Friday, September 10, 2010

QASEH TAK BERPENGHUJUNG: INSPIRASI KISAH BENAR


Salam Syawal

Allahuakbar!
Allahukabar!
Allahuakbar!
Allahukabar wallila ilham..

Takbir satu syawal menjengah lagi. Semoga kalian berada dalam suasana baik-baik saja. Mungkin sekarang ini kalian bersama keluarga tercinta. Bangun di waktu pagi, merenung baju raya cantik, siap sampan dan bersedia mahu mandi sunat Aidilfitri.

Suasana tenang di pagi mulia yang sangat jarang kita perolehi sepanjang tahun..

Apapun..kita singkap kehidupan keluarga Uzair. Uzair adalah nama fiksyen yang penulis tulis sendiri atas pengalaman individu tertentu. Uzair tinggal di kampung. Tahun ini, anak sulung dari dua beradik itu menginjak sebelas tahun. Tetapi usia Uzair tak menggambarkan bahawa dia masih sebelas tahun. Bapanya, Karim seorang penoreh getah. Ibunya Musalmah penjual kuih di bazaar Ramadhan. Adik perempuannya Latifah, lapan tahun akan membantu menjual.

Ini bukan kisah Uzair.
Tetapi kisah Karim dan adik beradiknya.
Karim anak sulung dalam lima berkeluarga. Adik keduanya Jamil, seorang jurutera berjaya di sebuah syarikat kapal. Adik ketiganya Jalil, seorang pensyarah perakaunan dengan pangkal doktor di namanya. Gajinya empat angka. Anak baru seorang. Isterinya bekerja di tempat yang sama. Yang ke empat Khairul seorang doktor veterinar yang sudah berkahwin dengan seorang pakar sakit puan. Kembar anak mereka manakala yang terakhir Khalid seorang juruterbang, baru dua tahun berkahwin dengan pramugari.

Lihat!
Betapa berjayanya adik beradik Karim.
Bukan lambang Karim malas. Jauh sekali dia tak bersungguh disekolah.
Tetapi disebabkan tuntukan wang dan kepayahan ibunya, Maryam membesarkan lima anak lelaki tanpa suami disisi membuatkan Karim terpaksa berkorban.

Demi adik beradik dia sanggup.
Demi melihat Jamil berjaya, demi memenuhi kehendak Jalil, demi meneruskan cita cita Khairul dan demi menjadikan Khalid sebagai manusia berguna, dia junjung amanah arwah ayahnya Razak yang meninggal dunia sejurus usianya menginjak lima belas tahun.

Karim tolong lah emak.
Ayah dah tak ada.
Adik adik kena makan.
Sekolah kan mereka
Jadikan mereka manusia berguna

Itu antara pesan arwah ayah sebelum dia pergi meninggalkan muka bumi ini. Dia sanggup kalau dia berlapar. Dia membanting tulang demi kelansungan hidup adik beradiknya. Dia rela berkorban demi adik adik tercinta.

Dan selama berbelas tahun menyekolahkan, membimbing selain tak putus-putus menghulur wang seorang demi seorang adik beradik meninggalkannya.

Mereka mula membina kejayaan
Mereka mula membina empayar
Mereka mula mencari kebahagiaan

Tetapi Karim sendiri.
Terperuk di kampung, mengenang adik yang disayang tak pulang pulang menjenguk. Malah dia sering berfikir sendiri…

Salah ke didikan aku?
Salah ke aku berjayakan diorang?
Masih ingatkah mereka padaku?
Kenangkah lagi diroang padaku?

Pernah sekali dia memberitahu anak lelakinya Uzair ketika usai solat terawih di surau Al Mukminun, dua malam sebelum menjelang Aidilfitri.
“Kau pergilah rumah pakcik-pakcik kau, nak. Sampaikan salam ayah dan emak. Kau tahu kan.., motor buruk kita tu tak mampu nak menampung semua keluarga kita. Ayah hantar kau sebagai wakil”

Uzair diam. Hatinya sedikit berontak.
Buat apa pergi rumah orang yang dah tak ingat dekat kita? Buang masa!
Uziar menggeleng perlahan. Wajah berceratuk ayahnya dipandang dalam-dalam.
“Kita pulang ke rumah Tok Wan aje lah., yah. Kita beraya dengan Tok Wan”

Lelaki itu mengangguk. Dia faham gelojak rasa Uzair. Uzair kan anak lelakinya. Putih kata budak itu, putihlah. Hitam.., maka hitamlah.

Maka, satu syawal menjelang tiba. Empat beranak itu sudah siap sedia membungkus ketupat daun palas, kari ayam tua ala kadar, sayur lodeh tumisan tauhu, kubis dan taugeh---sekadar bahan asas dan kuah kacang. Mereka membawa dua motor. Satu motor, disewa Karim dari Cikgu Bahar, guru kelas anak lelakinya dengan kadar dua puluh ringgit satu hari. Cikgu Bahar mengerti kepayahan keluarga itu.

Bukankah tidak enak jika menindas kaum yang lemah?

Mereka mengharung becak tanah merah, terus ke jalan utama. Uzair memandu motor Cikgu Bahar dengan berhati-hati. Ya..dia tidak punyai lessen, tetapi kehendak hati dia dan ayahnya supaya mereka beraya di rumah Tok Wan menjadi kenyataan.

Mereka tiba di perkarangan rumah Tok Wan dengan selamat. Luas rumah Tok Wan walaubagaimapun dimonopoli beberapa kereta besar yang cukup mengagumkan keluarga Karim. Ada Mitsubisi Lancer, Proton Saga BLM, Toyota Vios dan Kia Spectra yang cukup menawan. Di beranda kayu yang unik, kelihatan empat lagi adik beradiknya, Jamil, Jalil, Khairul dan Khalid memandang anak beranak itu dengan satu pandangan keliru yang sukar hendak digambarkan.

Jijikah mereka mendapat abang seperti Karim?
Hinakah mendapat ahli keluarga miskin?
Kenapa orang miskin selalu dipandang dengan riak keliru??

Karim menongkat motornya. Membukakan helmet anak perempuannya Latifah yang berbaju kurung sedikit renyuk sebelum mengajak isterinya Musalmah dan anak lelakinya naik ke atas rumah.

Jamil mendapatkan Karim.
Dihulurkan salam.
Karim menyambutnya mesra. Dikucupnya jari jemari tua itu.
Terselah urat dawai lelaki itu.
Wajah berceratuk dan berkedut Karim diperhati dalam-dalam.

Oh abang…kau telah melalui keperitan hidup yang menyeksakan!
Lihatlah tulang temulang engkau!
Urat-urat yang timbul disebabkan kerja-kerja berat yang engkau sudah lakukan demi kami.
Kulitnya gelap..kalau hendak dibanding dengan adik beradik lain.

“Bang!”
Jamil memeluk abangnya erat. Adik beradik lain memerhati dengan sayu lantas mengajak si abang masuk dan mempersilakan duduk di ruang sofa rumah mereka. Berbual-bual mengenang kisah lama. Kisah kanak-kanak kecil yang tak mungkin dilupakan. Saat itu sangat manis. Saat berkasih sayang. Saat di mana makanan sedikit, dikongsi bersama. Sakit perit diharung bersama…

Tetapi satu yang membezakan adik beradik ini.
Ilmu.
Kalian percaya yang ilmu boleh membezakan seseorang itu?

Kenapa ilmu?
Kenapa bukan rumah besar? Kenapa bukan kereta besar? Kenapa bukan wang yang banyak?

Ya!
Ilmu.
Ilmu membezakan antara Karim dan adik beradiknya.
Adik beradik..bila dah berkeluarga sendiri, tak mungkin hendak mengenangkan adik atau abangnya. Sebab si adik atau abang sudah ada tanggungjawab sendiri..
Dia fokus pada tanggungjawabnya saja.

Kalau benar adik beradik Karim ambil tahu pasalnya, takkan Karim hidup susah. Takkan Karim menderita, tua sebelum usia, mengharung motor cabuk sedang si adik beradik memandu kereta mewah?
Sedangkan masa kecil, pahit maung diharung bersama. Malah si abang menjaga berak kencing si adik.
Sampai dewasa, mereka akan bawa hal sendiri!

Kalian mungkin tidak bersetuju…tetapi ada waktunya nanti, adik, abang atau kakak akan meninggalkan kalian…membina hidup berkeluarga sendiri dan perlahan-lahan melupakan kalian.

Oleh itu..sempena hari baik, bulan baik ini, lawatilah ahli keluarga terdekat. Dekatilah mereka. Kenangilah jasa mereka yang tolong membesarkan kalian. Jangan jadi manusia angkuh! Jangan jadi manusia bongkak.

Sebab itu hanya akan merugikan diri.
Menghancurkan diri
Selanjutnya kalian akan mendapat balasan setimpal, di dunia lagi!

Ingat!
Wang ringgit tak mampu membahagiakan.
Kasih sayang juga penting hidup dalam dunia ini!
Jangan buta kerana wang.
Jangan hamba kepada wang.
Jangan seksa dengan wang!

Pohon maaf di kala Aidilfitri, sayangilah selagi ada keluarga.

Maaf Lahir dan Batin
Moga Kalian mendapat sesuatu dari bacaan ini!
Lailahaillallah!!!


SETERUSNYA: Komika Raya
Saksikan gelagat Kamal X dan Zikri Y dari Planet Asgor, dan cubaan-cubaan mereka untuk pulang berhari raya setelah tersangkut di Planet Hitam
Saksikan jam 3 Petang!

2 comments:

MR. SYAH said...

nice!selamat hari raya FS..
xsempt nk join titipn aidilfitri.. nk duit raya.. ehem3..

Lady Waleane said...

sampan ke samping? hehe..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED