Done!
Noktah di hujung nama pelajar junior tingkatan tiga itu merupakan titik akhir perbincangan mereka pada malam ini.
Mata semakin membeban lalu alatan tulis dikemas masuk ke dalam bekasnya dengan tidak teratur. Kalau ikut hati, mahu saja dia tinggalkan supper, langsung ke atas katil merebah tidak sedar untuk kelas esok pagi.
Kata hati berperang. Baik kau ke Dewan Selera. Mana tahu ada makanan sedap.
Seorang demi seorang kawannya pergi, meninggalkan dia yang masih sibuk mengemas.
Tinggal aku sorang! Tak guna sungguh!
Bekas pensil dicampak lekas ke dalam beg yang menampakkan kaset Avril Lavinge dan dua buah buku latihan tipis. Sekali rentap, beg itu melayah ke bahunya sebelum dia berjalan pantas menuju ke arah switch lampu sebelum memadamkan isi bilik Lima Beta yang menjadi perkampungan dia dan rakan-rakan lewat perbincangan untuk program suai kenal Junior-Senior, program tradisi sekolahnya.
Dia bergerak pantas menuruni tangga, lalu keluar dari Bangunan Akademik dengan hati yang tenang. Ya. Lagaknya seperti berani dan mungkin juga kedengaran agak poyo.
Tapi siapa kisah?
Aku jalani hidup sendiri tanpa kacau siapa-siapa.
Tiba-tiba…
Kedengaran bunyi berdesir menangkap telinga.
Dia meneruskan langkah. Menarik nafas lalu menghembus perlahan.
Bunyi berdesir seperti hembusan kedengaran lagi. Kali ini jelas seakan dibelakang tengkuknya saja.
Dia berpaling pantas.
Koridor belakangnya kelihatan kosong
Tiada sesiapa!
Hanya cahaya bulan samar-samar menerangi kelam malam yang kian memekat.
Dia kembali pada posisi asal. Meneruskan langkah dengan pantas sebelum melepasi perpustakaan dengan gusar hati yang semakin bertandang.
Namun, perasaannya berbelah bahagi menerjah sekali lagi.
Ah! Kenapa beg aku berat pulak, ni? Takkan dua buah buku, kaset dengan alat tulis, beratnya dah macam pikul batu?
Dia berjalan tegar, tetapi sedikit pantas, mempedulikan bahunya yang agak sakit kerana memikul beban yang tidak tahu apakah puncanya. Semakin difikir, beban serasakan bertambah.
Kelihatan dari kejauhan, lampu terang di Dewan Makan memancar menyimbah keliling yang gelap. Hatinya lega sedikit. Ramai pelajar berpusu-pusu menunggu giliran untuk mengambil supper malam yang disediakan, tak terkecuali dia.
Aroma bihun rebus menerjah rongga hidung, menyentak perut yang berkeroncong lapar. Mangkuk yang dihulur, disambut pantas sebelum mengambil tempat bersama kawan-kawannya yang masing-masing menyeringai jahat.
“Dajal kau orang! Saja tinggal aku sorang, ya?”
Senyuman jahat berganti tawa kecil yang sinis.
“Kau kan konon-konon berani!”, kata salah seorang dari mereka sebelum disertai tawa yang lain.
Bedebah! Saja nak kenakan aku!
Enggan mengambil hati, dia percepatkan makannya sebelum berjanji dengan beberapa rakan lain untuk menyambung kembali perbincangan tentang aktiviti suai kenal untuk pelajar junior keesokkan malamnya.
Mata mula merasa kantuk yang teramat, sebelum berjalan melewah menuju asrama Blok D, bersebelahan Blok C. Mujur juga penghuni Tingkatan Lima sudah ditempatkan di aras bawah.
Senang sikit aku nak landing. Tak payah susah-susah naik ke tingkat atas, selorohnya sambil memerhati beberapa rakan-rakan lain yang turut masuk ke dorm masing-masing.
Jam tepat menunjukkan pukul 12.50 tengah malam tatkala dia masih duduk berteluku di atas sejadah sesudah menunaikan Solat Isyak. Mata yang mengantuk masih boleh dibendung, lalu memerhatikan tingkap kaca yang awal-awal lagi sudah ditutup oleh roomatenya, Zurairie.
Penakutlah tu! Bukak la sikit, bagi angin masuk ke…
Dia bangun, melipat sejadah sebelum sekali lagi memerhatikan tingkap kaca itu dengan perasaan gelodak yang mulai berperang dalam hati.
Entah mengapa, hatinya bagai mendesak untuk membuka sedikit tingkap yang tertutup itu, mahu meneroboskan sedikit hembusan bayu pada bilik yang dirasakan agak bahang.
Minda berfikir. Makin fikir…makin sesak.
Makin ditimbang, makin serabut perasaan.
Ah! Buka sajalah. Tak ada apa-apa pun, hatinya berdetik. Akalnya mulai berkira-kira enggan.
Ah ikut saja kata hati. Bukan ada apa-apa pun.
Seminit berlalu.
Kehendak mengalah pada hati, lalu dengan berani, menguak tingkap berkaca dan jelas menampakkan ampaian yang setentang dengan biliknya selain dewan makan yang suram gelap dihimpit malam yang memekat.
Bayu yang dihajati, bertiup menampar pipi. Nyaman.
Tetapi…
Tunggu dulu…
Apa yang ‘putih-putih’ tu?
Makin lama ditenung, roma dibelakang tengkuk makin rancak merinding berdiri.
Makin diperhati, lembaga putih itu terapung perlahan-lahan menuju ke arah Sick Bay, di hadapan Dewan Selera.
Tangan yang sedari tadi gagah menguak tingkap berkaca, dirasakan lemah. Kaku tak berdaya.
Mata yang dirasa mengantuk, buntang kaku memerhati lembaga putih yang melayah rendah melepasi Blok D lalu menuju ke Blok C-asramanya sebelum terapung perlahan, betul-betul di ampaian—tempat matanya memandang sekarang ini!!!
Lembaga serba putih, sedikit kekuningan itu bergerak perlahan menuju ke arahnya. Banyangannya yang samar-samar tadi, makin jelas dipenglihatan.
Tangannya bagai tidak berdaya untuk menutup kembali tingkap berkaca itu.
Hati semakin cemas. Cuak mula merajai diri, lalu perlahan-lahan dia menarik nafas, lalu merentap tingkap kaca dengan sepenuh tenaga, menutupnya dengan sangat kuat.
Nafasnya kencang. Menyesal mengikut kata hati, lalu tanpa perlu disuruh, dia lekas menuju ke ranjang, merebahkan diri sambil menutup mata setenangnya.
Krek…
Krekk..
Krekkkk..
Kedengaran bunyi seolah tingkap dicakar dengan kuku yang panjang.
Mata dikatup serapatnya.
Bunyi cakaran semakin kuat kedengaran.
Dia cuma berserah.
Ayat Kursi mulai merajai dua ulas bibir. Al Fatihah mula dihafaz sebaik mungkin. Surah-surah lazim mulai bermain dengan tertib.
Bunyi cakaran itu semakin menggesek-gesek permukaan kaca.
Bagai ada satu perasaan berang, dia berkata perlahan ‘Aku tak kacau engkau. Jadi, kau jangan kacau aku. Tolong pergi!’
PESANAN: Pastikan tingkap tertutup rapat. Pedulikan bunyi gerutan di cermin tingkap. Barangkali ada yang mahu menumpang membaca sama…
Tweet

15 comments:
menarik...
fuh nasib baik tingkap tak berbunyi..
nice
ada beberapa tatabahasa wan baru belajar cth
berteluku
menguak
hehe
waahh...best gile cite..
sure ade smbungan lg ni..
sonok2...cm tgk khurafat plk..hahah
kenapa masa aku baca ni aku dgr kat luar tingkap bunyi beg plastik berdesah?
mR.sYaH --->hehehe..kalau bunyi jangan bukak ok.takut 'dia' terjah je.huhu
mr.syazwan --->thanks wan.hehehe..menguak tu membuka. berteleku tu duduk diam:)macam tu la lebih kurang maknanya
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) ---> esok cerita lain plak pojie. citer 'sick bay' ni habis kat sini je:)
Muhamad Zaki Zafir --->nasib ko la bro.hehehehe..hati2 hehehehehehehe
mkyaaa!! ( T-T)time bend aputih tu nak dekat daku tak tahan sangat... siap terbayang2 lagi.. huhuh.. best dato'! ^-^
hmm..lebih kurang pengalaman aku je ni~ huhuhu.. tapi cerita ni macam agak tergantung la bro.. penamatnya kurang umhh sikit.. nk tahu jugak last2 jadi mcm mana. benda tu hilang je ke, benda ni datang sengih depan dia ke,kawan dia gi halau ke.. ish~ banyak songeh pulak aku ni..hihihi
Faz Nandra --->yarkkk malam nanti jangan lupa tutup tingkap ye, Faz.
BTW faizal sedang menggarap 'pelangui'
Harap Faz tunggu utk esok ye=)
shatooman --->hehehe
penamatnya begitulah bro=)
hehe
jangan lupa siaran esok, k!
bro..antara semua pembaca akula paling kerek kan..baca tgh2 malam mcm ni..baru terasa feelnya cewah..(tak boleh berani sgt ki3)
sebab tu aku tak suka tingkap asrama or tingkap bilik darjah yg pasang kaca asing2 tu..lagi2 kalau satu keping pecah dah berlubang..
dan aku tak suka rasa ingin tahu kita sbg manusia dalam bab mcm tu haha
tengkorakemas ---> curiosity will lead to ....hahahahah
thanks so much bro sebab baca!
malam ni plak, k!
argh!! tekanan! sebab hari ni baru dapat baca kisah ni!! nway, nice olahan bro.
thanks! :)
Post a Comment