Tajuk: Jilbab Episode 8
Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 8 akan disiarkan pada 7 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.
“Man, kau tak kasihankan Abah?”
Man merenung pandangan bapanya dengan tajam. Dijengilkan matanya penuh rasa geram. Kemudian dia memandang ke luar jendela dari bilik bapanya yang sedang tenat.
“Abah, kenapa Abah buat benda khurafat ni Abah? Kenapa Abah mahu mensyirikkan diri Abah. Abah sedar tak dosa besar yang Abah tanggung?”
“Abah tahu Man, tapi kasihankan Abah. Kurangkan beban dosa yang Abah tanggung Man.”
Man menongkat dahinya, perasaan kasihan kini terbit dari dalam hatinya. Bapanya yang sedang terbaring kesakitan memohon simpati. Airmata resah menitik jatuh ke lantai papan rumah. Terdengar sendu nafas Man sedang menangis.
“Kalau kau tak mahu tolong dia? Kau tak kasihankan Abah kau Man?”
Ngauman suara garau mengejutkan Man dari tangisannya. Dia memalingkan mukanya ke arah pembaringan Bapanya. Matanya merah menahan rasa marah saat melihat Seri mengambil alih tubuh Bapanya.
“Hoi Seri, apa yang kau nak lagi? Aku dah kata aku tak mahu dengan kau, aku tak mahu lah. Kau tinggalkan Abah aku boleh tak? Kau hidup sendiri, cari haluan hidup kau. Tempat kau bukan di sini.”
“Tapi aku sukakan kau Man.”
“Kau gila!”
Man separuh menjerit. Dibiarkan sahaja Seri yang menguasai tubuh Bapanya itu meracau sendirian. Malas dia mahu melayan karenah Seri. Tubuhnya dipalingkan keluar.
“Aduh.” Suara Bapanya mengaduh menerpa halwa telinga. Dibiarkan saja suara Bapanya itu.
‘Kau ingat aku tak tahu kau main-main dengan aku. Sudahlah, malas aku nak melayan.’ Desisnya sendiri dalam hati.
Angin dari luar yang bertiup kencang menerpa masuk melalui tingkap rumah. Rambut lurus bujangnya separas bahu berterbangan ditiup angin. Matanya dipejam-pejam menahan angin yang mencucuk-cucuk matanya.
“Man, tolong Abah.”
“Pergi mamposlah. Aku tak mahukan kau lah Seri.” Tidak langsung dia memandang sekujur tubuh Bapanya yang dirasakan masih lagi berbaring.
“Aku akan seksa Abah kau sampai kau tunduk padaku Man.”
Man berpaling kali ini. Matanya membulat dan mulutnya terlopong melihat Seri sedang berdiri di atas katil. Telapak tangan Seri menjambak kepala Bapanya.
“ABAH!” Man menjerit sekuat hatinya melihatkan Seri mula tersenyum jahat.
“Kau mahu menerima aku atau tidak Man?”
“Aku tak mahu.”
Man menggelengkan kepalanya. Matanya terpejam, tidak sanggup melihat aksi yang berlaku seterusnya. Kakinya terpasung, tidak bisa digerakkan sedikitpun.
“Kau tak mahu menerima aku. Kau tahu bukan aku takdirmu. Kau tahu bukan, aku sayangkan kau dan aku tahu, sekeras-keras hati kau, kau masih lagi sayangkan bapamu yang padamu tak berguna ini.”
“Aku benci dia? Aku benci lelaki yang menghancurkan masa depan aku. Aku benci lelaki yang pentingkan diri sendiri tanpa pernah langsung memikirkan orang sekeliling yang menyayanginya. Aku benci dia. Aku benci dia.”
“Kau mahu satu kurniaan aku?”
“Aku tak mahu!” Tegas suara Man yang langsung tidak mahukan apa-apa pemberian dari Seri. Bapanya masih lagi di pembaringan dengan telapak tangan Seri menjambak rambut Bapanya itu.
Man memejamkan matanya, tidak sanggup dia melihat perkara-perkara yang akan berlaku sebentar lagi. Dia lebih rela berada jauh, keluar dari rumah itu.
“Sakit! Tolong, aku tak mahu. Tolong Seri. Aku tak mahu Seri!”
Man meronta-ronta apabila Seri betul-betul berada di hadapannya saat matanya dibuka setelah pejam yang lama. Kakinya masih lagi terpaku, tidak bisa melakukan apa-apa.
“Ini satu kurniaan untuk kau Man. Percayalah, satu hari nanti kau pasti akan menghargainya.”
“Arghhh!!!” Man menjerit dengan sekuat hatinya.
“Kau pasti akan sukakannya, Man.” Tawa Seri mengilai memecahkan sunyi bilik itu. Tetapi suara itu hanya bergema di dalam bilik itu sahaja. Bapa man hanya mampu memerhatikan anaknya diperlakukan sedemikian.
“Tolong, Aku tak mahu! Arghhh!!!. Sakit!!!” Man menjerit kesakitan.
Tangan Seri merodok menembusi isi kulit perutnya. Tiada setitik darah pun yang menitik dek rodokan ganas di perut itu. Hanya kesakitan yang keterlaluan muncul ketika hatinya dipulas-pulas oleh telapak tangan seri di dalam perut.
“Keluarkan, Aku kata keluarkan!” Dalam keadaan kesakitan itu, dia memerintahkan Seri menarik tangannya keluar dari perutnya. Terasa dirodok-rodok seluruh isi perutnya. Man terasa loya, terasa tekaknya diterjah makanan yang mahu keluar.
“Baik, aku keluarkan.”Seri menurut perintah
“Huh, kau akan tanggung akibat dari perbuatan kau itu Seri.” Man memberi amaran.
Seri merapatkan bibirnya ke telinga Man, dia mahu membisikkan sesuatu ke telinga Man.
“Dan kau akan berterima kasih pada aku atas mukjizat yang aku kurniakan pada kau Man.”
“Kepala otak kau mukjizat. Kau bukan Tuhan.”
Seri berpaling dari Man dan berjalan ke arah bapa Man yang sedang terbaring.
‘Tolong Abah Man.’ Man terdengar bisikan hati bapanya.
“Aku bisa mendengar suara hati.” Man berkata pada dirinya sendiri.
“Iya, itu mukjizat yang aku berikan pada kau. Mulai hari ini, kau akan bisa mendengar suara hati setiap manusia yang dekat dengan kau.” Seri mengilai tawa. Puas benar dia dapat memberi mukjizat terhadap Man.
‘Tolong abah Man, dia akan seksa abah sampai kau mahu terima dia Man. Tolong abah Man.’ Bisik hati bapanya semakin kuat kedengaran.
“Ini baru sedikit aku berikan pada kau Man. Kalau kau mahu lagi, aku boleh berikan apa saja yang kau mahu. Menjadi kuat, menjadi seorang yang ditakuti, membuat orang tunduk pada kau. Semua aku bisa lakukan Man. Katakan apa saja, akan aku tunaikan. Kecuali kau minta aku mati, itu sesuatu yang tidak mungkin.”
“Tidak!!!” Man menjerit sekuat hatinya.
Dia tersedar, diperhatikan telapak tangannya. Syukur tiada luka-luka di situ. Cepat-cepat dia menyelak pijama malamnya. Memerhatikan kulit perutnya sedikit lebam. Lalu dia menongkat dahinya. Terasa basah dek peluh yang banyak memercik.
“Astagfirullahalazim.”
“Kenapa?”
“Aku bermimpi buruk.”
BERSAMBUNG
1 comment:
benda macam ni mana boleh dibuat main2. ayah nak dikasihi anaknya. tapi ayah sendiri tak sayang anak serta keturunannya. ibarat mengadaikan iman & akidah. syirik
Post a Comment