Tuesday, September 14, 2010

MAM: NASI AYAM CARA SAYA

Salam Syawal

Hah! Ambik!
Belum2 dah makan!

Slot Masak-Ambil gambar-Makan lagi. Kali ni nak kongsi ngan korang resipi Nasi Ayam..Tapi cara aku la:P

Mungkin korang tatau nak sajikan apa dekat kawan2 yang datang bertandang di rumah, kan? So aku bagi sikit idea bagi mereka yang nak masak2 sikit. Nasi Ayam bukan susah pun. Senang je. Sangat senang. Aku ni pulak jenis yang kurang gemar nak sajikan kuih kuih marjerin raya2 ni. Nak2 kalau kawan2 datang. Bukan selalu pun. Sekali sekala kan? Hihi time2 mak aku duk kampung ni la aku tunjuk skill memasak.wakakaka

Methodology dia agak rumit la sebab nak kena sedikan banyak condiments semua..Tapi kalau tak cuba, tak tahu. Betul tak?

Basically, resipi ni terbahagi kepada beberapa divisions iaitu:
1) Nasi
2) Ayam Goreng
3) Sos
4) Sup Ayam

Jom tengok resipinya. Kalau rajin, korang di alu-alukan untuk mencuba! Hasilnya..lumayan beb.hahaha

Bahan Nasi
3 cawan beras
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
1 cm Halia*
1 paket rempah tumis
1 helai daun pandan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit Garam

#Asingkan bahagian ayam yang hendak dibuat sup. Pastikan kalau nak buang kulit ayam, jangan dibuang terus. Rebus bahagian yang hendak dijadikan sup beserta kulit ayam yang sudah dihiris nipis selama 15-20 minit. Setelah itu, ambil air rebusannya dan bahagian yg tak diperlukan (kulit ayam) boleh lah dibuang.

#Kalian juga boleh menggunakan alternatif Pati Nasi Ayam Maggi, so takya la nak rebus bagai ni. Rileks..kita yg buat dia, ok:)

#Nota: Bahan bertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu

Cara-Cara Nasi
#Beras di basuh terlebih dahulu, at least 3 times
#Masukkan air rebusan ayam tadi dan bahan2 kisar ke dalam beras
#Masukkan rempah tumis ,serbuk kunyit dan daun pandan
#Sedikit garam untuk perasa. Kacau rata
#Masak nasi selama 30 minit

Harum seyh bau dia.hehe


Setel nasi. Jom pi tengok cara nak buat ayamnya plak

***

Bahan Perap Ayam
1 Ekor ayam, potong 12
1 sudu besar tepung ayam goreng Adabi (apa2 brand pun boleh)
2 sudu besar kicap (depands, kicap jenis apa)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur (depends..kalau nak pakai, boleh pakai. Kalau tak..tak perlu)
Secubit Garam

Cara Cara Ayam Goreng
#Peram selama 15-20 minit
#Goreng ayam dengan teknik deep fry sehingga masak coklat gelap (reflek dari membubuh kicap)
Ayam goreng sedap:)


***

Bahan Sos
6 batang lada merah (besar)*
4 ulas bawang putih*
½ Bawang besar*
1 botol sos cili
Garam dan Gula

Cara Cara Sos
#Masukkan bahan kisar ke dalam kuali yang sudah dipanaskan dengan sedikit minyak
#Kacau bahan kisar di atas api yang sederhana besar
#Masak bahan kisar selama 15-20 minit
#Masukkan sos cili ke dalam adunan bahan kisar
#Kacau rata dan bubuh garam serta gula untuk perasa.

Sos..Ter-pedas..hehe

***

Bahan Sup Ayam
5 biji kentang dipotong dadu, lepas tu rendam dalam air
1 paket rempah tumis
Daun Sup
2 ketul (ketul kut?hihi) kiub pati ayam Maggi
3 ulas bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm Halia*

Gamba sup tak sempat nak ambil. Ambil gamba kiub boley?hehe


Cara Cara Sup

#Masukkan air ke dalam periuk (dalam 3-4 cawan), kentang beserta rempah tumis juga bahan kisar
#Masukkan bahagian ayam yang hendak dibuat sup
#Masak sup dan apabila sudah hampir kepada sajian bubuh kiub pati ayam dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu hiris daun sup halus-halus dan taburkan ke dalam sup.

Cuba dulu, baru tahu. Tak rugi pun okey:)

Gamba penuh makanan tak sempat nak ambil..sebab dah makan dulu.hehehe

Sebenarnya mungkin ada sesetengah tak suka letak all the onions dalam nasi. It depends. Sebenarnya ia mahu memberi lebih flavor dan menyumbang kepada taste yang masyaAllah..sedap.

Nutritional Value
Karbohidrat: Nasi+Sup Ayam dengan Kentang
Protein: Ayam Goreng + Sup Ayam
Vitamin A: Chilli
Mineral: Bawang-bawang

FaizalSulaiman:---)Moving forward utk jadi 'suami mithali' hahaha..adoyaiii

18 comments:

shahirahkhairudin said...

aaa.. nasi ayam.. suke.. suke..

eqbalzack said...

ni resepi makan sorang, berdua atau 1 kampung ni bro? hehe

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin---)hehe..shira suka ye?sila lah cuba!

Faizal Sulaiman said...

eqbalzack---)hahahaha..nakal..

ni sekali ngn mak mentua, menantu, ipar duai sekali.wakakakaka

ps: utk 1 family.kalau nak makan berdua, setengah ekor pun cukup.hehe. portion di atas ni kalau nak buat kenduri pun cukup.LOL

Pencacai Alim said...

berblog terer..tulis cerpen dan novel terer..masak terer..ko mmg hebat..peturun ilmu skit..

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)haha
lawak mu:P

ada org yg lagi terer dari aku lorh:))

kita kongsi apa yg ada.ko try la resipi neh:)

MR. SYAH said...

wah.. bleh cuba ni.. boring jugak asyik masak mee goreng, nasi goreng ni..

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH ---)hehehe..cubalah syah.sumpah senang:))

Lady Waleane said...

aku bak try! hehe..

Tunjuk Bintang said...

lor.. cam nasi ayam yang nak bagi aq makan jer time raya hati tu. huhuhuhuhu.. kalau ko bagi pon memang dah x larat makan. raya makan kuih raya sahaja yer.. nak plus2 nasi ayam ker, mee goreng ker.. uhuks.. cukup la.. yang penting air keladi u olls..

epol said...

lelaki yang pandai masak nasi ayam = idaman mak mertua..haha

Faizal Sulaiman said...

Lady Waleane ---)haaaa ko kena try.nak tambat hati mak metua.lalalala

Faizal Sulaiman said...

Tunjuk Bintang---)haa ni la nasi ayamnya..rugi a ko tak makan.aku kan suka bagi korang makan-makanan neh.

ps:thn depan aku nak buat pasta.ko makan tak?

Faizal Sulaiman said...

epol ---)hahaha ko saja je kan epol!hehe..

lelaki suka komen entry nasi ayam= turut menjadi pilihan emak2 mertua.

saya mesti pilih!

NUke_Rude said...

nasik ayam.. malaysian signature dish!



besides satay la.

Anonymous said...

wahhh chef...salutee!!

p/s: nasi ayam......

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---)kan? actually makanan ni dr kulinari chinese tp malay da adapt dengan method deep fry goreng ayam.org melayu kita suka goreng2 neh:)

happy birthday bro!

Faizal Sulaiman said...

Mr.Homosapiensz ---)nyum nyum..ko cubalah!!

'anda buat..anda dapat'..ustazah siti norbayah

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED