Monday, November 29, 2010

TAK PAYAH LA KEDEKUT

Ladang tebu yang sangat cantik

Salam

Harini Isnin, ramai yang sudah masuk kerja selapas ber yada-yada an semalam. Adik aku yang dihantar belajar di Politeknik utara tanah air, diharapnya berada dalam keadaan elok-elok aje.

Berbakul-bakul nasihat aku suruh dia telan, nasib la kau, dik!
ha ha ha

Dua hari lepas, aku menghabiskan masa kebayakannya di Jitra, Kedah Darul Aman. Ni kali ke dua aku datang ke negeri ini, bezanya kali ni dengan Sulaimans yang lain.

Apa yang nak diceritakan adalah tentang sikap pemurah yang aku temui hampir kebanyakan pekedai makan di sini. Yalah…mungkin aku membuat satu justifikasi melampau. Pemerhatian baru empat, kau dah gebang kata pemurah?

Itulah gunanya impresi pertama. Mujur postif.

Malam pertama menginap, aku dan ahli keluarga yang lain menjamu selera di kedai makan hidangan a’la carte. Air dipesan. Sampai dalam kurang lebih tiga minit. Kami sama-sama hirup air yang terhidang.

Rasanya melekat.
Cukup manisnya!

Memang betul-betul tak kedekut!
Aku happy dengan makanan dan minuman yang aku bayar tu.
Seriuosly

Esoknya, gedebak gedebuk pi hantaq adik aku daftar, kami menikmati pemandangan ladang tebu di Chuping, Perlis. Ini kali pertama aku jejakkan kaki disitu. Melihat sekitar termasuk UniMap yang sedang membangun, mengingatkan aku dengan UiTM Puncak Alam, kampus kesayangan.he he he

Ada stall tepi jalan, jual jagung.
Aku pesan jagung manis.

Sekali lagi rasanya sangat memikat.
Cukup sempurna.

You see, kebanyakan dari kita akan berkira dengan jumlah bayaran yang kita bayar untuk sepinggan nasi, mee goreng ataupun semangukuk tomyam. Kita berkira atas value, atau nilai yang kita dapat selepas menjamah makanan itu.

Makanan merupakan satu barang dagangan perishable---kena guna mengikut waktu, kalau tidak makanan rosak---sama seperti produk-produk perkhidmatan yang lain seperti pelancongan, per se.

Apabila kita makan, for sure kita akan pastikan rasa, kualiti juga mungkin kuantiti diambil kira.

Pernah hadapi situasi bila makan tomyam ayam, tapi hanya dua tiga ketul isi saja?
Pernah hadapi situasi bila makan chicken chop yang sepatutnya boneless, tetapi tergigit juga tulang, dengan kuah sos yang sangatlah cair, mengecewakan!

Makanan adalah suatu service.
Teras service/perkhidmatan adalah kepuasan pelanggan, kerana perniagaan jenis ini adalah berdasarkan customer orientation!

Memanglah, kepuasan adalah nilai yang sukar hendak diukur, tetapi para peniaga makanan dan minuman perlu yakin dengan ability pelanggan mereka.

Pernah dengar term “Loyal Customer?”

Dalam diri pelanggan, mereka selalunya akan mencipta satu ‘ingatan istimewa’ tentang makanan, tempat pelancongan mahupun produk harian yang secara langsung meningkatkan jumlah jualan makanan dan pembentukan Loyal Customer.

Contohnya begini.
“Dol, jom makan tomyam. Aku belanja”
“Kedai mana hang nak pi?”
“Kedai Man Tomyam Simpang..dah doblas kali aku try..sedap wooo”

Faham?

Kesimpulannya, berniagalah dengan ikhlas. 9 per sepuluh rezeki itu datangnya dari berniaga. Kalau iklhas, dari hati, InsyaAllah pelanggan suka air tangan korang tu. Mengeyangkan orang yang lapar itu adalah suatu pahala yang sangat besar.

Jangan kedekut!

20 comments:

avid said...

mahal macam mana pun kedai tu, kalau makanannya betul sedap dan berbaloi dengan harga, aku datang.

sekarang kemain payah lagi nak makan nasik lemak/kuih tanpa mencarut. nasib baik pagi ni makan canai!

Faizal Sulaiman said...

avid gunner---)hahahaha..aku setuju sangat2 bro. kalau berbaloi, kita makan aje.kepuasan tu penting:)

Pencacai Alim said...

betul2...

amira faqihah said...

abg yg baik la tu bg nasihat kat adik :)

Muhamad Zaki Zafir said...

haha..betul,kalau masak tu kita x bagi kat mak sndiri,jgn la bg kat org lain jgk kan..brniaga biar ikhlas.

siti azizah Sang Pencinta said...

saya setuju ngan awk ijal.. sedap adalah abstrak.. tp jika tempat makan mementingkan nilai dan kualiti berbanding kuantiti makan ramailah penggemarnya..cth terdekat mcm gerai tepi jln dekat ngan sg mas tuhh yg jual laksa johor.. mak aiiii mables..

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim---)ehehehehe..setuju la neh:P

tengkorakemas said...

aku memang antara seorang yang akan jadi loyal customer kalau restoran tu masak sedap, bagi nasi banyak, layanan pun mesra je, kan untung restoran tu,

ni tak..jgnlah disebabkan aku nampak kurus, nasi yg dimasak pun sikit je untuk aku huhu

mr.syazwan said...

oooo patut lerr x join semlm ye

ok2 alasan di terima..

^_^

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

first come, first serve, first out klu hidangana tidak berpatutan dengan harga!

tp klu mknn tersebutt "WOW" i wwould like to pay as much as they want!

MR. SYAH said...

yg penting kepuasan bila makn tu.. harga sebenarnya xmenjadi masalah..
asal berpatutan dgn apa yg kita bayar..

Faizal Sulaiman said...

twinkle twinkle---)bukan takat baik je tapi riang ria juga.hak hak hak

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---0betul tu zaki.makna kata , makanan kalau nak bagi orng makan, nak kena perfect@ elok la ciri2 makanannya

Faizal Sulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta ---)betul, kak.tu contoh makanan yg dijual secara ikhlas, rela dia jual tanpa pentngkan sangat berapa dia dapat. at the end of the day, customers datang berduyun, dia jugala yg untung, kan:)

saya suka mee rebus kampung baru. mables juga tu, kak:0

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas---)olololo siannya ko:)) hehehe..jahat tol kedai tu bagi nasik sebab tgk badan ko je.lain kali ko ckp, "kak, saya nak nasi lebih ya"hehehehehe

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---)yupee..hehehehehe..

Faizal Sulaiman said...

FIFIEY LYCHEE MARATION---)yeahhh!! kita takkan berkira langsung kalau makanan tu memang sedap, kan?:)

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH ---)betul tu, syah!

Paan Ovrtd said...

Berniaga. Macam tulah.

Macam aku yang buat insurans ni. Terima kasih pada ayah dan kakak yang ramai kenalan, loyal customers bersepah2.

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd---)cayalah ko paan.buat insurans:) senang sikit banyak kabel:0

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED