Friday, September 17, 2010

RENYUK

Ini bukan baju raya saya:PPP


Salam Syawal..

Aduhmak..harini dah Jumaat.

Maknanya aku dah bermula untuk kerja.

Oh noo..
Rasa malas. Serius malas sebab dah lama sangat kut rasanya bercuti.

Selalunya konsep blurr 'Blue Monday' akan menjelma setiap menjelang Isini pagi.

Tapi esok rasanya 'Blue Friday!'

Menjadi kebiasaan setiap Jumaat untuk berpakaian baju Melayu.

Heh..time ni ajalah untuk aku nampak segak macam Melayu yang lain selain Hari Raya Aidilfitri lepas. Memetik sedutan doku-drama 'Manikam Kalbu' siaran raya ke dua baru2 ni menyatakan bahawa:
1) Baju Melayu sangat dekat dengan Islam berdasarkan prinsip menutup aurat
2) Baju Melayu cekak musang yang mempunyai lima butang melambangkan lima rukun Islam dan solat lima waktu yang perlu dijaga
3) Baju Melayu Teluk Belanga pula menggambarkan satu bulat di leher dengan satu butang menggambarkan bumi yang kita duduki sekarang dan kewujudan Allah Yang Satu.

Menarik, kan?

Apa kejadah kait mengait dengan topik plak?

Aku kurang gemar menggosok baju sebenarnya ya. Tapi bila melibatkan profession mengajar ni, lebih2 bila berhadapan dengan pelajar, penampilan kita harus di jaga. Kemas itu sangat penting.

Kalau zaman aku student dulu kureng menitik beratkan warna tie ngan baju (selalunya tie aku plain saja colornya), sekarang dah kena pandai mix and match. Suai padan orang kata. Belek2 sikit latest fashion semua. (cam tak percaya google internet untuk dressing code, mix and match)

Jangan main hentam kromo saja ok. Teringat kata2 nakal seorang tetamu raya baru2 ni. Apa daa raya ke dua boleh mengumpat bagai.ha ha ha. Derkk je dia kata ketiak cikgu tu koyak masa ajar dia dulu! Haiyaa

Tergamam kejap aku.

Camnelah rupa students aku tengok aku mengajar agaknya:))

Berbaik pada gosok baju tadi. Paling tak suka menggosok seluar slack hitam..sebab licin. Baran jugak kadang2 sebab it takes a lot of time. Gosok sikit, seluar tu akan 'bergerak'. Baju melayu dalam gambar di atas pun ambil masa juga nak gosok. Mau 30 minit sebab material kainnya yang susah nak straight. Kalau nak cepat, spray dengan air. Barulah elok sikit. Korang tengok sendiri, masih ada renyuknya kan?

Ok kejap lagi aku gosok balik. he he he

Renyah ok!

Tu kut sebabnya certain lelaki tak suka benda2 complicated neh unless dia memang seorang yang gila2 particular.

Apa2 pun buat yang tengah bercuti..selamat menghabiskan masa cuti korang. Yang tengah bekerja, jom bokojo sekuek-nyo. Mudah2an imbuhan hujung bulan/awal bulan yg kita terima nanti diberkati Allah.

FaizalSulaiman:---)Menyempurnakan Slot Aksara Keraian, Siri seram dan slot Write Cup sebelum minggu depan. Saja nak siapkan awal2.he he he

18 comments:

epol said...

whoaa cam seorang kawan tu yang sgt perfectionist..kalo renyuk sket je mesti nak gosok kasi licin balik..haha

**hari jumaat mmg tak dipisahkan dgn baju melayu sbb hari tu je yg agak relevan nak pakai..nak pakai hari isnin segan plak :p

shahirahkhairudin said...

walla wei.. ai paling suke gosok baju.. boleh jadi sauna FS.. tak yah nazir2 duit pegi spa.. lalala~

Faizal Sulaiman said...

epol---)haha

hari isnin kalau pakai macam nak gi kenduri kahwin plak.hehehehe

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin ---)wahh leh tolong gosokkan baju FS tak?hehehehehe

Sherrrrrry said...

letak je dlm mesin basuh hehe
hai FS !!!

Faizal Sulaiman said...

Arabella ---)warghhh mesin basuh kang bertambah renyuk plak.huhu

hai cik arabella.tak gi skola ke harini?hehe

Pencacai Alim said...

samala kita pejal..kna masuk kja hr jumaat..argh!!!!

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim---)hahaha..sama2 menyibukkan diri wehhh.haha

mr.syazwan said...

"Baju Melayu cekak musang yang mempunyai lima butang melambangkan lima rukun Islam dan solat lima waktu yang perlu dijaga"

laaa iye ke maksud dia tu??

huhuhu.. hbs yg 3 tu solat dia x cukup ye.. huk3

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---)sepatutnya butang baju melayu cekak musang ada lim button.yg tiga tu bergantung pada si pembuat.

signifikannya lebih kepada lima button:)

hamzah ian said...

hahaha..

Faizal Sulaiman said...

hamzah ian ---)hohohi..gelak plak dia:)

farida tarmize said...

pejal..aku malas update blog la..
bg semangat sket..takpon ko tlg update blog aku?

[sambil mengelip2 mata]

Faizal Sulaiman said...

cik kedondong---)hahahahaha ala apdate la pasal encik budu ko tu:) kikiki

kawan kita da jalan.ko bila lagi cik?hehehe

NUke_Rude said...

hahah. weh.

seriusly, aku xde lak terpikir bilangan butang tu ngan rukun islam.. sesuatu yg baru nih!

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---)ha'a la nuke..aku tengok di slot Manikam Kalbu di TV3 raya ke dua haritu

naniE said...

anta dobi yg boleh gosokkan skali tu..senang citer..

farida tarmize said...

ape kes en budu?
ko jgn pejal slh org pulak..
en budu imah punyer okehs

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED