Ok aku mengaku. Aku tak boleh hidup dengan internet. Sehari tak buka internet sewaktu 1 syawal memang perit derr. Mati kutu aku dibuatnya.
Tapi aku masih boleh update status di FB dan melihat rakan2 lain menyambut Syawal dengan cara mereka sendiri.
1 Syawal oficially disambut pada Jumaat, September 10, 2010. Bukan Khamis ye. Tergelak bila tengok berita sekumpulan orang ditangkap kerana menyambut raya pada hari Khamis..Aku bertolak ke kampung ayah di Parit Jawa, Parit Sulong Batu Pahat, malam sebelumnya. Sampai2 dah disambut dengan ketupat, rendang semua.
Heaven betul masakan melayu kita ni, kan?
Malam itu aku cuba online utk melihat perkembangan slot 'Syukra Ramadhan Taqbir Syawal'
Walaupun internet sangatlah lembab, Alhamdulilah...dapat sambutan readers dan commentators. Macam nak buat lagi lah slot ni raya tahun depan:)
Esoknnya 1 Syawal. Hari di mana kita kembali semula ke fitrah asal manusia. Kampung aku ditimpa hujan lebat. Syukur..hujan rahmat. Mendengar khutbah sesudah solat sunat aidilfitri dalam keadaan kesejukan dengan persalinan merah lengkap. Tercapai gak nak pakai merah.hoho
Itulah pertama kali aku merasakan seronoknya beraya sebagai orang dewasa. Baju melayu lengkap!
he he he
Sesudah solat Jumaat (seronok sebab pergi masjid dua kali), aku dan along ke pusara nenek dan maklong di Bukit Cermai, Batu Pahat. Masih ramai yang mengunjungi pusara atas bukit tu walaupun jam hampir ke pukul 3 petang.
Selepas tu, aku ke rumah nenek sebelah arwah emak aku. Kami adik beradik memanggilnya 'Nyai'--my late mom was Javanese. Berborak dan kagumnya aku, dia masih ingat cerita adik beradik kami lebih2 si along yg sangat manja dengan beliau. Masakla kau long. hahahaha.
Edisi kali ni, Nyai tembak soalan maut.. Aku ngan along terkedu
"Bila kamu berdua nak kahwin?"
Ohhh my...
Aku senyum jelah. Selamba badak je aku jawab..
"Ala nyai..rileks la. Kita muda lagi. Nak kumpul duit semua"
Releven kan jawapan aku? ha ha ha
Along pulak katanya tengah mencari. Ok la tu tengah mencari:)
Pulang dari rumah nyai, terus ada aktiviti keluarga di malam raya pertama. Seronok gila sebab ada sesi barbeku yang sangat best. Nak muntah2 makan ayam dengan seafood semua. hi hi hi
Apa2 pun, Hari Raya kalini seronok dirasakan berbanding tahun2 yang lain. Sebabnya?
Sebabnya tahun ni aku bagi duit raya. Happy gila tengok muka counsins semua gembira, macam aku back 10 years ago!
Tapi, aku pun dapat juga duit raya!ha ha ha
Rezeki jangan di tolak. Merbahaya jangan di cari.
Bercakap tentang merbahaya, akhbar Utusan dan Kosmo harini ada melaporkan tentang kematian pengusaha kosmetik Nouvelle Visages, Dato Sosilawati Lawiya beserta peguam, pegawai bank dan pemandu beliau dalam keadaan yang menyedihkan. Diberitakan mayat ke empat-empat mangsa dibunuh terlebih dahulu sebelum di bakar.
Walau bagaimanapun, akhbar lain termasuk Berita Harian, NST, masih belum mengumumkan berita tersebut.
Apa2 pun kita mengharapkan keajaiban berlaku. Aku harap benar ke empat2 mangsa masih hidup sebab sekarang ni bulan baik. Kita letakkan situasi kita dalam keadaan keluarga mereka.
Bagaimana kalau orang yang kita kasih, sayang, cinta...hilang begitu saja?
Tanpa khabar berita?
Sedih atau tak?
Ya..kita masih mengharap keajaiban berlaku...
FaizalSulaiman:---)Traffic blog junam sikit sebab ramai pulang ke kampung beraya:) Apapun terima kasih la nuffnang sebab bagi lagi habuan beberapa hari lepas. Alhamdulilah..
8 comments:
wahh..meriahnya ada family potrait di pagi raya....huhuhuhu
aku pun mmg resah gelisah jer tanpa intrnet ni.......huhuhuhu
kawin ?? hahahha
(hahhahah...huhuhuhu berulang kali)
Mr.Homosapiensz ---)nakal ko, Mal
ohh gelak ya??
ps:aku pun gelak bila nyai aku tanya soklan tu:P hahaha
mmg meriah abes bro..haha..poket kosong tak?ke dah abes kasi duit raya?haha
epol---)hahahaha..ciss
ada baki lagi lah.ada yg warna hijau.ko nak ke?bwahahahaha
baju raya hitam ke? sama la kitaa...hehe
eqbalzack ---)haha..takla bang. merah.yg hitam tu along saya:P
ouh..kaler hitam ye.hitam itu menawan:))
meriah meriah meriah di hari raya..
hehe
mr.syazwan ---)merah di aidilfitri.hehehehe
Post a Comment