Sunday, September 19, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 9

Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Siri ini telah kembali seperti biasa setelah bercuti untuk Aidilfitri lalu.

Jilbab episode 10 akan disiarkan pada 21 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Kematian emak berpunca dengan ‘benda itu..Kau jauhilah benda itu!


Matanya membuntang luas. Satu bisikan menjengah telinga nya dengan tiba-tiba sebelum sekonyong-konyong angin menerjah masuk ke dalam jendela yang terbuka luas. Hatinya tidak sedap semena-mena. Keresahan yang menjelma sejak semalam menguatkan ingatan tiba-tibanya kepada ibu yang tercinta.

Siapa kata dia tidak ingat ibu yang dikasihi.
Apatah lagi si ibu meninggalkan dunia dengan cara yang paling menyedihkan sekali.

Dia masih ingat si ibu-Ustazah Jamilah mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat dengan membunuh diri. Suatu yang sangat jauh larinya dari pegangan seorang muslim. Semena-mena dia teringatkan kata-kata yang menjentak dirinya dari lena yang panjang.

Suara seoang wanita..berusia menerjah lembut di gegendang telinganya..
Ia umpama semilir bayu mengusap lembut tengkoknya dan kini merebak ke ubun ubunya.

Kau perlu jauhkan diri dari makhluk jahanam itu. Dia yang menyebabkan kematian tak bermaruah ibu!

“Kak! Kak!”

Suara Hajar memanggilnya dari kejauhan. Dalam mata yang masih terpejam, dia memerhati bayangan berdetar gadis itu melambai-lambainya dengan wajah gusar.

“Akak mengigau ke? Dok bercakap sorang-sorang tadi?”, ujar adik perempuannya yang sudah membawa segelas air dengan sebiji pil sebelum menghulurkan kepada kakaknya itu. Samira tersedar dari lamunan yang disangka adik nya satu igauan tidur.

Dia menyambut mesra sambil menelan pil itu dengan sekali teguk air.

Seketika, kelegaan menerpa.

“Kakak selalu risaukan pasal saya. Saya cakap sorang-soranglah. Hampir nak bawa saya ke rumah orang gila…”
“Pakar Jiwa. Kamu tak semestinya gila, kan?”

Hajar mendengus seolah-olah mendengar jawapan kakaknya itu seperti satu lelucon.

“Samalah tu. Kononnya saya ni dah tak betul..tapi akak sendiri tengok diri akak. Akak semakin tak terurus. Akak ada masalah ke? Masalah di tempat kerja?”
Samira menggeleng. Rambut separas pinggangnya diikat ekor kuda. Matanya yang sembab lekas memerhati jarum jam dinding yang sudah melewati ke pukul empat setengah pagi..

Hajar terus-terusan memerhatikan wajah kakaknya dengan lirik mata penuh kecurigaan.

“Abang Asyraf buat hal? Dia jumpa perempuan lain?”
Samira menggeleng, langsung tertawa mesra. Jauh betul fikirnya budak perempuan ni.
“Kau ni dik..jauh betul mengelamunya, kan?”
Hajar mencebik tidak berkenan.
“Kak..orang lelaki ni jangan dipercaya sangat. Depan kita tunjuk lagak alim. Belakang..nah! Main kayu tiga!”, serkap adiknya dengan anak mata yang sedikit dibesarkan.

Samira menggeleng.
Dia tidak bersetuju kalau Asyraf hendak disamakan dengan lelaki-lelaki buaya darat lain. Dia percayakan lelaki itu. Dia sayang lelaki itu

“Sudah la dik..kau masuk tidur sana. Lagi lama kau melayan kakak kau ni, gila betul betul dibuatnya”, ujar Samira sebelum adik perempuannya itu membalas dengan ukiran senyuman menawan. Hajar mengangguk lemah dan sambil dalam keadaan risau, dia menepuk perlahan tangan kakaknya sebelum berkata lembut.
“Kalau ada apa-apa, kakak panggil Hajar saja ya?”

Samira membalas dengan anggukan kecil, tidak ketara.

Dia merebahkan tubuhnya seketika kemudian dengan lafaz Bismillah, dia terus melelapkan mata.

Dia tidak sedar antara lena dan jaga, sesuatu berambut panjang sedang memerhatinya dari bumbung rumah..menyeringai tersenyum ke arahnya. Dan ia terus menghubungkan dengan seorang wanita lewat tiga puluhan. Matanya bersinar galak. Bibirnya merah menyala. Rambut ikal mayangnya diikat siput, bersanggul cucuk emas yang sangat cantik. Matanya terpejam rapat…

Dialah Ratna Ayu

“Mbok…kalau minta ijin..boleh kami tahu apa maksudnya semua ini?”
Suara Yazid, kekasih Katrina menjengah kesayupan pagi. Ratna Ayu membuka mata, melihat pasangan kekasih yang ingin tahu itu dengan riak yang sangat angkuh dan sinis.

“Perempuan itu dilindungi!”
“Dilindungi?”

Yazid dan Katrina berkata serentak sebelum memandang tidak betah sesama sendiri.
Ratna Ayu mengangguk perlahan. Perempuan itu kembali menyambung dengan penuh semangat.

“Pelindung keluarganya. Chendana Sari. Ia akan membuat pemiliknya rasa selamat, bertambah kaya dan mampu melaksanakan apa yang kita mahukan!”
Katrina mendengar kata-kata bomoh wanita cantik itu dengan perasaan ragu-ragu.
“Tapi emak Samira dah mati! Kononnya dibunuh. Takkan benda itu tak melindungi emak dia?”

Ratna Ayu mengekeh ketawa seolah Katrina melakukan lawak jenaka dengan spontan.

“Chendana Sari mempunyai kuasa mengawal minda. Dua hari sebelum kepulangan Samira, ibunya dirasuk oleh puaka itu lalu membunuh dirinya sendiri!”
“Membunuh diri??”

Sekali lagi kedengaran pekikan Yazid dan Katrina serentak. Katrina bersoal jawab dalam hatinya. Takkanlah…

“Takkanlah apa? Takkan seorang ustazah membunuh diri? Dia di rasuk! Dia dipukau! Dia lakukan semua itu atas perintah dan suruhan seseorang!”
Katrina seakan berada di awangan. Chendana Sari? Puaka? dan ohh…Ratna Ayu boleh baca fikiran aku?

“Ya..aku boleh baca! Pemberian yang takkan aku sia-siakan!”

Kelihatan Yazid seperti hendak menyampuk. Tetapi ada garis resah diwajahnya.

“Tadi Mbok cakap…Chendana Sari boleh mengawal minda, kan?”
Ratna Ayu mengangguk. Yazid menyambung
“Ustazah..maksud saya ibu Samira telah dibunuh dan buatkan beliau kelihatan seperti membunuh diri, kan?”
Sekali lagi wanita itu mengangguk. Yazid menyambung kembali dengan tidak sabar.
“Dan atas perintah seseorang? Seseorang telah merancang untuk membunuh ustazah itu?”

Ratna Ayu tersenyum lebar
“Tepat sekali”, dia kemudiannya menyambung semula. “Chendana Sari sudah terkurung berabad-abad lamanya. Ia adalah semangat seorang gadis bernama Sari yang dijadikan korban pemujaan untuk sebuah patung yang dibuat dari ukiran kayu Cendana. Gadis itu terkorban dan semangatnya diambil lalu dimasukkan ke dalam patung cendana yang sudah siap diukir”

Katrina dan Yazid mendengar dengan khusyuk.

Ratna Ayu menyambung dengan mengah di hujung katanya. Wajahnya kelihatan sangat bersemangat.
“Chendana Sari dijadikan alat untuk membalas dendam dan diperturunkan dari satu keluarga ke satu keluarga sehinggalah ianya dikabarkan hilang sewaktu pemerintahan Jepun!”
“Patung itu, hilang? Habis macam mana boleh jumpa semula sekarang ni?”

Pertanyaan Yazid dibalas dengan senyuman penuh erti Ratna Ayu.

“Chendana Sari boleh diseru dengan tembang jawa kuno. Tembang yang isinya mengenai kebahagiaan dan percintaan. Setelah diseru, Chendana Sari sendiri akan mencari warisnya!”
Kedua pasang kekasih itu mendengar dengan penuh ketelitian. Ratna Ayu menyambung semula. Kali ini nadanya kedengaran sangat serius. Sambil menghela nafas, dia berkata perlahan.
“Kalau benar dia memilih keluarga Samira sebagai tuannya, kenapa Chendana Sari merasuki fikiran emak Samira lalu membunuhnya? Ini kerana Chendana Sari sendiri akan mencari dan memilih tuannya!”

Yazid dan Katrina tidak peduli fasal cerita silam itu kerana tujuan utamanya ke teratak Ratna Ayu adalah untuk mencari penyelesaian.
“Kami datang kemari bukan…”
“Kamu anak muda yang gelojoh! Kamu tak mahu tahu kelemahan musuh kamu itu?”

Ratna Ayu menggeleng seperti menghina sikap terburu-buru Yazid dan Katrina.

“Baiklah..kalau itu mahu kamu, aku turutkan. Carikan patung cendana yang di dalamnya ada semangat Chendana Sari itu untuk aku! Berikan padaku. Dan semuanya akan selesai!”
“Tapi..dimana kami hendak cari?”

Ratna Ayu sekali lagi mengekeh ketawa. Bodoh!

“Siapa agak-agak yang kau rasa menakutkan kau sekarang? Yang menunjukkan muka marahnya setiap kali kau menegur? Kau geledah rumah dia”

Yazid dan Katrina saling berpandangan.
Sasaran pertama, rumah sewa Samira!

BERSAMBUNG…

Terlepas membaca Pembongkaran Eksklusif Jilbab Chendana? Klik sini

4 comments:

Pencacai Alim said...

byk dh aku ketinggalan sbb raya punye hal..~haish~

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)takpe bro..takat ni ko masih on track lagi apa:) hehe

teruskan membaca ok!

mr.syazwan said...

agak2 ratna ayu ni mirip siapa erk??

nak gak tahu so ada feel sikit nak baca..

haha (boleh ke mcm tu?)

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---)agak2 wan macam siapa?hehe

faizal membayangkan ida nerina.hehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED