Terlebih dulu ingin mengucapkan selamat, buat hari keputeraan Sultan Johor hari ni.
Allah Selamatkan Sultan.
Pekerja di Johor sedang bercuti harini. Alhamdulilah
**
Menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 merupakan sesuatu yang sangat berbaloi, lebih-lebih lagi buat korang yang dah membaca novel tersebut. Tidak mengecewakan seperti franchise filem Potter yang lain (Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and Half Blood Prince---dua filem ini sangat mengecewakan), HPDH juga memberikan bonus, memecahkan filem fantasi ini kepada dua bahagian , which is bagi aku very brilliant idea.
HPDH dimulakan dengan ketiga-tiga watak utama Harry, Ron dan Hermione hidup dalam kebimbangan bila dunia sihir semakin rancak diserang Death Eaters, penyokong kuat Lord Voldermort. Harry yang ditinggalkan keluarga Dursley, Hermione terpaksa mengubah ingatan ibu bapa muggle nya dan Ron memandang ke luar rumahnya di The Burrow, melihat tanda2 jahat akan muncul tetiba.
Secara kasarnya, HPDH Pt 1, mengisahkan tentang ketiga-tiga trio ini dalam kembara mencari horcruxes (alat yang digunakan Lord Voldermort untuk memisahkan rohnya supaya jadi kuat) selain memusnahkannya.
Filem ini dicantikkan dengan penggunaan CGI tahap maksimum seperti:
1) Penggunaan Polyjuice Potion untuk penciptaan Seven Potters dan pertukaran Mafalda Hopkirk dan dua kawannya untuk melepaskan sorang ahli sihir muggle di Kementerian Sihir.
2) Pertarungan di langit dari para Death Eaters dengan Seven Potters
3) Serangan Death Eaters di rumah Xeno Lovegood, penjelmaan Patronus Silver Doe di tasik beku, ahli sihir yangg Appperate (Muncul Tiba-Tiba) , Nagini dan dua elf (Dobby dan Kreacher)
4) Penceritaan “Kisah Adik Beradik” (di dalam buku Beedle The Bard) yang dilaksanakan dalam bentuk animasi, kelihatan sangat kreatif

Dobby yang comel
Details filem ini juga sangat baik. Lakon layar ditulis Steve Klose juga menunjukkan peningkatan dari segi perkembangan watak, emosi, kesinambungan cerita dan dialog. Penampilan Professor Charity Burbage di awal cerita sebelum dibunuh, penulis obituari Albus Dumbledore, Ephias Doge dan penulis buku 'History of Magic', Bathilda Bagshot, makam Ignotus Peverall, Lilly dan James Potter di Godric Hallows membuktikan ketelitian ini.
Pembinaan set untuk Malfoy Manor juga mengagumkan selain set Ministry of Magic yang nampak sangat ‘menjajah’ menerusi perkataan MAGIC IS MIGHT.
Mungkin sebab ceritanya dibahagikan kepada dua, jadi plot lebih berkembang baik.
Lakonan Radcliffe, Watson dan Grint juga berada pada par yang membanggakan. Begitu juga penampilan Anak beranak Malfoy, Bellatrix Lestrange (Halena Bonham Carter), Ministry of Magic, Rufus Scrimgoer (Bill Nighy) yang memberikan wasiat terakhir kepada tiga sekawan ini sedikit sebanyak mencetuskan rasa menyampah penonton kerana sikap lebih-lebih ingin tahu beliau.
Gubahan music latar oleh Alexander Desplat membuatkan HPDH ini bernyawa, walaupun aku lebih suka music score asal oleh John Williams. Sinematografi menarik oleh Eduardo Serra juga memperlihatkan filem ini memang sudah menampakkan tahap kematangannya, dari segi angle, getaran gambar untuk babak cemas dan warna gelap yang digunakan.
Dikejar Snatchers
Tetapi ada juga kekurangan filem arahan David Yates ni. Antaranya:
1) Babak Bathilda Bagshot menukarkan diri menjadi Ular Nagini kelihatan sangat baik. Tapi tak ditunjukkan bagaimana tongkat Potter bleh patah. (Novel: Hermione dengan tak sengaja terpijak tongkat Harry lalu mematahkannya)
2) Tiada babak Kreacher mula menganggap Harry sebagai tuannya. (Novel: Kreacher membenci Harry sebab Harry terpaksa ambil dia jadikan elf suruhan. Tapi lepas Harry bagi Kalung Salazar Slytherine tu pada Kreacher, dia mula menganggap Harry tu sebagai tuannya dan sekaligus mengingtkan nya kepada tuan lamanya R.A.B ---Regulus Acturus Black, adik kepada Sirius Black)
3) Ada ditunjukkan penggunaan serpihan cermin yang dipunyai Harry. Bagi pembaca novel, mungkin faham fungsi cermin itu. Agak mengganggu bagi mereka yang tak faham. (Novel: Harry dapat cermin tu masa HP: Order of Pheonix. Tapi tak diterang jelas dalam filem2 sebelumnya)
4) Snacthers tetiba datang serbu tempat persembunyian Potter and Co. Snacther tak datang jika tak dipanggil. (Novel: Ron menyebut bahawa nama Voldermort adalah satu pantang, jika disebut, para Snacther akan datang menangkap. Sebab tu nama Voldermort diapanggil dengan ‘You-Know-Who’ @ ‘He-Was-Not-Be-Named’ oleh para witches. Harry ngan tak sengajanya menyebut nama Voldermort lalu ditangkap)

Walau apapun, bagi pembaca novel filem ni, aku sarankan pergilah menonton sebab banyak bab-bab menarik dimasukkan di dalamnya, seiring dengan durasi masanya. Puas betul tonton HP ni dalam dua bahagian, kalau nak bandingkan dengan HP yang lepas-lepas. 4 /5
Menunggu Part 2, July 15, 2011.
Buat Cik A, Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati. Amin! Nak saya nyanyikan lagu, tak?hak hak hak
Buat mereka yang masih belum membaca bingkisan-bingkisan terdahulu, klik pautan di bawah:)
22 comments:
belum berkesempatan lagi..adeh, air dah naik ke kepala ni, meluap2 nak g tengok..tapi manyak plak keje cuti2 ni
imanshah ---)perghh gi cepat2 iman. rugi la tak gi tgk.hehehehe..
ini betul2 spoiler~
ha ha ha~
LORD ZARA 札拉 ---)yi haaaaa..zara da tgk belum?pi la tgk cuti2 ni.ahaks!
faizal review lagi..tp naz tak berkesempatan jgk nak gi tgk..arggg...jelesnye..
Nazz@Purple ---)hehehehehe..yup da review:) takpe nazz, take ur time nak tengok ya!:) best ni!
suka2 Harry Potter.....masa baca buku dulu pun sampai goblet of fire jer....tu pn pinjam...
1st english novel yg aku baca......
Bagi PKE,cerita part 1 ni memang bosan..tak berapa banyak aksi..Tapi sebenarnya ada niat lain ni..
Sebenarnya diaorg sengaja buat macam ni supaya org tengok HP bahagian ke2..
Kalau perasan la HP bahagian pertama ni banyak bermain dengan minda..Gipun diaorg macam membuat persiapan untuk berhadapan dengan Voldermort..
Mr.Ix ----)hehehehe..congrats la kan leh juga habis:)
sila la tengok, Mal!hehe
PKE:--)Sebab nak memahamkan penonton kut.hehehehe..tp aku tgk ok la.banyak yg sama mcm dlm buku kecuali perkara2 yg aku sebut tu:) ok la kalau compare ngan no 4 ngn 6 yg hancus tu.hahahaha
Alaaa...spoilers la pulak. (terus ke komen box, takut nak baca entri kali ni)
Paan Ovrtd ---)hak hak hak..byk ye spoilers nya paan?hehehehe..ok2 sorry2:)
Faizal...
bagus la komen2 ko..
tp cte HP kali ni mmg puas..
dpd HP Half Blood Prince tu..
huhu..
N sal Hermionie ngan HP dancing tu..
ade ke part tu dlm buku??
Cam xde..huhu..
aku cm nak g tgk lagi jek..
HP Rawks!!
pergh bro..novel yg dibaca tu dalam BI ke BM?
pada pendapat aku, memang movie selalu tak dapat menyerupai novel, tapi adaptasi yg dibuat boleh dijadikan menarik, mcm HP ni..walaupun aku tak tgk lagi, tapi aku yakin dgn review ko ni hehe
kidridzuan ---)ouhh tu HP yg ke 4: goblet of fire.,tu pun bukan fevret aku sebab banyak gila kot bab2 yang takde mcm ron n hermione jadi pengawas..sort of selain gerakan underground hermione dlm membebaskan hak2 elf:)
tengkorakemas---)kesimpulannya, ko tengok la weh.pueh hati.hehehe
aku baca dua2 utk mendapatkan lebih kefahaman.tp dalam koleksi simpanan dalam BM:)
laa. demo baco jugok ko novel dio boh. kemah keming demo. kawe rasa kawe tinggal harry potter 3. tu rasa bengong jugok tengok.
sapo betrayed tuh masa pemindahan potter? ending dia jupo tongkat sakti dale buku beedle the bard. adakah 2 jenis barang lagi akan jupo jugok dale part 2? haha. jadi kaunter pertanyaan pulok.
Kuwe ---)hehehe..baco deh:P
yg betrayed tu Mundungus Fletcher, ending jumpa elder wand tu tp harry tak guna pung, ha'a dua lagi barang akan jumpa masa part 2 nanti:)
tak saba nak tunggu part 2 sebab ada 'hogwarts battle'
cerita ni mmg best.. xsbr nak tggu sambungannya.. heheh..
sygnye aku tak follow dari awal hp ni.nobel pn x baca.mmg dh x fhm cerita ni mcm mana.haiyaa..
mR.sYaH---)kan syah!hehehe
awesome gila!hehehehe
Muhamad Zaki Zafir --)woh kalau nak tgk citer, kena tgk dr awal la kut baru faham.hehehehehehehe
Post a Comment