Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 10 akan disiarkan pada 21 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.
“Dah banyak hospital dah kita masuk. Dari Hospital Serdang kemudian ke Hospital Kajang. Hospital Putrajaya pun dah pergi. Hospital UKM pun dah sampai. Ni Hospital Kuala Lumpur pula. Haish, mana jasad Nur ni?”
Nur membebel sendirian petang itu sejak kakinya melangkah keluar dari pagar Hospital Kuala Lumpur. Mencari jasad yang dia sendiri tidak tahu di mana mahu di cari. Dari lepas Uth bersolat Jumaat tadi naik satu persatu hospital, namun mereka langsung tidak menjumpai jasad Nur itu.
“Kalau macam ni, bila nak selesai semua masalah. Takkanlah selama-lamanya Nur nak macam ni.”
Nur melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang menghadap Tasik Titiwangsa. Kemudian kedua-dua tangannya menongkat dagu. Panjang muncung bibirnya. Rambutnya yang mengurai lurus berterbangan ditiup angin petang.
Uth menggelengkan kepalanya melihat gelagat Nur yang membebel putus asa. Dia berjalan ke sebelah Nur lalu duduk sebelah menyebelah. Badannya disandarkan ke belakang. Matanya dipejam rapat, menikmati bayu petang yang bertiup kuat.
“Uth ni teruklah. Sempat lelapkan mata.” Nur menolak peha Uth.
“Mana ada Uth tidur.”
“Siapa kata Uth tidur? Nur cuma cakap Uth lelapkan mata. Faham?”
Nur mencebik namun tiada reaksi dari Uth. Hatinya sedikit panas apabila Uth langsung tidak melayannya.
Uth memandang jauh ke arah permukaan air Tasik Titiwangsa yang tenang sahaja. Sekali-sekala berkocak permukaannya dek ikan yang muncul di permukaan. Sama seperti dirinya, dari redup raut wajahnya yang tenang sahaja, orang tentu menelaah dia seorang manusia yang sangat tenang dan gembira. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa hatinya bergelodak.
“Uth.” Nur memecah kesepian petang itu dengan memanggil nama Uth.
“Iya Nur.”
Uth mengukir sebuah senyuman seraya memandang ke arah Nur. Senyuman nipis itu menampakkan sebaris gigi yang tersusun rapi. Bisa saja senyuman itu menambahkan kadar degupan jantung gadis yang memandang. Berkulit sawo matang yang sedikit gelap, bulu kening yang tebal beserta parut di kening kiri menyerlahkan lagi kelelakian Uth.
“Soalan Nur pagi tadi Uth tak jawab pun lagi.”
Uth terus tersenyum. Mana mungkin dia lupa soalan yang terpacul dari bibir Nur pagi tadi. Soalan yang dia sahaja mempunyai jawapannya, tetapi jawapan itu sudah lama dibuang jauh-jauh.
“Jawablah Uth soalan Nur tu. Siapa Uth sebenarnya?”
“Mahu tahu siapa Uth sebenarnya?”
Nur mengangguk-anggukkan kepalanya dengan pantas. Dia terlalu ingin kenal dengan lelaki yang banyak membantunya itu. Dirinya terasa selamat berada di sisi Uth. Walaupun baru sahaja beberapa hari mengenali lelaki itu.
“Uth hanyalah lelaki kampung yang melukut tepian gantang. Mencari sesuap nasi dari pagi ke petang.”
“Uth ni main-mainlah. Nur tanya betul-betul ni.”
“Kenapa Nur nak tahu sangat tentang Uth?”
“Tak boleh ke kalau kita kenal dengan lebih rapat?” Nur menjengketkan bahunya seraya menyandarkan badannya ke kerusi tempat mereka duduk.
Uth tertawa kecil sambil diperhatikan oleh orang yang lalu-lalang, pelik melihatkan lelaki muda berusia lingkungan separuh akhir dua puluhan sedang ketawa berseorangan. Ada yang menggelengkan kepala, pasti dalam hatinya mengatakan pemuda itu gila.
“Nur ni nak mengurat Uth ya?”
“Mana ada.” Wajah Nur merona merah menahan rasa malu diusik Uth. Dia menjauhkan pandangan dari anak mata Uth yang menikam kalbunya. Hatinya geram dalam sayang diperlakukan sedemikian rupa oleh Uth.
“Betul Nur nak tahu siapa Uth?”
Nur mengangguk tanpa sedikit pun memandang ke arah Uth. Pandangannya jauh terarah ke arah teratai-teratai putih tasik yang berkembang mekar.
“Kalau nak tahu siapa Uth, pandanglah ke sini.”
Perlahan-lahan Nur membawa pandangannya dari teratai tengah tasik ke arah Uth. Matanya tepat memandang ke arah Uth. Diperhatikan dalam-dalam anak mata Uth. Dia menggelengkan kepalanya, tidak dapat membaca apa yang tersimpan jauh di benak hati Uth melalui pandangan mata itu.
Uth bingkas bangun dan menarik nafas dalam-dalam. Kedua-dua belah telapak tangannya dimasukkan ke dalam poket kiri dan kanan. Kemudian dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
“Uth bukan orang sini. Uth hanya menumpang di kota yang penuh dengan cabaran hidup.”
Uth menenangkan nafasnya. Matanya dipejamkan, riak wajahnya seperti terbeban dengan sesuatu yang tidak tertanggung.
“Uth adalah nama Uth. Dikenali dengan nama Uth di sini. Kawan-kawan di office pun hanya mengenali Uth dengan nama Uth sahaja. Lihatlah tanda nama kerja Uth.”
Nur terus terpanah ke arah tanda nama Uth yang masih terlekat di kemeja putih Uth. Hanya tertulis ‘Uth’ sahaja pada tanda nama itu.
“Jadi siapa Uth sebenarnya.”
“Uth berasal dari kampung, datang ke bandar untuk mencari ketenangan. Lari dari masalah hidup Uth yang melanda.”
“Lari dari masalah yang melanda?”
“Nur, Nur. Cepat betul nak tahu tentang hidup Uth.” Uth mengeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk semula di atas kerusi taman bersebelahan dengan Nur.
“Di sini, Uth hanya ingin sebuah penghidupan baru.”
“Uth, Nur masih tak faham. Soalan Nur pun masih tak berjawab lagi. Siapa Uth yang sebenarnya? Terus terang dengan Nur.”
Uth merenung tepat anak mata Nur. Lama dia merenung mata itu, mengharap agar dia tidak ditebak dengan soalan-soalan yang jawapannya mahu sahaja dilenyapkan dari ingatannya.
“Besar sangatkah permintaan Nur itu?”
“Tidak.” Ringkas sahaja jawapan dari Uth.
“Jadi, kenapa perlu berahsia dengan Nur?”
“Uth tidak berahsia dengan Nur.”
“Habis tu?”
“Belum masanya lagi Nur. InsyaAllah, sedikit demi sedikit nanti Nur akan kenal siapa diri Uth ni.”
Uth bangun dan mula membuka langkahnya. Perlahan-lahan dia berjalan meninggalkan Nur keseorangan.
“Habis tu, siapa yang mengesot tu?” Nur cuba mengembalikan ingatannya terhadap makhluk yang mengesot itu.
Langkah Uth terhenti. Pandangannya kini terarah pada Nur yang masih lagi duduk terpaku di atas kerusi taman tepian Tasik Titiwangsa.
“Maksud Nur, Seri?”
“Iya, Seri.” Nur mengangguk.
Uth tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Pandangannya kini teralih ke hadapannya. Langkahnya di buka.
‘Eh, kenapa Nur tak kejar aku ya?’ Bisik hatinya setelah beberapa langkahnya di buka. Uth memandang kembali ke arah kerusi tempat Nur duduk.
“Nur!”
Uth menggelabah. Nur tiada di tempat duduknya tadi. Matanya melilau ke arah sekitar secara rawak, mencari kelibat Nur yang hilang dari pandangan matanya.
“Nur! Nur!”
Menjerit-jerit macam orang gila Uth dibuatnya. Manusia-manusia sekeliling memandang Uth dengan penuh rasa pelik. Melihat lelaki itu menjerit-jerit, tadi bercakap seorang diri. Kemudian menjerit-jerit pula. Ada yang mengerutkan dahi, ada juga yang menggeleng-gelengkan kepala.
Risau Uth bertambah kerana hari semakin menginjak ke Asar. Yang paling dirisaukan adalah Nur, bimbang Seri akan melakukan sesuatu kepada Nur.
“Nur!!!” Melaung nama Nur di seluruh Tasik Titiwangsa.
BERSAMBUNG...
Tweet

4 comments:
suspen... ke mana nur pergi
Seri ---)jeng jeng jengggg..hehehe
thanks seri!
FS mmg pandai becerita
tahniah and im proud of u :)
Arabella --)hihi..dik ni bukan citer faizal.ni citer penulis el zaffril. cerita faizal judulnya 'chendana':)
thanks baca okay:)
Post a Comment