Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 11 akan disiarkan pada 27 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.
Nur membeliakkan matanya, terkejut dengan setiap yang dilihatnya kali ini. Saat membuka matanya, hanya kelihatan tembok batu berwarna putih kiri dah kanan. Sebuah lorong koridor lurus yang juga terdapat beberapa pintu di kiri dan kanan dinding bercat putih. Kira-kira sepuluh meter dihadapannya, terdapat simpang empat yang tepi simpang itu terdapat satu kaunter pertanyaan.
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah simpang empat koridor. Kelibat seorang wanita beruniform putih lengkap bertudung lalu disebelahnya. Nur terdorong ke dinding dek terkejut dengan kehadiran wanita itu dari belakangnya secara tiba-tiba. Telapak tangannya terus mengusap-usap dadanya yang berombak kencang.
“Kejar-kejarlah.”
Kedengaran suara halus seorang budak dari koridor yang berserenjang dengan koridor yang dilaluinya. Dia mengamati suara itu, suara budak lelaki. Tetapi tidak langsung kedengaran tapak kaki itu berlari.
“Kejarlah lagi. Kejarlah.”
Suara budak lelaki yang diikuti dengan hilai tawa itu semakin menghampirinya. Nur hanya diam mendengar sambil perlahan-lahan melangkah ke arah simpang empat koridor yang dari tadi dipandangannya.
“Kejarlah kalau dapat.”
Seorang budak lelaki lingkungan usia sepuluh tahun berdiri betul-betul di tengah koridor. Dia hanya memakai sepersalinan ringkas serba hijau dan kepalanya botak, tiada sehelai rambut pun. Kemudian dia memusingkan badannya seratus lapan puluh darjah dan menjelirkan lidah. Lalu di pandang kiri dan kanan.
“Eh, Kakak”
Budak lelaki itu terus berliri mendapatkan Nur yang berada di kanannya dan terus berdiri di hadapan Nur. Budak lelaki itu tersenyum ke arah Nur. Nur mengukir senyuman yang paling manis, kemudian mencangkung untuk menyamakan ketinggian dengan budak lelaki itu.
“Kakak ni cantiklah.”
“Adik boleh nampak Kakak?”
“Mestilah, adik ni kan ada mata. Mestilah adik boleh nampak semua. Tapi adik peliklah kakak, kenapa ada orang kat sini yang tak boleh nampak Adik ya?”
‘Budak ni halimunan seperti aku juga kah?’ Desis hati Nur.
“Adik tinggal di mana?”
“Kat sinilah Kak.”
Nur merenung ke lantai. Buah fikirannya ligat berfikir, pakah yang bisa dibantu untuk kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu.
“Kat sini, adik tinggal di mana?”
“Adik tinggal di bilik hujung sana.”
Jari telunjuk budak lelaki itu menuding ke arah belakang Nur. Nur memusingkan badannya, melihat ke arah yang di tuding oleh budak lelaki itu. Terdapat beberapa bilik di arah yang ditunjukkan.
“Nama adik apa?” Nur memegang tangan budak lelaki itu. Kali ini dia bisa menggenggam tangan itu, tidak seperti tangan atau tubuh Uth yang selalu cuba disentuhnya, tetapi gagal. Bahkan kulitnya seperti tidak bersentuhan pula. Tetapi dengan budak lelaki itu, dia bisa menyentuh tangan budak lelaki itu.
“Ahmad Iqmal bin Ahmad Idham. Kawan-kawan sekolah panggil Ahmad. Mak dengan Abah panggil Iqmal. Terpulang pada Kakak lah nak panggil apa.”
“Kakak panggil Iqmal sajalah.”
Nur tersenyum memandang memandang ke arah Iqmal. Petah bicara dan bijak pula Iqmal ini. Baru berusia sepuluh tahun, tetapi sudah mengalami nasib yang sama sepertinya.
“Jom Kakak.”
Iqmal terus menarik tangan Nur dan mendorong Nur mengikutnya. Langkah Iqmal ke arah bilik yang ditunjukkan tadi. Nur tersenyum lagi melihat karenah kanak-kanak itu.
“Jomlah Kakak.”
“Iyalah, Kakak ikut ni.”
Nur menggeleng-gelengkan kepalanya melayan keletah Iqmal. Perlahan-lahan Iqmal menolak pintu bilik itu. Nur melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. Iqmal melepaskan genggaman tangannya dan Nur.
