay & mamat tu ada chemistry agaknya. sebab tu leh jadi kawan. macam kamcing je

AL said...

W. Hidney --->Gua mang baran bai! Tahap baran gilababang ni.mujur gua tak ngadu kat stesen radio je

AL said...

tengkorakemas

Isu tu gua gebang minggu lepas.Gua nak dengar respon lu gak, bro!

AL said...

epol

gua mang baran tahap cipan.kira jenis cakap tak serupa bikin.kata ada tapi takda.huh. sial, ptuih!hahaha

AL said...

ghost writer

hidup hidup ditipu.sial rasanya

gua nak tukar menyirap jagong la

AL said...

Seri

Jarang ada girls yang baca post gua.gua bangga! hahahaha..tima kasih sis!

gua agak gitu gak.gua lapar gaban ni, si kay tak belikan makanan gua. gua nak masak malas!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED