Wednesday, September 29, 2010

LORO:JILBAB EPISODE 12


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 12 akan disiarkan pada 1 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.




Nur membuka matanya, tiada lagi dinding putih kiri dan kanan, yang ada kini hanyalah pokok-pokok dan tasik tempat dia berada tadi. Digosok-gosok anak matanya. Dia mula menyedari kelebihan yang dimiliki.

Dia berlari sekuat hatinya ke arah yang tanpa hala tuju. Bimbangkan Seri dapat mengejar dan menghidu kedudukannya di mana sahaja dia berada.

“Nur!!!”

Kedengaran suara Uth melaungkan namanya.

‘Itu suara Uth.’ Hatinya membisik sendirian.

“Uth!!!” Nur melaung nama Uth sekuat hati dan kemudian dia hanya berdiri terkaku di situ. Dia mahu memudahkan Uth mencarinya.

Kelibat Uth sayup-sayup kelihatan sedang berlari ke arah Nur, dia mengukir sebuah senyuman dengan tenang.

Tiba-tiba Uth rebah dari lariannya. Tubuhnya tersembam di atas tanah berumput. Tiada pergerakan langsung selepas itu. Nur menjadi bimbang terus berlari mendapatkan Uth.

“Uth, kenapa ni?”

Dengan Kudrat wanitanya, Nur menelentangkan tubuh Uth yang tertiarap kaku. Nur meletakkan kepala Uth di atas ribanya. Diusap-usap rambut lurus Uth yang masih kemas sisirannya.

Bibir Uth bergerak-gerak cuba menyatakan sesuatu. Jarinya sedaya-upaya digerakkan, namun hanya sedikit getaran di hujung jari. Itu sudah cukup untuk menyatakan Uth sudah terpasung dan tidak mampu bergerak.

“Uth..” Hanya nama Uth yang muncul dari bibir. Airmatanya perlahan-lahan berlinangan dari kelopak matanya.

“Aku yang buat dia jadi begitu kerana aku menghendakinya sejak dari dulu lagi.” Suara itu tidak jauh kedengaran dari tempat mereka berdua.

Pandangan Nur tertancap ke arah suara yang didengarinya lalu dia meletakkan kepala Uth perlahan-lahan di atas rumput yang tumbuh di tepi tasik. Dia bingkas berdiri dengan wajah yang sangat marah.

“Apa kau nak Seri? Apa kau nak dari dia?”

“Seperti yang aku katakan. Aku menghendakinya sejak dari dulu lagi?” Perlahan-lahan Seri mengesot ke arah Nur.

“Dia tak mahu kau lah Seri.”

“Jadi kau sudah tahu aku siapa?”

Menyeringai wajah Seri sehingga menampakkan gigi taringnya yang tajam. Matanya membulat merah merenung tepat ke mata Nur.

“Siapa tak kenal kau? Makhluk khurafat yang muncul dari nafsu manusia yang mengejar kenikmatan dunia. Walhal kenikmatan dunia hanyalah satu peratus sahaja dari nikmat akhirat.”

“Bukan aku yang menghendaki mereka. Mereka yang berkehendakkan aku wahai Aisyah.”

“Nama aku Nur, bukan Aisyah.”

Perasaan resah dan gelisah terbit dibenak hati Nur. Nama Aisyah yang sangat tidak dikenalinya tiba-tiba terpacul di penghujung suara Seri. Hilai tawa Seri memecah kesunyian. Kalau hilai tawa itu kedengaran oleh manusia biasa, sudah tentu manusia akan bimbang untuk terus tidur lena.

“Kau mahu tahu siapa kau sebenarnya?”

Perlahan-lahan Seri mengesot ke arah Nur yang memberanikan diri, berdiri untuk menentangnya. Tidak sukar mana menghalang gelojak hati musuhnya itu.

“Aku tidak mahu.”

“Nama kau Aisyah. Kau koma dan sekarang berada di hospital terakhir yang kita bertemu tadi.”

“Diam!”

“Abang kau baru saja meninggal akibat kemalangan bersama kau.”

“Aku kata diam, diamlah!” Nur menjerit sekuat hatinya.

“Baik, aku diam. Niat aku baik Aisyah. Aku cuma mahu membantu kau. Selagi mana aku mampu Aisyah. Aku tidak minta balasan apa-apa dari kau. Selain kau serahkan dia kepada aku. Tidak mungkin dia akan terus hidup begini sehingga hujung nyawanya. Kau mahu terus melihat dia terseksa begitu?”

“Itu sesuatu yang tak mungkin akan terjadi Seri. Aku akan pastikan kau lenyap dari dunia ini.”

‘Kau ambil sekepal tanah kemudian kau selawatkan sekali. Kau baling pada dia, nescaya dia akan lenyap dari pandangan mata kau.’ Nur mendengar suara hatinya berbisik.

Tanpa berlengah Nur menunduk dan mengambil sekepal tanah. Diselawatkan tanah itu sebanyak tiga kali dan dihembus dengan sehela tiupan nafasnya.

“Ambil kau. Nyah kau dari sini.”

Lenyap Seri dari pandangannya, menghilangkan diri entah ke mana. Puas hati Nur dapat menggunakan segala kudratnya menentang Seri.

“Nur.” Lemah suara yang memanggil namanya.

“Uth.” Nur segera mendapatkan Uth.

Perlahan-lahan Uth duduk dari pembaringannya tanpa seorang pun menghiraukan dia. Telapak tangan Uth menekap dadanya menahan kesakitan.

“Macam mana Nur lepaskan Uth dan menghalau Seri dari mendekati kita berdua.”

Nur hanya tersenyum memandang ke arah Uth. Dipapahnya Uth untuk berdiri. Terasa berat pula lelaki itu.

“Aku akan datang lagi mencari kalian berdua.”

Seri memberi amaran, namun sesaat pun Uth dan Nur akan mengendahkan amaran Seri itu.

BERSAMBUNG...

2 comments:

Seri said...

watak dalam jilbab tak seramai chendana

Faizal Sulaiman said...

Seri ---)tulah kelainan jilbab..lagipun senang faham kan?hehehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED