Wednesday, November 24, 2010

DIA: AISHAH


Salam.
Ini bukan kisah Aishah lima puluh sen.LOOL (Hint: drama Azean Irdawaty jadik watak terencat akal)

Satu petang, sedang berbaring, menongkat kaki di atas kusyen, telinga aku menangkap sebuah lagu.

“Di hati ini..sering melagukan rindu..senyum tangis mu di mata ku”

Aku tanya emak (arwah).

“Lagu sapa ni, mak?”
Mak jawab
“Lagu Aishah”

Dalam hati kata. Bole layan jugak.

Masa tu umur baru enam tahun. (Dah tahu lagu2 bagai.haihhh…)
Masa tu petang, baru balik dari majlis graduasi tadika aku. Masa tu, aku kena perform sketsa sebelum menerima skrol tamat tadika.

ha ha ha

Adalah dalam sembilan belas tahun lampau….Tua dah aku..tskkk

Aishah.
Bagi aku beliau ni setanding dengan Dato’ Siti (Nurhaliza), sekarang
Bahkan, vokal nyaring penyanyi ini masih tak dapat ditandingi mana-mana penyanyi zaman sekarang—bar none—
Uniknya Aishah, beliau mempunyai tahap education yang membanggakan ketika menjadi penyanyi selain mempunyai band boys (yang turut disertai pengkritik lantang Paul Moss)

Aishah ni, kalau tak silap pernah menetap di luar negara, waktu beliau further study lah. Istimewanya, disetiap in lay cover album Aishah, akan ada elemen musik timur dan gambar-gambar seperti bunga, tepak sirih dan congkak. Aku masih ingat koleksi kawan aku. Keluarga beliau tegar dengan Aishah!

Aishah juga pernah berlakon dalam filem Syakila. Masa tu lagu Janji Manismu tengah top. Aku pernah tengok filem tu. Masa tu umur aku baru 9-10 tahun. Ingat lagi masa tu hari raya pertama, ditayangkan filem tu. Kuat betu ingatan aku neh.he he he. Turut bersama beliau adalah Rahim Maarof dan Kuza.

Pernah tengok aksi Aishah waktu perform Juara Lagu, Janji Manismu? Fuhh dahsyat kan? Ala kau google je YouTube, mesti jumpa.



Siap bawak beg balik kampung, kau. Hempas beg atas pentas. Dramatik gila! :P But yet, tulah persembahan terbaik artis sezaman beliau. Menang persembahan terbaik!

Tu belum tengok lagi persembahan lagu Cinta Beralih Arah.
Mantap!

Plus, lagu ‘Pulanglah’ yang sesuai dimainkan waktu raya pun, aku suka ulang dengar berkali-kali.

Kini Aishah dah pakai tudung. Dah kahwin pun. Latest lagu beliau ‘Melukut Di Tepi Gantang’ memang menangkap. Feeling la ‘Seputeh Qaseh Ramadhan’ jap bila terdengar.hehehehe

Pilihan Playlist Aishah:
1) Janji Manismu
2) Kasih Kita
3) Cinta Beralih Arah
4) Kemaafan Dendam Terindah
5) Kau Sahabat, Kekasih dan Teman
6) Wajah
7) Selanjur Bercinta
8) Melukut Di Tepi Gantang
9) Antara Cinta dan Kasih
10) Camar yang Pulang

ps: Terbaca tentang event MAHA 2010. Buat rakan blogger yg sedang bertugas, aku tau ko takkan baca ini tapi wish you a very good luck, bro!

ps 2: Terima kasih banyak2 ya sebab komen entry semalam. Cik A pun mengomel-ngomel tanya itu ini. Thanks pada yang like juga yang share. Follower baru, tunggu sat na, Kang aku gi balik blog korang, okay! Lagi best kalau korang tinggal link dlm chatbox. Senang nak kunjung balas=)

16 comments:

avid gunner said...

kalau kau aishah, bagi aku singer wanita msia pertama yg buat aku kagum - siti nurhaliza masa lepas mng bintang rtm tahun 96.

raya tahun 97, gua kumpul duit raya dan bagi duit rm30 gua tu kat bapak gua. suruh dia beli kaset siti. zaman ni siti layan balada je.

bila siti dah stat masuk pop, lagu spaQ apa jadah suma, aku dah hilang minat dah. tapi aura dia masa dia muda mmg salah satu part dalam hidup aku beb. hahaha

shahirahkhairudin said...

faizal... kita adalah sebaya rupanya.. hehe.. i heart aisyah's songs too.. stok lagu karok ai nih.. woo haa !!

FaizalSulaiman said...

avid gunner---)seyesh ke weh?woo siti memang kesayangan semua masa memula dia jadik artis.name it lagu2 beliau.skunk ni mcm dah kurang sbb siti dah banyak berevolusi muziknya:)

FaizalSulaiman said...

shahirahkhairudin ---)kita memang sebaya, shira.hehehehehe..nak dengar shira nyanyi lagu aishah neh.,hehehe

Nazz@Purple said...

lagu2 aishah memang best..

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple ----)kan, nazz:) lagu2 aishah ni mcm ada attraction tru music and lyric dia=)

siti azizah Sang Pencinta said...

huhuww... akak siap ada buka tulis 50sen, dlmnya lirik semua lagu aisyah pada zaman tuh....best giler dia. kali terakhir jumpa dia masa jamuan hari raya 2010 lepas anjuran Dato Azalina kat bandar penawar. comel bangat dia.. apa lagi dgn baju pink dia.. memang serasi.

Paan Ovrtd said...

Orang kampung ni... :)

EmanCloud said...

KiPAS susah mati aishah! weet2!

FaizalSulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta ----)aishah ni best!hehe

FaizalSulaiman said...

Paan Ovrtd ---)hehehe..

FaizalSulaiman said...

EmanCloud---)hak hak hak..takdela susah mati sangat.biasa2 jer:P

shahirahkhairudin said...

mai turun penang.. ai bawak p karok.. ekeke..

FaizalSulaiman said...

shahirahkhairudin ---)nanti blehla berduet.janji manismu.hak hak hak

mR.sYaH said...

boleh tahan sdp gak r..

FaizalSulaiman said...

mR.sYaH --)kan..nyum nyum.hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR