Monday, March 14, 2011

Epik Ketua Luar Suku: Hikayat Merong Mahawangsa Review


Salam

Akhirnya dapat menonton juga filem epik bajet termahal, arahan Yusry KRU.

Perkembangannya sudah diketahui sejak 2009 lagi.

Jadi kerana eager, filem ini ditonton dengan skala sedikit luarbiasa berbanding filem local yang lain. Berbanding epik Puteri Gunung Ledang, yang dihasilkan dengan bajet 20 juta, Hikayat Merong Mahawangsa hadir dengan konsep epik peperangan dengan semangat nasionalisme dan pertembungan budaya dua bangsa yang unik.

Dari sejarah dan dari web sejarah kegemaran aku, hikayat ini berjaya ditangani di layar perak dengan baik di tangan pengarah walaupun ada argue dari beberapa sejarawan seblom tu. Tetapi usaha penerbit dalam mengangkat sejarah yang jarang diketahui ini adalah sesuatu yang wajar dipuji:)

Mungkinlah ada beberapa kekurangan dari segi pencahayaan-sekejap-terang-sekejap-gelap, selain sound systems yang agak bising ditelinga, kejap-slow-kejap-kuat, pelik jugalah sebab filem mahal ini dilatari oleh muzikal Philharmonic Orchestra.

Sinematografi yang ditangani Mat Nor Kassim, yang sebelum ni sinonim dengan pengarah Kabir Bhatia, menunjukkan skill kamera yang baik, sedikit bergetar dan heroic, terutama ketika babak Merong pengsan semasa perang sewaktu air jatuh (hujan) dan pertempuran dengan geng Geroda. Syot perang adalah yang terbaik. Begitu juga kesan CGI. Darah terpercik tetapi sedikit kelam kabut selain-macam-ada-syot-yang-dipotong.

Lakonan? Hurmm..semuanya mantap. Paling terkesan watak Umie Aida, peranan kecil sebagai Lang yang kerap menghantui anaknya dengan gurindam indah petanda ketua suku yang bakal memerintah. Begitu juga sinar bintang Ummi Nazeera yang sangat menyerlah. Babaknya juga sedikit. Tetapi mengesankan. 'A' list actor seperti Datuk Rahim Razali, Khir Rahman Hassan dan Wan Hanafi Su juga langsung tidak mengecewakan. Peranan Stephen Rahman Hughes yang berjaya menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan sedikit Cina selain sikap komikal dan kasanova si Merong kelihatan memikat.

Eh, ada Maya Karin jugalah! Siapa perasan?he he he

Hikayat ini menceritakan tentang pertembungan dua bangsa Rom dan Cina melalui perkahwinan, mereka bakal menjadi kuat. Dibantu si pahlawan, pengembaran mereka diiringi dengan ketakutan dari kumpulan lanun Geroda, yang mengganas-merubah satu bangsa yang tiada ketua, mempunyai raja.

Damn! Ada unsur sedikit blue dalam citer ni. Melawak lucah la kononnya...he he he

Ada juga keraguan timbul dalam kepala sewaktu Merong mati dan diceritakan melalui echo background tentang Embok yang sudah hamil. I mean they get married before Merong turun berperang kan? Sebabnya Embok kelihatan sangat cold-tak-macam-pasangan-kekasih ketika Merong nak pergi belayar, walapun sudah di mention dalam echo background 'setiap raja ada permaisurinya'

In addition, berbanding PGL juga, filem ini indah dari segi dialog yang dituturkan.

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kaum berdua
Bila dua jasad menjadi satu
Hidup mati jadi bersama…


Nak bertanding di festuval luar negara pun tidaklah malu:) KRU, syabas!

16 comments:

Anonymous said...

bunyi cam menarik...tp cik bebel xpi tgk lagi...semalam panggung full house...faham2 lah...tmpt cik bebel ni plg dekat nk tgk pun jitra...huhuhhuhuhu


FS, kamu tengok kan x harga barang yg cik bebel suh tgk kan tu???

Pencacai Alim said...

tapi knapa nk ambil org luar jd hero ek? tp aku mmg salute dgn citer ni..best...

Anonymous said...

adeyh2!
dah tgk!
memg wajar dipuji filem nieyh!

Orkid Edyliyne said...

oh ho....
macam berat je cerita ni...
KRU banyak pakai CGI kan???
cicakman yang ke 2 pun OE tak tengok sebab cicakman satu bagi OE tak berapa menarik...
OE kurang sikit kalau bab2 cerita banyak aksi2 nie...hehhe...
(n_n)

tengkorakemas said...

filem mcm ni layak untuk dibeli ori..hehe

akhirnya dapat juga tengok bro, aku belum lagi, tapi mungkin filem ni akan aku dapatkan masuk ke senarai koleksi epik, troy, gladiator, 300, red cliff 1&2, warlords,

Faizal Sulaiman said...

cik bebel --->mujur pergi early bird:) cari jugak.macam tak ada je. ke saya yg tak habis explore:)

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim --->global punya market kut.sebab nak pakai pelakon utk rom casts tu gaknya..

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini --->wajar dipuji dalam skala kitalah, kan:)

Faizal Sulaiman said...

Orkid Edyliyne @ OrkEd --->cicakman tak tengok.hahahahaha

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas--->ish nak banding dengan tu (hollywood) tu mcm tak sama sangat.ok la utk standart citer kita:)

RABUN said...

taniah, bertambah satu produk yang bagus dari malaysia

Faizal Sulaiman said...

RABUN --->yep.kualitilah berbanding yang lain-lainnya:)

Anonymous said...

neway cik bebel pernah terjumpa di sini...hara dalam 180++...

kot ler Jusco dapat murah lagi kan...

sila salahkan jusco yg xdak di perlis...ngeeeeee

ghost said...

argh..bila aku nak gi tonton filem nih..macam tak sabar lak nak tengok.

sekali sekala layan filem melayu apa salahnya ye dak..nak tengok kemajuannya dan kehebatan pengarahannya.

Adlan said...

oh..tak tengok lagi...hmm..

Seri said...

cuti sekolah ni mungkin berkesempatan menonton

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED