Thursday, November 25, 2010

KANAK-KANAK YANG TAK TAHU APA.


Beberapa malam lepas aku ada membaca beberapa artikel tentang contest yang dianjurkan Nuffnang. Kesedaran tentang “Stop Child Abused”

By the way, entry ni takde kena mengena dengan contest tu. Just menulis atas kesedaran saja.

Bayangkan situasi ini. Adapted dari situasi sebenar.

Beberapa minggu lepas aku on the way nak ke tempat kerja. Kena cepat-cepat sebab pagi tu kena jaga exam. Sampai ke satu jalan besar, kelihatan bangkai dua ekor monyet side by side to each other. Sekor besar dan sekor kecil macam anaknya.

For a moment, aku melihat bangkai itu, melalui cermin kereta, terpalit rasa simpati.

Sampai di ofis, my colleague beritahu bahawa monyet besar tu pada asalnya mengendong monyet kecil sampaila monyet kecil ni terjatuh dari wayar tempat gayut. (Wayar tu dekat tepi jalan, bersambung dengan tiang, berdekatan dengan jalan lalu lalang kereta)

Malangnya si monyet kecil dilanggar sebelum diselamatkan si monyet besar---dan kedua-duanya mati--- Expectation aku, monyet dua ekor tu, anak beranak.

Moral: Haiwan pun tahu sayang anak.

Inikan kita manusia. Cuba tanya diri sendiri, akal yang Tuhan bagi untuk apa? Dua tangan Tuhan bagi untuk apa? Dua kaki Tuhan bagi untuk apa?

Tangan bukan tujuannya nak menampar tumbuk
Kaki bukan tujuannya nak sepak terajang.
Otak bukan tujuannya rancang strategi camne nak bagi budak-budak yang dibela tu seksa merana!

Kita dah disogokkan dengan keganasan lama dulu. Sebelum wujudnya filem-filem Hollywood bawak senapang bagai atau aksi bom-bom melampau.

Sejak kecil kita ditayangkan dengan babak dera Mak Kundur pada Bawang Putih. Mak tiri mesti jahat. Mesti nak dera-dera. Piat-piat telinga. Cubit-cubit. Tarik-tarik rambut. Jadi ia semacam diperturunkan dari generasi ke generasi bahawa mendera itu adalah sebahagian dari didikan untuk melentur anak!

Wadafuuuuu…..

Penderaan sekarang tak sama macam dulu. Kita flash back pada situasi mungkin dua puluh, tiga puluh tahun lepas. Emak ayah ada aja pukul anaknya. But pukulan itu lebih kepada mendidik, selapas sesi ceramah, khutbah atau sesi cakap baik-baik tak makan dek anak.

Bukan macam sekarang.
Takde cakap-cakap lagi, terus balun si anak.
Pukul anak macam melepas geram plak.

Kadang-kadang budak tu tak faham apa salah dia. Hey, come on lah. Gunakan psikologi. Kalau anak silap, tujuan mak bapa lah tegur, bukan main pukul sesuka hati.

Budak tu bukan robot. Kalau kau kena pukul pun, sakit, kan?

Ini mengingatkan aku pada Kelab Penyayang, satu society sukarelawan yang aku sertai di UiTM Pulau Pinang beberapa tahun lepas, masa diploma. Kami dikehendaki ke rumah anak yatim untuk meninjau anak-anak ini disamping membuat community service buat mereka.

Tak kira la kemas dorm ke, mengajar ke atau sesi kaunseling.

Aku memilih untuk mengajar:)

So berbekalkan buku-buku Maths ngan English tahap 1, aku bekalkan pada dorang. Buat style tutorial..

Sambil-sambil aku round tengok-tengok kot-kot depa ada masalah.

Terperasan sorang budak ni. Tangannya macam ada kesan lecur yang sangat teruk.
Aku tanya.

“Kenapa ni dik? Jatuh basikal ke?”
Dia jawab. Selamba
“Ayah cucuh dengan puntung rokok”

Truly, aku betul betul terkejut. Umur baru lapan tahun!

This is seriously the truth about human yang dah transform diri mereka menjadi monsters. Sepatutnya kita harap dia boleh melindung. Jaga amanah Allah dengan sebaik-baiknya. Ini tak.

Kau boleh bayang tak pendera, bagaimana keadaan kau bila kau tua nanti?
Bila kau powerless.
Bila kencing berak kau bersepah
Bila kau nyanyuk.

Balasan ni bleh ditunjuk dalam dunia.
Ya..mungkin kau terlepas hukuman mahkamah, itu tak menjamin kau hidup selamat dalam dunia ni.

What you give, you get back!
Maaf cakap…You may root in hell

Faizal Sulaiman:---)Talian Nur: Ingat ya! 15999 Jangan salah gunakan!

26 comments:

Anonymous said...

Masya Allah..
adbe jgk bapak yg sggup buat anak diew cmtue.

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini ---)ada je.sanggup lepas geram kat ank..

avid said...

mak bapak yg dera anak ni (any defenseless innocent people) memang hilang respek aku.

and yeah, about talian nur tu. aku baca dalam blog hazrey, talian nur tu serupa sampah. respons terhadap aduan sangat2 mengecewakan.

Faizal Sulaiman said...

avid gunner ---)yep.hazrey juga ckp pasal keberkesanan talian tu.masa nak lancar kemain gah lagi. skunk? hado!pfttt

aku buka semalam, di web jabatan kebajikan ramai yg buat prank call pada talian Nur tuh

Anonymous said...

sedey sgt...

mcmana lah pembesaran kanak2 tu nanti selepas ini....

Faizal Sulaiman said...

ila haron---)mungkin emotions dia terganggu la..huhu..aku sgt tekejut dia ckp camtu..dengan selambanya

Paan Ovrtd said...

Talian Nur? Lagi elok telefon Sinar FM.

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd---)kempen bagai nak rak, tapi hampeh.that's the truth about it..

MOMMY CGG said...

skang ni suami pun sanggup kelar isteri..
isk..
ape nak jadi dunia semakin kejam

Nazz@Purple said...

kekerasan bukan didikan yg terbaik..entah kenapa seseorang itu tergamak buat cam tu..

Faizal Sulaiman said...

CGG---)dunia da semakin sakit..

dayah said...

tolong hentikn keganasan

Faizal Sulaiman said...

Nazz@Purple ---)betul tu nazz.kekerasan bukanlah caranya.

Faizal Sulaiman said...

/Dayah//Nurul/---)hentikan dengan cepat dan segera.keganasan bukan jalan penyelsaian.

amira faqihah said...

kesiannya bdk tu,,kene putung rokok,,hee

MR. SYAH said...

bila manusia dah hilang kewarasan, rasa sayang pun dah hilang...

mr.syazwan said...

buat pandai jaga x pandai

ish!

Faizal Sulaiman said...

twinkle twinkle ---)itulah..jenis bapak apa ntah..

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH---)tambah lagi syah kat belakang ayat tu. 'binatang pun tahu sayang anak'.huhu

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan---)tu memang kenyataannya..

epol said...

that's reality

tengkorakemas said...

every action in the world bear consequences..

Unknown said...

kanak2 yg xtau dunia lg da kena camtu..mmg x xder hati perot langsung

Faizal Sulaiman said...

epol--->kenyataan yang kadang kala geram hendak ditelan:(

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas --->betul tu. sangat betul

Faizal Sulaiman said...

apik pehe --->entah..sepatutnya didikla dengan betul, kan?

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED