Lama tak mandikan si W ni. Badan berdaki dah. Sori la derr, aku sibuk dol! Hujung minggu ni aku mandikan kau dengan air Yasin ye. Harap2 perjalanan kita selamat sebab aku sangat takut dengan eksiden
Salam
Cakap saja pasal pengursan kewangan, aku antara manusia yang fa-kap bila berurusan dengannya.
Mujurlah sekarang sudah pandai sikit bagaimana hendak berjimat.
Aku pun bukanlah pakar sangat. Selalu juga over budget. Namun, dengan cara menulis segala perbelanjaan bulanan, kita dah boleh mengagak berapa banyak belanja pada bulan tersebut. Lebih-lebih lagi kalau ada tanggungan. Macam kenderaan. Mana nak bayar bulan-bulannya, duit minyak kereta, roadtax, insurans (mujur dua benda ni, aku bayar seprate. Parok kalau sekaligus).
Penting dalam pengurusan wang, selain menyimpan sedikit dalam bank. At least asingkan dalam bank lain. Kira duit tepi lah. Ditakuti berlaku apa-apa. Kenderaan pun kadang-kadang meragam. Minta ditukar itu ini. Apatah lagi kita manusia. Kalau sakit pening pun, adalah backup nya.
Plus, jangan lupa beli insurans untuk diri sendiri. Fikirlah kegunaanya dikemudian hari. At least, kita berjaga-jaga.
Its true. Sekarang ni semuanya duit. Tak ada duit, tak boleh hidup. You see, yang duit dah menjadi kuasa besar sekarang? Manusia boleh buta kerana duit. Boleh putus kawan sebab duit. Boleh berbunuhan kerana duit. Boleh selesa dengan duit. Boleh terkenal kerana duit.
By all means, siapa taknak duit, derr? Lagi-lagi duit free.
Janganlah kita dibutakan dengan duit. Dengan duit, kita tak boleh beli hati orang. Perasaan orang. Maruah orang. Semua tu, tinggi nilainya.
Selamat hari Jumaat!
ps: bila dapat gaji tiap-tiap bulan, separuh daripadanya diperuntukkan untuk perbelanjaan. Duit kereta, minyak, belanja rumah, bil broadband, bil astro, lengkapan dan lekapan, PTPTN, Simpanan, insurans, duit tepi servis encik W. Tu tak termasuk keraian, jimba-jimba tengok wayang.ha ha ha. Tau-tau tinggal sikit aje:))
14 comments:
duit ni x kan pernah cukup... ada sikit, nk banyak..ada banyak, nak banyak lg...semakin banyak duit, semakin tinggi perbelanjaan..
bro, nilai duit tak tentu, ada susutnya, simpan duit untuk beli emas juga bro, boleh labur emas, zakat emas nanti bayar jela,
(yg komen ni pun tak beli emas lagi..hehe nanti aku nak beli, baru lengkap dgn nama aku)
betul tu.. duit penting.. bagi student plak yg kena duk luar terpaksa pk duit rumah sewa, bil air, bil elektrik, duit minyak kereta, duit yuran dan buku.. sedar2 ptptn dah habis.. hehe..
shatooman--->manusia bro.tak penah cukup gaknya.mungkin semakin tahun meningkat, semakin naik perbelanjaan:)
tengkorakemas --->setuju.ko memang kena beli emas untuk lengkapkan nama ko tu,weh!hahahahaha
mR.sYaH--->samalah syah.fikir banyak benda masa jadik student dulu.mana nak bawa itu ini.pening.
duit? aku pn tgh kering ni..haha..x jmpe da menu nasi bujang.rm2 je, murah, knyg.
oh OE pun boros kalau belanja...
pantang sangat2 kalau nampak duit..
tahu2... 'ibu duit habis'
mintak lagi lepas tu...
alahai...
sampaikan ibu OE cakap macam nie kalau dia malas nak bagi OE duit...
'kalau macam ni, kahwin dengan tokey balak pun boleh bankrup'
hehe...
memang kena berubah sungguh...
(n_n)
Muhamad Zaki Zafir --->woh! nasi bujang ngan telur.rm2 . syokk. tu jela makanan nak survive hujung2 bulan:))
Orkid Edyliyne @ OrkEd ---> wah orkid. kena betul-betul jimat cermat lepas neh!hehehe
btol3..duit adalah segalanyer sekarang ni..sanggup bunuh2 demi duit
ayat cliche: jangan jadi hamba duit.
ouh bagaimana plak kalau kita perhambakan duit?tetap saja sama dihambakan oleh duit.
apik pehe ---> yup.betul boh.sangat betul!:)
ghost writer--->keadaannya tetap sama.tetap bertimbal balik.
Post a Comment