Friday, September 10, 2010

JILBAB CHENDANA: PEMBONGKARAN EKSKLUSIF


Ada yang tertanya-tanya
Ada yang berteka teki..

Jadi marilah sama-sama kita membongkar.
Ya..Ini eksklusif

Kisah kolaborasi yang menjadi bacaan sesetengah blogger...

JILBAB
KARYA: EL ZAFFRIL

Idea Kolaborasi?

Saya sebenarnya mencari penulis untuk berkolaborasi dengan saya untuk projek penulisan cerita. Jadi saya mendekati En. Faizal Sulaiman untuk menulis bersama-sama saya dalam satu projek yang ketika itu belum bernama lagi. Iyalah, kalau hendak menulis sendiri, memang makan masa yang lama untuk menghabiskan sebuah karya, kerana turun naiknya sikap rajin dan malas saya. Jadi saya mendekati Faizal sehinggalah dia bersetuju untuk menulis bersama saya.

Mengenali Faizal Sulaiman?

Faizal Sulaiman saya kenali melalui projek Aksara Keraian. Dia mempunyai pengaruh sendiri di Aksara dan penulisan Farcir nya sangat superb sehingga mendapat perhatian dari seorang penulis yang terkenal, saya kagum dengan penulis indie sepertinya. Memandangkan dia tiada projek kolaborasi, jadi saya menjemputnya untuk berkolaborasi dengan saya. Hasilnya positif.

Konsep penerbitan di blog?

Setelah berbincang dengan Faizal, kami bersetuju untuk menulis seperti konsep Gubra. Dua cerita yang saling tidak berkaitan, dalam satu cerita. Itulah yang cuba saya ideakan kepada Faizal. Mula-mula susah juga mahu meyakinkan Faizal. [ketawa]. Jadi kalau kamu membaca Loro, dia adalah dua cerita berbeza yang saling tidak berkaitan. Tetapi bergenre sama, itu yang mungkin membezakan Loro dan Gubra.

Idea Loro?

Loro yang membawa maksud dua dalam bahasa jawa adalah idea Faizal, dia yang mencetuskan perkataan Loro. Gabungan dua penulis, dua cerita tetapi dalam satu genre yang sama, Seram Romantis. Itupun setelah kami berdiskusi melalui Pesanan Yahoo. Sesungguhnya kami tidak pernah berjumpa, hanya mengenali di alam maya.

Idea Jilbab?

Jilbab saya hasilkan atas perkara-perkara yang berlaku disekeliling saya. Saya mengambil idea yang pernah saya tulis dari dentuman rasa yang pernah saya tulis di blog. Iaitu luahan hati saya. Maka timbulnya idea Jilbab, atau bahasa di sini adalah tudung.

Konsep Seram Romantis?

Saya mengambil konsep seram romantis kerana saya lebih menjurus kepada cerita romantis, manakala Faizal lebih menjurus kepada cerita seram atau thriller. Jadi saya mengambil kombinasi seram romantis untuk menulis dalam projek ini adalah sesuatu keputusan yang tepat dan sambutan untuk kedua-dua cerita ini alhamdulillah. Memberangsangkan.

Karakter?

Watak dalam jilbab tidak banyak, Uth, Nur, Aisyah, Seri, Man dan Ayah Man. Zamri sekadar pengenalan dalam awal cerita dan watak itu telah dimatikan. Ada beberapa watak yang akan saya keluarkan lagi. Mungkin dalam dua watak lagi. Tak mahu menulis banyak-banyak watak. Sukar mahu di wrap up. [ketawa]. Itupun ada pembaca dapat mengangak siapa Nur. Alhamdulillah.

Prediction?

Saya merasakan, Jilbab tidak memerlukan prediction kerana ceritanya straight to the point. Tidak banyak twist and turn. Saya tidak pakar seperti Faizal.

Harapan?

Saya harap pembaca semua gemarkan idea penulisan ini. InsyaAllah, selepas selesainya Loro, saya dan Faizal akan berkolaborasi lagi, bukan berdua kali ini. Tetapi bertiga. InsyaAllah, masih dalam perbincangan tentang konsep dan tema yang mahu ditonjolkan kali ini.

***

Apa pula kisahnya dengan Chendana? Mari sama-sama kita bongkarkan..


Bagaimana Tercetusnya Idea Kolaborasi

Sebenarnya saya belum pernah terlintas untuk membikin sebuah karya kolaborasi. Bukan sebab apa pun, sekadar masih belum ready tetapi bila melihatkan karya kawan-kawan penulis lain yang sangat baik berkolaborasi seperti pembongkaran Cinta: Tulisan Anuar Kamaruddin dan Cik Ian, saya merasa sudah sampai masanya untuk saya menulis sebuah kolaborasi. Perubahan sangat penting dalam memastikan karya kita bervariasi. Lalu saya mengenali blogger El Zaffril lewat usahsama 9 penulis perintis di Aksara Keraian—sebuah medium pesta huruf dan abjad. Kami berbual lewat Yahoo Messenger dan hasil perbualan itu, saya mendapat hasil yang saya sendiri tidak menjangkakan!

Kami berhasrat untuk membikin sebuah kolaborasi.

Tetapi persoalan utama, genre apakah yang sesuai? Dalam Aksara, El Zaffril menulis sebuah karya sarat romantis berjudul Benar-Benar Cinta manakala saya meneruskan tradisi komedi gelap Farcir. Kami mahukan kelaianan yang belum pernah dicuba lalu konsep seram tiba-tiba muncul.

Hasil persetujuan, kami membikin sebuah kisah seram romantis, dimana setakat ini saya saksikan, kolaborasi ini mendapat tempat di hati pembaca.

Jujurnya, bekerja dengan El Zaffril, yang biasa saya sapa dengan Along sangat menyenangkan. Tak terlalu menekan, dan page limit sampai lima saja.(ketawa)

Konsep

El Zaffril mencadangkan konsep cerita ini seperti filem arahan Yasmin Ahmad, Gubra, dimana dua cerita berbeza bergerak atas landasan yang sama. Unik idea beliau dan saya terus sahut sebagai cabaran. Secara lahiriah, menghasilkan karya seram bukanlah sesuatu yang senang. Anda perlu fikirkan cara untuk menakutkan pembaca selain isu yang ditimbulkan perlulah menimbulkan tanda tanya dan logik. Saya gemarkan twist and turn dan melalui Chendana, ekperimentasi twist n turn itu sangat berjaya. Pesanan saya pada anda yang membaca, jangan mengagak sesuatu yang tipikal, kerana saya sukakan yang luar biasa.

Mengenai Chendana

Ini adalah kisah seram ke dua selepas ‘Seru’ yg disiarkan tahun lepas.

Idea menulis kisah ini timbul pada tahun 2006 dengan working title ‘Chendana Sari’ dan uniknya flashback tu muncul dalam mimpi saya. Semestinya babak mimpi tu saya akan masukkan ke dalam tulisan Chendana nanti. Semasa proses menulis synopsis, saya ada memberitahu kawan baik tentang cerita seram ini dan jawapannya “kau jangan tulis habis dulu. Kang kontroversi dengan filem Chermin!” saya menjawab “Kenapa pulak? Jalan cerita lain lah”. Dia membalas “Ejaan dekat-dekat sama”. Jadi, cerita Chendana saya keluarkan tahun ini setelah empat tahun tersimpan..

Mengapa Loro?

Loro timbul selepas merasakan tiada judul yang sesuai ketika berbincang di YM. Loro seperti kata El Zaffril adalah kata jawa yang bermaksud dua. Loro diambil disebabkan klasikal perkataan itu sendiri. Dan gabungan dua tajuk itu dirasakan sangat unik..

Chendana: Akan Datang

Cerita ini terpecah kepada Samira, Asyraf, Jamil dan Hajar. Ada rahsia tersimpan dalam keluarga kecil Samira. Ada bayangan mengikutnya dan bayangan itu adalah imbasan semula watak Sari beratus-ratus tahun dahulu. Perlu di ingat, cerita ini ada twist and turn nya, jadi cuba lari dari penyelesaian tipikal dan berfikir di luar kotak. Selepas ini Ratna Ayu akan cuba merampas Chendana keluarga Samira dan isu besar..benarkah keluarga itu membela saka dan benarkah Ustazah Jamilah berniat untuk membunuh diri?

Tak mahu anda pening2 sebab mahukan pembaca rileks membacanya..


Harapan

Sangat berharap cerita ini dapat sambutan dari pembaca. Seram bukan semata tetapi mahu memberikan sesuatu kepada pembaca. Apa dia? Tunggu ajelah ye. Oh ya seperti kata El Zaffril, sesudah selesai Loro, satu lagi projek kolaborasi bakal menjengah. Mungkin hujung tahun ni dan genrenya..sangat mencabar. Saya harap boleh menyahut cabaran itu dengan baik

Teruskan pembacaan anda pada Loro:Jilbab Chendana

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

Jilbab Episode 9 akan kembali bersiaran pada Jumaat 17 September 2010, jam 8:08 malam

1 comment:

Haris Hauzah said...

Saudara,

saya sedang mencari rakan kolaborasi untuk satu projek penulisan cerpen ?

penulisan saudara berpotensi hebat... bolehla kita saling menumpang...

bagaimana ?

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED