Jangan pernah kau dustai takdir mu..pasti itu yang terbaik untukmu.
Perpisahan memang tak asing kalau kita bercakap tentang sebuah perhubungan.
Lelaki akan salahkan perempuan. Perempuan plak akan salahkan lelaki.
Itu tipikal.
Aku bukanlah si bijak pandai yang hendak berjela-jela menulis tentang kisah cinta, solusi, punca perpisahan semua. Tetapi harus kita ingat tentang konsep jodoh.
You see, kalian pernah melihatnya.
Sepasang kekasih, bagai nak rak bercinta masa sekolah.
Memang betul akan kahwin lima tahun lepas habis sekolah.
Tup2 lepas lima tahun, gadis kahwin dengan orang lain, si lelaki pun kahwin dengan orang lain.
Ada pulak yang dah kahwin.
Tiba-tiba pulak bercerai.
Tak mahulah ulas pasal pergolakan rumahtangga yang datang dari pelbagai faktor. Dalaman dan luaran salah satu sebab major minor lah.
Tetapi kita berbalik pada intipati jodoh itu sendiri.
Ada manusia hidupnya berliku-liku.
Ada yang senang saja jalan hidupnya.
Ada yang senang nak dapat jodoh.
Ada plak yang bertahun-tahun menunggu.
Nah..disini konsep Qada dan Qadar kena faham betul2.
Apa yang dah tertulis di Arasy sana akan dilalui juga.
Ada sesetengah pendapat Islam mengatakan bahawa kita boleh mengubah takdir mahupun nasib kita.
Bagaimana?
Dengan berdoa.
Manusia boleh mengubahnya. Kalian yang sedang membaca pun boleh mengubahnya. Ianya muncul dari kesedaran diri sendiri.
Minta bersungguh dengan Allah. Temukan kita dengan orang yang sesuai. Yang faham diri kita. Yang serasi dengan kita. InsyaAllah Dia makbulkan.
Jika si dia bukan diciptakan buat kamu, usahlah disesali.
Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.
Dia Maha Kasih, Lagi Penyayang...
18 comments:
saya mau kawin..!!!
Pencacai Alim---) meh aku nyanyikan
ibu2 bapak2 siapa yang punya anak..sambung
hehe
sabar bro.Jodoh itu pasti ada!
comel! =)
dandelion kiss ---)hahahaha..thanks cik dandelion!
terbaek :)
syashafie ---)hikhik..biasa aje:)
wanita yg baik utk lelaki yg baik. lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik dan begitulah sebaliknya..
cinta yg diredhai Allah swt adalah cinta selepas ijab dan kabul.. :)
Ada takdir boleh di ubah bergantung pada usaha, ada takdir yg telah di tetapkan sejak azali....huhu~
http://alislam.blogsome.com/2008/05/11/qada-dan-qadar/
airazulaikha ---)setuju dengan cinta selepas ijab kabul tu.lagi memahami, kan?
Mr.Ix ---)yang ni aku setuju, mal:)
patut bersyukur putus sekarang dari sehari sebelum kahwin tiba2 tak jadi. persiapan semua dah sedia. tragis
Seri ---)betul tu jugak tu seri.lagi sedih kan kalau jadik camtu..
tak dilepaskan yang kurang baik maka takkan bertemu kita dgn yang lagi baik. :)
bro, ko ke yg buat atas tu?cute hehe
hm..cinta..
aku pun nak nyanyi jugala..
"Bila rindu ini...masih milikmu..
kuhadirkan sebuah..tanya untukmu...
harus berapa lama..aku menunggumu..
aku menunggumuuu..."
XD
Muhamad Zaki Zafir ---)yang baik pastinya untuk yang baik juga, InsyaAllah:)
tengkorakemas--)haha..aku la.terlebih rajin,hahaha
lagu apa ni bro:P
ko ngah jiwang ke?hahahaha
lagu Peterporn 'menunggumu'
haha saja layan jiwang lepas baca entri ni :D
tengkorakemas ---)ouhh hak hak hak..sesekali kan bro..tak salah nak jiwang:)
Post a Comment