Mata nur melilau memerhatikan sebuah bilik yang sederhana luasnya. Kemudian matanya terpanah ke arah sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Kedengaran bunyi mesin-mesin yang asing dari halwa pendengaran telinganya.
Nur berjalan merapatkan dirinya ke sekujur tubuh yang sedang terbaring itu. Perlahan-lahan dia merapati tubuh yang berselirat dengan wayar seluruh tubuhnya.
“Ini Iqmal.” Hanya itu yang mampu terucap dari kotak suara Nur saat melihat wajah tubuh yang terbujur kaku.
Iqmal mengangguk. Nur menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menekup mulutnya dengan tangan kanan. Dia antara percaya atau tidak apa yang dilihatnya, sekujur jasad yang masih lagi berdegup dan sebatang roh yang sedang mencari arah tujuannya.
“Iqmal sakit apa?”
“Tak tahulah Kakak.”
“Mak dengan ayah Iqmal mana?”
“Mereka akan datang. Tapi tak tentu la Kakak.”
Nur memandang ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring itu. Riak wajahnya tenang dan sedikit pucat.
“Tadi Iqmal main dengan siapa?”
“Seri.”
Jawapan yang keluar dari mulut Iqmal begitu mengejutkan Nur. Kalau boleh, dia tidak mahu mendengar nama itu ataupun ternampak kelibat. Hati Nur berdegup kencang.
“Tapi kasihan dia Kakak. Dia tak boleh berjalan. Dia lumpuh agaknya sebab dia mengesot kat luar tu. Setiap kali Iqmal suruh masuk bilik Iqmal. Dia tak mahu, Iqmal pun tak tahu kenapa.”
Nur melilau mencari jam dinding yang tergantung dalam bilik itu. Jam sudah menunjukkan hampir 6.30 petang.
“Bila dia sampai sini?”
“Masa Iqmal jumpa Kakak, masa itulah dia baru sampai. Dia baru kejar Iqmal, terus Iqmal nampak Kakak. Iqmal nak ajak Kakak main-mainlah. Kita main kejar-kejar dengan Seri sekali ya kakak.”
Nur tersenyum kelat lalu mengangguk.
Halwa telinga Nur menangkap suara seorang wanita membaca Surah Yassin disertai dengan sendu tangisan wanita itu. Nur melangkah perlahan-lahan ke arah suara wanita yang kedengaran dari bilik setentang dengan bilik Iqmal.
‘Suara siapa pula itu?’ Desis hati Nur.
“Iqmal tunggu sini kejap ya dik.”
Saat berada di koridor Nur cuba mendekati pintu bilik yang kedengaran Surah Yassin dibaca tadi.
“Apa yang kau buat di sini wahai perempuan?”
Mata Nur tertancap ke arah suara yang menegurnya itu. Terbeliak matanya melihat mata makhluk yang terang berwarna merah sedang menyeringai ke arahnya.
‘Makhluk mengesot itu lagi.’ Desisnya dalam hati.
“Kau mahu apa lagi?” Nur memberanikan dirinya.
“Aku mahu apa yang aku mahu.”
“Apa yang kau mahu?”
“Itu kau tak perlu tahu. Tapi sekarang aku mahukan kau.”
Nur pantas berlari tanpa arah tujuang di koridor, mencari jalan keluar dari bangunan yang padanya seperti sebuah penjara. Makhluk itu tidak bisa bergerak laju, perlahan-lahan dia mengesot ke arah Nur.
“Jangan kau lari, ini juga mungkin takdir kau.”
“Jangan berani kau sentuh Iqmal.”
Nur memberi menjerit ke arah makhluk mengesot itu. Dia bimbangkan keselamatan Iqmal, tetapi dia harus menyelamatkan dirinya dahulu. Dia mendoakan yang Iqmal selamat di situ dan tidak akan diapa-apakan.
“Aku tidak mahukan dia, aku mahukan kau. Biar kau menjadi takdirku wahai anak gadis. Kau sangat manis dari pandanganku.”
“Tidak!!!” Nur berlari sepantas mungkin dan terus memejamkan untuk beberapa saat.
BERSAMBUNG..
ps: Selamat Pengantin Baru, Long!
No comments:
Post a Comment