Tuesday, November 23, 2010

LELAKI ITU: TELUS


Salam:)

Harini sudah mula bekerja balik. Menyudahkan apa-apa yang tertunggak selain merancangkan beberapa hari-hari penting sebelum menjelangnya 2011. InsyaAllah.

Aku sebagai lelaki dan melihat golongan sejenis aku sebagai adventerous dalam survival hidup.

Jarang ada lelaki yang hidup hanya menyerah, tanpa memperjudikan nasib dirinya terlebih dahulu. Figura sejarah-sejarah lama membuktikannya.

Lelaki. Suatu makhluk yang bermula dari Adam didatangkan dengan pelbagai jenis, rupa dan sifat.

Tapi, satu frasa akan keluar dari mulut kaum lawan jenisnya:

Semua lelaki sama saja

But yet..itulah lelaki. Wanita perlu memahami rentak lelaki. Lelaki tidak suka dikawal. Tetapi boleh diubah perlahan-lahan jika wanita itu pandai mengambil hatinya.

Lelaki boleh jadi setia. Setianya lelaki mampu menunggu wanita yang dicintainya walau cintanya ditolak berkali-kali. Lelaki tidak pernah berputus asa. Jarang sekali mengaku kalah kalau cintanya ditolak.

Lelaki mata keranjang? Gatal? Itu lumrah. Pandangan lelaki lebih kepada 'visionary' berbanding wanita yang lebih mementingkan hati budi--mungkin rupa jatuh nombor tiga empat. Tetapi, awas ya, lelaki.

Pandangan kadang kala mampu menipu. Jadi nasihat aku, jangan mudah terpedaya dengan pandangan pertama. Think wisely before you make another serious step!

Lelaki selalunya berfikiran jauh kehadapan. It sets to be like that berbanding wanita. Mungkin itu ciri-ciri pemimpin yang memang diciptakan buat lelaki.

Menjadi lelaki, juga sesukar seperti wanita.

Perlu sebagai ketua keluarga, tahu hukum agama, adil , pendidik dan pencari rezeki halal buat isteri dan anak. Disitu akan terlihat kekuatan seorang lelaki yang selama ini tidak terlihat oleh wanita.

Lelaki jarang menangisi masalahnya. Lelaki lebih suka keluar bersuka-sukaan dengan kawan-kawan rapat, dari mengingati masalah yang tak berkesudahan. Lelaki juga mudah adapt pada persekitaran.

Jika air mata adalah senjata wanita, ego lelaki adalah perisainya. See?
Lelaki dan wanita memang saling memerlukan.

Lelaki juga jarang memahami isi tersirat kata-kata wanita, biar lelaki itu adalah seorang pemuisi sekalipun. Lelaki lebih gemar berterus terang. Cakapnya telus dan tidak ada selindung-selindung.

Lelaki jarang menangis dan jika dia menangis kerana seorang wanita, wanita itu memang benar disayanginya:)

ps: Buat adik lelaki aku yg menduduki SPM harini, juga calon2 SPM yang lain, wish all of you a very good luck!

Menjadi adil kepada ENTRY INI

22 comments:

avid said...

nak dipikir2 ada dalam 2-3 tahun lepas gak la last time aku menangis..haha

Faizal Sulaiman said...

avid gunner ---)hehehehe..meh aku nak tanya dlm formspring sebab apa.hehehehe:)

Nazz@Purple said...

erm..tak tau nak komen pe.cuma nak gi tau..entry yg menarik faizal..=)

Anonymous said...

Lelaki jarang menangis dan jika dia menangis kerana seorang wanita, wanita itu memang benar disayanginya:)


quote dari u.....

Jelly Beku said...

ader lelaki penipu dan ader plak pempuan yang pisau cukur

Paan Ovrtd said...

Yeah, sexism is soooo barbaric.

Lelaki atau perempuan, saling bersandaran antara satu sama lain. Which is, phrase seperti "lelaki lebih better dari perempuan" sebenarnya dah lapuk.

NusrahYahya said...

salam...
dah lama akak tak jengah blog faizal...
entry kali ni akak sgt2 suka... :)

Muhamad Zaki Zafir said...

yes, betul.lelaki payah nak faham isi tersirat perempuan.Dan kalau ada salah faham cepat je kita lelaki nak settle walaupun sampai bergaduh2, sebab kita cakap habis2 masa tu juga takde simpan2.perempuan pula lebih berhalus,tak main lepas cakap dan lebih memendam perasaan, cuma nanti tekanan yg terlalu byk akan berbalik pada diri sendiri pula. :)

Faizal Sulaiman said...

Nazz@Purple ---)terima kasih, nazz:) dalam buruk2 tu ada juga yg baiknya, nazz:) bersabarlah ya:)

Faizal Sulaiman said...

ila haron---)hehehehe..thanks ila!

Faizal Sulaiman said...

Jelly Beku ---)yet keburukan itu melengkapi hidup manusia.mcm tak semua nya baik:)

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd---)yes..phrase tu kedengaran sangat lame dan tak boleh diterima sekarang..

Faizal Sulaiman said...

NY ---)terima kasih kak nusrah:)

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---)aku suka ayat ko yang "sebab kita cakap habis2 masa tu juga takde simpan2"

Unknown said...

Lelaki jarang menangis dan jika dia menangis kerana seorang wanita, wanita itu memang benar disayanginya:)

*tp sume 2 x bermakna bile wanita itu menghianati CINTA lelki itu..xsuke xsuke xsuke...

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)---) ola ola Fauzi!

yeashhh..bila dikhianati, lelaki tend to senyap @ luahkan pada kawan2.

sama kesnya jika wanita menghadapi perkara yg sama cuma wanita lebih gemar mluahkan:)

thanks singgah!

ash_mza said...

dua2 insan unik yg DIA ciptakan utk slg melengkapi. Bukankah begitu=)Perbezaan itu menguatkan ikatan.

Faizal Sulaiman said...

ash_mza ---)sangat betul.kalau sama je..bosan kan:)

Pencacai Alim said...

aku ni laki jenis apa ek?

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim --)lelaki ini: anuar zain.nak aku nyanyikan tak, bro?hehehe


nak wat analisa terlalu awal sangat lah.hanya kamu tahu, kamu lelaki bagaimana:) wink wink/hahahaha

tengkorakemas said...

lelaki memang bisa menunggu perempuan yang dicintainya..

jangan sampai aku nyanyi lagi lagu Peterporn tu bro XD

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas ---)bisa tu taktahan:P

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED